Isnin, 31 Disember 2012

Tuntutan Kehidupan




Hidup ini sebenarnya terlalu penuh dengan tuntutan.. sebab itulah  kehidupan ini sebenarnya melelahkan.. dimana pun kita berada, terdapat banyak ujian yang pasti akan menghujani kita untuk melaluinya.. tidak kira lah dalam rela mahupun terpaksa.. kerana ini hidup kita.. takdir hidup kita.. hanya kita sahaja yang boleh melaluinya..

Contohnya adalah..

Mereka selalu mengatakan “tidak menuntut” tapi mereka selalu mengatakan yang mereka harapkan.. mereka selalu mengatakan mereka “mengerti” akan perasaan kita, tapi mereka tidak pernah menanyakan seperti apa yang kita rasakan.. apabila kita berkata jujur, kekecewaan pun terasa pada raut wajah mereka.. dan apabila kita pendam, kita harus menahan emosi mendengarkan semuanya..

Sesuatu yang tidak kita sukai menjadi pilihan terakhir untuk kita fikirkan.. tetapi pilihan terakhir itu pula dapat kita jadikan menjadi pilihan pertama dengan motivasi “tuntutan” tersebut.. Ya inilah kehidupan, kita tak akan pernah tahu bagaimana kehidupan yang akan kita jalani..

Kesenangan? tidak akan bertahan lama.. kesedihan? ya kesedihan pasti akan tersemat lebih lama dihati daripada kesenangan.. dan apakah kita dapat memilih? suatu saat, dimana kita dapat terlepas dari belenggu “tuntutan”, kita pasti akan boleh memilih.. tapi jangan lah kamu semua terkejut, sebab mungkin segala tuntutan itu memiliki kisah tersendiri yang berbeza-beza.. dan kita tidak ada jaminan apakah kita akan senang atau sakit akan tuntutan tersebut..

Tapi, inilah kehidupan yang harus kita lalui.. setiap tangisan yang keluar dari mata, buatlah semua itu ubat untuk ketegaran hati kita.. kerana sebenarnya bila dilihat kembali kita hanya berdiri seorang diri ditemani ALLAH yang maha ESA, dan kini hanya kita sahaja yang boleh menyingkapi segala tuntutan kehidupan yang menghampiri kita..

Sekadar Berpesan Sesama Kita: Sebagai manusia , hiduplah dengan semangat.. teruskan berusaha selagi kita rasa kita mampu untuk jalaninya.. sebab selagi kita tidak berusaha kita tidak akan tahu samaada kita mampu ataupun tidak.. jadi marilah kita sama-sama berusaha ye.. tak apa kalau terjatuh , terus bangun dan mulakannya semula.. in shaa allah kita pasti boleh..
Read more>>>

Rabu, 19 Disember 2012

Selamat Hari Ulang Tahun ( 4 Bulan )



Assalammulaikum semua.. selamat bertemu kembali.. apa khabar semua ? diharap anda semua didalam keadaan sihat sahaja.. lama sudah rasa nya tidak menjenguk ke blog kesayangan dieba ni sejak 15 disember yang lalu.. hehehe.. lama la sangat kan.. rasa nya baru beberapa hari sahaja takde la lama sangat kan.. huhuhu.. anda semua perasan tak ada apa - apa yang berlainan dekat blog dieba ini ? ada tak ? nampak tak ? huhuhu.. dieba baru sahaja tukar blog ini menjadi sepeti warna pelangi.. kenapa pelangi ye ? untuk kali ini dieba memilih warna pelangi sebab dieba rasa hati dieba tengah berwarna warni seperti cantiknya pelangi selepas hujan.. dan kebetulan pula dekat banting ini baru lepas hujan.. mana tahu tiba - tiba ada pelangi pula menghiasi dada langit.. sebenarnya hari ini dieba gembira dan bersyukur sangat sebab hari ini adalah hari yang istimewa buat dieba dan juga insan tercinta encik shariffuddin.. nak tahu hari istimewa tentang apa ? meh la baca kisah ini dari mula sampai akhir.. jom.. :)

Setiap bulan pada tarikh 18 hari bulan aku pasti nantikan tarikh itu.. dan kini hari nya tiba jua.. bulan ini bulan disember , bermakna bulan terakhir untuk tahun 2012.. hari ini genap 4 bulan aku dan dirinya bersama.. syukur alhamdullilah.. bagaikan tak percaya sahaja.. cepat sungguh waktu berlalu sekejap sahaja genap 4 bulan.. dan aku juga bersyukur sebab kami masih lagi diberikan kesempatan untuk terus bersama mengharungi dugaan percintaan ini bersama-sama.. walaupun dari kejauhan tetapi kami tetap berusaha untuk terus mempertahankan cinta ini.. walaupun adakala nya kami goyah dan kami rapuh tetapi disebabkan didalam hati kami mempunyai perasaan cinta diantara satu sama lain akhirnya kami berjaya juga menempuhinya.. walaupun susah dan payah tetapi alhamdullilah atas izin ALLAH kami masih lagi bersama..

Kini baru aku akui nya bahawa sesungguhnya bercinta jarak jauh ini memang sesuatu yang tak mudah untuk dijalani jikalau keseorangan tetapi jika dijalani oleh dua orang in shaa allah segalanya pasti akan lengkap , seperti lengkapnya PUZZLE bila telah siap dipasang.. anda semua pasti tahu kan susah nk melengkapkan PUZZLE itu jika kita kehilangan salah satu daripada keping - kepingan PUZZLE itu.. begitulah juga aku dan dirinya.. susah nak dilihat bersama tetapi sebenarnya kami saling melengkapi diantara satu sama lain.. biar tak nampak pada pandangan mata manusia tetapi biarlah nampak dipandangan mata ALLAH.. 

Setiap hari , setiap saat , setiap waktu boleh dikatakan setiap bergerak nya jam setiap kali itu jugalah hati ini tak berhenti - henti berdoa semoga perhubungan ini akan terus berkekalan sehingga keakhir hayat.. dan semoga perhubungan ini akan terus mendapat restu daripada kedua - dua buah keluarga dan juga restu dari yang maha ESA.. in shaa allah , jikalau memang ini jodoh diantara kami berdua suatu saat nanti pasti kami akan bersatu.. walaupun entah bila masa nya.. kini hanya doa sahaja yang mampu kami lakukan.. seterusnya kami hanya berserah kepada ALLAH.. mana yang baik kami terima.. yang buruk juga kami akan cuba terima.. kami terima semuanya dengan REDHA..  
♥ Ya Allah, seandainya telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu.. Amin.. ♥
Nota Ringkas: Walaupun diantara kami berdua ada sifat2 yang berlainan tetapi sebenarnya sifat itu juga lah yang saling melengkapkan hubungan kami seperti lengkap nya sebuah PUZZLE..
Read more>>>

Sabtu, 15 Disember 2012

Berikan aku waktu bersendirian




Fajar masih lagi belum sampai masanya untuk  menyinari hari.. tetapi mengapa aku rasakan aku merindui fajar itu ? ya fajar yang sungguh indah itu buat aku rasa sungguh ceria sekali.. tetapi itu semua nya hanyalah angan - angan ku sahaja.. sebab aku pasti selagi aku tidak menemui jawapan pada setiap persoalan yang sentiasa berlegar - legar disegenap fikiranku selagi itulah aku pasti aku tidak akan sama sekali melihat fajar yang aku rindui.. aku akan terus begini.. menjadi seperti diriku yang dahulu.. diriku yang suka mengasingkan diri apabila aku rasakan aku kehilangan diriku.. dan semalam sekali lagi aku kehilangan diriku.. sungguh sukar sebenarnya untuk aku lalui hari semalam.. sehingga aku abaikan diriku.. dan sudah pastilah bila aku abaikan diri aku keadaan aku jadi tak terurus.. tapi dalam aku abaikan diri aku , aku masih lagi ingat apa yang sepatutnya aku lakukan setiap hari.. walau apa pun yang jadi kepada aku.. aku harus lakukannya.. aku tidak bole sesekali lupa untuk makan ubat.. aku selalu tetapkan difikiran setiap masa bahawa..

" UBAT HARUS DIMAKAN "

Harus dan harus.. sebab aku tak nak lagi terus - terusan menanggung sakit.. walaupun aku tahu aku  harus makan ubat sampai akhir hayat.. sebab aku tahu sakitku ini sukar untuk disembuhkan.. tetapi aku tetap redha dengan penyakit ini.. ini semua ujian buat aku.. walaupun aku sedar sekarang ni terlalu banyak ujian buat aku tetapi aku tetapi cuba sabar dan redha..

