Kalaulah Hidup Ini Seindah Pelangi

9:25 PTG



Kalaulah hidup ini selalu seindah pelangi, pasti tiada kesedihan yang melanda.. 

Kalaulah hidup ini selalu seindah pelangi, pasti tiada tanggisan yang mengalir dipipi..

Kalaulah hidup ini selalu seindah pelangi, pasti tiada duka dihati.. 

Kalaulah.. 

Tapi engkau dan aku pun tahu bahawa hidup ini memang takkan selamanya seindah pelangi.. 

Kerana kita hanya manusia yang menumpang dimuka bumi Allah ini..

Entah esok, entahkan lusa.. nyawa yang dipinjamkan ini akan diambil kembali.. 

Dan kita akan kembali kepada pencipta kita..

Biarlah, andai ini jalan takdirku..

Aku akan redha, biarpun aku tahu luka dihati ini makin lama makin mendalam
kerana drama lautan manusia..

Namun siapalah aku, hendak membalasnya..

Lalu aku biarkan sahaja mereka dengan cara mereka dan aku dengan caraku,.

Mungkin ini yang terbaik..

Mungkin setakat ini..

Mungkin..

Sebab aku tiada jawapan yang pasti..


You Might Also Like

1 ulasan