Ketawa Dan Airmata
2:35 PTGSIAPA KATA dalam bahagia itu hanya kerana sering dilihat berkongsi ketawa? bahagia itu adalah ketawa dan airmata.. begitu jugalah kami.
Dalam melengkapkan lukisan hidup, sendu dan ceria adalah warna asasnya.. kami pernah jatuh bersama.. terduduk menangisi rasa sakit.. adakalanya juga kami ketawa bersama, mencari makna dari gurauan dunia.. Kami juga ada bergaduh bermasam muka.. ada juga rajuk cemburu menghias rasa..
Semuanya kerana cabaran yang datang tak terduga.. ada dugaan datang mengundang suka.. ada pula yang mahukan airmata..
Janganlah ada yang mengimpikan bahagia itu hadir begitu sahaja.. itu mimpi maknanya..
Di awal usia perkenalan kami dulu, kami memulakannya dari bawah.. memijak satu persatu tangga hidup dan masa.. memintal jerih yang tidak akan kami lupakan..
Hari ini, jika kami dilihat mewah dengan bahagia, gerun masih ada.. perjalanan mendaki cinta ini, ada cerun dan lembahnya.. semalam dan hari ini, syukur kerana masih bertemankan cinta.. esok, tak siapa dapat meneka..
Nun dalam benak sana, semoga cerahlah juga esok dan lusa.. dan selamanya hingga ke syurga.. amin..
NotaHati: Merindui Encik Tunang :)
NotaHati: Merindui Encik Tunang :)
2 ulasan
nice sharing
BalasPadamdone follow your blog
blogwalking di sini
jom singgah dan follow blog sy di:
http://cikhafizahnurani.blogspot.com/
semoga kasih itu sentiasa kekal dan sayang itu berpanjangan walaupun ada lara sepanjang perkongsian itu :)
BalasPadam