Sabtu, 10 Disember 2016

Senyum Sabtu : Truck Masa Hadapan

Assalammualaikum..

Selamat hari sabtu semua.. deeba ucapkan selamat bercuti pada yang tengah bercuti.. al-maklumlah bercuti panjang kan.. syoknya cuti.. hehe..

Yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung tu hati2 ye memandu semoga sampai kedestinasi yang dituju..

Hari ini deeba nak share dengan korang semua gambar truck masa hadapan.. nak tahu macam mana rupa truck masa hadapan tu macam mana? meh layan gambar dibawah ini..











Dah macam rupa mesin jahit  pun hadooo kan.. 
Read more>>>

Khamis, 24 November 2016

Homepro Warehouse Sale

Homepro Warehouse Sale | Assalammualaikum semua.. selamat pagi.. nampak tak pic dekat atas tu? wow homepro buat sale la.. yang suka sangat dengan barangan yang dijual di homepro ni boleh lah beramai-ramai pergi.. dari 25 nov - 4 disember.. 
Jualan gudang ini merupakan jualan gudang yang terbesar dan terpanjang di Klang Valley! Harga & Diskaun sehingga 80% untuk produk-produk elektronik seperti TV & Peti Sejuk, barangan keperluan rumah, barang dapur yang berjenama seperti Tefal, Faber, Akemi, Jean Perry, Rubine, Samsung, Philips, Toshiba, dan banyak lagi! 





























Lokasi: Lot C35374, Taman Perindustrian Seksyen 3, Jalan Perindustrian Puchong. (Masukkan "Home Pro Warehouse" @ Google Map/ Waze)
Read more>>>

Rabu, 23 November 2016

WORDLESS WEDNESDAY | Cantik Dan Buruk

Benar ramai manusia suka yang cantik dan yang buruk diketepikan.. tapi harus anda semua ingat yang cantik itu bukan bererti semuanya cantik, kadang ada yang busuk.. pernah dengar tak, dalam setandan pisang tak semuanya busuk.. pasti ada yang cantik.. begitu jugalah dengan cantik.. dalam banyak-banyak belum tentu cantik pada pandangan mata kita.. kadang ada yang busuk pada pandangan mata manusia.. sebab mata manusia ni lain-lain tau..

Benar tak? cer check mata masing-masing.. hehe.. nampak yang cantik ke yang buruk..


Nota : Cantik tak semestinya bahagia dan yang tak cantik tak semestinya tak boleh buat kita bahagia.. ingat tu..
Read more>>>

Jumaat, 4 November 2016

MESTI CUBA : D' Sofea Grill

Anda suka makan?? mari cuba 1 lagi tempat makan yang menarik untuk anda cuba.. Hanya yang terbaik di D' Sofea Grill.







Orang2 perlis dan yang sewaktu dengannya boleh cuba.. orang2 yang lain negeri pun boleh datang makan.. apa salahnya pun kan kalau jauh asal perut dah berkenan.. hihi..

Nama Kedai : D' Sofea Grill 

Lokasi :  No. 1 Lorong Melor, RPA Kangar 01000 Kangar Perlis


Maklumat Tambahan : Lorong pertama sebelah kanan, belakang Dewan Badminton.
Buka dari jam 6.00 petang hingga jam 12 tengah malam. Tutup hari Isnin.
Read more>>>

Ost Lagu Tema SURI HATI MR PILOT

Assalammualaikum..

Semalam dah last cerita suri hati mr pilot.. siapa dah tengok ending dia? best tak? deeba tak sempat nak tengok semalam sebab tengok episod sebelum2 ni.. senang ada astro beyond ni.. tinggal rakam je.. so ada masa boleh la tengok..  hehe..

Deeba suka sangat dengan lagu tema suri hati mr pilot ni.. kadang2 tu tengah membasuh pinggan pun boleh nyanyi sekali.. hehe..jom uollss layan lagu ni..


