Jalan Kita Tak Pernah Sama

2:00 PG


Jalan..

Ada apa dengan jalan?


Ya, kisah perjalanan kita sesama umat manusia takkan pernah sama.. kerana perjalanan kita berlainan..

Kadangkala hati ini mengeluh bila sepanjang perjalanan ini banyak ranjau yang berduri.. adakalah nya aku terjatuh sendirian..

Kakiku seakan-akan lemah untuk melangkah kembali..

Lama aku terjatuh, sehinggalah aku mulai sedar bahawa jalan ini adalah bahagiaan aku..

Ya, aku harus bangun kembali..

Melangkah untuk berjuang kembali..

Walaupun aku sedar tatkala aku bangun kembali masih ada lagi mata-mata yang memandang serong akan aku.. hanya kerana aku hanya seorang WANITA BIASA.. yang mana pada pandangan mereka hanya seorang wanita yang lemah.. namun mereka lupa, kerana sifat mereka begitu aku kini semakin lama menjadi seorang yang MATANG..

Mungkin belum matang sepenuhnya tapi kini AIRMATA ku seakan malu untuk mengalir lagi seperti dahulu..

Kerana aku sedar tak guna aku bazirkan airmataku hanya kerana mereka memandang serong akan aku.. biarlah apa tanggapan mereka terhadap aku..

Sedangkan aku tahu hidup ini susah untuk puaskan hati semua orang..

Tapi aku tetap bersyukur, dengan kehidupan aku..

Walaupun bukan serba kemewahan macam mereka namun aku tetap bahagia walaupun hidup serdahana bersama sama dengan keluargaku dan insan yang aku cintai.. 


You Might Also Like

0 ulasan