Cara Bunuh Nyamuk (BUATAN SENDIRI)

Assalammualaikum semua.. selamat malam.. malam ni deeba nak sharekan 1 tips untuk korang semua yang ade masalah pasal NYAMUK.. Korang semua...

Assalammualaikum semua.. selamat malam.. malam ni deeba nak sharekan 1 tips untuk korang semua yang ade masalah pasal NYAMUK..

Korang semua pasti pernah alaminya kan, bila kena gigit nyamuk.. alahai, sakitnya.. sampai tergaru garu.. kadang tu sampai berbekas merah kan..

Pasti korang semua tak suka kan..

So marilah cuba petua ni.. in shaa Allah berhasil..


Bahan-bahan :

• 200 ml air
• 50 gram gula merah
• 1 gram ragi
• botol plastik saiz besar

Langkah-langkah:

1. Potong botol plastik ditengah-tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol.
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga sejuk kemudian tuangkan ke dalam potongan bawah botol.
3. Masukkan ragi. Tidak perlu dikacau. Tujuannya untuk menghasilkan karbon-dioksida.
4. Masukkan potongan botol bagian atas sebelum ini dengan posisi terbalik seperti corong.
5. Lilit keliling botol dengan tape hitam atau kain, bukan di bahagian atas botol dan letakkan di bahagian sudut rumah.

Dalam dua minggu, anda akan melihat sejumlah besar nyamuk yang mati di dalam botol.

Selamat mencuba.


You Might Also Like

1 ulasan

  1. Wow saya tak sangka punya senang nak halau nyamuk hihi boleh buat kat kampung Moyang kalau sesak nanti heheh thanks alot 😆 !!

    BalasPadam

Flickr Images