Pabila ku lihat senyumanmu
Terdetik memori pertemuan kali pertama kita berdua

Ada sesuatu tentang kita
Kemesraan bersama membuatku alpa
Tak pernah terlintas untuk aku kehilanganmu

Aku tahu kau juga pun turut rasakan itu
Lebarkanlah sayapmu ke pangkuanku
Agar bayangan hitamku berlalu

Tanpa cintamu
Ku merasakan hidup tak lagi bererti
Tanpa dirimu aku rapuh

Tiada tanda tanya
Tentang ketulusan kasih kita berdua
Bersemi cinta
Ku harap kita kan selamanya cinta

Jarak itu buat ku celaru memikirkanmu merindukanmu
Namun itulah menguatkan cinta kita

Tanpa cintamu
Ku merasakan hidup tak lagi bererti
Tanpa dirimu aku rapuh

Tiada tanda tanya
Tentang ketulusan kasih kita berdua
Bersemi cinta
Ku harap kita kan selamanya cinta

Tanpa cintamu
Ku merasakan hidup tak lagi bererti
Tanpa dirimu aku rapuh

Tiada tanda tanya
Tentang ketulusan kasih kita berdua
Bersemi cinta
Ku harap kita kan selamanya cinta
Bersemi cinta
Ku harap kita kan selamanya cinta

Read more>>>

PADINI SPECIAL SALE








Padini buat sale ??? wow.. hanya 4 hari sahaja tau sale ni berlangsung so yang kaki shopping tu apa lagi boleh la ke padini sekarang juga
 ( tunggu shopping mall bukak eh )

Update entry kul 7:51 pagi.. hehe.. shopping mall pun belum bukak.. 

Seronoknya la kalau dapat shopping sama tapi tak boleh.. sekarang kena berjimat cermat sebab nak pindah rumah baru banyak nak pakai duit.. 

It's hokay, tunggu urusan pasal rumah semua dah settel lepastu boleh la kita shopping.. huhu..tak sabar nak shopping dengan anak..

Selamat bershopping ye uolls :)
Read more>>>

Khamis, 3 November 2016

Hati Please Be Strong Okay



In shaa Allah akan terganti.. 
Read more>>>

Khamis, 20 Oktober 2016

Jangkitan Telinga Pada Anak ? Takutnya


telinga

Assalamualaikum..

Sebagai ibu dan bapa pastinya hati ini risau sangat2 jika anak yang kita sayangi sakit.. betul tak? lebih2 lagi jika anak kita terkena sesuatu jangkitan.. contohnya jangkitan telinga.. 

Macam diri ini, al-kisahnya macam ini isnin haritu ( 17/10/2016 ) bawak fateh g cucuk setahun.. bila cerita dengan nurse pasal tiba2 taik telinga si baby fateh tiba2 macam keluar ketul keras dari telinga dia.. bila dikorek pakai tangan tengok keras2 cair macam tu.. pastu dia asyik nak mengaru je telinga dia tu.. kadang sampai luka la berdarah dan lepastu nurse kata kena bawak g jumpa klinik ni jumpa doktor.. nanti doktor bagi ubat untuk cairkan taik telinga dia.. kalau x nanti biar lama2 boleh berair dan busuk.. bila dengan je macam tu terus la rasa dup dap dup dap.. kenapalah boleh jadi macamtu.. dalam otak ni dah ligak berfikir


" Aku ni salah jaga dia ke? tak betul ke cara aku jaga anak ni sampai anak aku boleh jadi macamtu.. " 

banyak lagi la sebenarnya yang terfikir dalam kepala otak ni..

Risau, takut, macam2 lagi la perasaannya..Ya ampun..

Dah habis checkup, masuk dalam kereta dan tanya suami macam mana ni.. kena bawak jugak ni jumpa doktor.. suami cakap nanti kita pergi..

