Assalammualaikum semua.. apa khabar.. diharap semuanya sihat-sihat sahaja la hendaknya ye..


Kali ini deeba nak sharekan projek D.I.Y yang boleh korang semua kaum-kaum ibu boleh buat untuk anak-anak tersayang..

BAHAN-BAHANNYA
1.      Gerudi dan mata yang bersesuaian
2.      Gunting
3.      Pemutar skru
4.      Tape wire
5.      Mentol lampu
6.      Wayar dan plug
7.      Soket
8.      Lori Mainan

LANGKAH-LANGKAHNYA

1.      Mulakan menebuk lubang pertama dengan menggunakan gerudi seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

2.      Seterusnya tebuk pula lubang kedua.

3.      Kemudian tebuk lubang ketiga iaitu di tengah-tengah kedua lubang tersebut.

4.      Langkah seterusnya, masukkan wayar soket di lubang tengah yang telah siap di tebuk.

5.      Setelah itu sediakan wayar plug untuk disambungkan pada soket tersebut.

6.      Sebelum itu, pada bahagian kiri dan kanan lubang yang telah dibuat haruslah dikemaskan dengan menggunakan skru.

7.      Setelah siap, barulah sambungkan wayar soket bersama wayar plug.

8.      Kemaskan wayar-wayar tersebut menggunakan tape wire

9.      Selepas itu, sambungkan semula pada lori bomba

10.  Kemaskan wayar plug menjadi seperti yang ditunjukkan pada gambar

11.  Bagi membuat terendak lampu, gunakan botol mineral yang digunting di bahagian tengah. 

12.  Akhir sekali, pasangkan mentol lampu pada soket lampu.

Selamat mencuba ye.. sehingga bertemu lagi :)

Sumber: Facebook