Sinopsis Novel Cukup Derita Itu

11:38 PTG



Sinopsis:

Ellani dan Ellana, kembar seiras yang tinggal bersama mak ngahnya selepas kematian ibubapa mereka. Mak Ngah Gayah membezakan kasih sayangnya. Ellana dilayan bagaikan puteri. Sedangkan Ellani diperlakukan tidak ubah seperti hamba abdi. “Kenapalah kau tak mati ikut mak kau! Kau ni memang menyusahkan aku! Dahlah hidup merempat! Buat tak sedar diri pulak! Kalau kau berani lagi melawan aku. Aku sagat-sagat muka kau dengan berus dawai. Biar jadi hodoh! Dasar budak tak guna!” hamun Mak Ngah Gayah.Sedih. Menangis. Tak setitis pun air mata Ellani keluar. Untuk apa?

Itulah rutin hidupnya. Maki hamun, pukul dah sebati dalam dirinya. Nak menangis? Berbaloi ke? Dapat raih simpati mak ngah? Jangan harap! Zarul Zafran lelaki tampan yang berkerjaya sebagai seorang pensyarah. Cinta pandang pertama pada Ellana membawa mereka hampir ke gerbang perkahwinan. Takdir menentukan segalanya. Zarul ditimpa kemalangan. Ellana bolehkan mati dalam hatinya. Dalam Ellani melalui kemelut hidupnya. Kasih lelaki ini bolehkan beralih padanya. Adoi! Serasa nak gugur jantung Ellani dibuatnya. Cinta? Kasih? Apa semuanya ni? Ellani sukar untuk menerimanya.

Lelaki yang hampir menjadi abang iparnya bolehkan jatuh hati dengannya. Pelik!Namun, demi kebahagiaan seorang yang telah di anggap seperti ibu. Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui. Dendam yang berlingkar dalam hati mak ngah dan Ellana menambahkan derita dalam hidup Ellani. Kasih Zarul kembali beralih pada cinta pertamanya.

Pengorbanan Ellani tidak dihargai. Ellani diseksa. Jiwanya merana. “Ellani Binti Rashdan, aku Zarul Zafran Bin Dato’ Azli ceraikan kau dengan talak satu! Kau keluar dari rumah aku. Hak penjagaan anak-anak aku serahkan sepenuhnya pada kau.” Hebat lelaki ini! Hanya melalui SMS dia menjatuhkan talak pada Ellani.

Menggigil Ellani membacanya. “Allahuakbar! Mak kenapa dia buat Lani macam ni mak! Kenapa dia hina Lani sampai macam ni sekali! Apa salah Lani mak? Apa dosa Lani? Ya Allah! Kuatkan aku Ya Allah! Kuatkan imanku menghadapi dugaan-Mu ini! Raungnya. Ellani…cukup derita itu! Cukup derita itu! Dia bagaikan terdengar-dengar suara arwah emaknya dan itulah juga kata-kata yang dijerit dalam hatinya.

Nota: Suka sangat dengan novel-novel kak siti rosmizah.. yang terbaru ni pun nak gak dapatkan..

You Might Also Like

1 ulasan

  1. bestnyee.. suke cite hasil dari SR.. :) memg tgkap leleh hbis..huhu

    BalasPadam