So hari ini ( 20/10/2016 ) barulah berkesempatan nak pergi bawak baby fateh ke klinik untuk check telinga dia.. alhamdulillah sampai klinik tak ramai orang, jadinya cepatlah giliran kami dan tak ada la menunggu lama.. tahu2 jela si baby fateh ni mana boleh duduk diam.. ada je nak melompat sana sini.. haihhh.. yang tak tak tu siap bawak selimut busuk dia lagi tuuuu.. alaaa anak.. layankan jela.. karang tak bawak mengamuk.. huhu..

Dalam bilik doktor pun xreti nak duduk diam2 nak melompat sana sini.. biasalah anak makin membesar ini.. lasak.. doktor senyum je tengok gelagat baby fateh..

Cerita2 dengan doktor apa masalahnya semua,pastu doktor teropong telinga baby fateh dan jawapannya adalah

" OK, tak ada apa apa masalah "

Deeba ? hah.. serius la.. ( Dalam Hati )

Lepastu, deeba cakap la nurse dekat klinik desa yang cakap macamtu.. dan doktor cakap nurse tu nak takut takutkan awak la tu dan kemudian doktor pun senyum..



Anak awak ok, taik telinga dia jenis cair nanti akan keluar sendiri, pastikan jangan korek telinga dia dan jangan
SESEKALI GUNAKAN PUTIK KAPAS.. tak baik untuk baby.. sebab itu saya cukup tak berkenan orang yang guna putik kapas untuk baby ni.. nanti kalau gunakan putik kapas taik telinga itu akan masuk kedalam dan bukannya keluar.. dan ada kes takut putik kapas ia nya tertinggal dekat dalam.. banyak kes dah macam tu jadi.. anda faham ??

Oo, ok.. barulah deeba faham maksud doktor.. so lepas ni no more PUTIK KAPAS lagi untuk anak kesayangan.. so bye bye putik kapas.. 

Lega dah hati ini dengar penjelasan doktor tadi.. tapi tetap juga kena berjaga takut terlupa.. al-maklumlah deeba ni memang jenis yang pelupa takut2 terguna pulak untuk anak.. so sebelum terlupa baik set dalam kepala ni banyak kali.. hehe.. 

Oo ye, disini deeba nak sharekan jugak 1 info untuk ibu dan bapa semua.. jika anak anda alami tanda2 ini segeralah bawak anak2 berjumpa doktor.. sebab deeba terbaca tentang ini lepas balik dari klinik desa haritu la terus desak suami bawak baby fateh jumpa doktor cepat.. 

5 Tanda Bayi Mungkin Terkena Jangkitan Telinga 


Perasan tak kadang kala bayi comel anda sudah pandai mengaru-garu telinganya sendiri. Tentu anda terfikir, sama ada si kecil ini betul-betul berasa gatal atau dia baru perasan kewujudan telinganya. Adakalanya, dia kelihatan asyik menggaru-garu telinga.

Si kecil berusia setahun ke bawah kerap kali mengalami jangkitan pada telinga tanpa disedari. Keprihatinan ibu bapa mengesan jangkitan telinga ini boleh membantu mengelakkan kemerosotan atau hilang deria pendengaran pada masa akan datang.    

Bayi lebih cenderung untuk mendapat jangkitan telinga berbanding orang dewasa kerana keadaan telinganya yang sedang membesar mempunyai saluran yang lebih pendek dan kecil. Keadaannya juga lebih mendatar dan sempit yang mudah memerangkap cecair. Tambahan pula antibodi si kecil masih tidak sekuat orang dewasa, maka mereka lebih berisiko untuk mendapat jangkitan.  

Menurut pakar telinga, hidung dan mulut, Dr. Andrew Hotaling melaporkan masalah pendengaran mengganggu perkembangan si manja seperti pertuturan. Jangkitan bakteria dan virus pada telinga sering berlaku pada bahagian telinga tengah.

