Sabtu, 14 Disember 2013

Alhamdulillah Kami Dah Tunang



Pejam celik pejam celik sudah setahun lebih usia perkenalan kami.. alhamdulillah.. semakin lama semakin mengenali satu sama lain.. walaupun ada kalanya bercanggah pendapat namun semua itu bukanlah masalah besar yang mampu membuatkan hubungan ini berantakkan.. dan alhamdulilah berkat kesabaran masing-masing semuanya boleh diselesaikan dengan cara yang baik..

Dan kini, sedar tak sedar juga kami berdua sudah sebulan, tiga hari bertunang.. rasa macam baru semalam kami bertunang.. hehehe.. macam tak percaya je..

10 november 2013, hari ahad.. kami berdua telah selamat bergelar tunangan orang.. selangkah lagi kehadapan.. next step in shaa Allah coming soon.. next year maybe :)

Terima kasih kepada mak, abah, adik-adik, sedare mara yang terlibat dalam menjayakan majlis pertunangan dieba dan juga si dia.. tak lupa juga buat keluarga bakal mertua dieba sebab sudi menerima dieba menjadi salah seorang ahli keluarga.. alhamdulillah..
Read more>>>

Copyright © Dari Kacamata Seorang Wanita Official Blog Designed by azhafizah.com