Khasiat Daun Kari

4:01 PTG


Siapa tahu bahawa sebenarnya daun kari ini banyak khasiatnya? Bila dibaca2 rupanya memang banyak khasiatnya.. Deeba pun baru tahu ini.. Diantara khasiatnya adalah seperti yang tertera diabwah ini.. Kenkawan semua bolehlah mencubanya jikalau ada masalah seperti berikut.. 

1. Penawar cirit birit dan buasir
Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.

2. Loya dan pening
Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening . Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.
3. Diabetes

Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Boleh mengawal diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

4. Agar rambut panjang dan sihat
Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.

5. Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa
 Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.

6. Lebam dan bengkak
Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.

7. Kecantikan dan kesihatan diri
Amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari

You Might Also Like

4 ulasan

  1. thanks for sharing
    baru tau ada khasiat yg banyak
    anum follow back

    BalasPadam
  2. nice sharing... byknya khasiat.. eija tak boleh nak tanam duk umah tinggi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, banyak betul khasiatnya.. apa pulak tak bolehnya eija, boleh je.. taman la dalam pasu daun kari tu..

      Padam