Jangkitan Telinga Pada Anak ? Takutnya

5:30 PTG


telinga

Assalamualaikum..

Sebagai ibu dan bapa pastinya hati ini risau sangat2 jika anak yang kita sayangi sakit.. betul tak? lebih2 lagi jika anak kita terkena sesuatu jangkitan.. contohnya jangkitan telinga.. 

Macam diri ini, al-kisahnya macam ini isnin haritu ( 17/10/2016 ) bawak fateh g cucuk setahun.. bila cerita dengan nurse pasal tiba2 taik telinga si baby fateh tiba2 macam keluar ketul keras dari telinga dia.. bila dikorek pakai tangan tengok keras2 cair macam tu.. pastu dia asyik nak mengaru je telinga dia tu.. kadang sampai luka la berdarah dan lepastu nurse kata kena bawak g jumpa klinik ni jumpa doktor.. nanti doktor bagi ubat untuk cairkan taik telinga dia.. kalau x nanti biar lama2 boleh berair dan busuk.. bila dengan je macam tu terus la rasa dup dap dup dap.. kenapalah boleh jadi macamtu.. dalam otak ni dah ligak berfikir


" Aku ni salah jaga dia ke? tak betul ke cara aku jaga anak ni sampai anak aku boleh jadi macamtu.. " 

banyak lagi la sebenarnya yang terfikir dalam kepala otak ni..

Risau, takut, macam2 lagi la perasaannya..Ya ampun..

Dah habis checkup, masuk dalam kereta dan tanya suami macam mana ni.. kena bawak jugak ni jumpa doktor.. suami cakap nanti kita pergi..

So hari ini ( 20/10/2016 ) barulah berkesempatan nak pergi bawak baby fateh ke klinik untuk check telinga dia.. alhamdulillah sampai klinik tak ramai orang, jadinya cepatlah giliran kami dan tak ada la menunggu lama.. tahu2 jela si baby fateh ni mana boleh duduk diam.. ada je nak melompat sana sini.. haihhh.. yang tak tak tu siap bawak selimut busuk dia lagi tuuuu.. alaaa anak.. layankan jela.. karang tak bawak mengamuk.. huhu..

Dalam bilik doktor pun xreti nak duduk diam2 nak melompat sana sini.. biasalah anak makin membesar ini.. lasak.. doktor senyum je tengok gelagat baby fateh..

Cerita2 dengan doktor apa masalahnya semua,pastu doktor teropong telinga baby fateh dan jawapannya adalah

" OK, tak ada apa apa masalah "

Deeba ? hah.. serius la.. ( Dalam Hati )

Lepastu, deeba cakap la nurse dekat klinik desa yang cakap macamtu.. dan doktor cakap nurse tu nak takut takutkan awak la tu dan kemudian doktor pun senyum..



Anak awak ok, taik telinga dia jenis cair nanti akan keluar sendiri, pastikan jangan korek telinga dia dan jangan
SESEKALI GUNAKAN PUTIK KAPAS.. tak baik untuk baby.. sebab itu saya cukup tak berkenan orang yang guna putik kapas untuk baby ni.. nanti kalau gunakan putik kapas taik telinga itu akan masuk kedalam dan bukannya keluar.. dan ada kes takut putik kapas ia nya tertinggal dekat dalam.. banyak kes dah macam tu jadi.. anda faham ??

Oo, ok.. barulah deeba faham maksud doktor.. so lepas ni no more PUTIK KAPAS lagi untuk anak kesayangan.. so bye bye putik kapas.. 

Lega dah hati ini dengar penjelasan doktor tadi.. tapi tetap juga kena berjaga takut terlupa.. al-maklumlah deeba ni memang jenis yang pelupa takut2 terguna pulak untuk anak.. so sebelum terlupa baik set dalam kepala ni banyak kali.. hehe.. 

Oo ye, disini deeba nak sharekan jugak 1 info untuk ibu dan bapa semua.. jika anak anda alami tanda2 ini segeralah bawak anak2 berjumpa doktor.. sebab deeba terbaca tentang ini lepas balik dari klinik desa haritu la terus desak suami bawak baby fateh jumpa doktor cepat.. 

5 Tanda Bayi Mungkin Terkena Jangkitan Telinga 


Perasan tak kadang kala bayi comel anda sudah pandai mengaru-garu telinganya sendiri. Tentu anda terfikir, sama ada si kecil ini betul-betul berasa gatal atau dia baru perasan kewujudan telinganya. Adakalanya, dia kelihatan asyik menggaru-garu telinga.

Si kecil berusia setahun ke bawah kerap kali mengalami jangkitan pada telinga tanpa disedari. Keprihatinan ibu bapa mengesan jangkitan telinga ini boleh membantu mengelakkan kemerosotan atau hilang deria pendengaran pada masa akan datang.    

Bayi lebih cenderung untuk mendapat jangkitan telinga berbanding orang dewasa kerana keadaan telinganya yang sedang membesar mempunyai saluran yang lebih pendek dan kecil. Keadaannya juga lebih mendatar dan sempit yang mudah memerangkap cecair. Tambahan pula antibodi si kecil masih tidak sekuat orang dewasa, maka mereka lebih berisiko untuk mendapat jangkitan.  

Menurut pakar telinga, hidung dan mulut, Dr. Andrew Hotaling melaporkan masalah pendengaran mengganggu perkembangan si manja seperti pertuturan. Jangkitan bakteria dan virus pada telinga sering berlaku pada bahagian telinga tengah.

Antara tanda-tanda telinga si manja dijangkiti:

1. Bayi mengalami demam.

2. Merengek dan gelisah.

3. Masalah sukar untuk tidur.

4. Sering menarik dan mengorek telinga atau memegang bahagian telinganya.

5. Kerap menggaru telinga.
Info : Pa&Ma

Fateh tak demam tapi dia suka sangat tarik2 telinga dan mengaru telinga sampai luka berdarah.. kecian tengok..
Jadinya ibu2 dan bapa2 yang mungkin anaknya ada tanda2 macam tu atau kena sakit apa2 pun walaupun sakit sikit seeloknya terus la bawak jumpa doktor kerana doktor lebih tahu masalahnya daripada kita.. lagipun kita tak nak kan tengok anak kita sakit.. 

You Might Also Like

1 ulasan

  1. Takutnya bila anak2 terkena jangkitan ni... sy klu ikut mmg tak bagi anak korek telinga guna putik kapas.. takut tertinggal kt dlm..huhu.. TQ for info sis..
    **salam kenal ya, sy follow :)

    BalasPadam