SAAT AKU BERWUDUK

2:20 PG



Saat kubersihkan MULUTKU,

seharusnya KUSEDAR bahawa kubersihkan dan kujaga MULUTKU dari PERCAKAPAN yang memfitnah, mengata, membuka aib orang lain, mengumpat dan memanggil seseorang dengan perkataan buruk.

Saat kucuci LUBANG HIDUNGKU,
seharusnya KUSEDAR bahawa kubersihkan dan kujaga LUBANG HIDUNGKU dari setiap NAFAS yg melupakan NIKMAT & SYUKUR akan kehidupanku kepada Allah SWT.

Saat kubasuh MUKAKU,
seharusnya KUSEDAR bahawa kubersihkan dan kujaga MATAKU dari PANDANGAN yang MAKSIAT dan NAFSU, dan kubersihkan WAJAHKU dari SENTUHAN yang bukan muhrimku.

Saat kubasuh TANGANKU,
seharusnya KUSEDAR bahawa kubersihkan dan kujaga TANGANKU dari perbuatan MENGAMBIL dan MEMEGANG yang BUKAN hak ku, menyalahkan orang lain, dan MEMUKUL seseorang dengan zalim.

Saat kubasuh KEPALAKU,
seharusnya KUSEDAR bahawa kubersihkan dan kujaga OTAKKU dari FIKIRAN KOTOR dan MAKSIAT, ANGAN-ANGAN kosong, PRASANGKA BURUK terhadap manusia dan Allah.

Saat kubasuh TELINGAKU,
seharusnya KUSEDAR bahawa kubersihkan dan kujaga TELINGAKU dari PENDENGARAN PERCAKAPAN BURUK dan TIDAK BERMANFAAT, dan SUARA yang MENGAJAK pada KESESATAN.

Saat kubasih KAKIKU,
seharusnya KUSEDAR bahawa kubersihkan dan kujaga KAKIKU dari LANGKAH-LANGKAH yang MENUJU ke tempat-tempat MAKSIAT,

Berdoalah disetiap sentuhan WUDUK yang dilakukan, agar Allah sentiasa membersihkan dosa-dosa perbuatan fizik kita, dan selalu menjaga kesucian wuduk kita.

"Ya Allah jadikanlah aku termasuk orang-orang yg bertaubat dan jadikanlah aku termasuk orang-orang bersuci…"

Semoga aku dapat “BERWUDUK” dengan sebenar-benarnya,

Aamiin. Wallahu’alam

You Might Also Like

0 ulasan