Pages

Dari Kacamata Seorang Wanita Official Blog

    • Home
    • Petua
    • Resepi
    • Giveaway
    • Tips
    • shop
    • travel
    • food


    Diri, kadang-kadang rasa ingin lari jauh dari kehidupan ini..

    Perit yang dirasakan, tak semua insan mengerti..

    Senangnya mereka berkata, tapi bukan semudah itu untuk aku lakukan..

    Sakitnya, hanya aku yang mengerti..

    Sedihku, tangisku.. hanya aku yang mengerti..

    Apa yang mereka faham tentang kesedihanku?

    Tidak, mereka tidak akan mengerti apa yang aku rasakan..

    At: Pantai Morib, 12:51pm
    Continue Reading


    Semalam adalah pengalaman..
    Hari ini adalah pengajaran..
    EsOk adalah pelajaran..

    Hidup sentiasa berputar..
    Kadang kala di bawah..
    Kadang kala di atas...
    Kadang kala gembira..
    Kadang kala sedih..
    Kadang kala bergelak ketawa..
    Kadang kala menangis..

    Itulah KEHIDUPAN..
    Tiada yang sempurna..
    Continue Reading

    Assalammualaikum dan salam perkenalan daripadaku.. namaku yang sebenarnya adalah ADIBAH BINTI SUKARMAN.. Tetapi aku lebih suka dipanggil dieba.. aku dilahirkan di banting selangor pada 6 april 1988 dan pada ketika ini umurku menginjak keusia 26 tahun..  aku merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik.. warna kegemaranku adalah merah jambu dan juga hijau.. aku juga bercita-cita ingin menjadi seorang penulis novel seperti kak siti rosmizah dan juga teja irzara.. mereka adalah penulis novel yang aku kagumi.. sebab itulah aku bercita-cita ingin menjadi seorang penulis novel seperti mereka..

    Tetapi bukan senang untuk menjadi seorang penulis.. sedangkan kini menulis diblog pun masih ada lagi yang tidak berpuas hati.. namun aku anggap itu semua cabaran untuk aku.. yang penting aku dapat menulis apa yang aku rasakan..

    Tatkala aku ingin berjinak-jinak untuk menulis novel, aku jadi takut untuk menulis.. entahlah, aku sendiri tidak mengerti apa yang terjadi..

    Tapi yang pasti aku tetap ingin menulis..

    Jadi sebab itulah aku membuat blog dan aktif diblog.. bertahun lamanya..

    Walaupun mungkin dari dulu dan ketika ini tiada siapa yang mengenaliku, tetapi aku tetap bersyukur kerana aku masih dapat menulis lagi..

    Masihku ingat lagi, sewaktu mula-mula aku menulis blog..

    Waktu itu, aku rajin menulis blog.. aku banyak menulis tentang perjalanan hidupku..

    Alhamdulillah, ada yang sudi membaca entry-entryku dan memfollow blog aku yang tidak seberapa itu.. terima kasih semua..

    Banyak komen yang ku terima.. sebagai tanda sokongan untuk seorang penulis baru sepertiku.. dan tak lupa juga komen-komen yang kurang senang dengan entry yang aku tulis..

    Tidak mengapa, aku terima setiap teguran dan nasihat untuk penulis seperti aku ini..

    Takkan sesekali aku mengalah..

    Ini minatku.. tiada siapa yang berhak untuk menghalang aku untuk meneruskan impianku.. jika tidak dapat menjadi seorang penulis novel pun sekurang-kurangnya aku bersyukur aku dapat menulis diblogku sendiri.. ya, blog kesayanganku..

    Dan seingatku, ini adalah blogku yang ke 5..

    Mengapa 5?

    Blogku yang pertama telahku padam, atas sebab-sebab yang tak dapatku elakkan.. blogku yang kedua aku dedikasikan untuk seseorang.. namun sayang seribu kali sayang, sewaktu aku pulang kerumah daripada menjalani pembedahan di IJN, blogku itu rupa-rupanya telah pun dihack.. sedih sekali aku rasakan.. namun mungkin sudah suratan.. seseorang itu telah pergi meninggalkan aku keseorangan.. bertambah sedih lagi aku.. sudahlah sakit belum sembuh, ditambah lagi sakit lain.. tidak mengapa.. aku redha.. dan blogku yang ketiga, juga aku tujukan untuk seseorang..  seperti yang lalu, seseorang itu pun meninggalkan aku jua.. aku ditinggalkan keseorangan apabila jantungku mulai sembuh.. rupa-rupanya orang itu hanya mengasihani aku kerana aku sakit jantung seperti arwah adiknya.. terkejut bukan kepalang aku.. sedih memang sedih, tapi hidup perlu diteruskan.. lalu aku pun padam juga blog itu.. dan teruskan hidupku..

