Kerana Cemburu Itu Fitrah

Assalammualaikum w.b.t buat semua pembaca setia.. terima kasih sudi berkunjung lagi ke sini dan membaca entry-entry diblog dieba ini.....



Assalammualaikum w.b.t buat semua pembaca setia.. terima kasih sudi berkunjung lagi ke sini dan membaca entry-entry diblog dieba ini.. walaupun rasanya tak seberapa dengan apa yang dieba tulis.. tapi bila ada yang sudi datang sini melawat, membaca dan follow.. dieba rasa terharu sangat.. terima kasih ye.. 

Dipetang yang sungguh hening ini dieba nak bercerita tentang CEMBURU.. 

Cemburu ini ada banyak jenisnya.. contohnya CEMBURU BUTA.. 

Cemburu buta ini selalunya terjadi kepada pasangan yang bercinta.. 

Siapa pernah cemburu buta? sila angkat tangan.. hihihi.. mesti banyak kan.. act, dieba pun adakalanya cemburu buta.. ya, cemburu yang tak nampak dimata, tu yang jadi nya cemburu buta tu.. tapi sekarang ini alhamdulillah sedikit sebanyak cemburu buta itu pun perlahan-lahan hilang.. 

Lagipun takkan selamanya  nak cemburu buta, sedangkan tiada sebab untuk berasa begitu..

Sesuatu perhubungan itu kan berdasarkan kepahaman.. bak kata ustaz yang mengajar dieba masa kursus kahwin itu 

" Hendak berkahwin kita mestilah mempunyai kefahaman.. jika tiada kefahaman itu bagaimana rumah tangga hendak berkekalan sampai syurga"  

Dieba sampai sekarang masih lagi teringat-ingat pesanan ustaz itu.. banyak ilmu yang dieba dan tunang dapat pelajari disana.. ilmu yang tak pernah kami dapat selama ini..

Cemburu yang seterusnya, yang ini mesti kaum hawa semua setuju kan.. yaitu, cemburu pada kelebihan yang ada kaum hawa yang lain.. apa yang kita tiada itulah yang kita cemburu.. benarkan begitu?

Dieba pun sama seperti kaum hawa yang lain, cemburu pada orang yang mempunyai kelebihan lebih dari dieba.. ya, dieba akui, terlalu banyak kekurangan dieba..

Sebab itulah perasaaan cemburu itu wujud..

Sampai kadangkala dieba takut nak berdiri sama tinggi dengan orang-orang yang dieba cemburukan itu.. dieba takut dipandang rendah, dieba takut dikotak katikkan, dieba takut terhina dan macam-macam perasaan lagi.. sampai akhirnya akibat terlalu banyak memikir dieba selalu jatuh sakit.. sampai sekarang pun dieba selalu rasa macam itu..

Tapi lepas dieba jumpa tunang dieba, dia banyak bagi semangat kat dieba.. dari mula kenal sampai dah jadi tunang ini, dia selalu ada bila dieba perlukan, dia selalu ada untuk memberi kata-kata semangat buat dieba, dia selalu kata dieba ini lain dari yang lain, ada keistimewaan nya sendiri.. apa yang orang takda itulah yang dieba ada.. dan sampai sekarang dieba masih tertanya-tanya kelebihan apa yang dia nampak tu..

Dengan semangat yang dia selalu berikan, makin lama dieba makin jauh tinggalkan perasaan cemburu pada orang.. banyak dah dieba fikir.. tak guna nak cemburu sedangkan masa takkan boleh berpatah balik.. hidup mesti diteruskan..

Biarpun tiada keistimewaan seperti mereka, dieba tetap redha dengan diri dieba sendiri.. ini diri dieba jadi dieba harus sayangi diri sendiri..

Bak lirik lagu ini, " SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN"

Lalu dieba tukarkan kepada " SAYANGI DIRI DAN YAKINI DIRI SENDIRI, KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA "

Sila fahami maksudnya ye..

Kata-kata terakhir dieba sebelum mengakhiri enrty kali ini..

" Secara fitrahnya, kaum hawa ini dilahirkan dengan pelbagai perasaan, salah satunya cemburu..  cemburu itu fitrah dan setiap manusia mempunyai perasaan itu.. tapi bagimana seseorang itu mengawalnya, itu yang menjadi persoalan.. seperti yang kita sedia tahu bahawa hati perempuan lebih mudah terusik dengan perasaan kerana Allah kurniakan perempuan itu lembut hatinya serta penuh dengan kasih sayang.. berbeza pulanya dengan kaum lelaki dimana Allah kurniakan mereka dengan kudrat dan fizikal yang kuat oleh kerana itulah kita kaum adam dan hawa saling melengkapi antara satu sama lain "

Terima kasih sebab sudi membaca entry kali ini.. kalau suka sudi-sudikan lah like dan komen.. sehingga bertemu lagi..

You Might Also Like

1 ulasan

  1. Cemburu itu sudah lumrah, tidak kira lelaki atau perempuan pun kan.......

    *Yana singgah sambil menabung Mr.Nuff. Boleh klik balik : Internet Is Your Life . TQ

    BalasPadam

Flickr Images