Petua Menyegarkan Kulit Muka

8:07 PG

Imej yang berkaitan

Assalammualaikum..

Siapa suka minum air TEH? semua orang pasti suka bukan.. deeba pun suka jugak.. ada orang suka bancuh air teh guna serbuk dan ada orang suka bancuh air teh guna yang uncang punya..

Air teh ni kalau tak habis diminum dan kita masukkan dalam peti ais lepastu minum semasa cuaca panas  dan letak ais seketul 2 fuhhh sedapnya kan..

Untuk entry kali ini deeba nak sharekan 1 petua untuk anda semua pasal AIR TEH..

Ohh ye sebenarnya kan kalau anda semua nak tahu  air teh jika kita tidak habis minum selain daripada kita simpan didalam peti ais kita boleh juga siramkan air teh itu pada pokok.. serius ke? ye serius.. sebab mengikut yang deeba baca air teh yang tidak habis diminum semalaman itu boleh kita siram pada pokok untuk menyuburkan pokok..

Jika anda semua yang ada minat tanam pokok2 tu boleh la cuba siram air teh semalam yang tidak habis tu dekat pokok2 uolls mana tahu boleh sentiasa hidup segar..

Selain daripada boleh digunakan menyiram pokok air teh yang tidak habis diminum juga boleh digunakan untuk mencuci muka kita bagi menyegarkan dan menegangkan kulit muka kita..

Caranya mudah sahaja, sebelum uolss membasuh muka dengan pencuci muka , basuhkan muka uolss dengan air teh tersebut.. biarkan dalam 10 hingga15 minit.. selepas itu oleh dibilas dengan mengunakan air bersih.. lakukan setiap pagi dan lihat hasilnya pasti akan mengembirakan..

Hah, macammana.. lepasni kalau ada air teh yang tidak habis diminum semalam tu boleh la anda semua cuba petua ini..

Nanti deeba nak cuba juga la.. siram pada pokok biar nampak pokok hijau mekar ditaman yang xberapa nak besar.. mini taman dulu.. hehe..

Selamat mencuba ye.. 

You Might Also Like

4 ulasan

  1. CCL suka tea . Tambah-tambah tea ais ..memang feveret . Hampas tea kadang letak kat pokok , if rajin ambil hampas tea yg dh guna scrubkan pada badan

    BalasPadam
  2. ooo boleh gak eh wat siram pokok ngan cuci muka..ok kat umah ni sllu bancuh teh hihi

    BalasPadam