Cara Mudah Putihkan Gigi Di Rumah

Makan sayur dan buah Tahukah anda bahawa buah epal, daun saderi, lobak merah adalah antara buah-buahan dan sayur-sayuran yang b...





Makan sayur dan buah

Tahukah anda bahawa buah epal, daun saderi, lobak merah adalah antara buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh memutihkan gigi anda? Makanan segar yang rangup ini membantu membersihkan kotoran pada lapisan enamel gigi. Bahkan dengan pengambilan buahan dan sayuran rangup ini meningkatkan banyak air liur kerana air liur penting dalam melindungi gigi dari kaviti yang berpunca dari bakteria.


Kombo lemon & baking soda
Gunakan perahan lemon dan baking soda untuk memberus gigi. Campuran kedua-dua ini sangat efektif dalam memutihkan gigi di rumah. Namun, jangan gunakan ia terlalu kerap dan jangan biarkan ia berada di lapisan enamel gigi lebih dari seminit kerana ia boleh merosakkan gigi kerana faktornya sebagai bleaching.

Sertakan menu keju
Kudap keju selepas hidangan makan tengahari atau makan malam kerana ia mengandungi susu protein, kalsium dan fosfat yang membantu enamel gigi kekal kuat dan ia melindungi gigi dari kaviti.

Berus gigi dengan strawberi
Strawberi mengandungi vitamin C yang membantu dalam melindungi dari plak gigi dan asid malic dapat membuang kotoran pada dinding gigi. Lumat strawberi dan sapukan ke atas gigi dengan menggunakan berus gigi dan biarkan ia selama lima minit. Kemudian kumur dengan air setelah selesai.

Berus dan flos gigi kerap
Kerap memberus dan flos gigi dapat mengekalkan senyuman yang menawan di wajah anda dengan gigi yang putih berseri. Sebaiknya setiap kali selepas makan.

You Might Also Like

0 ulasan

Flickr Images