Pages

Dari Kacamata Seorang Wanita Official Blog

    • Home
    • Petua
    • Resepi
    • Giveaway
    • Tips
    • shop
    • travel
    • food
    Assalammulaikum.. selamat pagi dieba ucapkan buat semua yang berkunjung ke blog peribadi dieba ini.. anda semua sihat ke? buat apa sahaja pagi2 ni? dieba dari semalam busy dengan blog cinta dieba tu.. niat hati nak teruskan menghias blog lagi tetapi tibe2 terpaksa berhenti sebab kepala dah pening.. tak tahu nak pilih design yang mana.. semuanya comel2.. itulah masalahnya bila semuanya dah berkenan.. ingat tadi lagi cikit je dah nak siap edit dan tukar sikit2 tapi bila rasa ada yang tak kena dieba terus berhenti.. nampaknya terpaksa lagi la dieba privatekan blog cinta itu buat seketika sehingga dieba rasa dieba puas hati dengan apa yang dieba buat.. pening2.. tak mengapalah.. untuk hasil yang memuaskan hati dieba dan untuk keselesaan pembaca sekalian dieba terpaksa bersabar.. sesungguhnya bersabar itu pasti akan jadi indah apabila masanya..

    Sebenarnya dari pagi semalam lagi dieba nk tumpukan perhatian untuk menulis diblog ini.. sebab semalam adalah hari istimewa dieba dan juga si dia yang tersayang.. kalau anda semua ni selalu berkunjung ke blog dieba anda semua pasti tahu apa yang istimewa sangat tentang peristiwa semalam tapi pada sesiapa yang tak tahu tu meh dieba bagitahu..

    18 ogos yang lalu , bermulalah episod cinta diantara dieba dan jugak si dia.. dan sejak itu jugalah bermulanya ujian percintaan yang harus kami berdua lalui bersama.. walaupun tanpa bertemu & berjauhan tetapi itu semua tidak pernah menjadi penghalangnya.. bercinta tanpa bertemu adakala nya menimbulkan berbagai2 jenis perasaan.. bermacam2 fikiran yang mulai bersarang dihati masing2.. biasalah adat bercinta.. itu semua tak pernah terlepas.. semua orang pun begitu.. memang menipulah kalau semua tidak pernah mempunyai pengalaman begitu.. dan disebabkan pengalaman itulah baru kita kan tahu sejauh mana kuatnya ikatan cinta itu.. walaupun banyak kali diuji andai kita kuat hadapi segala ujian - ujian itu in shaa allah segalanya akan berjalan lancar seperti apa yang kita ingin..

    Semalam genap 6 bulan sudah.. dieba tak sempat nak menghitung hari , tahu2 sahaja 18 hari bulan kembali lagi.. memang cepat sungguh waktu berlalu.. tak lama lagi genap setahun.. ( in shaa allah ) , semoga panjang jodoh kami untuk melangkah ke peringkat yang seterusnya.. amin.. Walaupun rasanya baru sekejap kami berkenalan dan seterusnya bercinta tapi kami bahagia jalani cinta ini.. cinta dari kejauhan yang penuh memori.. walaupun jauh tapi itu tetap bukan penghalangnya.. walaupun kadang2 dieba terasa ingin bercinta secara dekat seperti orang lain tetapi rasanya bercinta jarak jauh ini lebih mencabar lagi bagi dieba.. sebab bila bercinta jarak jauh ini kami boleh tahu sejauh mana tahap kesetiaan kami berdua.. kami boleh tahu sekuat mana perasaan sayang kami.. kami boleh tahu sebanyak mana rindu dihati kami.. dan bermacam2 lagi lah.. tapi jujurlah , walaupun kadangkala nya perasaan sedih itu pasti ada tatkala berjauhan tetapi bila lama2 terasa dah biasa pula.. rasa macam tiada apa2.. rasa seronok pun ada.. rasa macam masa sewaktu mula2 berkawan dahulu.. saling kenal mengenali diantara satu sama lain sebelum bercinta.. tibe2 teringat kenangan kami dulu.. lucu bila difikirkan balik.. tapi indah untuk dikenang.. seperti lagu indah cintaku.. semoga jodoh ini terus berkekalan sampai bila2.. in shaa allah.. amin..
    Continue Reading
    Assalammulaikum & selamat pagi kepada setiap insan yang berada diatas muka bumi ini.. walau dimana sahaja anda berada dieba doakan semoga anda semua berada didalam keadaan yang sihat sejahtera.. sebenarnya dieba rasa seperti sudah agak lama dieba tidak menulis tentang kisah yang terjadi dalam hidup dieba.. sebab selalu nya dieba rasa dieba tulis pasal contest , giveaway & segmen sahaja.. tapi pagi ini dieba rasa nak menulis tentang kenangan dieba.. kenangan ini tidak mungkin akan dieba lupakan sampai bila2.. nak tahu kenangan apa.. teruskan bersama dieba dari mula sampai akhir kisah kali ini okay.. 

