Allah beri rasa sakit itu supaya kita menghargai erti sihat.. Ya kini aku lebih menghargai masa sihat aku dulu.. Bahkan saat ini aku rindu saat aku masih sihat.. Aku bebas berjalan.. Sedangkan kini, hendak berjalan setapak dua dah mengah.. Sesak nafas semua.. Jadi pesan ku buat semua, sentiasalah menghargai kesihatan diri,,
Jangan lemah sebab manusia.. Mereka cuma tahu mengata sedangkan tidak tahu apa yang kita rasa..
Jangan lemah kerana manusia..
Biar kuat kerana Allah..
Saat lemah tidak berdaya, pintalah kekuatan pada Allah..
Dia pemilik segala kekuatan..
Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi dugaan ini..
500g Nutella 800ml krim pekat 1 sudu besar air panas 2 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
Cara-cara untuk membuat:
Kacau krim dan Nutella di dalam kuali dengan suhu serdahana selama 3-4minit atau sehingga lembut.
Masukkan satu sudu besar air panas ke dalam mangkuk kalis panas dan masukkan sedikit serbuk agar-agar. Letakkan mangkuk tersebut ke dalam periuk berisi air mendidih. Kacau serbuk agar-agar sehingga ia cair.
Tuang agar-agar yang telah cair ke dalam adunan Nutella. Masukkan adunan ke dalam bekas untuk dihidang dan biarkan sejuk selama lebih kurang 6 jam.
Sebagai hiasan, anda boleh letakkan sedikit whipped cream ke atas puding dan taburkan sedikit serbuk koko sebelum dihidangkan.
Nota: Disebabkan mengidam yang terlampau lampau rasanya kena cuba buat sendiri.. Haihhh, tak sabar nak cuba resepi ini.. nanti boleh la makan hari hari.. biar bertambah debab..
Syed Aizril dan Aleya melayari bahtera hidup yang bahagia bersama anak-anak. Lapan tahun hidup berumah tangga begitu indah dan manis rasanya.
“Abang akan berada di sisi Leya sampai ke akhir nafas abang, sayang. Abang tak akan tinggalkan Leya. Leya segala-galanya dalam hidup abang.”
Datin Sharifah Rosnah tidak dapat menerima takdir yang tersurat buat arwah anaknya. Hati itu masih hitam dengan dendam kesumatnya! Faizal pula, penjara masih tidak menginsafkannya. Kebencian pada Syed Aizril dan Aleya begitu mendalam sekali. Janjinya! Aleya dan Syed Aizril akan hidup merana!
Sharifah Azreen hadir dengan visi untuk memiliki cinta Syed Aizril. Dugaan yang melanda dalam hidupnya, mengoyahkan hati lelaki ini. Janji pada isterinya dilupakan begitu saja.
“Aku dah tak sayangkan kau! Kau gagal jadi seorang isteri! Di hati aku kau dah tak ada! Kosong Aleya! Kosong!” Berkecai hati Aleya mendengarnya! Aleya terseksa! Hidupnya menderita! Dia dipisahkan dari anak-anaknya!
“Kau tak malu ke dengan jiran nak bagi makan dekat depan ni? Kau nak jadi pengemis kau punya pasal! Jangan kau nak buat anak-anak aku jadi pengemis sama!”
Aleya nampak anak-anaknya melambai tangan padanya bersama air mata menitis-nitis di pipi mereka.
“Kesian anak-anak aku Umi. Aku tak sempat bagi anak-anak aku makan. Kenapa dia layan aku macam pengemis? Ya Allah! Tak tertahan sakitnya perbuatan dia! Kuatkan aku ya Allah! Kuatkan aku!” Aleya menangis semahu-mahunya sambil memeluk erat bekas makanannya.
Hati Syed Aizril sudah tepu dengan ego! Dan ego itu, akhirnya menghancurkan hidupnya. Saat ini, penyesalan dah tak berguna. Hati Aleya sudah mati buatnya!
“Leya masih isteri abang. Leya tanggungjawab abang.” Sebak suaranya.
“Isteri? Tanggungjawab? Layak ke saya jadi isteri pada orang yang terhormat macam awak Encik Aizril? Isteri yang dihalau macam anjing kurap! Isteri yang dicaci! Isteri yang dimaki! Dihina! Dicemuh! Masih layak ke perempuan macam saya jadi isteri awak Encik Aizril!” Jelas kelukaan pada setiap patah katanya.
“Abang akan terus berjuang sampai ke nafas abang yang terakhir! Apa jadi sekalipun Leya tetap akan jadi milik abang!” kata Syed Aizril bersama air mata basah di wajah.
“Saya akan pastikan hubungan saya dengan awak akan terlerai! Saya tak akan tunduk dengan awak lagi! Awak jangan harap saya akan masuk semula dalam sangkar hidup awak!”