    Lama aku berdiam daripada dunia blog.. sehinggalah dua bulan selepas itu, aku mulai membuat blog yang baru.. pada mulanya aku buat blog itu hanya untuk menulis tentang sakitku dan keadaan sekelilingku.. namun pada suatu hari, aku dijemput untuk join satu segmen ni.. lalu aku pun mencubalah.. dan alhamdulillah pertama kali aku join tu aku terus menang.. alhamdulillah rezeki.. dan sejak daripada itu aku teruskan lagi join sebarang segmen yang ada.. ternyata murah rezekiku.. banyak juga yang aku menang.. alhamdulillah.. dan sejak daripada itulah blog aku yang keempat menjadi blog untuk contest.. dan aku ada juga selitkan kisah yang aku lalui setiap hari..

    Dan entah kenapa pada suatu hari aku terfikir untuk membuat blog baru.. lalu inilah blogku yang kelima.. blog untukku menulis apa yang bermain difikiranku.. dan aku harap ini blogku yang terakhir..

    Alhamdulilah kini blogku semakin dikenali ramai.. terima kasih sudi singgah diblogku ini.. dan terima kasih sudi follow dan memberikan komen-komen yang semangat untuk aku.. segala kata nasihat akan aku jadikan pedoman..

    Terima kasih pada semua..

    Yang banyak memberikan sokongan untukku..

    #Throwback 
    Continue Reading

    Assalammualaikum dan selamat petang semua.. cuaca petang ni teramat la hangat ye.. entah bilakah akan hujan lagi.. harap-harap dalam masa terdekat ni.. in shaa Allah..

    Sebenarnya petang ni dieba nak menulis tentang E-DAY dieba dan juga di DIA.. eetelah 4 bulan lebih barulah nak menulis tentang tu.. huhuhu.. 

    Sebenarnya lepas tunang haritu lagi dah nak tulis tapi busy lak.. hehehe..  lagipun entry tu asyik tulis sekerat, sekerat je.. entah bila lah nak habis.. 

    So kebetulan, sekarang ni barulah ada masa terluang untuk menulis.. so jemput lah baca ye.. 

    Sebulan sebelum majlis..
    Alang-alang sudah ke johor, pergi lah cari barang hantaran.. banyak sangat yang berkenan.. rasa macam nak beli satu kedai dan kedai-kedai sebelahnya sekali.. rambang mata jadinya.. nasib baik kereta tak muat.. huhuhu.. kalau tak memang habislah diborong..

    Happy sangat dapat shopping barang kahwin kat tempat lagi selain daripada banting.. tapi tu lah dapat beli sikit je.. almaklumlah kereta tak muat nak bawak barang banyak ni.. takpe, nanti yang lain beli kat banting je..

    Beberapa minggu kemudian
    Sibuknya mengalahkan macam orang nak buat majlis kahwin, padahal baru nak bertunang.. haih, walaupun sibuk tapi serius happy.. rasa macam tak percaya je dah nak dekat majlis..

    Sepatutnya lagi seminggu lambat.. tapi disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan majlis terpaksa diawalkan.. fuh, makin dup dap dup dap je rasanya..

    Banyak yang nak kena buat ni.. sempat ke ni? harap-harap sempat lah..

    Itu kisah sebulan sebelum majlis.. yang ni lagi lah.. haih..

    Seminggu sebelum majlis
    Rasa nak pitam pun ada.. haih, barang banyak tak beli lagi.. macam-macam jadi sebenarnya.. leh pulak kedai yang jual barang-barang perkahwinan tu tutup.. cuti apa entah.. lupa lah.. tiga hari pula tu.. huh, majlis lak lagi beberapa hari..

    Tu baru barang hantaran, bab baju lagi.. haih, susahnya nak cari kaler yang berkenan.. kalau ada pun tak muat.. pastu banyak yang besar lak tu.. haih sedihnya..

    Macam mana ni..

    Dieba just nak baju simple tapi cantik bila dipakai.. dan pasal barang-barang hantaran tu pun nak yang simple-simple je..

    Dan alhamdulillah cari punya cari akhirnya jumpa juga baju yang berkenan.. simple but nice.. yeah-yeah.. rasa nak melompat tinggi-tinggi je.. haih, takmo lah karang jatuh susah lah.. huhuhu..

    Settel bab baju, now barang hantaran yang masih tak cukup.. nasib baik la hari ke 4 tu kedainya bukak.. leh lah cari barang-barang nya.. kalau tak tak tahu nak beli kat mana lagi.. sebab rasanya kat banting ni kat situ yang paling okay.. banyak pilihan lak tu.. tu yang suka pergi situ tu..

    Selepas tu setiap hari pasti akan keluar ke banting bersama mak untuk mencari barang-barang yang masih lagi tak cukup.. haih, beberapa hari tak senang duduk.. banyak yang hendak dibuat.. serius penat.. lebih-lebih lagi mak.. mak lagi lah penat.. kecian mak..

    Tapi aku dapat lihat mak dengan abah betul happy dengan majlis ni.. walaupun penat tapi mereka tetap buat yang terbaik untuk anak sulung mereka ni.. ya, mak dengan abah paling busy menguruskan majlis ni..

    Terima kasih mak dan abah..

    Rasa nak nangis..

    Tahan, please tahan airmata tu..

    Okay dah tahan airmata :)

    3 hari sebelum majlis
    Hari terakhir untuk cari apa lagi yang tak ada.. check punya check, hurmmm.. tudung lupa nak beli.. ohhh tidak.. macam mana leh lupa ni? macam mana nak pakai masa tunang nanti.. macam tak sempat je nak cari yang sesuai.. nak tak nak carilah apa yang ada kat banting..

