Sabtu, 26 September 2015

Senyum Sabtu : Short Girl Problems







Siapa pernah alami begini, sila angkat tangan.. hehe.. deeba pun sama la.. selalu kena begini.. al-maklum la tak berapa nak tinggi.. sampai kadang2 tu, dulu2 la masa single lagi bila keluar dengan adik lelaki, dorang semua mesti ingat yang deeba ni adik kepada adik lelaki deeba.. sebabnya adik deeba tuuu tinggi daripada deeba.. kadang tu sampai nak cakap dengan dia pun kena angkat kepala..

Sampai sakit kepala ni rasanya.. nak buat macam mana kan.. dah kurang tinggi tapi kurang tinggi pun still cute tau.. hehe.. angkat bakul betul kan deeba ni..

Jadinya kepada sesiapa yang kurang tinggi ni jangan lah rasa rendah diri kerana sememangnya walau anda pendek tetapi anda tetap cute.. percayalah..

Dan siapa kata orang tinggi takde masalah? dorang pun kalau nak bercakap dengan kita kena rendahkan kepala kebawahkan.. jadinya kita semua ni sama je tak kiralah pendek ke tinggi..

Yang penting banggalah menjadi diri sendiri.. 
Read more>>>

Khamis, 17 September 2015

Giveway Women Desire By Intan

"Women Desire Giveaway!
Due Date 24 September 2015
Berita Baik buat Wanita yang PENTINGKAN Kecantikan Diri secara Dalaman & juga Luaran tentunya..... Kami di Intan Beauty Centre telah menganjurkan 1 Giveaway buat anda bermula dari 10th - 24th September 2015 ....


Hadiah yang kami tawarkan adalah seperti di bawah
Jom cuci mata sikit

5 x Pemenang Bertuah
FREE Combo Women Desire
Jom ramai-ramai kita join bagi memeriahkan lagi GIVEAWAY ini...

Ini merupakan 1st Giveaway ini dilancarkan oleh Intan Beauty Centre dan di sponser oleh Women Desire Kuala Lumpur


** Untuk lihat senarai peserta kat SINI

*** Untuk lihat senarai hadiah kat SINI

*Nota Kecil : Please tag and ajak kawan-kawan korang join sekali tau 


--------------------------------------------------------------------------------------------------
Thanks korang. Harap Giveaway kali ni mendapat sambutan 
I love u all 
 
Terima kasih kepada Sponser yang sudi menaja 1st Giveaway by Intan Beauty Centre ini
Read more>>>

Sabtu, 12 September 2015

Kalaulah Hidup Ini Seindah Pelangi



Kalaulah hidup ini selalu seindah pelangi, pasti tiada kesedihan yang melanda.. 

Kalaulah hidup ini selalu seindah pelangi, pasti tiada tanggisan yang mengalir dipipi..

Kalaulah hidup ini selalu seindah pelangi, pasti tiada duka dihati.. 

Kalaulah.. 

Tapi engkau dan aku pun tahu bahawa hidup ini memang takkan selamanya seindah pelangi.. 

Kerana kita hanya manusia yang menumpang dimuka bumi Allah ini..

Entah esok, entahkan lusa.. nyawa yang dipinjamkan ini akan diambil kembali.. 

Dan kita akan kembali kepada pencipta kita..

Biarlah, andai ini jalan takdirku..

Aku akan redha, biarpun aku tahu luka dihati ini makin lama makin mendalam
kerana drama lautan manusia..

Namun siapalah aku, hendak membalasnya..

Lalu aku biarkan sahaja mereka dengan cara mereka dan aku dengan caraku,.

Mungkin ini yang terbaik..

Mungkin setakat ini..

Mungkin..

Sebab aku tiada jawapan yang pasti..


Read more>>>

Copyright © Dari Kacamata Seorang Wanita Official Blog Designed by azhafizah.com