    Semua orang dalam dunia ini pasti ada seseorang ataupun lebih daripada seorang yang kita anggap sebagai sahabat sejati bukan.. sahabat sejati atau lebih dikenali sebagai BFF.. didunia luar dieba ada beberapa orang rakan yang dieba anggap sebagai BFF dieba.. NOR , NIZA & ZAI.. mereka bertiga adalah sahabat baik dieba sewaktu dieba mula2 mengenali apa itu yang digelar sahabat baik.. walaupun persahabatan kami pernah terputus ditengah jalan tetapi bagi dieba mereka tetap sahabat baik dieba sampai akhir hayat dieba.. dan dieba bersyukur walaupun dulu kami pernah terpisah tetapi kini akhirnya kami bertemu semula.. persahabatan kembali terjalin.. dan dieba gembira sangat sebab mereka masing-masing telah punyai kehidupan sendiri.. ada yang bergelar isteri orang dan bakal bergelar ibu , ada yang bergelar tunangan orang dan in shaa allah bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.. dan mungkin yang seorang lagi bakal mengikuti jejak langkah juga.. in shaa allah.. amin.. dieba doakan yang terbaik buat ketiga2 sahabat dieba itu..

    Kata orang bersahabat biar ramai.. barulah kita tahu bagaimana cara nya untuk menilai sahabat2 yang kita kenali.. tapi dalam mengenali sahabat juga adakalanya kita tersilap memilih sahabat.. anda semua pasti pernah alami nya bukan.. tersilap memilih sahabat.. dieba pun pernah.. sahabat yang disangkakan jujur rupanya duri dihati.. dan hati mana yang tidak sakit bila persahabatan dikhianti.. mana pergi janji seorang sahabat bila acap kali hanya berbagai2 pembohongan yang diberikan.. itu bukan persahabatan tetapi itu semua dusta semata2.. tapi itu dulu.. biarlah persahabatan itu terputus ditengah jalan.. daripada terus terusan ditipu hidup2.. 

    Tapi tidak semua sahabat begitu.. dalam kesedihan dieba mengharungi berbagai2 dugaan yang melanda hidup , muncul seseorang yang dieba rasakan hatinya tulus untuk berkawan dengan dieba.. dan dieba tidak sangka , kini dia bergelar sahabat baik dieba.. EYLA.. seseorang yang dieba kenali sebagai seorang DJ radio didalam laman web FACEBOOK.. hari demi hari perkenalan dieba dengan eyla membuatkan kami jadi makin rapat.. dieba senang berkawan dengan nya.. segala kisah suka dan duka kami kongsikan bersama.. dieba rasakan jiwa dia kena dengan jiwa dieba.. sebab itu dieba senang berbicara dengan dia.. dan dia seeolah2 memahami dieba.. walaupun kami berkawan hanya melalui facebook , twitter & whatapps tetapi rasanya dieba rasa macam dieba dah pernah kenali dia didunia luar.. dan baru2 ni dieba rasa seronok sangat2 sebab akhirnya dieba dapat jugak peluang untuk bertemu dengan eyla.. selama ni dieba kami selalu merancang untuk bertemu tetapi belum ada rezeki lagi.. tapi alhamdullilah akhirnya 9 februari yang lalu kami berpeluang untuk habiskan masa bersama-sama..

