Tips : Putihkan Bantal Yang Kekuningan

Assaalamualaikum kawan2 semua.. harini deeba nak sharekan satu tip syang berguna untuk kita semua.. tentang bantal.. kenapa dengan bantal.....

Assaalamualaikum kawan2 semua.. harini deeba nak sharekan satu tip syang berguna untuk kita semua.. tentang bantal.. kenapa dengan bantal.. 

Apa yang bergunanya tu untuk kita semua.. hah ini dia.. jika anda semua buka sarung bantal untuk dibasuh pasti anda semua akan perasan yang bantal anda akan bertukar warna jika telah terlalu lama gunakan bantal yang sama.. ia bukan.. pasti bertukar bukan.. samalah jika deeba hendak membasuh sarung bantal.. bila buka je sarung, terkejut bukan main.. yela, dah BERPETA.. pengsan tengok.. yela, kena air liur basi kita ke.. tu yang sampai berpeta tu.. huhu.. uollls pun ada kan kadang2 tu tak sedar air liur basi laju je mengalir kena dekat bantal.. baik mengaku cepat.. hehe.. 

Tapi jangan risau, ada cara penyelesaian nya untuk hilangkan kesan peta tu.. caranya mudah sahaja.. Anda hanya perlu ikut cara dibawah ni..

1) Pertama sekali anda perlu semak label pada bantal, sama ada bantal itu boleh dicuci dalam mesin basuh atau tidak. Jika boleh, anda perlulah sediakan 5 jenis bahan ini:
Bahan-bahan yang diperlukan
Air panas
1 cawan cecair sabun pembersih baju/detergen
1 cawan serbuk pembersih baju
1 cawan Cecair peluntur
½ cawan Borax
2) Isikan 1/3 mesin basuh dengan air panas dan masukkan kesemua bahan-bahan yang disenaraikan.
3) Tekan butang Mula dan biarkan semua bahan-bahan yang dimasukan tadi larut dengan air.
4) Selepas beberapa minit, barulah masukkan bantal. Maksimum cuci dua bantal sahaja, jangan lebih. Sebab kalau mesin terlalu penuh nanti bantal tak dapat dicuci dengan bersih.
5) Tambahkan lagi air panas.
6) Tetapkan cucian sebanyak dua kali sahaja pada mesin basuh.
7) Setelah bantal siap dicuci. Anda bolehlah gunakan mesin pengering untuk keringkan bantal. Ataupun keringkan sahaja di laman rumah. Seeloknya keringkan ketika cuaca panas terik agar bantal tersebut dapat kering luar dan dalam.

Dah tahu kan caranya, jadi kalau ada la bantal2 yang kuning dan rupa berpeta tu jangan lah dibuang.. boleh cuba cara seperti yang diatas tu.. jimat dan tak payah beli bantal baru lagi tapi kalau dah teruk sangat rupanya kena la dibuang karang lain pulak lak jadi.. hehe.. 
Sumber: notawanita.com

You Might Also Like

1 ulasan

  1. Jangan kate bantal je.. Bahu hubby pun kadang-kadang terkena air liur. Hahahahaa

    BalasPadam

Flickr Images