Pages

Dari Kacamata Seorang Wanita Official Blog

    • Home
    • Petua
    • Resepi
    • Giveaway
    • Tips
    • shop
    • travel
    • food



    Dalam kehidupan seharian yang aku lalui setiap hari pasti ada sahaja serba yang tidak kena. apakah ia nya salah diriku ? adakah aku yang bersalah dengan apa yang terjadi kepada diri ku ini ? adakah aku memang tidak selayak nya untuk merasakan bahagia ? adakah teruk sangat diriku dimata mereka ? apakah kekurangan nya diriku sehingga nya terlalu buruk diperkatakan mereka ? apa ? apa ? apa ? dan apa ? apa dosa ku sebenarnya ? aku penat berteka teki. penat pura-pura tersenyum dihadapan orang-orang aku kasihi. aku cintai. aku terlalu penat berpura-pura. aku cukup penat menahan airmata ku daripada mengalir. semata-mata aku tidak ingin orang-orang yang aku kasihi dan cintai bersedih sebab diriku. tp...

    Kadang-kadang aku tertanya-tanya apa kekurangan nya diriku. sehingga setiap apa sahaja yang aku lakukan pasti ada yang buruk dimata orang. aku telah cuba untuk tidak terlalu memikirkan nya tetapi apa daya aku ? mungkin sekali dua aku boleh berdiam diri tapi aku hanya manusia biasa. manusia yang mempunyai hati dan perasaan. selama mana la aku boleh bertahan. selama mana la aku boleh berdiam diri sahaja. aku ada perasaan. bukan aku tak ada. aku manusia bukan tunggul yang boleh berdiam bila disepak , bila maki , bila dipukul , bila caci. aku manusia. manusia yang punyai hati macam manusia yang lain. aku sama seperti semua. aku bukannya barang mainan. aku bukan patung. aku manusia. manusia. :(

    Dahulu , bila aku berhadapan dengan hal-hal yang macam ni aku selalu jauhkan diri daripada semua orang. aku lebih suke bersendirian sebab aku tak nak orang nampak kesedihan aku. aku tak nak orang nampak tanggisan aku sebagai seorang yang lemah. aku selalu larikan diri, sebab aku takut untuk hadapi nya. aku terlalu lemah waktu itu. tapi bila umur aku semakin meningkat dewasa aku ingat aku takkan lagi hadapi perkara ini. tetapi ternyata tekaan aku salah. semakin umur meningkat aku semakin berhadapan dengan perkara ini. perkara yang aku tidak dapat untuk luahkan kepada sesiapa pun. semuanya aku pendamkan didalam hati. cukuplah derita itu hanya aku sahaja yang tahu. aku tidak ingin sesiapapun tahu. sebab bagi aku biarlah orang tahu dan orang nampak aku bergembira daripada aku bersedih. aku tidak ingin sesiapapun bersedih sebab diriku. dan kini biarpun aku tahu semakin banyak orang tidak menyukai aku tetapi aku tetap bersyukur sebab biarpun mereka tidak menyukai ku. tetapi sekurang-kurangnya aku ada keluarga ku. keluargaku yang selalu bersama dengan diriku. aku ada dia. orang yang menghuni hatiku. dan aku juga ada mereka yang menyayangiku. bila aku bersedih aku pasti lihat wajah-wajah mereka. melihat mereka ketawa dan tersenyum sudah boleh buat aku bersemangat balik. walaupun luka itu tetap ada biarlah lama-lama ia nya hilang sendiri. dan sekarang walau sesulitnya jalan yang terpaksa aku laluinya. aku akan tetap tabah harunginya. aku tidak ingin jadi seperti dahulu lagi. aku tidak ingin lari daripada kenyataan. selagi aku lari dari kenyataan aku tetap akan digelar seorang pengecut. aku tidak ingin digelar seorang pengecut kerna aku bukan pengecut. aku harus berani. biarlah orang nak cakap apa pun, yang penting aku lebih mengenali diriku sendiri. biarpun nasib masih tidak menyebelahi aku lagi aku akan tetap tunggu. sebab aku tahu masa nya akan tiba jua biarpun aku terpaksa menunggu entah sampai bila pun. 
    Nota Hati:Maaf untuk entry ni rase nye dieba lebih senang mengunakan perkataan " Aku "
    Continue Reading



    Alhamdulilah hari berganti hari , bulan berganti bulan. Hari ni 18 november 2012 , genap la relationship diantara kami berdua selama 3 bulan 6 hari. syukur alhamdulilah. Kami masih lagi bertahan sampai ke hari ni. so far hubungan kami berdua tiada apa2 masalah lagi.  hope lepas ni pun tidak akan ada apa2 masalah diantara kami. minta2 dijauhi la daripada sebarang masalah. insyallah. amin amin amin. #doakan kami ye :)