    Awal pagi sabtu itu dieba bangun awal untuk gerak bersama2 dengan adik untuk bertemu dengan eyla.. tempat pertemuan kami di KL SENTRAL.. berbagai rintangan dieba lalui untuk sampai kedestinasi yang tuju.. contohnya bila berada didalam bas.. dieba dan adik rasakan seperti kami berdua berada dinegara asing.. nak tahu mengapa ? sebab didalam bas itu rasanya semuanya bangsa asing.. bak kata pakcik dieba LITTLE BANGLA.. rasanya warga malaysia yang ada dalam bas tu cuma dieba , adik , drebar bas , makcik india depan kami ini dan anaknya.. yang lain semuanya warga negara asing.. dah lah pejalanan itu memakan masa lebih kurang satu jam.. dari banting ke klang.. itu belum lagi termasuk bas ni berhenti2 mengambil penumpang.. lebih satu jam la jawabnya.. lepas tu pakcik bas ni pun satu , dah tahu abs tu dah penuh dia masih lagi nak berhenti ambik penumpang lagi.. memang membahayakan keselamatan penumpang2 seperti kami ni.. tak patut sungguh.. tak berperikemanusiaan.. fikirkan lah keselamatan kami semua.. ingat kami naik bas ni semua FREE ke.. kami bayarlah.. 

    Pukul 9 pagi kami sampai di klang.. dan kami terus menuju ke KTM KLANG.. selepas beli tiket dieba terus sms eyla dan hidayah.. pukul 9:25 minit pagi kereta api pun sampai.. banyak stesen yang harus kami lalui sebelum sampai ke KL SENTRAL.. bila kereta api ini lalu distesen batu tiga , dieba ingat sempatlah kami bertemu dengan hidayah didalam kereta api ini.. tetapi dia tertinggal kereta api.. nak buat macam mana.. dah terlepas.. tidak mengapalah.. kami berjumpa sahajalah di kl sentral.. pukul 10 lebih kami sampai di kl sentral.. sementara menunggu hidayah dn eyla sampat lagi kami berdua kami ice cream kt MCD.. ish ish.. pagi2 lagi dah makan ice cream.. hehehe.. tak lama selepas itu hidayah pun sampai.. hidayah pun join kami makan ice cream sama.. sambil menunggu eyla kami menghabiskan masa berbual2.. dieba tengok dorang , dorang tengok dieba.. tibe2 dieba terima satu sms dari yang tersayang.. seronoknya dapat msg.. rasa macam dah lama tak dapat msg dari si dia.. hehehe.. dieba malas nak balas sms , lalu dieba terus call sahaja.. rindunya.. dapat jugak dengar suara dia pagi2 ni.. tapi sedih cikit.. dia demam.. dieba jadi risau pula.. tapi dia macam biasa lah.. demam cikit je.. bagi dia memang lah demam cikit , bagi dieba.. kerisauan tahu tak.. hurm.. dieba berbual dengan dia tidaklah lama mana sebab dieba kena hentikan panggilan itu.. sebab waktu itu kredit dieba pun tiada banyak sangat.. dieba harus save kredit.. namun seperti biasalah bila panggilan ditamatkan sahaja hati jadi sedih.. rasa belum cukup lama lagi berbual dengan dia.. tapi tidak mengapalah.. nanti2 boleh berbual dengan dia lagi..


    Bersama2 hidayah..


    Yummy , sedapnya.. :)

    Dieba terima balasan sms daripada eyla.. eyla kata perjalanan dari seremban ke kl sentral memang jauh.. memakan masa satu jam.. lama lagi tu.. tidak mengapalah dieba tetap tunggu.. sabar menunggu.. tak lari kemana pun.. habis sahaja makan ice cream hidayah ajak berjalan2 disekitar kl sentral.. rasanya habis satu kl sentral kami berpusing2 ditempat yang sama.. tiba2 hp dieba berbunyi.. tertera nama eyla.. pasti dah sampai ni.. rasa berdebar2 pula.. maklumlah baru first time nak bertemu.. hehehe.. perasaan tu macam first time bertemu dengan encik SHARIIFUDDIN masa dulu2.. huhuhu.. kami melilau kesana sini melihat dimanakah eyla berada.. sungguh ramai orang disana sini.. nasib baik dieba tak pengsan.. bila bersesak2 macam ni.. akhirnya dieba bertemu jugak dengan eyla.. sabahat yang telah lama ingin dieba temui.. dan hari ini bertemu juga dieba dengan eyla.. dan semua takkan terjadi kalau bukan sebab adik dieba iena dan sepupu dieba hidayah.. mereka berdualah yang bawak dieba kesini.. sanggup temankan dieba.. terima kasih banyak2 kat mereka.. tak terbalas segala apa yang mereak berdua lakukan untuk dieba.. sayang korang berdua..