    Petang tu jugak pergi banting dengan sepupu dan makcik untuk cari tudung.. masa tu dah pening tak tahu nak cari tudung yang mana.. sebab semuanya macam tak berapa berkenan dihati.. sebab dah bayangkan nak pakai tudung yang macam mana..

    Urusan tudung semuanya kita serahkan pada makcik dan sepupu untuk memilih.. nasib baiklah pilihan mereka kita berkenan.. alhamdulillah cantik..

    Malam tu try lah gubah hantaran.. huhuhu, gubah lah sangat.. ala sikit-sikit je, sebab mak dengan sepupu yang banyak tolong buat semuanya.. hehehe..

    Sehari sebelum majlis
    Khemah mula dipasang dihadapan rumah.. cantiknya.. memang yang dibayangkan.. yeah-yeah.. nasib sama.. kalau tak kite merajuk.. hahaha..

    Tutup cerita tentang khemah hari ni adik perempuan kita balik kerumah dengan kawannya.. nasib baik adik ade untuk tolong apa yang tak siap lagi..

    Nasib baik ada yang menolong.. makin lama makin ramai yang datang menolong.. alhamdulillah..

    Pagi tu jugak lak makcik dieba yang sememangnya memang pandai mengubah terus tolong mak pasang pelamin mini untuk kita tu.. bila dah siap, wah cantiknya.. memang simple tapi sangat nice..

    Sukanya.. rasa macam nak bersanding sekarang gak.. hehehe..

    Petang tu adik, sepupu dan makcik pergi kebanting ambik barang.. huargghhh, sampai hati kita ditinggalkan dirumah.. tidak diajak.. terus kita merajuk.. hurmmmm..

    Kata makcik pengantin tak leh keluar rumah..

    Hah? pengantin.. siapa?

    Eh eh tanya kita pulak, dia lah sapa lagi..

    Haih, makcikku.. kita nak tunang je takkan lah nak kena kurung gak kat rumah.. hurmmm..

    Terus lari masuk bilik..

    Merajuk la kononnya..

    Hahahaha.. padahal duk online dalam bilik.. huhuhuhu..

    Lewat petang tu semuanya mulai berkumpul dirumah ni.. ramainya.. meriah lak tu.. lama tak rasa meriah macam ni.. alhamdulillah..

    Bersambung lagi buat gubahan hantaran.. banyak nya tak siap-siap.. memang macam dah nak majlis kahwin dah.. hihihi..

    Sampailah kemalam.. masih buat hantaran lagi..

    Penatnya..

    Namun akhirnya siap juga.. alhmdulilah..

    Terima kasih semua.. sayang semuanya..

    Hampir lewat malam namun mata ni masih belum jua mengantuk.. sedangkan ramai yang menyuruh untuk tidur.. tapi masalahnya susah nak lelapkan mata.

    Sebab semakin berdebar-debar..

    Oh esok,

    Harap-harap berjalan dengan lancar.. amin..

    Zzzzzz.. entah bila tertidurnya pun tak tahu :)

    Bersambung dibahagiaan kedua
    Continue Reading

    Diam tak diam hampir 2 tahun waktu itu berlalu... terasa macam sekejap sahaja...
     

    dalam mase itu banyak benda yang terjadi kepadaku... bermacam-macam episod suka dan duka didalam kehidupanku bermula dari saat mata ku terbuka...

    20 january 2012

    Hari itu hari dimana segalanya bermula, nasib hidupku ditentukan hari itu.. waktu itu adalah hari yang teramat penting buat diriku , samaada hidup ataupun mati..

    Pandangan mataku masih terkenang lagi, sebelum aku diusung masuk ke bilik pembedahan, waktu itu yang ada bersamaku hanya mak.. hanya mak..

    Dari mula sampai keakhirnya, hanya mak sahaja yang menemani ku.. sepanjang perjalanan aku menahan airmataku... aku tidak ingin airmata itu jatuh... aku kena kuat tetapi hakikat sebenarnya didalam hati hanya Allah sahaja yang tahu apa yang aku rasakan..

    Takut , ye aku takut.. takut menghadapinya.. aku tak tahu apa yang akan terjadi saat mata ku terjaga.. hidup ataupun mati..

    Sesampainya didepan pintu bilik pembedahan, airmata ku tidak tertahan lagi.. runtuh jua.. mak mengesat airmata ku.. semakin mak kesat semakin laju airmataku..