    Dan walaupun hubungan kami ini dikategorikan sebagai cinta jarak jauh , tapi alhamdulillah , perasaan kami tu tak pernah pun berubah even sedikit pun. Mana2 pasangan bercinta yang macam kami ni mesti akan rasa macam apa yang kami rasa kn. sebenarnya bagi dieba kan cinta jarak jauh ni ISTIMEWA. instimewa nye sebab ia nya INDAH. indah  tau. sebab ia nya sebenarnya menguji tahap KESETIAAN diantara kita dan pasangan kita. waktu2 macam ni la kita nak tengok sejauh mana pasangan kita ni setia dengan kita. sejauh mana dia cintakan kita. sejauh mana keikhlasan dia terhadap kita. semua ini dikira macam adat pasangan bercinta jarak jauh la.  kalau dia sayangkan kita dia pasti akan cuba sedaya upaya untuk menjaga hati kita. menjaga perasaan kita. dan sudah pastilah istilah CURANG tu takkan timbul didalam fikiran masing2. sebab kalau ia nya timbul mula la fikiran kita berfikir macam2. ada yang bergaduh. bermasam muka. putus cinta. ayat2 yang kurang menyenangkan la. macam2 lagi la. betul tak ? betul kan. :) so nasihat dieba kepada pasangan yang bercinta jarak jauh ni jangan la cakap dan fikir bahawa cinta jarak jauh ni memang takkan bertahan lama. setiap apa yang kita lakukan biarlah jujur dan ikhlas. begitu jugalah dengan percintaan.  kerna bila kita jujur barulah hidup kita aman damai. dan bila kita tak jujur hidup kita akan sentiasa diselubungi kepayahan.  so  think positif ok.  selamat berhari minggu :) bubye2. assalammulaikum. :)
    Nota Hati: Abg terima kasih untuk segalanya. semakin hari akak semakin bahagia bersama dengan abg. setiap bulan doa akak tetap sama. akak berdoa semoga ada jodoh kita. semoga jodoh kita kekal. sampai ke jinjang pelamin seterusnya keakhir hayat. insyallah. andai ada jodoh kita bersatu jua kita akhirnya. sekali lagi terima kasih untuk  cinta dan kasih sayang ini. semoga berbahagia disana. dan semoga abg baik2 sahaja hendaknya. amin. :)
    Continue Reading



    Sedar tak sedar, rupanya dah lama dieba tak pegi tengok wayang.. serius lame kot.. rase nye kali terakhir dieba tengok wayang dengan adk dan sepupu mase kiteorang tengok cerita SADAKO dan The EXPENDABLES 2.. itulah cerita terakhir yang dieba tengok.. selepas itu langsung takde pun.. kiteorang semua pun dah jarang nk keluar bersama-sama lagi macam dulu sebab dorang semua dah busy dengan study je.. mane la ade mase nak keluar bersama lagi macam dulu.. kalau dieba keluar pun selalu dieba keluar dengan dorang je.. habis nak keluar dengan sape lagi.. dieba bukan nye ade ramai kawan pun.. cuma sejak ada nye dia ni hidup dieba jadi lebih ceria.. bahkan terlebih ceria.. walaupun tak selalu jumpa dia tapi dieba tak kisah pun asalkan masing-masing tahu jaga diri baik-baik, jaga cinta baik-baik, ingat satu sama lain itu pun dah cukup dah.. tak perlu nak banyak-banyak sebab masing-masing dah besar kan.. pandai-pandai la bawak diri.. yang penting percaya mempercayai.. daripada nak menaruh syak wassangka yang bukan-bukan.. nanti kalau pape jadi dekat hubungan tu macamana.. sape yang susah? diri sendiri jugak yang susah.. so dieba tak nak la ade perasaan yang begitu.. biasa-biase je da.. yang penting percaya kepada ALLAH.. bila cinta ini benar cinta ALLAH pasti akan lindungi CINTA KAMI.. in shaa Allah..



    Bila lama tak tengok wayang ni, tibe-tibe bila ade orang ajak tgk wayang.. rasa seronok pulak.. tak sangka dia ajak tgk wayang.. mula-mula rase macam mimpi je.. betul ke ni? serius ke? macam biase la.. bila macam was-was dieba suke sgt tampar pipi dieba ni untuk pastikan bahawa ia nya bukan mimpi.. dan ternyata memang bukan mimpi.. seronok nye la.. rase nak menjerit tapi tak boleh.. rase nak nangis lagi la tak boleh.. so yang bole dieba buat adalah tersenyum dan bersyukur.. bersyukur sangat-sangat..