Semalam berlalu bersama kesedihan yang tetap jua bersarang didalam hati ku ini.. bagaikan telah sebati dan tersemat kemas didalam sanubari ini.. hari ini aku masih lagi melewati awal pagi ini dengan suatu perasaan yang aku sendiri tidak mengerti bagaimana harus aku nyatakan disini.. aku seolah - olah kehilangan kata - kata tetapi jari jemari aku masih lagi belum menunjukkan tanda - tanda keletihan.. ini lah dunia aku.. suka meluahkan apa yang aku rasakan.. walaupun aku hanya meluahkan sebahagiannya tetapi tidak mengapalah biarlah hanya sebahagiaan sahaja.. sebab aku ini jenis yang suka memendam daripada meluahkan.. tapi kalau aku da start meluahkan nanti mula la drama airmata.. so lebih baik aku hanya memendam daripada meluahkan agar tiada siapa yang terluka kerana aku..

Pada awalnya aku cuba buat - buat kuat.. aku masih lagi bole buat itu ini.. aku masih lagi buat apa yang selalu aku buat tetapi dipertengahan nya aku telah mula menunjukkan tanda - tanda kelemahan.. itulah aku.. kuat pada mulanya tetapi lemah pada pertengahanya.. dan sudah pastilah pengakhirannya aku jatuh tersungkur.. tetapi dalam aku jatuh tersungkur itu aku masih lagi bole tersenyum serta membuat lawak dihadapan mereka semua.. apatah lagi aku masih bole lagi memberi semangat pada mereka yang memerlukan aku pada waktu itu.. dan waktu itu aku lupa seketika pada kesedihan aku.. dan apabila mereka yang aku memberi semangat itu mendapat semangat mereka balik pada waktu itulah kesedihan aku menjelma semula.. pelik kan aku ni ? memang ada sesuatu yang pelik tentang aku.. aku sendiri pun tak tahu bagaimana nak cerita.. tetapi yang aku pasti ada.. aku ade sifat kepelikkan itu.. sepanjang aku hidup aku selalu beri semangat pada orang.. aku buat mereka bersemangat balik untuk meneruskan hidup.. aku buat mereka bangkit balik.. ye alhamdullilah , usaha aku berjaya.. tetapi itu lah aku.. pandai memberi nasihat buat orang tetapi nasihat diri sendiri aku tak pandai.. bukan kah itu PELIK BIN AJAIB.. hehehe.. aku pun sebenarnya tidak memahami diri aku.. jadi aku tak tahu bagaimana nk tafsirkan diri aku.. tapi aku tetap bangga menjadi seorang aku yang bernama ADIBAH BINTI SUKARMAN..

Walaupun aku tak bole cekalkan hati aku sendiri tetapi sekurang - kurang nya aku bole tolong orang lain untuk cekalkan hati mereka.. aku bole buat mereka tersenyum kembali.. aku bole buat mereka bangun semula.. dan sudah pastilah itu lah aku.. pandai gembirakan hati orang.. sebab bagi aku , bila aku dapat tengok kebahagiaan orang lain hati aku dah cukup bahagia.. walaupun hati aku sendiri kadangkala tidak bahagia.. tetapi aku ingin nyatakan disini hati aku tetap bahagia bersama - sama dengan insan - insan yang aku sayangi.. cuma itulah kadangkala hati aku ini degil sedikit.. hati aku suke ikut perasaan sendiri sehingga aku rasa perasaan sedih.. aku sedar aku tak bole salahkan orang lain diatas semua kesedihan hati aku sebab hati aku yang berdegil.. hati aku ni degil tau.. susah nak jaga hati aku.. sebab tu la hati aku selalu sahaja menyakitkan hati orang - orang yang aku sayang.. ada yang aku sedar dan ada yang aku tidak sedar.. tapi bila aku sedar yang sebenarnya aku da terlalu banyak sakitkan hati orang yang sayangkan aku.. waktu itu baru aku sedar betapa jaatnya hati aku.. sanggup aku lukakan hati orang yang tidak berdosa sama sekali.. apa yang nak jadi dengan aku ? sampai bila aku harus menyeksa hati mereka ? adakah hidup aku ini hanya untuk menyakitkan hati mereka ? jaat sangat kah diri ku ini ? semua itu selalu sahaja bermain difikiran aku..

Tahu tak aku pernah fikir untuk akhiri semua ini.. waktu itu akal aku benar - benar mati.. tapi bila aku fikirkan balik berbaloi ke aku buat semua tu ? kenapa aku tak cuba untuk terus bertahan ? ye terus bertahan.. itulah yang harus aku buat dari dulu , kini , sekarang dan selamanya.. walaupun aku tak pasti samaada aku berjaya lalui nya ataupun tidak tapi aku tetap nak cuba untuk terus bertahan biarpun aku tahu ia nya amat sukar untuk aku hadapi kerna aku tahu tak mudah untuk aku laluinya jikalau hati aku masih lagi melukai hati mereka.. tapi aku tak pernah terniat pun nak melukai hati mereka.. kerna aku sayang pada mereka.. kalau bole aku tak nak mereka terluka sebab aku.. sebab itulah bila aku sedar aku melukakan hati mereka aku akan mengasingkan diri aku jauh - jauh daripada mereka.. aku tak nak mereka terus terseksa bersama aku.. tapi aku sedar bila aku mengasingkan diri waktu itulah aku rasa KEHILANGAN.. aku tak kisah kehilangan diri aku tapi aku kisah kalau aku kehilangan orang - orang yang aku sayang.. aku tak nak keadaan terus jadi begini.. aku hanya nak hidup bahagia sahaja bersama mereka.. mengapa semuanya kini terlalu sukar untuk aku lalui ? apa yang harus aku lakukan agar tiada siapa lagi terluka disebabkan diri aku ?

Sehingga kini aku masih tidak lagi menemukan jawapan yang aku cari.. tetapi aku pasti suatu saat nanti aku pasti akan menemuinya.. walaupun aku tak pasti bila masanya.. tetapi aku akan tunggu hari itu tiba.. dan kini biarlah aku mengasingkan diri ku biar tiada siapa lagi yang terluka kerana aku.. aku lebih rela berdiam diri dari terus - terusan melukai.. kerana hati aku terlalu takut untuk terus melukai kerana aku tidak sanggup untuk kehilangan orang yang aku kasihi.. yang aku sayangi.. dan semua yang aku tulis disini adalah luahan hati  seorang aku.. maafkan aku diatas segalanya.. :(

Read more>>>

Rabu, 12 Disember 2012

Ketakutan Ku




Malam ini jauh fikiran ku terbang melayang-layang dengan diikuti oleh alunan lagu biar mimpi sampai ke bintang dendangan asmidar.. lirik lagu itu mendayu-dayu sehingga adakala nya hati kecilku ini ingin menangis.. menangis ? tetapi mengapa ? bukankah aku kini bahagia dengan kehidupan ku..

Ya benar dan sememang nya benar bahawa aku kini bahagia.. bahagia setelah berlalu nya kisah lalu yang penuh dengan mimpi ngeri,. cukuplah mimpi ngeri itu berakhir disitu dan tidak sesekali aku ingin ia nya terjadi lagi..

Cukuplah segala derita yang pernah aku tanggung dahulu.. kerna aku tidak ingin ia nya terjadi lagi.. aku terlalu takut untuk jatuh tersungkur lagi.. walaupun aku tahu aku boleh lalui nya dengan tabah tetapi hakikat sebenarnya aku terlalu takut andai aku tidak dapat lagi untuk terus bertahan..

Kerna aku tahu.. aku hanya manusia biasa.. aku tidak sempurna.. aku ada sesuatu perasaan yang aku terlalu takuti.. yaitu perasaan TAKUT.. ketakutan aku jelas terpancar apabila aku berhadapan dengan sesuatu yang menakutkan aku.. semakin aku cuba untuk menjadi kuat agar aku tidak akan kelihatan lemah dihadapan sesiapa sahaja semakin itulah ketakutan itu semakin menakutkan aku..