    Bila bertemu mata dengan mata , dieba terasa malu pula.. bukan apa.. dieba ni sebenarnya memang pemalu.. penyegan.. dan macam2 lagi lah yang ada kaitan dengan MALU.. dan paling penting pendiam.. huhuhu.. tapi dieba sedar dieba tidak boleh jadi pendiam.. nanti macam tak seronok pulak pertemuan ini.. lalu dengan lafaz bismillah dieba pun cubalah buang perasaan malu dieba tu.. cuba perlahan2.. in shaa allah boleh.. dieba tengok eyla pun macam ok jumpe dieba.. ni yang dieba jadi tak segan.. sepanjang kami berjalan menuju ke monorel pun kami sempat berbual2 lagi.. macam banyak sangat bende yang kami nak bualkan berdua.. sekarang ni dieba nak berehat menulis sebentar.. penat lak tibe2.. maklumlah tangan ni sakit lagi.. semalam kena cucuk kat hospital.. sampai lebam pulak tu.. sakit tau.. jadi mari kita tengok gambar okay :)


    Pic ni sewaktu kami tengah tunggu monorel sampai..
    yang kat sebelah dieba tu lah eyla.. bff dieba.. comel kan die.. 


    Yang bertudung kuning tu lah buah hati dieba..
    satu2 nya adik perempuan kandung dieba.. comel kan macam dieba..
    - p/s: gambar tak jelas sangat.. 



    Dua gambar diatas di sewaktu dieba dan eyla berada didalam panggung wayang.. masa kami masuk je , kami tengok panggung tu kosong je.. kami ingat kami berdua je yang tengok cerita tu.. tapi rupanya yang lain belum masuk lagi.. dalam sibuk2  fikir tu kami sempat lah tangkap gambar.. ingat nak tangkap gambar banyak lagi.. tapi tak lama lepas tu panggung pun mula dipenuhi dengan orang2.. sebelum mula cerita tu iklan punyalah banyak.. alahai , geramnya rasa.. lebih2 pulak iklan tu.. tunggu punya tunggu habis pun iklan.. lalu cerita pun bermula.. WAWA SEMPUT menjadi pilihan.. cerita yang agak menarik dan best.. tak rugi menontonnya.. ada gelak , ada ketawa.. seronok lah.. 

    Habis tengok wayang , kami pergi makan.. habis makan kami jalan2.. sambil2 tu dieba cari adik dieba dan hidayah..  bila dah bertemu mereka berdua , wah banyak sungguh shoppingnya.. seronoklah tu mereka.. tapi dalam kegembiraan tetapi ada sedihnya.. dan sedar tak sedar dah pukul 4 lebih.. terasa macam sekejap sahaja keluar hari ini.. terasa macam tak nak balik pulak.. belum puas jalan2.. belum puas jumpa eyla lagi.. namun apa kan daya.. terpaksa berpisah.. tidak mengapalah.. andai ada jodoh nanti kami pasti bertemu lagi.. in shaa allah..


    Pic yang ni sewaktu dieba tengah jalan2 nak cari mereka berdua tu.. waktu tu susah nya lah nak mintak tolong kat orang untuk ambikkan gambar.. tapi nasib baiklah ada seorang kakak ni yang sudi tolong ambikkan.. kalu tidak tak dapat lah kami bergambar dengan pokok sakura ni..

    Nota buat EYLA: Terima kasih untuk segalanya.. pertemuan ini dieba takkan lupakan sampai bila2.. terima kasih belanja dieba tengok wayang.. belanja dieba makan.. lepas tu bagi dieba hadiah.. dieba tak tahu nak cakap apa.. dieba rasa terharu sangat2.. hanya allah yang dapat balas semua kebaikan eyla pada dieba.. dieba juga nak mintak maaf pada eyla.. dieba tahu sepanjang kita kenal dieba pernah sakitkan hati eyla.. mungkin dieba tak sedar apa yang dieba buat waktu itu.. tapi dieba betul2 nak mintak maaf kat eyla.. dan berharap apa yang berlaku dulu , tidak akan berlaku lagi.. dieba nak ucapkan banyak2 terima kasih sebab sudi jadi kawan dieba.. eyla terima kasih sebab eyla pernah backup dieba bila ada orang tu mempermainkan hati dieba.. bila orang tu buat dieba nangis dan merana.. tetima kasih sangat2 eyla.. dieba sayang sangat2 kat eyla.. dieba harap persahabatan kita ini akan kekal sampai bila2.. dieba percaya suatu hari nanti eyla pun akan bertemu kebahagiaan eyla.. in shaa allah.. walau apa pun yang terjadi kat eyla.. dieba sentiasa ada dengan eyla.. selalu.. semoga kita bertemu lagi my dear SHEILA EYLA..
    Hadiah ini daripada eyla buat dieba.. novel , tudung , pin , rantai tangan , surat serta ayat2 buat dieba.. isi kandungan surat itu teramat bermakna sekali buat dieba.. sampai dieba rasa dieba mengalirkan airmata sewaktu dieba membacanya.. terima kasih sekali lagi dieba ucapkan buat eyla.. tak terbalas segalanya yang telah eyla lakukan buat dieba.. dieba sayang eyla.. dieba harap eyla pun sayang dieba juga buat selamanya..

