Petua Nak Hilangkan Bau Busuk Didapur

1:35 PTG


Assalammualaikum semua..


Selamat bercuti pada warga selangor yang bercuti hari ini.. yang tak bercuti tu teruskan bekerja dengan baik ye.. hehe..


Tapi bagi orang macam deeba bercuti ke tak bercuti sama sahaja.. yela dah nama pun suri rumah tangga nak bercuti apa nya.. xde rehat bagi seorang surirumah ni tau.. lebih-lebih lagi bila anak sedang membesar dengan jayanya.. macam anak bujang deeba tu hah.. makin membesar makin banyak akalnya.. 

Hasil carian imej untuk busuk dapur


Oh ye, entry kali ini deeba nak share dengan korang pasal macam mana nak hindari bau busuk didapur.. korang pasti tak suka kan kalau masuk dapur ada bau yang tak menyenangkan hidung korang.. samalah macam deeba.. selalunya kalau ada bau2 ni deeba akan spray dengan pewangi dan bukak pintu luas2.. nape bukak pintu dan bukan tingkap dapur.. hehe.. sebabnya dapur rumah deeba memang tak ada tingkap.. in shaa Allah nanti ada rezeki, deeba cadang nak pecahkan dinding dapur tu dan pasang tingkap.. tingkap kecik pun tak apa janji ada tingkap.. lagipun xtahan la berpanas dekat dapur tu tanpa udara luar.. kalau siang boleh la bukak pintu tu, kalau malam seram deeba nak bukak.. gelap.. hehe.. biasalah deeba ni penakut dengan gelap.. takut 1 hal, buatnya ternampak yang lain maunya pengsan deeba.. so stop cerita pasal tingkap okay.. 


Kita berbalik pada cerita asal.. 



1. Kopi 

Bagi anda yang gemar membancuh kopi dirumah pasti ruang dapur ada tidak ada masalah dengan masalah bau.. kajian telah dibuat oleh para saintis, aroma yang dikeluarkan dari kopi mampu meneuturalkan bau sekelilingnya.. jadi apa yang harus anda lakukan adalah, bancuh kopi di saat bau yang kurang menyenangkan hadir didapur anda..


Ye, bagi orang yang sukakan kopi pastinya suka dengan bau kopi tu tetapi bagi orang macam deeba ni yang kurang suka bau kopi mungkin akan mempertimbangkan nak bancuh kopi bila ada bau-bau tu.. lagipun rumah deeba memang tak ada kopi pun.. sebab deeba xsuka, suami deeba pun xpernah beli serbuk kopi tu sebab dia tahu kalau dia beli pun siapa nak minum dah isteri dia xsuka kopi.. hehe..

2. Baking soda hilangkan bau sinki 

Sinki seringkali mengeluarkan bau yang tak sedap.. ada cara mudah untuk menghilangkan bau itu.. caranya bersihkan sinki anda dengan sabun pencuci pinggan kemudian bilas.. tuang setengah sudu baking soda ke dalam sinki dan lubang sinki, biarkan selama satu jam.. setelah itu. bilas sinki anda dengan air panas..

Baking soda ye, boleh try ni.. sebab deeba tak pernah cuba lagi cara ini.. lepasni kena lah beli baking soda lebih sikit ni.. bukan untuk masak tapi untuk sinki.. hehe


3. Arang hilangkan bau tempat sampah

Jika anda meletakkan tempah sampah didapur, pasti akan ada bau yang kurang sedap akan muncul.. untuk mengatasinya, letakkan beberapa potong arang pada tempat sampah tersebut, tapi anda harus diingatkan, jangan lupa buang sampah secara teratur.. lakukan pada malam hari setelah aktiviti didapur selesai..



Hehe, part yang ni macam tahu2 je deeba suka buang sampah keesokkan harinya.. bukan malam hari.. takpe, lepasni deeba cuba buang tabiat deeba tu.. 

4. Kulit limau & lemon buat dapur wangi



Ingin dapur beraroma wangi dan dengan bahan alami? mudah sahaja, rebus kulit limau atau lemon dengan 1/2 gelas air.. aroma segar alami yang dikeluarkan jeruk dan lemon tersebut akan membuat dapur anda menjadi segar.. atau, anda juga boleh meletakan kulit limau atau lemon didalam microwave selama kurang lebih lima minit..

Kalau yang ni deeba dah try tapi deeba just potong 2 lemon tu dan letak dekat sudut rumah.. wangi semerbak bau lemon.. 


Kalau korang semua ada petua/tips tentang nak hindari bau busuk dapur bolehlah share dengan deeba bolehlah deeba cuba petua korang semua juga..

Sumber : Impiana

You Might Also Like

13 ulasan

  1. no 4. selalu buat kt rumah. hehe

    BalasPadam