Kadangkala aku terlalu takut tatkala aku bersendirian.. aku terlalu takut jikalau aku jadi lemah semangat.. aku terlalu takut kalau aku akan melakukan tindakkan yang bodoh.. apabila fikiran aku telah mematahkan semangat aku fikiran aku mulai dihantui oleh suara-suara yang adakala nya banyak menghantui fikiran aku.. dan aku akui adakala nya aku lemah.. tetapi syukurlah aku cepat tersedar sebelum aku melakukan sesuatu yang mungkin akan membuatkan aku menyesal seumur hidup..

Kalau boleh aku tidak ingin menjadi seorang yang tidak mempunyai akal dan fikiran yang waras.. sebab aku takut aku semakin tidak mengenali diriku langsung.. sedangkan kini pun aku juga seperti tidak kenali diriku juga.. sebelah hati kecil ku  seperti tidak pasti apa yang aku inginkan dan sebelah lagi mengatakan bahawa aku tahu apa yang sebenarnya aku inginkan.. ya , aku pun tahu sebenarnya apa yang aku inginkan..

 Tetapi bila sahaja perasaan takut aku mula menghantui aku.. aku jadi hilang diri aku.. aku kehilangan diri aku sendiri.. aku tidak tahu sampai bila perasaan takut ini akan terus menghantui aku.. tetapi selagi aku masih bernafas aku tetap akan cuba untuk buang perasaan takut ini.. walaupun terpaksa membuang nya secara perlahan-lahan.. dan akan aku pastikan perasaan takut itu tidak akan terus membuat aku kehilangan diriku sehingga aku melukakan hati orang-orang yang aku sayangi dan aku cintai..


Read more>>>

Sabtu, 8 Disember 2012

Selamat Hari Lahir Adik


                  Yang bertudung merah tu la adik dieba. comel kan macam kakak nye.. :)

Syukur alhamdulillah hari ini 7 disember 2012 , adalah hari lahir seseorang yang penting dalam hidup dieba. walaupun dieba tak pernah tunjuk bagaimana perasaan sayang dieba kepada dia. tapi sebenarnya dieba sayang pada dia. nak tahu tak dia tu siapa ? dia adalah adik perempuan kandung dieba. satu-satu nya adik perempuan kandung dieba. nama dia adalah AMALINA atau lebih dikenali sebagai ELIN dikalangan keluarga. hari ini genap umur die 19 tahun. walaupun dieba salah wish umur lak kt die tengah malam tadi. tapi dekat-dekat la tu. dieba masih ingat umur die 18 tahun lagi. huhuhu. coe la dik. tak sengaja la. lagipun semalam menaip msg mata da terpejam-pejam. soe tau. hehehe. jangan mara. ngantuk ar semalam. tapi akak bangun jugak sebab nk wish. walaupun akak tak tahu akak orang yang keberapa tapi sekurang-kurangnya akak wish kan. hehehe.

Adk semperna bufday ko ni akak nk bagi ucapan buat ko. tapi sebelum tu akak mintak maaf dulu , kalau-kalau apa yang akak cakap ni ade menyinggung hati dan perasaan ko eh dik. :) ko bace tau. kalau bole bace la kuat-kuat biar akak dengar sampai kat sini...


Adik usia 19 tahun adalah suatu usia yang bakal adik tempuhi dengan suatu perasaan yang berlainan daripada usia 18 tahun. usia 19 tahun juga menunjukkan usia adik semakin lame semakin meningkat dewasa. banyak dugaan-dugaan yang harus adik tempuhi. kerna sesungguh-sungguhnya usia itu suatu cabaran yang harus kita tempuhi. akak pun pernah melalui usia 19 tahun. walaupun sesulit mana pun cabaran yang menanti adik , adik tetap harus jalani nya, kerna akak yakin dan percaya adik boleh lakukan nya. adik pasti boleh. adik akak kan kuat. adik akak kan boleh berjaya. Adik sebelum akak mengundurkan diri akak nk cakap sesuatu. akak harap adik fahamilah ia ye. kalau adik tak fahami. adik baca la berulang-ulang kali sampai adik faham.
"Jangan melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang kali, sebab nanti kita tidak jumpa jalan untuk berpatah balik”

Tapi akak sendiri melakukan kesilapan yang sama juga berulang-ulang kali. kalau akak cakap juga, adik nak dengar ke? adik, akak nak bagitahu kat adik, yang hidup ini indah dan menarik. tapi akak tak nak tipu adik, yang hakikat hidup ini sebenarnya sangat kejam dan kasar. akak nak bagi tahu adik juga, yang kejayaan bermula apabila seseorang itu belajar menghargai peluang. tapi akak juga sering mengsia-siakannya. dan kalau akak cakap semua ni pada adik, adik nak percaya ke? akak nak bagi tahu adik mengenai rama-rama yang cantik. dan hidup ini seperti rama-rama. jika kita genggam ia dengan terlalu kuat akan carik kepaknya, akan mati dia. tapi kalau kita lepaskan dia terbang. dia akan hilang arah ditiup badai yang kencang. dan hidup ini sememangnya seperti rama-rama. Indah dan menarik tetapi singkat. akak hendak bagitahu semua tu pada adik, tapi akak takut adik tak moo dengar. akak takut adik bosan. akak takut adik kata akak suka membebel. padahal memang hakikatnya akak suka membebel. adik pun tahu kan. tapi akak membebel bersebab. akak mintak maaf kalau selama ni akak ade sakitkan hati dan perasaan adik tanya akak sedar. maafkan akak ye adik. tapi ape yang akak cakapkan pada adik semuanya sebab akak sayangkan adik. walaupun akak tak tunjuk tapi sebenarnya akak sayang. akhir kata dari akak. selamat hari jadi akak ucapkan buat adik... semoga panjang umur dan murah rezeki... jadilah anak , adik dan kakak yang lebih matang dan bertanggungjawab untuk masa yang akan datang ye... semoga adik sentiasa bahagia... di samping kami yang semua... semoga lebih bersemangat menghadapi cabaran hidup yang  semakin mencabar. Love you my younger sister. belajar rajin-rajin okay.  semoga hidup adik di berkati dan diredhai Allah di dunia dan juga di akhirat insyaAllah amin
Read more>>>

Selasa, 27 November 2012

Namun Ku Punya Hati




Dalam kehidupan seharian yang aku lalui setiap hari pasti ada sahaja serba yang tidak kena. apakah ia nya salah diriku ? adakah aku yang bersalah dengan apa yang terjadi kepada diri ku ini ? adakah aku memang tidak selayak nya untuk merasakan bahagia ? adakah teruk sangat diriku dimata mereka ? apakah kekurangan nya diriku sehingga nya terlalu buruk diperkatakan mereka ? apa ? apa ? apa ? dan apa ? apa dosa ku sebenarnya ? aku penat berteka teki. penat pura-pura tersenyum dihadapan orang-orang aku kasihi. aku cintai. aku terlalu penat berpura-pura. aku cukup penat menahan airmata ku daripada mengalir. semata-mata aku tidak ingin orang-orang yang aku kasihi dan cintai bersedih sebab diriku. tp...

Kadang-kadang aku tertanya-tanya apa kekurangan nya diriku. sehingga setiap apa sahaja yang aku lakukan pasti ada yang buruk dimata orang. aku telah cuba untuk tidak terlalu memikirkan nya tetapi apa daya aku ? mungkin sekali dua aku boleh berdiam diri tapi aku hanya manusia biasa. manusia yang mempunyai hati dan perasaan. selama mana la aku boleh bertahan. selama mana la aku boleh berdiam diri sahaja. aku ada perasaan. bukan aku tak ada. aku manusia bukan tunggul yang boleh berdiam bila disepak , bila maki , bila dipukul , bila caci. aku manusia. manusia yang punyai hati macam manusia yang lain. aku sama seperti semua. aku bukannya barang mainan. aku bukan patung. aku manusia. manusia. :(