    Mak: long da jgn nangis , banyak2 kan berdoa... moga-moga takde pape yang terjadi...
    Aku: kite takut , kite tak nak...
    Mak: along mesti kuat , ingat allah nak... insya-allah takde pape yang terjadi..
    Aku lihat airmata mak mengalir , mak cuba selindunginya daripada pandangan mataku.. tetapi aku masih lagi dapat melihatnya.. sebelum aku pergi , ade sesuatu yang ingin aku katakan pada mak..
    Mak , sepanjang kite hidup , kite selalu menyusahkan mak... dari kecik sampai besar... kite tak pernah nk senangkan hidup mak... kite takde pape yg bole buat mak bangga... kite tak mcm anak2 mak yang lain , yg bole mak banggakan... kite minta maaf mak dari hujung rambut sampai hujung kaki... andainya kite tak bangun lagi , kite doakan agar rumah tangga mak dgn abah akan sentiasa berkekalan sampai akhir hayat... semoga mak dgn abah panjang umur dan murah rezeki... dan pesan pada adk2 agar jaga diri baik2... jangan nakal2... kirim salam pada nenek & atok serta semuanya sekali... cakap kt dorg kite minta maaf... halalkan semuanya... kite pergi dulu... kite sayang mak , abah dan semuanya sekali... assalammulaikum...
    Untuk yang terakhir kali nya , aku genggam tangan mak sekuat mungkin , aku cium tangan mak... mungkin itu untuk yang terakhir kalinya... aku tekad , selepas sahaja aku melangkah masuk kedalam , aku harus kuatkan semangat... aku tak leh nangis.. aku da DEWASA... aku kena jadi DEWASA jugak... biar ape pun yang akan terjadi selepas ni aku redha... 
    Andai setakat ini sahaja hayatku didunia ini.. sepanjang 23 tahun aku bernafas , banyak yang terjadi.. seandainya aku masih bernafas lagi selepas ini , akan aku perbaiki lagi diriku ini.. sebab aku tahu banyak kekurangannya... banyak sangat.. seandainnya aku hidup lagi , aku tak nak jadi seperti dahulu... cukuplah waktu itu , hanya menjadi kenangan pahit bagiku... aku ingin mulakan hidup baru...
     bersama keluargaku... in shaa Allah..

    Pukul 2 setengah petang sehingga 5 petang pembedahan berjalan... agak lama jugak... dan syukur alhadulilah aku masih diberi peluang lagi untuk melihat dunia ni... aku mendapat peluang kedua untuk memperbaiki hidup ku ini... dan seperti yang semua ahli keluarga ku tahu sepanjang aku tidak sedarkan diri , aku berada disuatu tempat yang paling indah... sehingga aku rasakan aku tidak ingat berpatah kembali... tetapi dah takdir allah... ada yang menghalangi aku pergi...

    Cerita part tu aku tak nak ceritakan... sebab aku tak ingat lagi , dan aku tak nak kenang semua tu lagi... biarlah semua tu hanya jadi masa lalu aku sahaja... mulai dari detik aku kehilangan kepercayaan pada CINTA... aku dah tak nak jatuh CINTA lagi... aku dah tak nak ingat semua tu... aku tak nak ingat kesengsaraan itu lagi... kini aku hanya ingin mulakan hidup baru... dan bila aku berjaya buang semua perasaan tu... aku katakan pada diri aku , yang aku dah serik nk bercinta lagi , aku takut dilukai lagi , aku takut menangis lagi , aku benci ditinggalkan macam sampah... sebab aku pun punyai perasaan... lupakan episod lalu... hidup baru mesti diteruskan... lupakan semuanya...

    Tapi itu dulu, sebab sejauh mana pun aku cuba menidakkan perasaan CINTA..
     ia tetap hadir jua dalam hati WANITA ku.. 


    Siapalah aku nak melawan kehendak takdir... perasaan lama ku muncul kembali... perasaan yang aku pendam dan hanya ALLAH yang tahu... perasaan menyukai seseorang dalam diam , perasaan pertama kalinya melihat DIA saat mata terpandang susuk tubuhnya lalu dihadapanku... dulu tak tak pernah percaya dengan kata-kata pujangga yang 1 ini...
    Andai ade jodoh tak kemana , dan ade jugak hikmah disebalik semua ini...dan akhirnya aku dapat juga mengenalinya...
    Kini benar kata pujangga itu , andai ade jodoh tidak kemana... berpisah walau bagaimanapun kalau ada jodoh dan takdir pasti bertemu jua... dan aku tak sangka TAKDIR ALLAH , menemukan aku dgn si DIA lagi... insan yang kini bertaktha didalam hatiku... semuanya bermula pada saat itu... 

    11 ogos 2012,

     Dan sejak saat itu kisah cinta itu pun bermula secara perlahan-lahan... indah dan sungguh indah... semoga segalanya berjalan dgn lancar untuk hubungan ini... insya-allah... amin... semoga ALLAH merestui hubungan ini dan menjaganya... semuanya atas restu ALLAH... bermula detik itu kini aku semakin percaya pada andai ada jodoh & hikmah sebalik semua ini... kalau aku tak sakit jantung , pasti aku takkan buat pembedahan , dan pastilah aku takkan kenali DIA... takkan... dan aku pasti inilah takdir dari ALLAH buat aku...

    Selepas ini apa-apa pun yang terjadi , aku akan redha hadapinya... aku yakin aku pasti kuat... sebab aku ade ALLAH , aku ada keluarga aku , aku ada kawan baik aku... aku ada ABG , abg yang aku cintai... Encik SHARIFFUDIN... dan aku ade semua yang menyayangi diriku... dan aku berharap episod duka akan berganti dengan episod bahagia... insya-allah... amin...

