Tentangku & Blog
2:00 PTGAssalammualaikum dan salam perkenalan daripadaku.. namaku yang sebenarnya adalah ADIBAH BINTI SUKARMAN.. Tetapi aku lebih suka dipanggil dieba.. aku dilahirkan di banting selangor pada 6 april 1988 dan pada ketika ini umurku menginjak keusia 26 tahun.. aku merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik.. warna kegemaranku adalah merah jambu dan juga hijau.. aku juga bercita-cita ingin menjadi seorang penulis novel seperti kak siti rosmizah dan juga teja irzara.. mereka adalah penulis novel yang aku kagumi.. sebab itulah aku bercita-cita ingin menjadi seorang penulis novel seperti mereka..
Tetapi bukan senang untuk menjadi seorang penulis.. sedangkan kini menulis diblog pun masih ada lagi yang tidak berpuas hati.. namun aku anggap itu semua cabaran untuk aku.. yang penting aku dapat menulis apa yang aku rasakan..
Tatkala aku ingin berjinak-jinak untuk menulis novel, aku jadi takut untuk menulis.. entahlah, aku sendiri tidak mengerti apa yang terjadi..
Tapi yang pasti aku tetap ingin menulis..
Jadi sebab itulah aku membuat blog dan aktif diblog.. bertahun lamanya..
Walaupun mungkin dari dulu dan ketika ini tiada siapa yang mengenaliku, tetapi aku tetap bersyukur kerana aku masih dapat menulis lagi..
Masihku ingat lagi, sewaktu mula-mula aku menulis blog..
Waktu itu, aku rajin menulis blog.. aku banyak menulis tentang perjalanan hidupku..
Alhamdulillah, ada yang sudi membaca entry-entryku dan memfollow blog aku yang tidak seberapa itu.. terima kasih semua..
Banyak komen yang ku terima.. sebagai tanda sokongan untuk seorang penulis baru sepertiku.. dan tak lupa juga komen-komen yang kurang senang dengan entry yang aku tulis..
Tidak mengapa, aku terima setiap teguran dan nasihat untuk penulis seperti aku ini..
Takkan sesekali aku mengalah..
Ini minatku.. tiada siapa yang berhak untuk menghalang aku untuk meneruskan impianku.. jika tidak dapat menjadi seorang penulis novel pun sekurang-kurangnya aku bersyukur aku dapat menulis diblogku sendiri.. ya, blog kesayanganku..
Dan seingatku, ini adalah blogku yang ke 5..
Mengapa 5?
Blogku yang pertama telahku padam, atas sebab-sebab yang tak dapatku elakkan.. blogku yang kedua aku dedikasikan untuk seseorang.. namun sayang seribu kali sayang, sewaktu aku pulang kerumah daripada menjalani pembedahan di IJN, blogku itu rupa-rupanya telah pun dihack.. sedih sekali aku rasakan.. namun mungkin sudah suratan.. seseorang itu telah pergi meninggalkan aku keseorangan.. bertambah sedih lagi aku.. sudahlah sakit belum sembuh, ditambah lagi sakit lain.. tidak mengapa.. aku redha.. dan blogku yang ketiga, juga aku tujukan untuk seseorang.. seperti yang lalu, seseorang itu pun meninggalkan aku jua.. aku ditinggalkan keseorangan apabila jantungku mulai sembuh.. rupa-rupanya orang itu hanya mengasihani aku kerana aku sakit jantung seperti arwah adiknya.. terkejut bukan kepalang aku.. sedih memang sedih, tapi hidup perlu diteruskan.. lalu aku pun padam juga blog itu.. dan teruskan hidupku..
Lama aku berdiam daripada dunia blog.. sehinggalah dua bulan selepas itu, aku mulai membuat blog yang baru.. pada mulanya aku buat blog itu hanya untuk menulis tentang sakitku dan keadaan sekelilingku.. namun pada suatu hari, aku dijemput untuk join satu segmen ni.. lalu aku pun mencubalah.. dan alhamdulillah pertama kali aku join tu aku terus menang.. alhamdulillah rezeki.. dan sejak daripada itu aku teruskan lagi join sebarang segmen yang ada.. ternyata murah rezekiku.. banyak juga yang aku menang.. alhamdulillah.. dan sejak daripada itulah blog aku yang keempat menjadi blog untuk contest.. dan aku ada juga selitkan kisah yang aku lalui setiap hari..
Dan entah kenapa pada suatu hari aku terfikir untuk membuat blog baru.. lalu inilah blogku yang kelima.. blog untukku menulis apa yang bermain difikiranku.. dan aku harap ini blogku yang terakhir..
Alhamdulilah kini blogku semakin dikenali ramai.. terima kasih sudi singgah diblogku ini.. dan terima kasih sudi follow dan memberikan komen-komen yang semangat untuk aku.. segala kata nasihat akan aku jadikan pedoman..
Terima kasih pada semua..
Yang banyak memberikan sokongan untukku..
#Throwback
0 ulasan