Luahan Hati Kaum Hawa

Mengalah dan berdiam diri mungkin tidak sama langsung ejaan nya tetapi maksudnya adalah sama..  Mengalah: Adalah kita mengala...



Mengalah dan berdiam diri mungkin tidak sama langsung ejaan nya tetapi maksudnya adalah sama.. 

Mengalah: Adalah kita mengalah untuk kebaikan semua pihak.. 

Berdiam diri: Lebih baik kita diam daripada kita terus menerus melukakan hati sesiapa sahaja..

Nampak tak persamaan nya ? nampak kan.. itulah maksudnya.. 

Dalam bercinta, mengalah dan berdiam diri ini pasti wujud.. bohonglah kalau ia nya tidak wujud.. sebab apa ia nya wujud ? sebab begitulah TAKDIR CINTA.. jalan cinta yang pasti akan kita semua laluinya.. mana ada pernah orang yang tidak pernah merasainya.. semua pasti pernah.. sebab dalam dunia ini tiada cinta yang sempurna melainkan cinta kepada ALLAH.. 

Kalau ditengok2 , dalam kes-kes cinta ini kebanyakkan nya PEREMPUAN yang lebih banyak mengalah dan berdiam diri daripada LELAKI.. betul kan FAKTA ini ? sebab apa nak tahu tak ? sebab EGO seorang perempuan itu tak setinggi EGO seorang lelaki.. EGO lelaki ini tinggi sebab mereka mestilah nak nampak MACHO didepan perempuan.. lagipun malulah mereka nanti kalau mereka mengalah.. betul kan wahai lelaki ? huhuhu.. tapi ada jugak lelaki yang sanggup ketepikan EGO nya yang tinggi melangit itu demi orang yang dia cintai.. tapi susah nak jumpa zaman sekarang ni.. dan kalau jumpe lah lelaki yang macam ni, untunglah siapa gerangan nya yang dapat memiliki lelaki yang macam tu.. 

Tapi ada jugak lelaki yang tidak boleh terima kalau perempuan ni asyik nak mengalah dan asyik nak berdiam diri je.. sebab bagi lelaki EGO mereka mestilah TERCABAR, sebab perempuan ni tak nak berbahas tentang apa sahaja yang terjadi diantara mereka.. sebenarnya perempuan ni bukan tak nak berbahas tetapi mereka sanggup ketepikan EGO perempuan mereka yang kadangkala nya cuba untuk di KERASKAN tetapi bila mereka fikirkan balik, untuk apa mereka juga mempunyai EGO yang tinggi seperti lelaki jikalau nanti akhirnya mereka sendiri pastinya terluka.. mana ada dalam dunia ni perempuan ingin terluka.. tiada kan.. kalau dieba pun dieba tak nak.. sebab terluka itu menyakitkan.. sungguh menyakitkan.. dan hanya yang tahu akan merasainya apa itu KESAKITAN.. 

Wahai lelaki, mungkin bagi anda semua perempuan ini lemah yang asyik menangis je.. mereka tidak macam lelaki yang mempunyai hati keras.. tetapi sebenarnya perempuan ini lebih banyak mengalah sebab mereka tidak mahu menyakitkan hati dan perasaan anda.. mereka berdiam diri sebab tidak mahu ada lebih banyak lagi permasalahan yang melanda hubungan cinta kamu dan dia.. walaupun kami lebih banyak mengalah dan berdiam diri tetapi hakikatnya hati kami berbicara keseorangan.. sehingga adakalanya kami menangis didalam hati.. agar tiada siapa yang tahu termasuk orang yang terdekat dengan kami.. itulah kami.. seorang PEREMPUAN yang telah banyak berkorban HATI dan PERASAAN kami untuk orang yang kami cintai..  tapi lelaki ini kadangkala nya tak faham apa maksud sebenarnya yang kami semua sebagai kaum perempuan ini mahukan.. sebab mereka tidak pernah cuba untuk fahami hati kecil kami sebagai seorang perempuan.. kami bukan minta bulan dan bintang, jauh sekali intan permata, apatah lagi dilayan kami seperti tuan puteri tetapi apa yang kami mahukan adalah cuba mengerti kami walaupun sedikit sahaja.. itu sahaja.. kami hanya mahu dilayan sama rata, seperti kami sebagai perempuan yang telah cuba untuk mengerti anda semua wahai kaum ADAM.. kerana sesungguhnya kaum HAWA seperti kami ini lebih susah untuk memahami hati dan kehendak kaum ADAM seperti anda semua.. sebab hati kaum ADAM ini lain dari hati seorang HAWA.. 

ADAM dan HAWA mungkin berlainan jantina tetapi mereka jadi satu, kerana bukankah hawa diciptakan daripada tulang rusuk adam.. walaupun apapun mereka pasti bercantum kembali.. sama juga seperti kisah cinta ini.. andai jodoh anda dan pasangan anda seperti kisah cinta adam dan hawa.. anda pasti bertaut dan bercantum dan menjadi satu.. jadi kaum adam tidak susah sebenarnya untuk anda semua fahami hati dan perasaan pasangan anda.. anda hanya perlu kenali dia.. baru anda tahu tentang dia.. tentang bagaimana nya kami semua fahami anda.. kami semua pun ambil masa untuk belajar fahami anda.. walaupun bertahun-tahun kami cuba tetapi kami masih kurang fahami anda tetapi kami tetap cuba.. kerana kami sayangi anda.. jadi cubalah fahami kami pula ye.. ambillah masa berapa lama pun.. kami tunggu.. sehingga masanya tiba.. 

Nota: Kepada kaum adam yang membaca coretan dieba kali ini, dieba minta maaf andai nya coretan ini nampak seperti dieba mengata kaum adam.. tetapi sebenarnya dieba bukan mengata.. dieba cuma meluahkan apa yang dieba dan kaum hawa dekat luar sana rasakan.. kami bukan nak memperlekehkan kaum adam tetapi sebaliknya kami hanya mahu kaum adam fahami hati dan perasaan kami.. hanya sedikit.. dan sebenarnya apa yang dieba coretkan ini pun adakalanya terbalik juga.. sebab benda ni bukan terjadi kepada kaum hawa sahaja tetapi kaum adam pun sama juga seperti kaum hawa.. bila kaum hawa pula yang berbuat begitu kepada kaum adam.. jadi semua ni memang adil lah juga.. sebab kita semua ni manusia, kita semua ini tidak sempurna.. banyak lakukan kesalahan.. jadi apa yang perlu kita buat adalah perbaiki kesilapan kita.. agar kita tidak menyakiti hati dan perasaan sesiapa..

You Might Also Like

0 ulasan

Flickr Images