Dahulu , bila aku berhadapan dengan hal-hal yang macam ni aku selalu jauhkan diri daripada semua orang. aku lebih suke bersendirian sebab aku tak nak orang nampak kesedihan aku. aku tak nak orang nampak tanggisan aku sebagai seorang yang lemah. aku selalu larikan diri, sebab aku takut untuk hadapi nya. aku terlalu lemah waktu itu. tapi bila umur aku semakin meningkat dewasa aku ingat aku takkan lagi hadapi perkara ini. tetapi ternyata tekaan aku salah. semakin umur meningkat aku semakin berhadapan dengan perkara ini. perkara yang aku tidak dapat untuk luahkan kepada sesiapa pun. semuanya aku pendamkan didalam hati. cukuplah derita itu hanya aku sahaja yang tahu. aku tidak ingin sesiapapun tahu. sebab bagi aku biarlah orang tahu dan orang nampak aku bergembira daripada aku bersedih. aku tidak ingin sesiapapun bersedih sebab diriku. dan kini biarpun aku tahu semakin banyak orang tidak menyukai aku tetapi aku tetap bersyukur sebab biarpun mereka tidak menyukai ku. tetapi sekurang-kurangnya aku ada keluarga ku. keluargaku yang selalu bersama dengan diriku. aku ada dia. orang yang menghuni hatiku. dan aku juga ada mereka yang menyayangiku. bila aku bersedih aku pasti lihat wajah-wajah mereka. melihat mereka ketawa dan tersenyum sudah boleh buat aku bersemangat balik. walaupun luka itu tetap ada biarlah lama-lama ia nya hilang sendiri. dan sekarang walau sesulitnya jalan yang terpaksa aku laluinya. aku akan tetap tabah harunginya. aku tidak ingin jadi seperti dahulu lagi. aku tidak ingin lari daripada kenyataan. selagi aku lari dari kenyataan aku tetap akan digelar seorang pengecut. aku tidak ingin digelar seorang pengecut kerna aku bukan pengecut. aku harus berani. biarlah orang nak cakap apa pun, yang penting aku lebih mengenali diriku sendiri. biarpun nasib masih tidak menyebelahi aku lagi aku akan tetap tunggu. sebab aku tahu masa nya akan tiba jua biarpun aku terpaksa menunggu entah sampai bila pun. 
Nota Hati:Maaf untuk entry ni rase nye dieba lebih senang mengunakan perkataan " Aku "
Read more>>>

Isnin, 19 November 2012

Selamat Hari Ulang Tahun ( 3 Bulan )




Alhamdulilah hari berganti hari , bulan berganti bulan. Hari ni 18 november 2012 , genap la relationship diantara kami berdua selama 3 bulan 6 hari. syukur alhamdulilah. Kami masih lagi bertahan sampai ke hari ni. so far hubungan kami berdua tiada apa2 masalah lagi.  hope lepas ni pun tidak akan ada apa2 masalah diantara kami. minta2 dijauhi la daripada sebarang masalah. insyallah. amin amin amin. #doakan kami ye :)

Dan walaupun hubungan kami ini dikategorikan sebagai cinta jarak jauh , tapi alhamdulillah , perasaan kami tu tak pernah pun berubah even sedikit pun. Mana2 pasangan bercinta yang macam kami ni mesti akan rasa macam apa yang kami rasa kn. sebenarnya bagi dieba kan cinta jarak jauh ni ISTIMEWA. instimewa nye sebab ia nya INDAH. indah  tau. sebab ia nya sebenarnya menguji tahap KESETIAAN diantara kita dan pasangan kita. waktu2 macam ni la kita nak tengok sejauh mana pasangan kita ni setia dengan kita. sejauh mana dia cintakan kita. sejauh mana keikhlasan dia terhadap kita. semua ini dikira macam adat pasangan bercinta jarak jauh la.  kalau dia sayangkan kita dia pasti akan cuba sedaya upaya untuk menjaga hati kita. menjaga perasaan kita. dan sudah pastilah istilah CURANG tu takkan timbul didalam fikiran masing2. sebab kalau ia nya timbul mula la fikiran kita berfikir macam2. ada yang bergaduh. bermasam muka. putus cinta. ayat2 yang kurang menyenangkan la. macam2 lagi la. betul tak ? betul kan. :) so nasihat dieba kepada pasangan yang bercinta jarak jauh ni jangan la cakap dan fikir bahawa cinta jarak jauh ni memang takkan bertahan lama. setiap apa yang kita lakukan biarlah jujur dan ikhlas. begitu jugalah dengan percintaan.  kerna bila kita jujur barulah hidup kita aman damai. dan bila kita tak jujur hidup kita akan sentiasa diselubungi kepayahan.  so  think positif ok.  selamat berhari minggu :) bubye2. assalammulaikum. :)
Nota Hati: Abg terima kasih untuk segalanya. semakin hari akak semakin bahagia bersama dengan abg. setiap bulan doa akak tetap sama. akak berdoa semoga ada jodoh kita. semoga jodoh kita kekal. sampai ke jinjang pelamin seterusnya keakhir hayat. insyallah. andai ada jodoh kita bersatu jua kita akhirnya. sekali lagi terima kasih untuk  cinta dan kasih sayang ini. semoga berbahagia disana. dan semoga abg baik2 sahaja hendaknya. amin. :)
Read more>>>

Rabu, 14 November 2012

Hari Yang Indah Bersamanya




Sedar tak sedar, rupanya dah lama dieba tak pegi tengok wayang.. serius lame kot.. rase nye kali terakhir dieba tengok wayang dengan adk dan sepupu mase kiteorang tengok cerita SADAKO dan The EXPENDABLES 2.. itulah cerita terakhir yang dieba tengok.. selepas itu langsung takde pun.. kiteorang semua pun dah jarang nk keluar bersama-sama lagi macam dulu sebab dorang semua dah busy dengan study je.. mane la ade mase nak keluar bersama lagi macam dulu.. kalau dieba keluar pun selalu dieba keluar dengan dorang je.. habis nak keluar dengan sape lagi.. dieba bukan nye ade ramai kawan pun.. cuma sejak ada nye dia ni hidup dieba jadi lebih ceria.. bahkan terlebih ceria.. walaupun tak selalu jumpa dia tapi dieba tak kisah pun asalkan masing-masing tahu jaga diri baik-baik, jaga cinta baik-baik, ingat satu sama lain itu pun dah cukup dah.. tak perlu nak banyak-banyak sebab masing-masing dah besar kan.. pandai-pandai la bawak diri.. yang penting percaya mempercayai.. daripada nak menaruh syak wassangka yang bukan-bukan.. nanti kalau pape jadi dekat hubungan tu macamana.. sape yang susah? diri sendiri jugak yang susah.. so dieba tak nak la ade perasaan yang begitu.. biasa-biase je da.. yang penting percaya kepada ALLAH.. bila cinta ini benar cinta ALLAH pasti akan lindungi CINTA KAMI.. in shaa Allah..



Bila lama tak tengok wayang ni, tibe-tibe bila ade orang ajak tgk wayang.. rasa seronok pulak.. tak sangka dia ajak tgk wayang.. mula-mula rase macam mimpi je.. betul ke ni? serius ke? macam biase la.. bila macam was-was dieba suke sgt tampar pipi dieba ni untuk pastikan bahawa ia nya bukan mimpi.. dan ternyata memang bukan mimpi.. seronok nye la.. rase nak menjerit tapi tak boleh.. rase nak nangis lagi la tak boleh.. so yang bole dieba buat adalah tersenyum dan bersyukur.. bersyukur sangat-sangat..


Ahad
11/11/2012

Pukul 12 setengah pun selamat tiba dirumah dieba. tapi macam biase la. dieba kalau da bersiap memang lame. sampai die da sampai pun dieba tak siap2 lagi. biase la dieba kan. so die kena la tunggu dieba bersiap. dieba pun pelik dengan dieba sendiri sebab nak kata dieba bermekap2 tak , nak calitkan lipstik lagi la tak , eye shadow semua memang langsung tak. yang lambat siap nye pun tak tahu la. hehehe. maybe pasal tudung kot. sebab dieba ni memang sensitif sikit pasal tudung ni. selagi dieba rase macam tak betul , tak cantik , tak comel selagi tu la dieba akan pastikan tudung tu melekat cantik je kat kepala dieba. selagi tak jangan harap la dieba berganjak daripada meja solek. huhuhuhu. jadi kena sabar la ye ENCIK SHARIFFUDDIN. :)

Selesai urusan dieba dan tudung , dieba pun keluar la. dieba lihat die disana. menunggu dengan penuh kesabaran. ingat die tak sanggup tggu. mane tahu merajuk ke ? huhuhu. tapi nasib baik die tggu kalu tak dieba lak merajuk. seperti biase la kalau nak keluar die , mesti tanye da mintak izin mak abah lum. ok memang la nak mintak tapi mase dieba bangun pagi tu mak abah da takde. mak abah da keluar g REWANG. so sebelum g tu dieba call la mak abah. dieba cakap nak keluar dengan die. abah cakap hati² , jangan balik lewat². lepas abis cakap dengan abah kami pun gerak la g destinasi yang dituju yaitu JUSCO BUKIT TINGGI KLANG.

