Rabu, 23 Ogos 2017

Wordless Wednesday | Betul Ke Bohong ??


Rata-rata suami zaman sekarang ni memang ramai yang lebih suka pegang hp daripada tangan isteri sendiri.. contohnya my husband.. hehe.. asyik berkepit dengan hp je.. kalau tak pegang hp, pegang anak.. bila tanya kepada xpegang tangan isteri alasannya kan tengah pegang anak ini.. macam mana nak pergi.. uittt, alasannya.. huhu.. 





Read more>>>

Jumaat, 7 Julai 2017

Tak Rasa, So Jangan Nak Mengata

Foto Keluarga Bahagia Selamanya.

Assalammualaikum..
Salam pagi jumat semua.. alhamudullillah masih diberikan kesempatan lagi untuk menulis.. walaupun lama tidak menulis.. salah 1 sebab adalah disebabkan telah bekerja.. 

Bekerja dirumah, berniaga tauhu sumbat.. alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan.. bolehlah buat menampung perbelanjaan rumah, anak yang semakin membesar.. nak beli itu ini semua untuk anak.. yela, satu2 nya anak yang ada buat masaini.. jadinya rasa nak beli macam2 untuk anak kesayangan..

Walau adakalanya, rasa sakit sentiasa membelengu diri namun aku gagahkan diri jua untuk bangun dan bekerja.. walaupun tidak susah mana untuk buat tauhu sumbat, namun demi anak apa pun aku sanggup bangun jika ada tempahan tauhu sumbat daging..

Esok sabtu bermulalah rutin harian seperti biasa menyiapkan tempahan tauhu sumbat daging.. alhamdulillah, selepas 2 minggu raya rezeki masuk.. isnin ni dah mula berniaga balik macam biasa setelah bercuti raya.. rasa macam baru sekejap je bercuti, tup tup dah kena berkerja.. takpe, demi anak.. lagipun dah janji nak belikan dia laptop mainan.. yela cian dia duk tekan2 laptop ibu dia ni.. last2 ibu dia tutup laptop dia marah.. yela dia tekan, kadang tu sampai tanggal punat keyboard ni.. mulalah ibu dia ni marah2 suruh ayah dia ambik dia, dan ayahnya pulak sambil lewa.. asyik kata nak buat macam mana, nak buat macam mana.. tu pun 1 hal, pantang aku dengar perkataan tu.. jadi stress, yela takde ayat lain agaknya si ayah fateh tu.. haihhh..

Lupakan soal itu, sebab bukan itu yang nak diceritakannya..

Bila tengok ayat dekat gambar tu, hati ini membuak2 nak menulis, nak meluahkan rasa.. yela sebab selama ini sejak dulu aku selalu menulis tentang apa aku rasa.. cuma sejak dah kahwin ini, dah pindah rumah, dah ada abg fateh dan dah bekerja ini masa nak menulis tu dah tak ada..

Lepastu bila dah pindah rumah baru ini, line dekat sana pun 1 problem juga.. jadinya nak menulis pun takde mood, yela asyik loading je.. siapa yang tahan.. lebih2 lagi aku ni tak boleh nak kawal marah bila tengah stress nanti mula lah rasa bahang marah tu datang sampai semua bende pun jadi isu..

Kepada sesiapa yang duk berkata tu, pleaselah.. uolls tak tahu apa aku rasa, tak tahu apa aku lalui dalam kehidupan seharian ini. macam mana aku bertahan lawan rasa sakit ini, macam mana aku hadapi.. jadi tolonglah jangan sesuka hati nak mengata.. sebab uollss tak sakit macam ni..

Nampak sihat pada pandangan mata umum namun realitinya hanya aku dan pesakit2 tiriod mengerti apa yang kami rasa..

Ada masa nanti akan aku ceritakan satu persatu macam mana rasa sakit yang aku lalui ini..

Read more>>>

Khamis, 27 April 2017

Bersihkan Karang Gigi Hanya Dengan Garam Sahaja, Yeke ?


Assalammualaikum..

Sesiapa yang ada masalah karang gigi macam deeba boleh la mencuba petua ini dengan hanya mengunakan GARAM sahaja.. why garam ye? sedangkan dah habiskan masa bersihkan karang gigi dekat hospital semua but still ada lagi masalah karang gigi ini.. nak tahu kenapa garam boleh hilangkan penyakit karang gigi ini.. mari kita ketahui bagaimana ia nya boleh terjadi karang gigi..

Karang gigi merupakan salah satu masalah kesihatan pada gigi yang tidak boleh diambil ringan.. Karang gigi atau pun dikenali sebagai kalkulus merupakan plak yang menempel di bahagian dalam dan depan gigi.. Jika dibiarkan ia akan mengeras dan akan mendatangkan masalah lain seperti bau mulut, gangguan pencernaan dan juga jangkitan pada gusi..
Untuk menghidari masalah tersebut, anda perlu membersihkan karang gigi yang sudah mengeras dan tebal. Dan ini cara mudah untuk lakukan sendiri di rumah dengan menggunakan bahan semulajadi iatu garam.. Berikut adalah cara menghilangkan karang gigi menggunakan garam..

1. Campurkan 1 sudu garam dan 1 sudu baking soda.
2. Tambahkan sedikit air dan kacau sehingga menjadi pes.
3. Basahkan berus gigi dan oleskan adunan pes tadi.
4. Gosok gigi anda dengan perlahan dan amalkan rutin ini hingga dapat kesan yang diinginkan.
Macam mana senang sahajakan caranya.. so selamat mencuba ye pada semua yang ada masalah seperti deeba ni..

Sumber : Sinar Fm
Read more>>>

Rabu, 26 April 2017

Bila Tertengok Kek Nasi Lemak

Assalammualaikum..

Sejak dah 4 minggu berpantang seafood, segala macam jenis makanan lautlah, antaranya ikan, ikan bilis, jajan perasa ikan, sos tiram, sambal belacan dan macam2 lagi la yang ada kena mengena dengan makanan laut..

Sedih tau, tengok orang makan sedap walaupun ikan bilis yang dimakannya rasa dalam hati ini sedihnya la..

So bila ternampak nasi lemak ni outomatik la ternampak ikan bilis, sotong, udang disitu.. sedapnya la.. tapi hanya mampu tengok sahaja..

Foto Cempedak Cheese.

Foto Cempedak Cheese.

Foto Cempedak Cheese.

Foto Cempedak Cheese.

Takpe2 ada lagi 7 hari lagi kurantin, lepastu hari ke 8 iolls bebas.. boleh la makan seafood sebanyak2 nya.. jangan sampai termuntah sudah la.. hehe..

Yang penting sekali lepas je basuh segala cadar2, baju2 semua.. nak cari anak.. rindunya la pada dia.. sekarang ni hanya mampu tengok dia dari sebalik tingkap..

Read more>>>

Tadika Hello Kitty


Foto Cempedak Cheese.

Foto Cempedak Cheese.

Foto Cempedak Cheese.

Foto Cempedak Cheese.


Read more>>>

Ahad, 26 Mac 2017

Entry Bergambar | Tema Superhero

Assalammualaikum semua.. selamat berhujung minggu.. semoga anda semua didalam keadaan sihat walafiat la hendaknya..

Pagi ni deeba nak share pasal bilik bertemakan superhero.. kepada ibu2 atau ayah2 yang ada anak lelaki boleh la cuba dekorasi bilik anak2 bertemakan superhero..
















Read more>>>

Copyright © Dari Kacamata Seorang Wanita Official Blog Designed by azhafizah.com