Bukan Senang Nak Lawan Rasa Takut

9:33 PG



Dalam dunia ini mana ada manusia yang tak pernah rasa takut.. macam aku, perasaan takut itu selalu datang apabila aku keseorangan.. kenapa bila berseorangan sebab bila aku dikelilingi orang aku tak sempat nak merasa takut.. sebab tak sempat nak berfikir tentang takut... tapi bila  sorang-sorang laju pula perasaan takut itu datang..

Entah la takut yang bagaimana.. susah nak luahkan.. kadang takda benda pun yang menakutkan.. mungkin sebab penyakit aku ini.. yang membuatkan aku alami perasaan takut yang teramat..

Lebih 10 tahun aku tanggung sakit dan 10 tahun juga aku cuba untuk hidup normal macam orang lain.. aku cuba  walaupun payah.. macam-macam aku fikirkan.. macam-macam yang aku takutkan.. dan makin hari ia nya semakin membuat aku takut.. takut untuk menghadapinya..

Lagi berapa hari sahaja lagi tempoh kuarantin akan tamat.. entah bagaimana.. berjayakah rawatan itu ( IODIN ) jika berjaya aku bersyukur sangat.. jika tidak cukuplah sekali aku minum.. kerana aku dah xsanggup nak berpisah lagi dengan anak..

8 hari bagi aku bukan macam 8 minggu bukan juga macam 8 bulan tapi macam 80 tahun.. peritnya hati seorang ibu yahng terpaksa berpisah dengan anak tanpa kerelaan hati namun terpaksa untuk penuhi permintaan suami dan keluarga yang ingin melihat diri ini sembuh seperti suatu masa dahulu..

Lagipun siapa yang tak nak sihat kan.. jujur aku akui, aku cemburu lihat orang yang sihat..

Semuanya kalau diizinkan ALLAH..

You Might Also Like

0 ulasan