Sepanjang perjalanan. kami berdua takde la banyak bercakap sgt sebab masing² ni memang jenis yang PENDIAM. so memang ada kejanggalannya disitu tapi bila dieba fikirkan balik. kalau diam je macam tak best la pulak. so dieba pun cubalah bercakap sebanyak mana pun. membebel sana sini. dieba tunjukkan die itu ini. ape je yang ade sepanjang perjalanan. tempat tu tempat ni. dieba tak tahu la die bosan ataupun tidak bila dengar cerita dieba tapi dieba tetap nak cerita jugak. lagipun dieba tengok die ok je. layan je dengar dieba cerita. kire die suke la tu. kalau die tak suke pun kena suke jugak. huhuhuhu.

Pukul 1 suku kami sampai ke destinasi kami. alahai lama nye tak pergi sini. dahulu pergi dengan adik dan sepupu2 tapi kini berlainan sebab dapat pergi dengan yang tersayang. dahulu dieba berangan² je nak g dengan ENCIK SHARIFFUDDIN tapi kini tak sangka dapat jugak dieba pergi dengan die. seronoknye. keluar daripada kereta kami terus masuk ke dalam dan pergi ke panggung wayang. waktu itu tidak la terlalu ramai orang. jadi tak perlulah bersesak2 semua. dieba tak suke la kalau sesak² dengan orang nanti dieba bole pengsan. dieba sensitif cikit kalau g tempat ramai orang ni. ENCIK SHAFFUDDIN tanye nak tengok cerita ape ? die ajak tengok cerite ape ek ? aduhai dieba lupa la. macam aksi kot cerita tu. dieba mane la suke tengok cerite aksi² ni. tak kena dengan jiwa la. hehehe. tibe2 dieba ternampak poster ISTANBUL AKU DATANG. dieba terus tunjuk kat die. dieba ajak tengok cerite tu. tibe² die senyum. die kate die tak tengok cerita² cintan cintun ni. ala. kecewa nye. tapi dieba tak putus asa. dieba pujuk die jugak. sambil buat muke comel. walaupun takde la comel mane pun. huhuhuhu. taktik ni. hehehe. akhirnye berjaya jugak dieba pujuk die. hehehe. mula² dieba tak nak la pakse die tapi dieba teringin kot nk tgk cerite tu. sebab sweet sgt2. sebab kat rumah tadi dieba da usha² da cerite tu kt internet. tu yang nak tengok tu. cuma tak sempat cakap dengan die lagi.

Lepas beli tiket kami jalan2 sebentar. sebelum tayangan nye bermula pukul 2 nanti. waktu itu jam baru sahaja 1:40pm. masih ade mase lagi. kalau nak makan memang tak sempat la. takut terlepas je nanti. so kami jalan² jela. dalam jalan² tu dieba tanye la die. die ok x tengok cerite tu ? terpaksa tak sebab nk kena teman dieba tgk cerita tu ? sebab dieba tak nak la. sebab die nk kena jaga hati dieba sampai nk kena dengar ckp dieba. lagipun kan die yang ajak dieba tengok wayang dieba pulak yg lebih². tapi die kate takpe. die tak kisah. asalkan dieba gembira die pun suke. mase tu dieba tak tahu nak cakap ape. dieba senyum je. seronok sgt dapat die yang memahami. dan menyayangi diri ini. dieba bersyukur sgt²

Lepas beli pop corn dan air kami pun masuk ke dalam panggung. NO 6. di awal cerita dieba tgk die mase mula² macam tak suke layan cerita cinta ni. tapi tibe² die suke la. eeeeeee seronoknye. macam ni barulah lew tengok dengan senang hati. takde la dieba risaukan die je. yang asyik makan pop corn je tak berhenti². takut jugak dieba. die makan tanpa henti. mungkin bosan. tapi nasib baik la die ok. lew layan cerita ni. seronoknye.

Bila sampai part dian merajuk , die bersuare. die merajuk macam akak. dieba terus pandang die kt sebelah. die senyum. tibe² dieba dapat idea. hehehehe. dieba cakap kat die. sekurang² nya die merajuk ade orang pujuk. pastu die da cover² mkn pop corn. hehehe. cover konon. eleh. nak kenakan kita tak kena tempat kan da terkena. hehehe. niat hati memang hati memang tak nak kenakan die tp da die tibe² je nk membuli dieba. walaupun ape yg die buli tu betul. dieba memang suke merajuk pun. huhuhuhu. nama dieba bukan dieba la kalau dieba tak merajuk dalam sehari. kalau tak merajuk tu pelik tau. hehehe.

2 jam lebih dalam panggung sambil layan cerite ni memang best sgt2. Cerita ni memang sweet sgt2. terbaik la. rase seronok je tgk. lagipun cerita ni lew buat org yang tak suke tgk cerita cintan cintun ni jadi suke. kalau macamni lew la ajak die tengok cerita cintan cintun lagi. ala kalau die tak nak ape susah. buat je muke comel. pasti dapat apa yang diinginkan. hehehehe. ala gurau2 jela. sebenarnye tak suke la nak pakse² die. sebab die pun bukan jenis yang suke dipakse macam dieba. jadi biarlah kami masing² jadi diri sendiri. lagipun dalam bercinta tak elok ade sifat pakse memaksa. tak baik tau.

Abis tengok wayang , kami pun pergilah jalan² cari makan. MCD menjadi pilihan. tapi kami tak makan kt situ. bungkus sahaja. selepas beli MCD kami lepak dekat luar sebentar sebelum pulang. tibe2 die ajak lepak pantai sebelum die antar dieba balik. pukul 5 setengah kami tiba di pantai. pantai macam biase la ramai orang. dieba pun kan memang tak suke kalau ramai² ni. tapi xpe. sekejap je pun lepak sini. lame tak pergi cini. lagipun ni kali kedua kami berdua jalan² kt pantai. mase dekat pantai dieba asyik tengok jam dekat hp je. dalam hati berkata asal la cepat sgt mase berlalu. sekejap je da kul 6. rase macam sekejap je abiskan mase dengan die hari ni. hurm. muke dieba da sedih je. dieba tengok muke die pun da sedih je. pastu masing² senyum. padahal dalam hati ALLAH je yang tahu sedih bila nk berpisah. walaupun bukan lah berpisah apa pun. cuma abis masa bersama hari ni. tapi kesedihan itu tetap ade. lepas ni tak tahu lagi bila kami lew jumpe lagi.

Sepanjang perjalanan balik ke rumah hati dieba mulai tak keruan. semakin dekat dengan rumah semakin sayu je rase hati. nak nangis je rasenye. tak tak bole² tahan² airmata dan kesedihan tu. tahan dieba tahan. fuhhhh. sesampai nye dirumah. memang rase sedih tak dpt dibendung lg. tapi terpakse senyum je. takkan nk nangis depan mak abah. nanti mak abah sangka pulak. padahal xde papepun. die turun dari kereta je die terus bertegur sapa dengan mak. die cakap dengan mak die mintak izin bawak dieba keluar td. mak tanye g mane. semua nye die jawab. bagus la die jawab sebab dieba tibe² hilang kate².. sedih kot..

Mak ajak die masuk duduk.. tapi die xnk.. die duduk dekat luar je.. die borak dengan mak dan tuah.. dieba cuma perhatikan je.. dieba seronok tgk mak , abah dan adik suke dengan die.. bole terima die jadi sebahagiaan keluarga ni.. die pun dieba tgk bole terima keluarga dieba jugak.. itulah saat paling seronok buat dieba.. 6:30 pm. die meminta izin untuk pulang.. die bersalaman dengan mak , abah dan adik.. dieba hanya perhatikan je sambil tersenyum.. padahal dalam hati rase nak tahan je die balik.. tapi sabarlah hati.. insyallah ade JODOH nanti pasti bersatu.. nanti takde la berpisah berjauhan macamni.. #saje je sedapkan hati sendiri :)

Begitulah ceritanye.. walaupun hanya 7 jam sahaja masa bersama untuk hari ini tapi dieba bersyukur sgt² sebab dapat jugak abiskan masa dengan die.. dan hari itu dieba seronok sgt² bersama dengan die.. sepanjang hari bersama die dieba sentiase tersenyum.. die tahu bagaimana nak buat dieba bahagia.. dan dieba mengaku memang dieba bahagia sgt².. terima kasih untuk hari yang indah ini abg SHARIFFUDDIN.. akak bahagia sgt²
Read more>>>