    Ahad
    11/11/2012

    Pukul 12 setengah pun selamat tiba dirumah dieba. tapi macam biase la. dieba kalau da bersiap memang lame. sampai die da sampai pun dieba tak siap2 lagi. biase la dieba kan. so die kena la tunggu dieba bersiap. dieba pun pelik dengan dieba sendiri sebab nak kata dieba bermekap2 tak , nak calitkan lipstik lagi la tak , eye shadow semua memang langsung tak. yang lambat siap nye pun tak tahu la. hehehe. maybe pasal tudung kot. sebab dieba ni memang sensitif sikit pasal tudung ni. selagi dieba rase macam tak betul , tak cantik , tak comel selagi tu la dieba akan pastikan tudung tu melekat cantik je kat kepala dieba. selagi tak jangan harap la dieba berganjak daripada meja solek. huhuhuhu. jadi kena sabar la ye ENCIK SHARIFFUDDIN. :)

    Selesai urusan dieba dan tudung , dieba pun keluar la. dieba lihat die disana. menunggu dengan penuh kesabaran. ingat die tak sanggup tggu. mane tahu merajuk ke ? huhuhu. tapi nasib baik die tggu kalu tak dieba lak merajuk. seperti biase la kalau nak keluar die , mesti tanye da mintak izin mak abah lum. ok memang la nak mintak tapi mase dieba bangun pagi tu mak abah da takde. mak abah da keluar g REWANG. so sebelum g tu dieba call la mak abah. dieba cakap nak keluar dengan die. abah cakap hati² , jangan balik lewat². lepas abis cakap dengan abah kami pun gerak la g destinasi yang dituju yaitu JUSCO BUKIT TINGGI KLANG.

    Sepanjang perjalanan. kami berdua takde la banyak bercakap sgt sebab masing² ni memang jenis yang PENDIAM. so memang ada kejanggalannya disitu tapi bila dieba fikirkan balik. kalau diam je macam tak best la pulak. so dieba pun cubalah bercakap sebanyak mana pun. membebel sana sini. dieba tunjukkan die itu ini. ape je yang ade sepanjang perjalanan. tempat tu tempat ni. dieba tak tahu la die bosan ataupun tidak bila dengar cerita dieba tapi dieba tetap nak cerita jugak. lagipun dieba tengok die ok je. layan je dengar dieba cerita. kire die suke la tu. kalau die tak suke pun kena suke jugak. huhuhuhu.

    Pukul 1 suku kami sampai ke destinasi kami. alahai lama nye tak pergi sini. dahulu pergi dengan adik dan sepupu2 tapi kini berlainan sebab dapat pergi dengan yang tersayang. dahulu dieba berangan² je nak g dengan ENCIK SHARIFFUDDIN tapi kini tak sangka dapat jugak dieba pergi dengan die. seronoknye. keluar daripada kereta kami terus masuk ke dalam dan pergi ke panggung wayang. waktu itu tidak la terlalu ramai orang. jadi tak perlulah bersesak2 semua. dieba tak suke la kalau sesak² dengan orang nanti dieba bole pengsan. dieba sensitif cikit kalau g tempat ramai orang ni. ENCIK SHAFFUDDIN tanye nak tengok cerita ape ? die ajak tengok cerite ape ek ? aduhai dieba lupa la. macam aksi kot cerita tu. dieba mane la suke tengok cerite aksi² ni. tak kena dengan jiwa la. hehehe. tibe2 dieba ternampak poster ISTANBUL AKU DATANG. dieba terus tunjuk kat die. dieba ajak tengok cerite tu. tibe² die senyum. die kate die tak tengok cerita² cintan cintun ni. ala. kecewa nye. tapi dieba tak putus asa. dieba pujuk die jugak. sambil buat muke comel. walaupun takde la comel mane pun. huhuhuhu. taktik ni. hehehe. akhirnye berjaya jugak dieba pujuk die. hehehe. mula² dieba tak nak la pakse die tapi dieba teringin kot nk tgk cerite tu. sebab sweet sgt2. sebab kat rumah tadi dieba da usha² da cerite tu kt internet. tu yang nak tengok tu. cuma tak sempat cakap dengan die lagi.