    Terima kasih YA ALLAH , kerana mempertemukan aku dengan dirinya… dan Terima kasih juga pada ABG , kerana menyayangi akak... dan terima kasih untuk semua rase CINTA ini... akak bahagia sgt dgn abg... dan maafkan akak jikalau sepanjang kita bersama akak banyak menyakitkan hati abg , tapi akak nk abg tahu akak cube sedaye upaya untuk menjaga hubungan kita ini sebaik mungkin... dan terima kasih jugak pada adk AZIRA , kerna tanpa adk tak mungkin akak bole mengenali ABG adk tu... terima kasih sgt2 dik... kenangan bersama dekat hospital , tersimpan kemas dalam hati akak... terima kasih sebab jadi kawan akak mase dekat hospital... akak ni pemalu cikit , tu yang segan-segan je... hehe...

    NotaHati:Kini sudah 4 bulan kami bertunang.. alhamdulillah..
    Continue Reading
    Tenangnya air laut,
    pasti ada masanya gelora tiba.. 
    Begitu jugalah insan,
    mungkin nampak tenang luarannya namun di hati,
    penuh dengan keluh kesahnya..

    Begitu juga lah aku sebagai seorang INSAN,

    apatah lagi aku ini hanya seorang WANITA biasa..

    Banyak silapnya, dan banyak lalainya..

    namun aku tetap jua kuatkan hati menghadapinya..
    Putus asa memang sikap awalku namun perlahan-lahan aku berjaya menhadapinya..

    Kerana sampai bila harusku terjatuh..


    Dan membiarkan aku terus ditertawakan oleh mereka..


    Kini, ku mulaikan azam baru..


    Takkan ku biarkan ku menangis lagi kerana mereka..


    Kerana kini aku bukan seorang WANITA biasa,
    tetapi ku WANITA yang penuh dengan luar biasa..
    Continue Reading

    Senja bakal menjelma, namun aku masih lagi dipantai ini..
    Entah mengapa kakiku berat untuk melangkah untuk pulang..

    Tiba-tiba sahaja teringat kenangan lalu..

    Ya, kenangan manis bercampur pahit..

    Luka itu masih lagi menari-nari disegenap pandangan mataku..

    Namun entah kenapa, aku harus mengingati pada kenangan lalu..

    Kenangan yang aku ingin buang dan tak ingin ku ingati lagi..

    Kini, walaupun sudah bertahun lamanya kenangan itu masih lagi aku ingati..

    Haih, kenangan.. mengapa disaat ini harus hadir lagi kenangan itu..

    Bukankah dirinya kini bahagia..

    Bahagia bersama insan tercinta..

    Bahagianya aku lihat dia bersama temannya..

    Aku tumpang bahagia untuknya..

    Kerana dia pernah menjadi sebahagian daripada kisah hidupku..

    Ya, dialah.. teman baikku..

    Dahulu..

    Kini???

    Entahlah..

    Yang penting dia bahagia kini..
    Continue Reading


    Anakku… 

    Memang ayah tak mengandungmu..
    Tapi,
    Darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.

    Memang ayah tak melahirkanmu...
    Tapi,
    Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.

    Memang ayah tak menyusuimu...
    Tapi,
    Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.

    Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
    Tapi,
    Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.

    Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
    Kerana,
    Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.

    Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
    Kerana,
    Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.

    Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.

    Ibu hanya ingin kau tahu...
    Bahawa,
    Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.

    Anakku dari dirinya juga terdapat surga bagimu.
    Maka,
    Hormati dan sayangi ayahmu.
    Kerana,
    Ibu adalah tulang rusuk-nya.

    Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.

    Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah.


    NotaHati: Abah, along sayang abah sangat..  Encik Sukarman Seror
    Continue Reading



    Ya Allah..
    aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian dari hidupku..
    Seseorang yang sangat mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu..
    Seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi kedua di hatinya selain Engkau..
    Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Engkau..

    Wajah tampan dan daya tarikan tidaklah penting, yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya.. dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia..

    Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas..
    Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku..
    Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika melakukan kesalahan..
    Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku..
    Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi..
    Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku disisinya..

    Ya Allah..
    aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna,
    sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu..
    Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya..
    Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya..
    Seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya..
    Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna..

    Ya Allah..
    aku juga meminta
    Jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga.
    Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku..
    Berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu..
    Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya..
    Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya..
    Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi..
    Dan bila mana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan
    “Betapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.”
      
    Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat. Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan.. Amin Ya Rabbal ‘alamin..


    Continue Reading


    Hujan telah membasahi bumi,
    di sebalik dosa kita masih ada doa manusia yang soleh yang diperkenankan,
    peringatan kepada yang alpa, turunnya hujan tanda Allah sayangkan kita..

    Ucapkan Subhanallah.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah..
    Continue Reading


    Berubah itu payah
    Bila niat bukan kerana Allah
    Bila hati masih gundah
    Bila syaitan membisik mudah..

    Berubah itu payah
    Bila diri masih tak tabah
    Bila hati mudah berubah
    Bila manusia memandang rendah..

    Berubah itu payah
    Bukan semudah berkata madah
    Tapi sejauhmana kaki melangkah
    Sekuat mana..
    Continue Reading

    Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah..

    Takkan..
    Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita..
    Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita..

    Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita..

    Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia..
    Namun, tentu sebenarnya mereka yang ‘salah’ itu sendiri banyak mengajar kita..

     ‘akan kekurangan diri kita sendiri.’

    Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab..

    Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
    Untuk kita belajar sesuatu darinya..

    Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..
    Continue Reading




    Tatkala hatimu gerimis merasakan kesedihan yang mengiris perih..


    Menangislah sejenak jika itu mampu melapangkan sesaknya dada..



    Namun, janganlah hal itu berlarut-larut, segeralah bangkit kerana kesedihan tak kan hilang hanya dengan tangisan..



    Kuatkan hati kukuhkan iman yang bersemayam di jiwa..mintalah petunjuk kepada Allah agar kesedihan menjadi jalan menuju tangga kebahagiaan..

    Tak usah kau larut dalam kesedihan yang tiada penghujungnya, kerana ada Allah tempat mengadu keluh kesahmu..

    Jangan kau menangis lagi, hapus air matamu..ada aku sebagai saudaramu yang selalu ada untuk menghiburmu agar sendu tak lagi bersamamu, berganti ceria mewarnai hari-harimu..


    Jangan lupa S.E.N.Y.U.M :)
    Continue Reading

    Masih ada harapan

    Melihat kalian pulang
    Semangat yang tak pernah hilang
    Saudara saudari ku tersayang

    Walau di lautan bergelora
    Doa kami mengiringi bersama
    Biar di hutan belantara
    Doa kami kekal bersama

    Hari berganti hari
    Malam berganti siang
    Jauh manapun perjalanan 
    Pasti ada harapan pulang
    Pasti ketemu jalan pulang
    Continue Reading


    Langit sudah bertukar kelabu,
    Kesedihan melanda terpahat di kalbu,
    Seluruh dunia menanti beritamu,
    Muncullah nanti seperti selalu..

    Andai tercalar tinggalkan lah petanda,
    Andai terguris tunjukkan lah di mana,
    Andai ada tunjukkan lah rupa,
    Tidak nanti kami tertanya..

    Sudah tertulis janji bersemi,
    Lautan biru bertukar merah,
    Ya Allah Ya Tuhan kami,
    KepadaMu kami berserah.
    Continue Reading


    kadang-kadang kita lupa yang manusia punya hati..
    kadang-kadang kita lupa yang manusia mudah disakiti..
    kadang-kadang kita lupa yang luka manusia sukar diubati..

    kerana kadang-kadang inilah yang menyebabkan
    kita suka menyakiti..
    kita suka menindasi..
    kita alpa dengan perkara yang hakiki..
    kita alpa dengan percaturan yang Allah beri..

    dan disebabkan kadang-kadang jugalah
    kita selalu melakukan perkara yang sama..
    walaupun kita sudah sedari akan kepahitannya..

    kita selalu melakukan kesilapan yang sama..
    walaupun ketika kita melafazkan bicara
    kita sedar yang kita sedang menyakiti…

    kita masih terus dengan kesalahan yang sama..
    walaupun ketika kita bertindak kita
    tahu akan ada hati-hati yang terluka..

    kita masih mengulang yang sama..
    walaupun kita tahu ia boleh menjarakkan
    hubungan yang sedang terbina…

    kadang-kadang kita rasa kita berada di tempat yang sebetulnya..
    kadang-kadang kita rasa yang kita sudah cuba yang terbaik utk semuanya..
    kadang-kadang kita rasa yang kita lebih tahu segalanya…

    kerana kadang-kadang inilah yang menyebabkan..
    kita menutup peluang utk orang lain berbicara..
    kita menyekat telinga kita untuk mendengar penjelasan yang sebenarnya..
    kita menghalang minda kita utk berfikir perkara yang baik tentangnya..

    dan kerana kadang-kadang ini jugalah…
    kita akan mula kehilangan sahabt kita perlahan-lahan..
    kita akan mula terasa dengan perkara yang tak sepatutnya..
    kita akan mula melihat yang kita semakin jauh dengan orang y gkita cinta..

    kerana banyak sangat kadang-kadang lah
    kita lupa yang tidak semua orang boleh menerima penjelasan
    sekiranya perkara yang dikatakan kadang-kadang tetapi berulang-ulang…

    ”Surah Al-Hujurat ayat 12, “Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah salah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? Tentu kamu tidak menyukainya. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.”.

    NotaHati: buanglah sikap kadang-kadang.. fikirlah perasaan orang.. lihatlah dulu keburukan yang ada dalam diri kita. .lagi berkata tentang orang..
    keburukan sendiri akan terbuka jua akhirnya..
    Continue Reading

    1) Memeluk Bantal

    -Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja .
    -Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
    -Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
    -Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.


    2) Menggunakan Banyak Bantal

    -Mereka biasanya kurang kenyakinan.
    -Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
    -Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain


    3) Tidur Dengan Satu Bantal

    -Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
    -Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata


    4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

    -Mereka mempunyai sifat kurang baik.
    -Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
    -Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
    -Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
    -Mereka tidak suka berusaha.