Ahad, 21 Oktober 2012

Selamat Hari Ulang Tahun ( 2 Bulan )



Assalammulaikum dan selamat malam.. dah makan ke belum? kalau belum makan g la makan ye.. jangan tak makan pula.. nanti kang gastrik pula.. sape yang susah? diri sendiri juga yang susah.. huhuhuhu.. malam ni rase macam bosan pulak.. nak tahu sebab apa? sebab tak tahu nak buat apa lagi.. nak tengok tv memang tak dapat la kalau dah semua orang dalam rumah dah chop tv.. abah dgn BOLA.. mak dengan CEREKARAMA.. adk pulak macam biasa la KARTUN je.. so kalau da semua tengok tv memang dieba tak dapat la jawab nya.. hurmmm.. sabar jela.. disebabkan bosan dieba on la lappy dan apa lagi bukak la facebook, twitter dan radio.. hurmmm.. kt FB BOLA, TWITTER BOLA, RADIO pun cerita pasal BOLA.. BOLA. BOLA dan BOLA.. hai, macam takde lain je.. tibe-tibe terasa bosan pulak.. so dieba pun ambik la keputusan untuk update blog pula.. sambil mencari-cari idea untuk tulis entry baru.. dieba usha-usha la pic si DIA.. rindunya la pada si dia.. diharap si dia baik-baik sahaja la disana.. seperti dieba disini..


Sedang usha-usha, tibetibe idea datang.. YES, malam ni nak update tentang ANNIVERSARY KAMI.. sebenarnya pada 18 oktober yang lalu adalah ANNIVERSARY kami yang ke 2 bulan.. sebenarnya waktu tu dieba nk update tapi tak jadi la pulak sebab ada masalah yang tak dapat dielakkan.. so malam ni la dieba update.. lagipun takde buat papepun.. so free la..


Memang tak sangka, sekejap sahaja waktu berlalu.. dah dua bulan rupanya.. rasa macam tak percaya pun ada.. tapi kena percaya.. sebab ini kenyataan.. dan alhamdulilah, sepanjang kami bersama kebahagiaan sentiasa bersama kami.. setiap apa yang terjadi dalam hubungan kami.. kami pasti atasinya bersama walaupun mungkin agak sukar tetapi hasilnya.. kami berjaya juga menyelesaikannya bersama-sama.. itulah gunanya CINTA.. saling memerlukan.. saling memahami diantara 1 sama lain.. saling menghormati sesama sendiri.. dan paling penting saling menyayangi diantara 1 sama lain.. itulah kami.. hehehe.. terasa macam sweet pulak.. yeke? hehehe.. perah santan tul la dieba ni kan.. :p


Dan sepanjang 2 bulan bersama ini juga kami takde langsung menghadapi masalah besar.. kalau bergaduh pun gaduh manja gitu-gitu je.. takde la berperang.. tapi rasanya macam tak gaduh.. sebab takde pun macam berperang.. sebab semuanya nampak ok je.. lagipun si dia bukan jenis yang suke gaduh-gaduh ni.. dia jenis yang COOL.. dan dieba suke sangat-sangat.. tapi kadang-kadang ada gak ahh tekanan nya.. tekanan ngada-ngada dieba.. saja-saja nak merajuk padahal sebenarnya tak merajuk pun.. saje nak merajuk-merajuk manja.. hehehe.. tapi semua tu masih leh handle.. dan dieba bersyukur sebab dengan kesabaran dan keimanan diantara kami ini la yang buat kami semakin sayang 1 sama lain.. walaupun sebenarnya agak susah bila bercinta JARAK JAUH ni macam-macam dugaan yang melanda tapi bak kata lagu ni " Bila hati sudah sayang, semua menjadi indah " oh indahnya.. hehehe.. dah-dah stop nyanyi kang hujan lak.. da la suara tak sedap.. hehehe.. macam-macam la dieba ni kan.. biasa la hati tengah berbunga-bunga.. tu yang jadi macam ni.. dieba harap kebahagiaan ini kekal buat kami berdua untuk selamanya.. dan in shaa Allah andai ada jodoh bersatu juga kami nanti.. biarpun kami tak tahu lagi masanya bila.. tapi insyallah kami akan jaga cinta ini dengan sebaik-baiknya.. dan semoga perhubungan kami ini akan sentiasa mendapat restu ALLAH dan juga kedua-dua keluarga kami.. dan kami rasa saat ini pun keluarga kami berdua merestuinya.. alhamdulilah..


Dan dieba terlalu bersyukur sangat2.. sebab tanpa ALLAH tak mungkin takdir mempertemukan dieba dengan si dia lagi.. saat pertama kalinya HATI dieba terpaut pada dia pada PANDANGAN PERTAMA di Institut Jantung Negara.. 8 bulan yang lalu. kenangan itu tak mungkin akan dieba lupakan.. walaupun saat itu hanya la dieba seorang sahaja yang tahu.. tapi tak sangka rupanya ada HIKMAH disebalik kesakitkan dieba.. begitu banyak tempat dalam dunia ni disitu jua segalanya bermula.. permulaan sebuah cinta.. cinta yang bahagia.. alhamdulillah..


Ok la dieba terpaksa stop cerita ni disini sebab dieba terpaksa keluar bilik ni.. sebab ada tetamu datang rumah.. semoga kita jumpe lagi di entry yang seterusnya ok.. jangan lupa selalu-selalu la datang jenguk blog dieba ni ye.. walaupun dieba ni jarang update tapi dieba ade je kat blog ni.. jangan lupa follow dieba eh.. dan jangan lupa doakan semoga hubungan kami berdua ni akan berkekalan sehinggan kejinjang pelamin dan seterusnya sehingga keakhir hayat.. amin.. bye2.. assalammulaikum..
Read more>>>

Isnin, 8 Oktober 2012

My BestFriend E-Day (Niza)


Kawan2 masing-masing dah pakat bincang ngan partner masing2.. membuat prancangan pasal tunang dan kahwin.. dieba pula hanya sekadar mampu mendengar dan tersenyum.. umur dah semakin meningkat, masing2 takut takde JODOH.. dieba chill je, tak nak risau sangat pasal jodoh.. Allah dah tetapkan dieba dengan siapa, dia dengan siapa kan.. ada jodoh adalah KAMI..

Chill la sgt kan.. caye tak?? hehehe tipu la kan kalau 
dieba katakan dieba tak chill langsung tapi dieba saje je buat2 chill.. huhuhu.. saje nak mengedik.. hahaha.. sudah cukup sudah jangan nak mengarut lebih-lebih pulak.. sebenarnya hari ni dieba nak story pasal pertunangan my BFF NIZA serta pasangan nya..

7 oktober 2012,

Akhirnya selamat juga sahabat 
dieba bergelar tunangan orang.. selamat bertunang sahabatku.. maafkan diriku sebab tidak dapat menghadirkan diri dihari pertunangmu.. huhuhu.. aku demam teruk la sahabatku. langsung tak lew bangun.. asyik nak tido jeeeeee.. biase laaaaa. malam baru bangun.. coe eh, aku sebenarnya memang nk sangat g majlis ko tu tapi aku serius tak larat.. sebenarnye aku sedih sebab tak dapat hadirkan diri.. waktu ni la nk demam berbagai.. padahal baru je baik demam semalam nya.. hurmm.. mood kecewa.. hampeh.. tapi takpe la.. da nk demam kan.. hurm.. tabahkan hati jela.. takpe nanti majlis kawin ko aku datang la.. datang dengan si dia la.. takkan datang sorang2.. huhuhu..

Akhir kata dariku buat mu sahabatku.

Dua hati menyulam cinta, Janji berpadu kata dikota, Seriring Doa yang didamba, Menjadi kekuatan Hati dan Jiwa.. Semalam masih terasa, Hangatnya cinta yang bersisa, Rindu di hati terlerai jua, Dengan ikatan Sejuta Makna.. Selamat Bertunang SAHABATKU ! Doa dariku agar dirimu bahagia, Moga Kekal Abadi Selamanya, Setia mesra bersama sentiasa, Langkah hari ini PASTI berjaya, Andai esok KAU TERUS BERUSAHA 

p/s : in shaa ALLAH wahai sahabatku, selepas ini aku PASTI mengikut jejak langkah mu.. doakan yang terbaik buat diriku dan juga dirinya..
Read more>>>

Rabu, 3 Oktober 2012

Baru Baik Demam


Malam ni keadaan kesihatan dieba semakin pulih... demam dieba semakin kebah , selsema dieba semakin menyembuh dan batuk dieba pula semakin baik... alhamdulilah...

