Kelebihan Baking Soda

8:35 PG

kelebihan baking soda yang boleh digunakan pada hujung rambut hingga hujung kaki
Baking soda atau serbuk penaik adalah salah satu bahan yang wajib ada jika anda memiliki hobi menghasilkan kek. Tetapi selain digunakan untuk menghasilkan pastri dan kek, baking soda juga memiliki manfaat luar biasa yang boleh digunakan bermula dari hujung rambut hingga hujung kaki.
1. Memutihkan gigi
Baking soda boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Caranya adalah letakkan sedikit serbuk baking soda tersebut pada berus gigi kemudian letakkan sekali dua hingga tiga titis perahan air lemon.
2. Deodoran
Anda ada masalah bau badan? Atasi masalah ini dengan baking soda dengan cara meletakkan baking soda tersebut pada bawah lenhgan anda. Baking soda dipercayai boleh menyerap peluh dan mencegah bau yang kurang menyenangkan.
3. Mengatasi kulit terbakar
Kulit terbakar boleh terjadi ketika kita terdedah kepada sinaran matahari tanpa perlindungan seperti lotion yang mengandungi uv filter. Untuk mengatasi kulit yang terbakar, anda boleh mencampurkan satu cawan baking soda kemudian ratakan pada bahagian yang mengalami ruam.
4. Mengatasi gigitan serangga
Gigitan serangga boleh mengakibatkan ruam merah pada kulit. Untuk mengurangkan ruam merah tersebut, anda boleh menghasilkan krim dari baking soda tersebut kemudian ratakan pada bahagian yang mengalami masalah ruam.
5. Berfungsi sebagai Scrub
Scrub digunakan untuk menghilangkan sel kulit mati dan merangsang pertumbuhan sel kulit baru sehingga kulit menjadi lebih bersih dan cerah.  Anda boleh menjadikan baking soda sebagai scrub, caranya sama seperti anda menggunakan scrub pada wajah anda.
6. Atasi masalah mulut berbau
Masalah mulut berbau dan plak pastinya dialami oleh sesiapa sahaja. Jangan risau, anda boleh mengatasi masalah ini dengan cara berkumur dengan larutan baking soda dengan mencampurkan satu gelas air  dengan dua sudu baking soda.
7. Merawat rambut
Tidak ada masa untuk merawat dan menjaga rambut anda? Jangan risau anda boleh memanfaatkan baking soda sebagai kaedah alternatif dalam merawat rambut anda dengan mencampurkan 9 sudu air dan tiga sudu baking soda. Ratakan campuran tersebut dari akar sehingga hujung rambut.

You Might Also Like

2 ulasan