5 Panduan Memilih Tarikh Perkahwinan Yang Sesuai

Setelah kedua pihak setuju untuk adakan majlis, seterusnya pemilihan tarikh pula memainkan peranan. Jangan sebarangan memilih tarikh ker...


Setelah kedua pihak setuju untuk adakan majlis, seterusnya pemilihan tarikh pula memainkan peranan. Jangan sebarangan memilih tarikh kerana salah tarikh, silap hari bulan majlis anda hanya beberapa orang sahaja yang hadir.
Jadi untuk elakkan perkara sedemikian terjadi admin ingin kongsikan tips pemilihan tarikh. Terdapat beberapa faktor yang perlu pasangan di luar sana ambil perhatian.
 
Tips 1 : Hari Cuti
Harus diingatkan, kerja kahwin ini bukannya mudah. Bukan hanya dua orang, segala persediaan boleh siap. Jadi dengan perlunya tenaga saudara mara ahli keluarga lain, pilih lah hari cuti. Pilih tarikh yang sesuai. Elakkan pilih tarikh yang esoknya sudah mula persekolahan. Bukan apa, kesian saudara mara anda yang jauh yang mempunyai anda yang masih bersekolah.

Ramai yang memilih cuti sekolah, tetapi pihak pengurusan selalunya caj extra masa cuti persekolahan. Kerana terdapat banyak majlis, tenaga pun banyak digunakan, oleh itu caj tambahan itu digunakan untuk membayar tenaga penat lelah mereka.

Jadi admin sarankan anda juga boleh memilih untuk mengadakan ketika cuti am atau cuti hujung minggu. Mungkin tetamu yang hadir tidak seramai jika anda lakukan ketika cuti sekolah, jadi itu antara satu yang anda harus bersedia dari awal. Jangan meletakkan jangkaan tinggi dengan jumlah hadirin.

Tips 2 : Faktor cuaca
Seperti kita semua tahu, akhir tahun setiap negeri pantai timur akan mengalami musim tengkujuh, angin monsoon. Jadi elakkan memilih tarikh yang anda tahu mengenai cuaca nya. Mungkin hujan ribut dan cuaca buruk kita tidak dapat anggar cuma kita sudah tahu mengenai musim tengkujuh, jadi elakkan memilih tarikh ketika musim tengkujuh untuk majlis bahagia anda.

Tip 3 : Tarikh cantik
Impian untuk berkahwin di tarikh yang cantik menjadi idaman hampir semua insan. Tapi janganlah anda terlalu taksub dengan tarikh, sehingga lupakan terus kesesuaian hari. Apabila tarikh cantik, maka senanglah pasangan untuk mengingati ulang tahun mereka!

Tips 4 : Persetujuan majority
Meskipun perkahwinan ini antara anda dan pasangan tetapi untuk majlis, ia melibatkan semua pihak. Jadi bincanglah dengan ibu bapa, adik-beradik dan saudara mara mengenai tarikh yang ingin dipilih. Tanpa kehadiran mereka, majlis anda kelam tiada makna. Curi masa mereka, bincang. Jika majority bersetuju, teruskan serta sebaliknya.
  
Tips 5 : Jurunikah dan saksi
Setelah anda memilih tarikh, seterusnya rujuklah kepada jurunikah dan juka saksi-saksi anda. Mungkin tarikh anda pilih, jurunikah tiada kelapangan. Jadi mungkin anda terpaksa anjakan tarikh di mana jurunikah anda ada kelapangan. Maklumlah jurunikah ini banyak kerjanya. Ke sana ke mari. Jadi tanyakan padanya nanti. Jangan last minute pula, bimbang nanti tiada jurunikah pula nanti

Jadi ini antara tips pemilihan tarikh yang boleh admin kongsikan dengan pembaca tersayang. Bincangkanlah dengan semua agar memudahkan lagi perjalanan majlis anda itu nanti.

Sumber: ikahwin

You Might Also Like

0 ulasan

Flickr Images