Kadang-Kadang
3:30 PG
kadang-kadang kita lupa yang manusia punya hati..
kadang-kadang kita lupa yang manusia mudah disakiti..
kadang-kadang kita lupa yang luka manusia sukar diubati..
kerana kadang-kadang inilah yang menyebabkan
kita suka menyakiti..
kita suka menindasi..
kita alpa dengan perkara yang hakiki..
kita alpa dengan percaturan yang Allah beri..
dan disebabkan kadang-kadang jugalah
kita selalu melakukan perkara yang sama..
walaupun kita sudah sedari akan kepahitannya..
kita selalu melakukan kesilapan yang sama..
walaupun ketika kita melafazkan bicara
kita sedar yang kita sedang menyakiti…
kita masih terus dengan kesalahan yang sama..
walaupun ketika kita bertindak kita
tahu akan ada hati-hati yang terluka..
kita masih mengulang yang sama..
walaupun kita tahu ia boleh menjarakkan
hubungan yang sedang terbina…
kadang-kadang kita rasa kita berada di tempat yang sebetulnya..
kadang-kadang kita rasa yang kita sudah cuba yang terbaik utk semuanya..
kadang-kadang kita rasa yang kita lebih tahu segalanya…
kerana kadang-kadang inilah yang menyebabkan..
kita menutup peluang utk orang lain berbicara..
kita menyekat telinga kita untuk mendengar penjelasan yang sebenarnya..
kita menghalang minda kita utk berfikir perkara yang baik tentangnya..
dan kerana kadang-kadang ini jugalah…
kita akan mula kehilangan sahabt kita perlahan-lahan..
kita akan mula terasa dengan perkara yang tak sepatutnya..
kita akan mula melihat yang kita semakin jauh dengan orang y gkita cinta..
kerana banyak sangat kadang-kadang lah
kita lupa yang tidak semua orang boleh menerima penjelasan
sekiranya perkara yang dikatakan kadang-kadang tetapi berulang-ulang…
”Surah Al-Hujurat ayat 12, “Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah salah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? Tentu kamu tidak menyukainya. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.”.
NotaHati: buanglah sikap kadang-kadang.. fikirlah perasaan orang.. lihatlah dulu keburukan yang ada dalam diri kita. .lagi berkata tentang orang..
keburukan sendiri akan terbuka jua akhirnya..
0 ulasan