Selamat Hari Ulang Tahun ( 5 Bulan )

3:30 PTG


Beberapa hari yang lalu dieba terpaksa untuk melupakan hasrat hati untuk menulis entry terbaru , gara2 keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan dieba untuk meneruskan penulisan dieba.. walaupun baru beberapa hari sahaja tetapi rasanya rindu sekali hendak menulis.. menulis ini bagaikan salah satu cara dieba untuk terus berbicara.. walaupun dieba hanya menulis berdasarkan kisah peribadi dieba tetapi adakalanya dieba seperti ingin menulis suatu kisah yang akan dieba jadikan kenangan yang terindah.. tetapi mungkin masanya belum tiba lagi.. dieba masih belum berani lagi untuk memulakan kisah itu.. in shaa allah bila tiba masanya nanti dan bila dieba telah betul2 bersedia mungkin kisah itu akan ada menghiasi blog dieba ini.. in shaa allah.. 

Semalam dieba ingin sekali menulis tetapi dieba terpaksa lupakan hasrat juga sebab semalam pun dieba masih tidak sihat lagi.. tetapi hari ini in shaa allah , sihat ataupun tidak dieba akan tetap buat2 sihat untuk habiskan entry yang tergendala ini.. 

Semalam 18 january 2013 , adalah hari yang cukup bermakna buat dieba & juga buat si dia.. semalam adalah hari ulang tahun percintaan kami yang ke 5 bulan.. syukur alhamdulillah, masa berjalan dengan amat pantas sekali.. . walaupun kisah cinta ini baru sahaja bermula.. tetapi rasanya macam sudah lama kami bersama.. sepanjang bersama , banyak kisah yang terjadi.. ada kisah suka , ada kisah duka.. tetapi itu semua tidak menghalangi kami untuk masih tetap bersama lagi.. jujurnya dugaan dalam bercinta ini banyak sangat halangannya.. bermacam2 yang terjadi kepada kami membuat kami bertambah matang dalam mengharungi ujian percintaan ini.. walaupun adakalanya sukar untuk dimengertikan tetapi bagi dieba , andai benar kami saling cinta mencintai semua itu tidak akan pernah jadi masalah besar bagi kami berdua.. besar mana pun dugaan , berat manapun rintangan dan ujian andainya dijalani berdua segalanya pasti akan dapat kami selesaikan.. bak kata WONDER PET " APA YANG PEENTING KERJA SAMA " macam itulah maksud dieba.. harus saling bersama tidak kiralah diwaktu senang mahupun susah.. begitulah juga jikalau kami hidup sebagai suami isteri nanti.. in shaa allah.. amin.. semoga termakbul doa2 kami berdua..

Itu sahaja kisah dieba untuk kali ini.. sebab dieba terpaksa mengundur diri untuk memberi laptop ini kepada ketiga2 kanak2 kecil dirumah ini yang telah mula menunjukkan muka sedih vs kecian.. alahai keciannya tengok mereka yang ingin lihat upin ipin di tonton.. tidak mengapalah , biarlah dieba mengalah.. lagipun kecian kepada mereka.. sebelum mengundur diri dieba berharap semoga percintaan ini akan terus berkekalan sehingga keakhir hayat kami berdua.. semoga apa yang kami rancang bersama dan apa yang kami selalu doa akan cepat termakbul.. in shaa allah.. 

You Might Also Like

0 ulasan