Sampai Bila Harus Begini

9:30 PG



Dieba menyanyi2 sambil duduk termenung dan setelah puas menyanyi ulang2 lirik lagu OST SEINDAH SAKURA.. buatku disna, yang sama berulang kali.. dieba duduk termenung menghadap langit yang cerah pula sambil ditemani MY LOVELY TEDDY ,   ye TEDDY selalu menemani.. TEDDY la teman dikala sunyi , TEDDY la teman dikala dieba rindu pada adk dan sepupu yang jauh disana.. TEDDY la teman dikala dieba rindu pada dia.. TEDDY la teman dikala dieba perlukan teman untuk berbicara.. walaupun TEDDY tidak dapat untuk berbicara sama tetapi bila dapat tengok TEDDY senyum je pun dieba da cukup HAPPY.. pelik kan dieba.. tetapi entah mengapa jiwa ini masih lagi terasa kosong.. kosong sekosongnya walaupun ada TEDDY menemani.. semakin hari sepertinya ia nya menjadi semakin kosong.. mengapakah kekosongan itu sering kali terjadi.. adakah mungkin hidup ini telah ditakdirkan untuk hidup didalam dunia yang mungkin bole dieba gelarkan sebagai dunia KOSONG INI MILIK DIEBA ADIEBA.. mungkinkah ? atau dieba sebenarnya hanya mungkin sedang berimaginasi sewaktu dieba keseorangan.. entah la, dieba sendiri pun tidak semakin mengerti mengapkah hidup dieba semakin kosong.. sedangkan dieba rasa hidup ini tidak pernah kosong selama ini.. lagipun dieba bukannya hidup sendirian.. dieba hidup ditemani keluarga.. walaupun ada diantara ahli2 keluarga dieba yang selama ini menceriakan hidup dieba kini terpaksa berjauhan dari dieba.. tetapi dieba tidak salahkan mereka semua, kerana dieba sedar hakikat bahawa tidak selamanya mereka akan bersama dieba sentiasa.. mereka telah dewasa.. mereka pun memiliki kehidupan mereka sendiri.. mereka mempunyai tujuan hidup yang menjadi impian mereka juga.. selain dari memiliki keluarga, dieba juga mempunyai si dia.. insan yang hadir menceriakan hidup ini tatkala mereka jauh dari dieba.. dan dieba sedar dengan kehadirannya hidup dieba sedikit sebanyak berubah.. walaupun masa dieba dengan dia tidak banyak tetapi bagi dieba ia da lebih daripada cukup daripada langsung tiada.. jujur dieba akui dunia dieba yang suram yang selalu ditemani airmata, perlahan-lahan mulai jauh dieba buang.. alhamdullilah, akhirnya dieba berjaya juga hidup tanpa airmata.. lagipun siapalah yang ingin terus terusan hidup hanya ditemani airmata.. dieba pun tidak mahu, walaupun pada mulanya dieba senang hidup begitu.. hanya dieba dan dunia yang selama ini dieba ciptakan buat diri ini.. dunia yang dicipta oleh insan yang keseorangan seperti dieba..

Dalam dunia ini, adakah orang yang seperti dieba ? hidup didalam dunia yang diciptakan hanya buat diri sendiri.. pernahkah anda semua hidup dalam dunia begitu ? pernahkah ? mungkin ada yang pernah dan mungkin ada yang tidak ingin sekali hidup didalam dunia begitu.. orang yang hidup didunia begitu tidak pernah peduli langsung dengan kehidupan disekelilingnya, kerana apa, bagi mereka dunia yang mereka ciptakan lagi indah dari dunia yang dimiliki ramai orang tetapi terasa kosong biarpun hidup dikelilingi manusia.. itulah yang dieba rasakan.. walaupun hidup dalam dunia yang dimiliki ramai orang, tetapi dieba rasa kosong.. dieba rasa macam orang tidak pernah nampak ada seseorang yang wujud dalam hidup mereka.. mereka tidak nampak DIEBA.. sebab itulah orang-orang yang macam dieba ini lebih senang hidup bersendiriaan.. tanpa sesiapa.. walaupun sendirian tetapi hidup tetap gembira.. walaupun gembira yang dibuat2 hanya untuk menutupi kesedihan hati..

Kadang-kadang tu, dieba cuba juga untuk menghapuskan dunia serba keseorangan ni tetapi susahnya.. sebab semakin dieba cuba memasuki dunia yang satu lagi itu, dieba terasa macam wujud ini masih tidak lagi ternampak oleh mata mereka.. adakah mereka memang tidak nampak ataupun memang sengaja tidak nampak dieba pun tidak tahu.. dieba pun sebenarnya tidak tahu bagaimana sebenarnya perasaan hati ini.. sekejap inginkan hidup dalam dunia yang diciptakan sekejap ini hidup dalam dunia yang dimiliki ramai orang tetapi kosong.. semakin dieba fikir fikiran dieba semakin sakit.. hurm.. dieba pun tidak tahu sampai bila selamanya harus begini.. sesungguhnya dieba telah penat hadapinya.. walaupun adakalanya dieba ingin larikan diri tetapi larikan diri kemana pun dieba tidak tahu.. lagipun dieba tidak ingin terus menjadi pengecut.. sedangkan dieba wujudkan dunia yang keseorangan ini pun dieba telah gelarkan diri dieba pengecut.. inikan pula dieba ingin larikan diri.. lagi la dieba jadi pengecut.. sampai bila dieba harus jadi seorang pengecut.. dieba pun tidak tahu.. biarlah masa sahaja yang menentukan nya.. sekarang ini yang dieba tahu biarlah apapun yang akan jadi dieba akan tetap hidup ditengah-tengah sampai selamanya berakhir.. tidak memilih dunia yang cipta ataupun dunia yang telah memang tercipta.. biarlah..

Satu yang anda semua perlu tahu, walaupun dieba pernah hidup didalam dunia yang dieba sengaja ciptakan tetapi kadangkalanya dunia itu pun teramat sukar untuk dieba fahami.. kerana bila dieba duduk didalam dunia itu dieba rasa hidup dieba lagi bertambah kosong.. sebab didalam dunia itu hanya ada dieba dan seorang yang dieba panggil adi.. adi itu diri dieba juga.. adi itu pun sama juga seperti dieba.. hidupnya kosong.. adi boleh faham dieba tapi adi tetap tidak boleh buat dieba rasa bahagia.. sebab adi sama seperti dieba.. mungkin ade orang cakap dieba ni macam giler tapi dieba tak giler.. dieba sihat.. 100 peratus sihat walaupun dieba sakit.. mungkin apa yang terjadi kepada dieba ini adalah dugaan yang dieba harus terima.. hidup didalam dunia serba kekurangan ini buat dieba lebih senang bersendirian.. dengan kesakitkan yang sedia ada, memang hidup dieba begini.. kalau masa boleh diulang kembali dieba hanya mahu hidup yang sederhana tapi bahagia.. hanya itu sahaja..

Dari Hati Wanitaku: Bila harus berakhir, dieba pun tidak mengerti tetapi yang dieba mengerti hidup tetap harus diteruskan.. biarpun payah.. 

You Might Also Like

0 ulasan