Checklist Wedding : Hiv Test

9:59 PG



Hasil carian imej untuk hiv test wedding



Assalammualaikum..

Hai semua.. apa khabar? deeba harap semuanya sihat la hendaknya..

Sekejap je masa dah berlalu.. tahu tahu dah masuk bulan 12..

Lama lak tak menulis lagi.. al-maklum lah busy dengan persiapan perkhahwinan..

Act, minggu lepas deeba dan encik tunang baru sahaja berkesempatan buat ujian hiv..

Hiv test ni wajib tau untuk dibuat, kalau tak tak boleh nikah..

So nak tak nak memang wajib kena buat..

Jadinya kami berdua pun ambik keputusan untuk buat hiv test di klinik kesihatan telok dato, banting..

Seawal pagi kami pergi, sesampainya disana.. alahai, sekali test kit nya habis daaaa.. laaa pulak.. kata nurse kat sini minggu depan baru ada.. dan nurse kat situ suruh la kami pergi ke hospital dibanting pula..

Nak dijadikan ceritanya pulak, bila sampai hospital banting.. nurse kat situ bagitahu yang kat situ takde buat hiv test.. hah, terkejut deeba.. yelah, nurse kat telok bagitahu lain.. nurse kat sini bagitahu lain.. lama lama pening kepala den..

Kata nurse banting lagi, kenapa tak buat kat klinik kat telok?

Dah pergi kat telok dah tapi test kit habis..

Dah tu ada lak seorang nurse ni cakap, apa kata kamu pergi ke klinik kesihatan jenjarom.. kat sana pun ada..

Dengan perasaan yang entah nak gambarkan kami pun bergerak la ke klinik kesihatan jenjarom..

Dah sampai dan terus g tanya kat kaunter.. nurse tu cakap.. ada.. tapi pukul 2 petang..

Tanjaaattt gegurl.. hahahaha..

Aduhai, petang lak.. padahal waktu tu baru pukul 11 pagi..

Nak tak nak kena datang balik nanti..

So sementara nak menunggu pukul 2 petang tu kami pun ambik keputusan untuk ke jusco bukit tinggi klang.. nak usha usha@cuci cuci mata.. hahaha..

Dah jalan pusing pusing 1 jusco tu pun rasa bosan lak.. sampai tak tahu nak pusing mana lagi..

Sejujurnya, deeba tak suka la tempat tempat shopping ni.. rasa sesak.. rasa rimas.. sebabnya deeba ni bukan kaki shopping..

Jadi masa jalan jalan tu pun deeba hanya pandang sipi sipi je..

Encik tunang pun tahu yang tunang dia ni tak suka pergi tempat macam tu.. dia siap kata, selamat abg nanti.. dah kahwin nanti kita tak payah g shopping..

Eh, eh apa lak.. orang tak suka shopping barang je.. tapi kalau bawak pi makan.. orang lak kaki makannya.. hantu makanan la katakan..

Pukul 1, kami pun ambik keputusan untuk pergi ke klinik jenjarom kembali..

Tapi, alahai.. encik tunang dah bawak kereta punya slow pun waktu lambat berjalan.. kami sampai pukul 1 setengah petang.. ada lagi setengah jam.. jadi kami pun pergilah minum minum dulu dekat kedai yang berdekatan dengan klinik..

Lagi beberapa minit sebelum pukul 2 kami pun bergerak la ke klinik..

Masuk je klinik takda la ramai sangat orang.. nasib baik.. deeba ni dah la malas nak menunggu lama..

Encik tunang g kat kaunter dan nurse tu bagi borang untuk isi semua..

Dah habis isi terus hantar kat kaunter balik.. ambik no giliran..

Tunggu no dipanggil..

No dah dipanggil terus g kaunter 6..

Nurse tanya itu ini semua.. gelak ketawa semua ada.. huhuhu..

Dah tanya itu ini semua nurse bagi lagi borang suruh isi..

Alahai lagi banyak nak isi..

Semuanya encik tunang yang tolong tuliskan.. sebab tunang dia ni malas nak menulis..

Entahlah mood sekarang ni asyik nak malas je..

Haihhh.. takmo malas boleh tak deeba? tengok la.. hahaha..

Habis isi g lagi bagi kat nurse tu balik..

Tunggu lagi, turn nak ambik darah..

Nak tunggu tu yang malasnya.. padahal yang ambik test dengan kami hanya ada dua orang je.. mereka pun bakal pasangan pengantin gak seperti kami.. jadinya hanya 4 orang jela..

Itu pun lambat nak habis..

Haihh..  sabar deeba.. sabar..

No dah naik, encik tunang yang masuk dulu.. kemudian deeba..

Eeee.. seram lak tengok abg kena cucuk.. yela, tak pernah tengok dia kena cucuk..

Dia dah selesai sampai turn deeba nak cucuk..

Rasa tak adil lak, yela dia cucuk kat hujung jari.. deeba cucuk kat tempat lain..

Kata nurse tu nak ambik darah untuk.. untuk.. apa entah nama bende tu.. lupa la.. huhuhu..

Dah selesai ambik darah, kena hantar darah deeba tu kat bilik darah.. darah encik tunang takda lak tu dihantarnya.. pelik bin ajaib.. lantak la.. janji dah buat..

Dah dapat keputusan darah tu.. okay semuanya.. tunggu turn lak nak jumpa doktor..

Menunggu lagi..

Haihh...

Sabar..

Dah jumpa doktor dan dah dapatkan borang hiv test tu semua.. dan semua okay dan tiada masalah.. akhirnya selesai juga urusan kami untuk hari ini..

Bayangkan dari pukul 2 sampai pukul 4 baru habis.. lama tak? padahal memang tak ramai pun.. tapi nak buat macam mana.. dugaan semuanya.. yang penting semuanya dah selesai..  :)

Alhamdulillah selesai 1 bab lagi..

Next step, tunggu di entry seterusnya..

Terima kasih sudi membaca kisah kali ini.. doakan agar semuanya berjalan lancar untuk kami ye..

You Might Also Like

9 ulasan

  1. Tahniah bakal pengantin...semoga berbahagia dik..

    BalasPadam
  2. Hi,..congrate bakal pengantin moga berbahagia :) .. singgah baca kat sne :)

    BalasPadam
  3. bakal pengantin.. moga berbahagia dunia dan akhirat... amin..

    BalasPadam
  4. Hmm, apa lagi perkara2 yg bakal pengantin kena buat eh? U buat kan la checklist tu, it gonna be helpful! ;)

    BalasPadam
  5. tahniah. bakal pengantin baru ye.


    jemput singgah ke blogshop kami.
    kami menjual blouse, maxi dress & jubah yang cantik-cantik.
    kami turut menjual perfume original (tester & miniature)

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum deeba...moga dipermudahkn semuanya....

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..Congratz...
    Jemput Singgah....:-)

    BalasPadam