Ini semua disebabkan oleh si dia yang terlalu memberikan perhatian terhadap kesihatan diri dieba... dieba disuruh berehat sahaja , tido dan tidak buat keje kalau tak larat... kalau dulu sebelum dieba mengenali nya 
dieba ni jenis yang tidak reti berehat biar teruk nya sakit dieba tu... tetapi kini setelah ade dia , perlahan-lahan dieba buang sikap yang tidak langsung mengambil  berat terhadap kesihatan diri sendiri... bukannye dieba takut bila die mara kepada dieba , tetapi bila dieba fikirkan balik...

Betul cakap die... takkan la selamanya 
dieba nk begini , tidak peduli langsung dgn keadaan kesihatan dieba .. jujurlah dieba ni bukan lah sihat sgt macam orang lain... biarpun jantung dieba telah pulih , tapi dieba tetap sakit juga... tiriod dieba masih bersama lagi dengan dieba... 5 tahun sudah , rase nye... tiriod dieba masih tidak sembuh-sembuh lagi... terkadang ok , terkadang tidak...

Mengikut nasihat dokter 
dieba harus mengawal sakit ini sendiri , dan tidak terlalu bergantung pada ubat semata-mata , walaupun dieba harus makan ubat seumur hidup... dieba harus juga mengawal tekanan perasaan dieba , dieba tidak harus merasa tertekan , kerna bila dieba tertekan hormon dieba akan jadi semakin teruk , sehingga nanti bila nadi dieba berdenyut dgn laju , dieba bole pengsan secara tibe2...

Dokter juge selalu menasihati 
dieba supaya tidak terlalu memikirkan apa-apa masalah agar tiriod dieba ini akan stabil sahaja... alhamdulilah , kini dieba rase keadaan dieba stabil sebab dieba tidak terlalu banyak lagi berfikir... dan itu jela yang dieba nk sgt dgr bila dieba pergi jumpe dokter 8 oktober nanti , dokter cakap keadaan dieba stabil sahaja...

Sebenar nye setiap kali 
dieba de temu janji dgn dokter pakar , dieba selalu takut... takut untuk dengar ape yang dokter tu nak cakap... selalu dokter akan cakap 2 bende je... baik atau buruk... bila baik , dokter akan cakap...
bagus... hasil ujian darah kamu semakin baik , hormon kamu stabil... teruskan kawal perasaan kamu... ubat kamu ini akan sy kurangkan... ok kamu bole tggu diluar , nanti nurse akan bagi kamu senarai ubat...
yang buruk pula... yang paling dieba tidak suke nak dengar...
Keputusan ujian kamu ni tak stabil la , semakin teruk... kamu makan ubat tak ni ? kenapa sy tgk keputusan ujian ni teruk , kamu ade banyak berfikir ke ? kamu ade banyak tekanan ke ? kamu cepat melenting ke ? macam ni la , sy rase sy kena tahan kamu dekat wad untuk beberapa hari... 
Bila dengar je , dieba ape lagi... terus menangis waktu itu juga , sambil nangis sambil buat muke sedih depan dokter... tak nak... duduk wad... tak best... bukan lew jalan pun... kena baring je , sebab penuh 1 badan dipasang dgn wayar... sedihnye... kalau kini dieba terpakse dengar dokter tu cakap camtu lagi , dieba lebih rela tak g hospital... huhuhu...

tp itu semua dulu , kini tidak lagi... dan dieba tahu kenapa dahulu tiriod dieba semakin teruk... sebab dieba terlalu banyak memikirkan masalah yang bertimbun-timbun datang menghantui hidup dieba...

Tapi sejak munculnya LELAKI  itu... hidup 
dieba selalu sahaja ditimpa malapetaka... hidup dieba selalu derite sejak ade nya... airmata selalu sahaja menemani dieba .. kesihatan dieba semakin buruk , dieba sering sahaja dimarahi oleh mak , abah serta dokter yang merawat dieba...

Waktu itu memang 
dieba memang tidak pernah langsung mengenali ape itu BAHAGIA , ape itu KETAWA , ape itu KEBAHAGIAAN yang aku kenali hanya la TANGISAN , PENDERITAAN , dan KESENGSARAAN... tapi dieba bersyukur sangat-sangat , sebab ALLAH maha menyayangi...

Akhirnye 
dieba terlepas jua daripada derita yang selama ini menghantui hidup dieba... sejak itu perlahan-lahan dieba bangkit mencari diri  dieba sendiri , dieba mencari kebahagiaan...

Walaupun bersendirian 
dieba tetap bahagia bersama2 keluarga serta , rakan-rakan2... mereka selalu menemani dieba ..selalu memberikan dieba harapan untuk bangun semula... dan alhamdulilah... 3 minggu selepas peristiwa hitam itu berlalu akhirnya dieba temui kebahagiaan yang dicari...

ALLAH hadirkan seseorang yang bakal mengubah hidup 
dieba... seseorang yang tidak dieba jangkakan sama sekali akan dieba kenali , mahupun miliki... dan sejak munculnya die... hidup dieba berubah... hidup dieba selalu ditemani dirinya , hidup dieba selalu ditemani senyuman nya , hidup dieba selalu ditemani gelak ketawa nya... setiap hari die pasti buat dieba bahagia...

Kini 
dieba katakan bahawa dieba teramat bahagia sebab dikurniakan dirinya... dan sejak munculnya die , kesihatan dieba semakin pulih , semuanya semakin ok... hidup dieba tidak lagi dihiasi dgn kesedihan... sebab semuanya telah berubah menjadi KEBAHAGIAAN... kebahagiaan yang selama ini dieba impikan...

Bersama dengan seseorang yang benar-benar ikhlas menyayangi diri 
dieba ini... ENCIK SHARIFFUN terima kasih sebab menyayangi diri ini... ketahuilah diri ini benar-benar menyayangi dirimu , sejak pandangan pertama itu... semoga cinta kite akan berkekalan sehingga keakhir hayat... amin... 
Abg , 
akak janji akak akan jaga kesihatan akak baik2 , akak akan selalu makan ubat ikut waktu yang tepat , akak akan jaga diri ni baik2... dan akan selalu berehat bila demam , pening kepala , selsema dll... terima kasih sebab jaga akak walaupun dari jauh... dan akak tahu abg memang risau bila tahu akak sakit... tapi abg jangan risau eh , akak akan selalu dengar nasihat abg pasal kesihatan... akak tahu abg memang tak mara , tapi akak tahu abg cume risau kan akak je... tapi selepas ni semua nya akan ok sahaja... insya-allah... 

Read more>>>

Selasa, 2 Oktober 2012

My Best Friend's Wedding (Nur)


Assalammulaikum dan salam sejahtera diucapkan buat semua peminat setia blog Jika Itu Yang Tertulis Buatku... rasenya sudah lame blog ni dieba tinggalkan keseorangan... biase la...akhir-akhir ni bz sgt2... hehehe... sebenarnye takde ape sgt pun yang bz... tapi ade hal nya... rahsia... huhuhu... sebenarnya hari ni dieba nk sharekan cerita mengenai majlis perkhawinan sahabat baik dieba dari kecik sehinggalah kini , insyallah sampai akhir hayat dieba...

Nur fazriah name nye , sahabat sejati dieba... teman yang pertama kali sudi berkawan dgn dieba sejak dieba berpindah duduk dikampung bersama dgn atuk dan nenek... teman yang banyak membantu dieba menyesuaikan diri berada dikampung... beliau seorang yang peramah... baik hati... senang berkawan dgn beliau... kami berdua dulu boleh diibaratkan seperti adk beradik , kemana-mana pergi pasti bersama... susah senang bersama... persahabatan kami tetap berterusan sampailah dieba berpindah balik duduk dgn mak dgn abah... sejak tu kami terputus hubungan... waktu itu umur kami baru je 10 tahun... memang sedih sewaktu berpisah... tapi kalau ade jodoh untuk bertemu kembali , biar berpisah berapa lame pun... pasti akan bertemu jua... akhirnye kami bertemu semula sewaktu umur kami 19 tahun... waktu itu kami sekeluarga berpindah di INDAH PERDANA , sejak dari itu persahabatan kami bersambung kembali... bermacam -macam yang kami lakukan bersama... kemana die , di situ juga diriku... tibe2 teringat kenangan mase kecik2 dahulu... indahnye... tak sangka begitu cepat mase berlalu... terasa macam tidak percaya beliau kini bergelar seorang ISTERI...