    5) Tidur tanpa Bantal

    -Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
    -Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego

    p/s:*Anda bantal yang nombor berapa eh? haha..
    Continue Reading

    Ajari aku IKHLAS,
    untuk dapat merelakan Ketika aku harus KEHILANGAN..

    Ajari aku SABAR,
    untuk bisa menerima Ketika hatiku TERLUKA..

    Ajari aku TABAH,
    menghadapi semuanya Ketika aku dalam UJIAN..

    Ajari aku tuk tetap TERSENYUM,
    menyembunyikan segalanya Ketika aku dalam MASALAH..

    Ajari aku untuk bisa BERSYUKUR,
    atas segala nikmat yang kuterima Ketika kutengah BAHAGIA..

    Ajari aku ERTI Ikhlas dan Redha,
    atas segala yang telah ENGKAU tetapkan..

    Aamiin..
    Continue Reading

    Dilihat orang @ tidak, ia tetap berdenting.
    Dihargai orang @ tidak, ia tetap berputar.
      
    Walau tak seorangpun mengucapkan terima kasih,
    ia tetap Bekerja.
    Setiap jam, setiap minit, bahkan setiap saat.

    Hidup ini banyak pilihan namun Hidup ini pun sangat singkat
    Maka segera tentukan dan pilihlah keutamaan jalan hidup kita.

    Jangan sia-siakan hidup kita
    agar hidup kita lebih bermanfaat bagi orang lain.

    Dan teruslah berbuat baik kepada sesama
    meskipun perbuatan baik kita tidak dinilai dan diperhatikan oleh orang lain.

    Ibarat Jam Dinding yang terus bekerja,



    walaupun tak dilihat namun sentiasa memberi manfaat bagi orang sekelilingnya.. :)
    Continue Reading


    Ajari aku IKHLAS,
    untuk dapat merelakan Ketika aku harus KEHILANGAN..

    Ajari aku SABAR,
    untuk bisa menerima Ketika hatiku TERLUKA..

    Ajari aku TABAH,
    menghadapi semuanya Ketika aku dalam UJIAN..

    Ajari aku tuk tetap TERSENYUM,
    menyembunyikan segalanya Ketika aku dalam MASALAH..

    Ajari aku untuk bisa BERSYUKUR,
    atas segala nikmat yang kuterima Ketika kutengah BAHAGIA..

    Ajari aku ERTI Ikhlas dan Redha,
    atas segala yang telah ENGKAU tetapkan..

    Aamiin..
    Continue Reading


    Saat kubersihkan MULUTKU,

    seharusnya KUSEDAR bahawa kubersihkan dan kujaga MULUTKU dari PERCAKAPAN yang memfitnah, mengata, membuka aib orang lain, mengumpat dan memanggil seseorang dengan perkataan buruk.

    Saat kucuci LUBANG HIDUNGKU,
    seharusnya KUSEDAR bahawa kubersihkan dan kujaga LUBANG HIDUNGKU dari setiap NAFAS yg melupakan NIKMAT & SYUKUR akan kehidupanku kepada Allah SWT.

    Saat kubasuh MUKAKU,
    seharusnya KUSEDAR bahawa kubersihkan dan kujaga MATAKU dari PANDANGAN yang MAKSIAT dan NAFSU, dan kubersihkan WAJAHKU dari SENTUHAN yang bukan muhrimku.

    Saat kubasuh TANGANKU,
    seharusnya KUSEDAR bahawa kubersihkan dan kujaga TANGANKU dari perbuatan MENGAMBIL dan MEMEGANG yang BUKAN hak ku, menyalahkan orang lain, dan MEMUKUL seseorang dengan zalim.

    Saat kubasuh KEPALAKU,
    seharusnya KUSEDAR bahawa kubersihkan dan kujaga OTAKKU dari FIKIRAN KOTOR dan MAKSIAT, ANGAN-ANGAN kosong, PRASANGKA BURUK terhadap manusia dan Allah.

    Saat kubasuh TELINGAKU,
    seharusnya KUSEDAR bahawa kubersihkan dan kujaga TELINGAKU dari PENDENGARAN PERCAKAPAN BURUK dan TIDAK BERMANFAAT, dan SUARA yang MENGAJAK pada KESESATAN.

    Saat kubasih KAKIKU,
    seharusnya KUSEDAR bahawa kubersihkan dan kujaga KAKIKU dari LANGKAH-LANGKAH yang MENUJU ke tempat-tempat MAKSIAT,

    Berdoalah disetiap sentuhan WUDUK yang dilakukan, agar Allah sentiasa membersihkan dosa-dosa perbuatan fizik kita, dan selalu menjaga kesucian wuduk kita.

    "Ya Allah jadikanlah aku termasuk orang-orang yg bertaubat dan jadikanlah aku termasuk orang-orang bersuci…"

    Semoga aku dapat “BERWUDUK” dengan sebenar-benarnya,

    Aamiin. Wallahu’alam
    Continue Reading

    Sebahagian lelaki berkata:
    Wanita itu terlalu minta dimanja.
    Wanita itu terlalu minta diperhatikan.
    Wanita itu terlalu banyak kemahuannya.
      
    Padahal..
    Andai saja lelaki tahu.
    Bahawa anggapan itu tidaklah selalu benar.
    Kerana sesungguhnya…
      
    Masih banyak wanita mampu berdiri tabah.
    Meski terkadang sering dikecewakan.

