Resepi Maggie Udang Cheese

6:45 PTG

Selamat petang semua.. boleh dikatakan setiap petang hujan kan.. sejuk dan nyaman je rasanya.. lebih-lebih lagi kalau hujan-hujan ni dapat makan yang panas-panas.. fuhhh syoknya.. 

Ni ada 1 resepi deeba nakshare dengan korang semua.. resepi ni asyik keluar je dekat wall facebook deeba.. pagi petang siang malam.. kira tengah fames la resepi ni..

Simple tapi menyelerakan.. resepi apakah itu?

Taraaaa.. tengok gambar pun dah tahu.. MAGGI..hehe..

Foto Malaysia Viral Recipe.

Foto Malaysia Viral Recipe.

Foto Malaysia Viral Recipe.

Yang bestnya maggi ni sebab dia ada cheese..yang pengemar cheese tu pasti suka kan..

Bahan-Bahan :

2 biji telur
100 ml air
½ sudu teh garam
Maggie Udang atau kari
1 keping keju
1/3 mangkuk keju Mozarella
Udang

Cara-cara :

1. Pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk, bubuh garam dan gaulkan. Masukkan dlm oven selama 1 hingga 2 minit.
2. Didihkan maggie macam biasa. Masukkan rempah, udang..
3. Tuangkan maggie dlm mangkuk ada telur tadi. Letakkan sekeping keju & taburkan keju mozarella.
4. Masukkan dalam oven selama 1 minit & makan.

You Might Also Like

10 ulasan

  1. Menggoda!!!!!huwaaaa terus lapar...kenapa akak tgok masa dlm MRT...

    BalasPadam
  2. Maggie ada telur ada udang ada...terliur nampaknya kena beli keju ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli keju banyak2 lepastu masak meggie secepatnya.. jangan lambat2 karang terliur pula.. hehe..

      Padam
  3. wahh xpernah tahu ni.. sebab gila cheese kn. mesti kena cuba ni.

    BalasPadam
  4. sedapnya ^^ campur cheese ... mmg terbaik ^^

    BalasPadam
  5. wow terliur tengok! Dah macam mac & cheese pun ye jugak.

    BalasPadam
  6. laparnya pagi2 tengok menu ni..yum yum

    BalasPadam