    Lepas beli tiket kami jalan2 sebentar. sebelum tayangan nye bermula pukul 2 nanti. waktu itu jam baru sahaja 1:40pm. masih ade mase lagi. kalau nak makan memang tak sempat la. takut terlepas je nanti. so kami jalan² jela. dalam jalan² tu dieba tanye la die. die ok x tengok cerite tu ? terpaksa tak sebab nk kena teman dieba tgk cerita tu ? sebab dieba tak nak la. sebab die nk kena jaga hati dieba sampai nk kena dengar ckp dieba. lagipun kan die yang ajak dieba tengok wayang dieba pulak yg lebih². tapi die kate takpe. die tak kisah. asalkan dieba gembira die pun suke. mase tu dieba tak tahu nak cakap ape. dieba senyum je. seronok sgt dapat die yang memahami. dan menyayangi diri ini. dieba bersyukur sgt²

    Lepas beli pop corn dan air kami pun masuk ke dalam panggung. NO 6. di awal cerita dieba tgk die mase mula² macam tak suke layan cerita cinta ni. tapi tibe² die suke la. eeeeeee seronoknye. macam ni barulah lew tengok dengan senang hati. takde la dieba risaukan die je. yang asyik makan pop corn je tak berhenti². takut jugak dieba. die makan tanpa henti. mungkin bosan. tapi nasib baik la die ok. lew layan cerita ni. seronoknye.

    Bila sampai part dian merajuk , die bersuare. die merajuk macam akak. dieba terus pandang die kt sebelah. die senyum. tibe² dieba dapat idea. hehehehe. dieba cakap kat die. sekurang² nya die merajuk ade orang pujuk. pastu die da cover² mkn pop corn. hehehe. cover konon. eleh. nak kenakan kita tak kena tempat kan da terkena. hehehe. niat hati memang hati memang tak nak kenakan die tp da die tibe² je nk membuli dieba. walaupun ape yg die buli tu betul. dieba memang suke merajuk pun. huhuhuhu. nama dieba bukan dieba la kalau dieba tak merajuk dalam sehari. kalau tak merajuk tu pelik tau. hehehe.

    2 jam lebih dalam panggung sambil layan cerite ni memang best sgt2. Cerita ni memang sweet sgt2. terbaik la. rase seronok je tgk. lagipun cerita ni lew buat org yang tak suke tgk cerita cintan cintun ni jadi suke. kalau macamni lew la ajak die tengok cerita cintan cintun lagi. ala kalau die tak nak ape susah. buat je muke comel. pasti dapat apa yang diinginkan. hehehehe. ala gurau2 jela. sebenarnye tak suke la nak pakse² die. sebab die pun bukan jenis yang suke dipakse macam dieba. jadi biarlah kami masing² jadi diri sendiri. lagipun dalam bercinta tak elok ade sifat pakse memaksa. tak baik tau.

    Abis tengok wayang , kami pun pergilah jalan² cari makan. MCD menjadi pilihan. tapi kami tak makan kt situ. bungkus sahaja. selepas beli MCD kami lepak dekat luar sebentar sebelum pulang. tibe2 die ajak lepak pantai sebelum die antar dieba balik. pukul 5 setengah kami tiba di pantai. pantai macam biase la ramai orang. dieba pun kan memang tak suke kalau ramai² ni. tapi xpe. sekejap je pun lepak sini. lame tak pergi cini. lagipun ni kali kedua kami berdua jalan² kt pantai. mase dekat pantai dieba asyik tengok jam dekat hp je. dalam hati berkata asal la cepat sgt mase berlalu. sekejap je da kul 6. rase macam sekejap je abiskan mase dengan die hari ni. hurm. muke dieba da sedih je. dieba tengok muke die pun da sedih je. pastu masing² senyum. padahal dalam hati ALLAH je yang tahu sedih bila nk berpisah. walaupun bukan lah berpisah apa pun. cuma abis masa bersama hari ni. tapi kesedihan itu tetap ade. lepas ni tak tahu lagi bila kami lew jumpe lagi.

    Sepanjang perjalanan balik ke rumah hati dieba mulai tak keruan. semakin dekat dengan rumah semakin sayu je rase hati. nak nangis je rasenye. tak tak bole² tahan² airmata dan kesedihan tu. tahan dieba tahan. fuhhhh. sesampai nye dirumah. memang rase sedih tak dpt dibendung lg. tapi terpakse senyum je. takkan nk nangis depan mak abah. nanti mak abah sangka pulak. padahal xde papepun. die turun dari kereta je die terus bertegur sapa dengan mak. die cakap dengan mak die mintak izin bawak dieba keluar td. mak tanye g mane. semua nye die jawab. bagus la die jawab sebab dieba tibe² hilang kate².. sedih kot..