    Masih banyak wanita mampu berdiam.
    Meski gejolak hati kadang tak tertahankan.
      
    Masih banyak wanita mampu setia.
    Meski terkadang pernah diduakan.
      
    Ketika lelaki berusaha pergi dan menghindar.
    Wanita masih mampu untuk bertahan.
      
    Ketika lelaki datang kembali membawa keinginan.
    Wanita masih mampu menerima dengan kedua tangan.

    Meski wanita terkadang terlihat tidak peduli.
    Meski wanita terkadang terlihat acuh tak acuh.
      
    Tapi sesungguhnya jauh dilubuk hatinya yang paling dalam.
    Wanita masih mampu berdoa dalam setiap sujudnya.

    Berdoa dan berharap untuk yang terbaik bagi lelaki yang disayanginya.

    Dan itulah sebenarnya yang ada dalam hati setiap wanita.
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    About Me

    press
    Deeba Adeeba
    Personal Blogger | Malaysian Blogger
    For any inquiry, e-mail me at adiebasukarman@yahoo.com

    Follow Us

    • facebook
    • twitter
    • instagram

    Nuffnang

    Like us on Facebook

    Followers

    ShoutBox

    Blog Archive

    • ►  2018 (2)
      • ►  Februari 2018 (1)
      • ►  Januari 2018 (1)
    • ►  2017 (42)
      • ►  Disember 2017 (7)
      • ►  November 2017 (7)
      • ►  Oktober 2017 (5)
      • ►  September 2017 (19)
      • ►  Ogos 2017 (1)
      • ►  Julai 2017 (1)
      • ►  April 2017 (2)
    • ►  2016 (42)
      • ►  Disember 2016 (1)
      • ►  November 2016 (4)
      • ►  Oktober 2016 (2)
      • ►  September 2016 (3)
      • ►  Ogos 2016 (13)
      • ►  Julai 2016 (3)
      • ►  Jun 2016 (3)
      • ►  Mei 2016 (2)
      • ►  Januari 2016 (11)
    • ►  2015 (55)
      • ►  November 2015 (1)
      • ►  Oktober 2015 (2)
      • ►  September 2015 (3)
      • ►  Ogos 2015 (1)
      • ►  Julai 2015 (4)
      • ►  Jun 2015 (16)
      • ►  Mei 2015 (16)
      • ►  April 2015 (10)
      • ►  Februari 2015 (1)
      • ►  Januari 2015 (1)
    • ▼  2014 (110)
      • ►  Disember 2014 (1)
      • ►  November 2014 (12)
      • ►  Oktober 2014 (5)
      • ►  September 2014 (1)
      • ►  Ogos 2014 (1)
      • ►  Julai 2014 (11)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  Mei 2014 (12)
      • ►  April 2014 (24)
      • ▼  Mac 2014 (22)
        • Kesedihanku
        • Kehidupan Ini
        • Tentangku & Blog
        • Sebelum Majlis
        • Dua Tahun Berlalu
        • Tenang Luarannya Namun Dihati
        • Manisnya Pertemuan, Pahitnya Perpisahan
        • PESAN IBU TENTANG AYAH
        • Sebelum Kau Halal Untukku
        • Doa Ketika Hujan
        • Berubah
        • Sebelum Bertemu Dengan Yang Tepat
        • Senyumlah Kamu
        • Harapan Pulang #MH370
        • Pray For #MH370
        • Kadang-Kadang
        • KENALI SIKAP ANDA DENGAN BANTAL
        • YA ALLAH, AJARI AKU
        • BELAJAR DARI JAM DINDING
        • YA ALLAH, AJARI AKU
        • SAAT AKU BERWUDUK
        • KETIKA WANITA INGIN DIMENGERTI
      • ►  Februari 2014 (13)
      • ►  Januari 2014 (3)
    • ►  2013 (18)
      • ►  Disember 2013 (1)
      • ►  November 2013 (1)
      • ►  Oktober 2013 (1)
      • ►  Ogos 2013 (1)
      • ►  Julai 2013 (1)
      • ►  Mei 2013 (1)
      • ►  April 2013 (3)
      • ►  Mac 2013 (3)
      • ►  Februari 2013 (2)
      • ►  Januari 2013 (4)
    • ►  2012 (16)
      • ►  Disember 2012 (5)
      • ►  November 2012 (3)
      • ►  Oktober 2012 (4)
      • ►  September 2012 (2)
      • ►  Ogos 2012 (2)

    Populor Post

    • Hurts
    • Percuma 1 Scoop Baskin Robbins
    • Spicy Korean Burger Buy 1 free 1
    • Petua Hilangkan Bau Hanyir
    • Tips Sebelum Memakan Pisang

    Labels

    Giveaway Petua Sinopsis Novel Resepi Wordless Wednesday Tips Viral Diy Mutiara Kata Ulang Tahun Wedding Gold Coast Morib Happy Bufday Nuffnang Salam Jumaat Tonton Online Walimatulurus

    Total pageviews

    Created With By BeautyTemplates & MyBloggerThemes

    Back to top