Bersihkan Karang Gigi Hanya Dengan Garam Sahaja, Yeke ?

10:26 PG

Assalammualaikum..

Sesiapa yang ada masalah karang gigi macam deeba boleh la mencuba petua ini dengan hanya mengunakan GARAM sahaja.. why garam ye? sedangkan dah habiskan masa bersihkan karang gigi dekat hospital semua but still ada lagi masalah karang gigi ini.. nak tahu kenapa garam boleh hilangkan penyakit karang gigi ini.. mari kita ketahui bagaimana ia nya boleh terjadi karang gigi..

Karang gigi merupakan salah satu masalah kesihatan pada gigi yang tidak boleh diambil ringan.. Karang gigi atau pun dikenali sebagai kalkulus merupakan plak yang menempel di bahagian dalam dan depan gigi.. Jika dibiarkan ia akan mengeras dan akan mendatangkan masalah lain seperti bau mulut, gangguan pencernaan dan juga jangkitan pada gusi..
Untuk menghidari masalah tersebut, anda perlu membersihkan karang gigi yang sudah mengeras dan tebal. Dan ini cara mudah untuk lakukan sendiri di rumah dengan menggunakan bahan semulajadi iatu garam.. Berikut adalah cara menghilangkan karang gigi menggunakan garam..

1. Campurkan 1 sudu garam dan 1 sudu baking soda.
2. Tambahkan sedikit air dan kacau sehingga menjadi pes.
3. Basahkan berus gigi dan oleskan adunan pes tadi.
4. Gosok gigi anda dengan perlahan dan amalkan rutin ini hingga dapat kesan yang diinginkan.
Macam mana senang sahajakan caranya.. so selamat mencuba ye pada semua yang ada masalah seperti deeba ni..

Sumber : Sinar Fm

You Might Also Like

4 ulasan