Jangan Ditanya Lagi Bila
7:30 PG
Assalamualaikum w.b.t..
Selamat petang dieba ucapkan.. petang ini dieba rasa nak menulis tentang kisah ORANG BUJANG dan Kisah ORANG SELEPAS KAHWIN..
Kenapa tentang itu?
Sebab kisah-kisah ini la yang selalu orang sekeliling seringkali bertanya soalan-soalan yang tak mampu kita jawab melalui mulut dan kita hanya mampu tersenyum simpul.. walaupun hakikatnya kita sedih dengan persoalan begitu.. kan.. :'(
korang semua pun mesti pernah alami situasi yang sama kan.. haih, dah nasib kan.. takpe takpe.. :)
Situasi 1:Kisah Orang Bujang
Yela, seperti yang kita semua tahu orang sekarang ni muda-muda lagi dah berumah tangga.. sedangkan kita ni ni dah berumur 20an pun still tak berumah tangga lagi..
Apa yang nak diherankan.. dengan umur 26 tahun ni.. awal lagi rasanya.. belum 30 tahun lagi..
(saje sedap kan hati sendiri)
Tapi tu la lain bebenor dengan tanggapan orang lain..
Bila usia menginjak ke 20 tahun, ianya dikira tua.. haih.. gitu ye..
Lebih-lebih lagi pangkat-pangkat makcik-makcik ni.. tatkala bersua muka.. takde ayat lain rasanya..
Contoh,
"Eh, kamu ni tak kahwin lagi ke?"
"Adik beradik kamu, sepupu-sepupu kamu semuanya dah beranak pinak, kamu tu nak tunggu sampai bila? tunggu anak raja masuk meminang ke? kalau macam gitu gayanya sampai jadi ANDARTU la kamu tu jawabnya.. ke kamu ni memilih orangnya?"
"Tengok tu, kawan-kawan kamu tu dah bersanding pun atas pelamin tu, kamu tak jeles ke? atau sebenarnya kamu ni takde orang nak"
"Tu, anak acik tu, umur 18 tahun lagi dah kahwin, sekarang anak dah 4 tahun, kamu tak teringin ke nak ada laki ni?
Itu sudah lebih tu, namun bibir hanya mampu tersenyum.. namun hati.. menangis pedih..
"Jodoh itu memang Allah yang tentukan. Allah dah susun cantik-cantik. Cuma hati belum terasa sudah bertemu dengan yang sesuai."
Bukan salah kita pun bila jodoh kita tak sampai lagi.. hurmmm.. sabarlah hati.. mulut manusia kita tak boleh tutup.. yang mampu kita buat adalah tersenyum dan terus berdoa.. semoga ada jodoh yang ditetapkan untuk kita.. in shaa Allah.. amin..
Situasi 2 : Kisah Selepas Kahwin
Setelah Korang bertemu jodoh dan berumah tangga, ingat masalah dulu pun selesai tapi tetap sama..
Kali ini tentang bila nak dapat anak pula.. haih..
Bila terserempak kat mana-mana, contohnya majlis perkahwinan orang lain..
mesti tanya soalan wajib..
"Eh, kamu ni anak da berapa?"
"Ni, anak kamu ye? berapa tahun sudah? tambahlah lagi sementara masih muda ni.."
"Wah, dah tambah lagi ye, untunglah tiap tahun satu sorang.."
Haih, itupun nak tahu ke? macam-macam orang sekeliling kita ni kan.. langsung tak leh nampak mula kita agaknya.. asyik nak tanya je.. ingat kita ni apa kaunter tertanyaan ke apa..
Sebenarnya banyak lagi tanggapan manusia sekeliling kita.. kadang kadang tu rasa macam mereka ni takde keje lain je, asyik nak jaga tepi kain orang je.. sikit-sikit nak tanya dan tahu bila kita nak kahwin.. mula-mula rasa macam fedup sangat tapi lama-lama bila dah diajukan dengan soalan yang sama saban hari, jadi dah lali dengan pertanyaan yang macam tu..
Dan mungkin bila jodoh lambat sampai itu, Allah masih beri peluang kita berdoa untuk jumpa jodoh yang terbaik di antara yang baik.. Wallahualam.. teruskan berdoa ya..
Dia lebih tahu apa yang baik untuk kita.. Yakini itu..
Akhir kata, terima kasih sudi baca entri ni.. entry ini hanya sekadar luahan hati yang selama ini dipendam apabila soalan yang sama diajukan kepada dieba walaupun kini dieba telah bergelar tunangan orang.. tapi biasa la mulut orang kan.. susah untuk kita tutup.. yang penting kita tak kacau orang.. dan janji kita bahagia dengan hidup kita.. kan.. oklah, sehingga bertemu lagi dientry seterusnya..
0 ulasan