    P/s: Eyla pun ada update entry pasal pertemuan kami ni.. korang semua meh lah singgah blog eyla dan bacanya.. sambil2 tu meh lah follow blog eyla juga..

    1: http://nothingabout-saya.blogspot.com/2013/02/wah.html
    2: http://nothingabout-saya.blogspot.com/2013/02/yeahhhh-yeahhhh-akhirnya-dapat-jugak.html


    Lokasi: Banting , Klang , Kl Sentral & Time Square




    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    About Me

    press
    Deeba Adeeba
    Personal Blogger | Malaysian Blogger
    For any inquiry, e-mail me at adiebasukarman@yahoo.com

    Follow Us

    • facebook
    • twitter
    • instagram

    Nuffnang

    Like us on Facebook

    Followers

    ShoutBox

    Blog Archive

    • ►  2018 (2)
      • ►  Februari 2018 (1)
      • ►  Januari 2018 (1)
    • ►  2017 (42)
      • ►  Disember 2017 (7)
      • ►  November 2017 (7)
      • ►  Oktober 2017 (5)
      • ►  September 2017 (19)
      • ►  Ogos 2017 (1)
      • ►  Julai 2017 (1)
      • ►  April 2017 (2)
    • ►  2016 (42)
      • ►  Disember 2016 (1)
      • ►  November 2016 (4)
      • ►  Oktober 2016 (2)
      • ►  September 2016 (3)
      • ►  Ogos 2016 (13)
      • ►  Julai 2016 (3)
      • ►  Jun 2016 (3)
      • ►  Mei 2016 (2)
      • ►  Januari 2016 (11)
    • ►  2015 (55)
      • ►  November 2015 (1)
      • ►  Oktober 2015 (2)
      • ►  September 2015 (3)
      • ►  Ogos 2015 (1)
      • ►  Julai 2015 (4)
      • ►  Jun 2015 (16)
      • ►  Mei 2015 (16)
      • ►  April 2015 (10)
      • ►  Februari 2015 (1)
      • ►  Januari 2015 (1)
    • ►  2014 (110)
      • ►  Disember 2014 (1)
      • ►  November 2014 (12)
      • ►  Oktober 2014 (5)
      • ►  September 2014 (1)
      • ►  Ogos 2014 (1)
      • ►  Julai 2014 (11)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  Mei 2014 (12)
      • ►  April 2014 (24)
      • ►  Mac 2014 (22)
      • ►  Februari 2014 (13)
      • ►  Januari 2014 (3)
    • ▼  2013 (18)
      • ►  Disember 2013 (1)
      • ►  November 2013 (1)
      • ►  Oktober 2013 (1)
      • ►  Ogos 2013 (1)
      • ►  Julai 2013 (1)
      • ►  Mei 2013 (1)
      • ►  April 2013 (3)
      • ►  Mac 2013 (3)
      • ▼  Februari 2013 (2)
        • Selamat Hari Ulang Tahun ( 6 Bulan )
        • Hari Yang Indah Bersama Mereka
      • ►  Januari 2013 (4)
    • ►  2012 (16)
      • ►  Disember 2012 (5)
      • ►  November 2012 (3)
      • ►  Oktober 2012 (4)
      • ►  September 2012 (2)
      • ►  Ogos 2012 (2)

    Populor Post

    • Hurts
    • Percuma 1 Scoop Baskin Robbins
    • Spicy Korean Burger Buy 1 free 1
    • Petua Hilangkan Bau Hanyir
    • Tips Sebelum Memakan Pisang

    Labels

    Giveaway Petua Sinopsis Novel Resepi Wordless Wednesday Tips Viral Diy Mutiara Kata Ulang Tahun Wedding Gold Coast Morib Happy Bufday Nuffnang Salam Jumaat Tonton Online Walimatulurus

    Total pageviews

    Created With By BeautyTemplates & MyBloggerThemes

    Back to top