Hari sabtu, 29 september 2012 


sekitar pukul 3 petang , kesemua kaum keluarga kedua-dua belah pihak pengantin berpusu - pusu untuk sama-sama memeriahkan majlis pernikahan yang berlangsung dimasjid kampung endah... serta tak lupa juga sahabat-sahabat kedua-dua mempelai... termasuk juga diriku... huhuhu...













Selesai majlis akad nikah dan sesi bergambar , waktu untuk pulang kerumah pengantin...
                     

hantaran untuk pihak lelaki...
 
p/s:yg paling sedap rasenya yang coklat tu... =)




hantaran untuk pihak perempuan...
p/s:lebih banyak bunga daripada isi... huhuhu... =)

Sesi bergambar kenangan bersama-sama pengantin... hari ni jela masenye... esok mesti tak dapat peluang....
















Sebelah malam nye pula , adalah sesi memotong kek...

















Selesai untuk hari sabtu... 


Hari ahad, 30 september 2012 




Dieba bangun dengan diiringi senyuman kegembiraan... why eh ?? macam ade yang istimewa sahaja... :) mestilah gembira sebab tengah hari nanti dieba nk g tengok member dieba bersanding , dan paling gembira sekali sebab dieba akan ditemani oleh insan tercinta yaitu ENCIK SHARIFFUDIN... bestnye... terasa teruja sangat2 , sebab ni first time dieba pergi ke majlis kawan-kawan secara berpasangan... sebab dari dahulu dieba selalu ditemani oleh rakan-rakan ataupun sepupu-sepupu dieba sahaja... tapi kali ni memang istimewa sangat2... sebab ditemani oleh si dia... sebenarnye terasa macam mimpi sebab tak sangka si dia sanggup menemani dieba... lagipun dari tempat die ke tempat dieba ni memang bukan dekat sangat... tapi die kate ala setakat 1 jam setengah je... aah la memang tak jauh kan abg syg... dekat je... hehehe...

Kul 11:45 , dieba selesai bersiap-siap... actully lame jugak la bersiap sebenarnye , dekat 1 jam jugak la... lame x ?? , walaupun rase nye dieba takde la bermake up , make up ni... tapi tetap lame... sebab yang lame nye pakai tudung , selagi tudung tu tak betul selagi tu la dieba takkan berpuas hati... huhuhu... bila tengok jam da nk dekat kul 12 apa lagi , memang kelam kabut la... akhir nye comel... hehehe... tema hari ni adalah biru  , same kaler dgn yang tersayang... huhuhu... sambil menunggu si die sampai , dieba sempat lagi online FB... huhuhu... saje usha-usha fb... mane tahu ade apa-apa yang menarik... hurm... tapi xde papepun...

Tepat kul 12:20 minit tengah hari , si dia call... memberitahu telah selamat sampai dihadapan rumah... aik die ni , bila mase lak die sampai ? tak dengar pun... tup-tup da sampai depan umh... nasib baik dieba da siap... kalau tak tunggu la dieba siap... lame tau... macam mengalahkan artis... huhuhu... dieba keluar daripada rumah je terus nampak si die tercegat dekat luar rumah... tak panas ke abg syg... da la cuaca bukan main panas lagi... dieba pun duk dalam rumah pun terasa bahangnye... tanpa membuang masa lagi kami pun memulakan perjalanan menuju ke rumah kawan dieba... tak sampai beberapa minit kami pun tibe dirumah pengantin perempuan... waktu itu dieba lihat niza serta bakal tunangnye menunggu ketibaan kami berdua... nak gerak same-same la katakan... barulah meriah...

Selesai bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa pengantin perempuan dieba serta niza pun menuju kedalam rumah untuk bertemu dgn pengantin sambil memberikan hadiah perkhawinan buat beliau... waktu tu pengantin baru nak keluar rumah sebab pengantin lelaki da sampai... da nk bersanding la pulak... tak sempat nak borak walaupun sekejap... takpela , semalam pun da dapat cakap... kami berdua pun keluar daripada rumah , mencari kekasih-kekasih hati kami itu... kecian dorang kena tinggal... ala takpe , dorang kan da besar... pandai-pandailah dorang... huhuhu... melilau tengok kiri dan kanan cari mereka... tup-tup nampak mereka berdua tengah berjalan menuju ke meja makan... fuh.. nasib baik ade... ingat hilang tadi... dieba mengekori langkah mereka berdua... dieba kata kan pada si sidia...

abg ok tak duduk kt sini... akak takut abg tak biase je...
tibe-tibe pakwe niza cakap , ko janganlah risau... aku jaga die...
fuh , lega... nasib baik pakwe niza lew teman kan abg syg... risau nk tinggalkan die sorg2...
dieba pun melangkah pergi untuk mendapatkan niza... tibe-tibe ternampak lak wajah2 insan yang tersayang... wajah hidayah , wak ma serta wak nor... my family... dieba pun pergilah menyapa mereka... bersalaman semua... hidayah pula tibe2 bersuare...
Amboi-amboi mentang-mentang da de pakwe... datang dgn pakwe eh... untunglah...
Untunglah... hehehe... dayah ni... saje je cakap cmtu depan wak ma dgn wak nor ye...
Setelah abis berbual dieba pun mencari niza... ramainye dekat depan ni , nasib baik niza ade dekat luar je... tak perlulah dieab masuk kedalam rumah... niza ajak makan... tp sebenarnye dieba memang takde selera nak makan... sebab entah lah tekak ni , rase macam sakit je... tapi dieba buat-buat tak sakit... cool je depan si dia... tak nak tunjukkan kat die yang dieba sakit nanti kang si si dia risau pulak... dieba tak sanggup tengok die risau... selesai makan , dieba dgn niza ingat nk tgk pengantin bersanding... ajak la mereka berdua tapi biase la lelaki kan... mane la nak... dorang suwo kami berdua je pergi... mereka nak duduk kt situ je... dieba dgn niza ape lagi bangun dan pergilah... sebenarnye kaki dieba rase berat je nk g... nak tinggalkan si dia... tapi jalankan juga kaki ni... rase macam tengah menyeret je kaki ni... sesampainya didepan... pengantin tengah bersanding sambil dipersembahkan dengan tarian zapin... ramainye yang melihat , sampai susah untuk kami lalu didepan untuk masuk kedalam rumah... agak lame jugak la berdiri... naik lenguh kaki kami ni... tarian ni pun lambat sgt nk abis nye... aduhai... sabar jela...

Abis tarian , kami mencari-cari jalan untuk lalu... eeeee... masih penuh lagi... tunggu lagi... tunggu punye tunggu sampailah waktu untuk pengantin baling gula-gula... ni peluang baik ni... semua budak-budak da berkumpul didepan pengantin... kami pun ape lagi memulakan langkah untuk lalu la... da tak sanggup da nk berdiri lagi... penat dan lenguh kaki ni... akhirnye dapat juga duduk... dalam dieba duduk-duduk tu ade la dieba terjenguk-jenguk melihat si dia melalui tingkap... bagaikan si die tahu-tahu je yang dieba nk tengok , si die pun tengok same... masing-masing tersenyum... manis nye senyuman... bertambah terpikat... hehehe...

Pukul 1 setengah petang dieba serta niza pun mengambil keputusan untuk pulang... kami lihat pengantin masih lagi bz makan beradap bersama-sama keluarga masing2... kami bersalaman dgn NUR... selepas bersalaman dgn NUR dieba sempat berpesan kepada FIZI , supaya jaga kawan dieba tu baik-baik... kalau die tak jaga baik-baik siap la die... tahu la nasib die...
Nur& Fizi , aku doakan agar rumah tangga korang berdua akan berkekalan sampai ke anak cucu serta keahkir hayat... kalau ade masalah selesaikan bersama-sama... jangan bergaduh tau... ingat korang berdua tu da jadi suami isteri , bukannya kapel cam dulu lagi... dan bukan budak-budak lagi eh... aku ingat lagi camne susah nya korang nk bersatu , macam-macam yang terjadi... tapi berkat kesabaran korang berdua akhirnya bersatu juga korang berdua sebagai suami dan isteri... jadi korang jagalah rumah tangga korang ni sebaik mungkin...



Read more>>>

Copyright © Dari Kacamata Seorang Wanita Official Blog Designed by azhafizah.com