    Mak ajak die masuk duduk.. tapi die xnk.. die duduk dekat luar je.. die borak dengan mak dan tuah.. dieba cuma perhatikan je.. dieba seronok tgk mak , abah dan adik suke dengan die.. bole terima die jadi sebahagiaan keluarga ni.. die pun dieba tgk bole terima keluarga dieba jugak.. itulah saat paling seronok buat dieba.. 6:30 pm. die meminta izin untuk pulang.. die bersalaman dengan mak , abah dan adik.. dieba hanya perhatikan je sambil tersenyum.. padahal dalam hati rase nak tahan je die balik.. tapi sabarlah hati.. insyallah ade JODOH nanti pasti bersatu.. nanti takde la berpisah berjauhan macamni.. #saje je sedapkan hati sendiri :)

    Begitulah ceritanye.. walaupun hanya 7 jam sahaja masa bersama untuk hari ini tapi dieba bersyukur sgt² sebab dapat jugak abiskan masa dengan die.. dan hari itu dieba seronok sgt² bersama dengan die.. sepanjang hari bersama die dieba sentiase tersenyum.. die tahu bagaimana nak buat dieba bahagia.. dan dieba mengaku memang dieba bahagia sgt².. terima kasih untuk hari yang indah ini abg SHARIFFUDDIN.. akak bahagia sgt²
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    About Me

    press
    Deeba Adeeba
    Personal Blogger | Malaysian Blogger
    For any inquiry, e-mail me at adiebasukarman@yahoo.com

    Follow Us

    • facebook
    • twitter
    • instagram

    Nuffnang

    Like us on Facebook

    Followers

    ShoutBox

    Blog Archive

    • ►  2018 (2)
      • ►  Februari 2018 (1)
      • ►  Januari 2018 (1)
    • ►  2017 (42)
      • ►  Disember 2017 (7)
      • ►  November 2017 (7)
      • ►  Oktober 2017 (5)
      • ►  September 2017 (19)
      • ►  Ogos 2017 (1)
      • ►  Julai 2017 (1)
      • ►  April 2017 (2)
    • ►  2016 (42)
      • ►  Disember 2016 (1)
      • ►  November 2016 (4)
      • ►  Oktober 2016 (2)
      • ►  September 2016 (3)
      • ►  Ogos 2016 (13)
      • ►  Julai 2016 (3)
      • ►  Jun 2016 (3)
      • ►  Mei 2016 (2)
      • ►  Januari 2016 (11)
    • ►  2015 (55)
      • ►  November 2015 (1)
      • ►  Oktober 2015 (2)
      • ►  September 2015 (3)
      • ►  Ogos 2015 (1)
      • ►  Julai 2015 (4)
      • ►  Jun 2015 (16)
      • ►  Mei 2015 (16)
      • ►  April 2015 (10)
      • ►  Februari 2015 (1)
      • ►  Januari 2015 (1)
    • ►  2014 (110)
      • ►  Disember 2014 (1)
      • ►  November 2014 (12)
      • ►  Oktober 2014 (5)
      • ►  September 2014 (1)
      • ►  Ogos 2014 (1)
      • ►  Julai 2014 (11)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  Mei 2014 (12)
      • ►  April 2014 (24)
      • ►  Mac 2014 (22)
      • ►  Februari 2014 (13)
      • ►  Januari 2014 (3)
    • ►  2013 (18)
      • ►  Disember 2013 (1)
      • ►  November 2013 (1)
      • ►  Oktober 2013 (1)
      • ►  Ogos 2013 (1)
      • ►  Julai 2013 (1)
      • ►  Mei 2013 (1)
      • ►  April 2013 (3)
      • ►  Mac 2013 (3)
      • ►  Februari 2013 (2)
      • ►  Januari 2013 (4)
    • ▼  2012 (16)
      • ►  Disember 2012 (5)
      • ▼  November 2012 (3)
        • Namun Ku Punya Hati
        • Selamat Hari Ulang Tahun ( 3 Bulan )
        • Hari Yang Indah Bersamanya
      • ►  Oktober 2012 (4)
      • ►  September 2012 (2)
      • ►  Ogos 2012 (2)

    Populor Post

    • Hurts
    • Percuma 1 Scoop Baskin Robbins
    • Spicy Korean Burger Buy 1 free 1
    • Tips Sebelum Memakan Pisang
    • PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan

    Labels

    Giveaway Petua Sinopsis Novel Resepi Wordless Wednesday Tips Viral Diy Mutiara Kata Ulang Tahun Wedding Gold Coast Morib Happy Bufday Nuffnang Salam Jumaat Tonton Online Walimatulurus

    Total pageviews

    Created With By BeautyTemplates & MyBloggerThemes

    Back to top