Perlu ke Aleya berpaling lagi? Lelaki itu sudah menghancur lumatkan hatinya! Lelaki itu menyeksanya! Lelaki itu mengkhianati cintanya! Maafkan mama sayang, mama dah tak mampu menelan! Andai Itu Takdir-NYA, Aleya redha.
Nota: Rasa tak sabar nak ajak suami pergi beli novel ni.. sebab novel yang firstnya pun dah terlalu best sampai baca banyak kali pun tak jemu jemu..
Assalamualaikum !! Alhamdulillah,sempena Hari Ibu 2015,buat julung-julung kalinya kami berjaya melancarkan satu segmen yang di taja sepenuhnya oleh sebahagian ahli Grup Mama Bloggers Malaysia [GMBM]. Segmen ini di adakan adalah untuk memanjangkan ukhuwah sesama blogger yang menyertai segmen ini. Hadiah yang di tawarkan dalam segmen ini juga sangat menarik dan berbaloi untuk di menangi. Masa pelancaran segmen selama sebulan memberi lebih peluang penyertaan dan memenuhi syarat bagi para peserta.
Tarikh Segmen : 10 Mei - 7 Jun 2015
Syarat-syarat untuk menyertai segmen ini adalah:-
Blogger Malaysia.
Buat entri yang bertajuk GMBM 1st GIVEAWAY 2015.
Pilihan entri samada copy dan paste sahaja entri yang di sediakan atau buat entri sendiri mengikut kreativiti anda.
Mengikuti semua syarat yang di tetapkan oleh penganjur dan penaja.
5. Buat entry di blog anda bertajuk "D2D's First Giveaway by Edrina" 6.Copy coding yang disediakan, paste di ruangan html entry di blog anda dan publish entry tersebut.
7. Tinggalkan link entry anda dalam ruangan komen di SINI
8. GA bermula pada 12.00AM, 9 Mei 2015 dan tamat pada 11.59PM, 9 Jun 2015
18 pemenang dicari dan pemenang ditentukan melalui Top Referral dan cabutan bertuah secara manual oleh penganjur sendiri
5. Buat entry di blog anda bertajuk "D2D's First Giveaway by Edrina" 6.Copy coding yang disediakan, paste di ruangan html entry di blog anda dan publish entry tersebut.
7. Tinggalkan link entry anda dalam ruangan komen di SINI
8. GA bermula pada 12.00AM, 9 Mei 2015 dan tamat pada 11.59PM, 9 Jun 2015
18 pemenang dicari dan pemenang ditentukan melalui Top Referral dan cabutan bertuah secara manual oleh penganjur sendiri
Bidadari mengisahkan Suria (Amyra Rosli) anak kepada seorang penyanyi kelab, Delima (Sherie Merlis) yang terpaksa menempuh keperitan hidup dengan bapa tiri, Anjang(Azhan Rani). Anjang yang suka berjudi dan berfoya sentiasa mengambil kesempatan untuk mempergunakan dua beranak itu.
Diherdik dan sering didera membuatkan Suria sukar menerima kehadiran lelaki di dalam hidupnya. Malah kepolosan dirinya sering mengundang niat jahat daripada insan bergelar lelaki. Ibunya, Delima pula bagaikan menyimpan rahsia terpendam. Walaupun Suria sentiasa menyayangi dan melayan ibunya sebaik mungkin, Delima pula sentiasa beranggapan anak gadisnya itu tidak lebih daripada sekadar menambah beban dalam hidupnya. Namun pada suatu hari, anak-beranak itu nekad meninggalkan rumah yang umpama neraka bagi mereka dan dipertemukan dengan takdir baharu.
Tengku Iskandar (Zamarul Hisham), pemilik Restoran Melati yang tertarik dengan nyanyian Delima sebelum ini memberikan mereka tempat berteduh untuk memulakan hidup yang lebih baik. Pertemuan singkat itu juga berjaya membuka hati Tengku Iskandar memperisterikan Delima. Jauh di hati Delima, dia hanya menginginkan kemewahan dan sanggup berbuat apa saja demi mencapai impiannya.
Suria kini memiliki seorang adik tiri bernama Tia, (Nonny Nadirah) yang ikhlas menerima kasih sayang Delima dan Suria. Namun ketamakan Delima bakal memusnahkan segala-galanya apatah lagi mengetahui rahsia bahawa Tengku Iskandar menyimpan isteri pertamanya bernama Melati yang koma dan dirawat di sebuah bilik rahsia. Sebuah harapan keluarga bahagia bakal berubah menjadi satu lagi dugaan besar buat Suria dan Tia. Pada masa sama, Suria didekati dua insan istimewa dalam hidupnya, Adi (Shahz Jaszle) yang ikhlas mencintainya dan Lukman (Syazwan Zulkifli), abang tirinya yang sanggup berubah bagi memenangi hati Suria. Mampukah Suria berhadapan dengan segala rintangan dan kekal sebagai insan berhati bidadari?
Apakah rahsia di sebalik kebencian Delima terhadap Suria? Apa yang bakal berlaku seterusnya?