Antara tanda-tanda telinga si manja dijangkiti:

1. Bayi mengalami demam.

2. Merengek dan gelisah.

3. Masalah sukar untuk tidur.

4. Sering menarik dan mengorek telinga atau memegang bahagian telinganya.

5. Kerap menggaru telinga.
Info : Pa&Ma

Fateh tak demam tapi dia suka sangat tarik2 telinga dan mengaru telinga sampai luka berdarah.. kecian tengok..
Jadinya ibu2 dan bapa2 yang mungkin anaknya ada tanda2 macam tu atau kena sakit apa2 pun walaupun sakit sikit seeloknya terus la bawak jumpa doktor kerana doktor lebih tahu masalahnya daripada kita.. lagipun kita tak nak kan tengok anak kita sakit.. 
Read more>>>

RESEPI TAUHU KUKUS SOS TIRAM



Assalammualaikum semua.. a
nda sedang mencari menu untuk minum petang? marilah cuba resepi Tauhu Kukus Sos Tiram.. deeba copy paste daripada facebook.. konon2 nanti dah pindah rumah boleh la try buat.. hehe.. konon2 la ye..

Bahan-bahan:

1 keping tofu lembut-di kukus 5-7 min.
2 sudu mkn. sos tiram
2 sudu mkn. sos cili
1 sudu mkn. kicap manis
1 sudu kecil madu(pilihan)
2 ulas bawang putih-cincang
1/4 kiub ayam/ikan bilis
sedikit minyak masak
1 sudu mkn. kacang tanah kisar
sedikit daun bawang
sedikit air
1 batang sosej(saya tambah)
.
Cara membuatnya:

Panaskan minyak tumis bawang putih hingga terbit bau.. kemudian masukkan sos tiram, madu, sos cili,kicap manis, kiub ayam, sosej dan sedikit air kacau sebati.. setelah masak, angkat dan siramkan ke atas tauhu yang sudah di kukus tadi.. taburkan kacang tanah dan daun bawang dan hidangkan.. selamat mencuba ye.. 


Sumber : Facebook

.
.
Read more>>>

Khamis, 22 September 2016

10 Jenis Makanan Yang Tidak Boleh Masuk Peti Ais


Assalammualaikum..

Ramai atau tidak yang tahu sebenarnya ada diantara makanan yang tidak boleh kita simpan didalam peti ais.. mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tidak.. deeba pun sebenarnya baru tahu.. kalau xsemuanya nak disumbat dalam peti ais.. hehe.. mari kita tengok 10 jenis makanan yang tidak boleh kita masukkan dalam peti ais.. 

1 : BAWANG

Ia kerana kelembapan dalam peti ais boleh membuatkan teksur merah menjadi lembik, mempercepatkan tumbuh akar dan tanpa sedar lecih cepat busuk.. seeloknya simpan bawang ditempat yang sejuk dan kering..

2 : Kopi 

Tidak ramai yang tahu sebenarnya biji kopi atau serbuk kopi tidak elok disimpan didalam peti ais.. ini hanya akan membuat kopi kehilangan rasadan aromanya.. jadi simpan sahaja kopi ditempat yang kering dan sejuk..

3 : Minyak Zaitun

Yang paling ketara, anda akan dapati tekstur minyak zaitun akan jadi cepat beku seperti mentega jika disimpan didalam peti ais..

4 : Daun Kemangi


Daun kemangi akan lebih cepat layu jika disimpan dalam peti ais.. lebih baik anda rendam daun kemangi dalam air agar tetap segar..

5 : Madu

Madu tidak akan rosok jikan anda menyimpannya dalam kemasan yang tertutup rapat.. jadi anda tidak perlu menyimpannya didalam peti ais..

6 : Bawang Putih 

Tekstur bawang putih yang anda simpan dalam peti ais akan berubah menjadi seperti kering dan kecut.. lebih tahan lama kalau simpan bawang putih dalam tempat sejuk dan kering..

7 : Roti

Roti akan cepat kering jika disimpan dalam peti ais.. seeloknya letak roti didalam bekas yang ditutup sudah mencukupi, janji tidak melebihi tarikh luput..

8 : Avokado

Mahu buah avokado cepat masak? kalau peram dalam peti ais itu salah.. ini hanya melambatkan proses matang buah avokado..

9 : Kentang
Menyimpan kentang didalam peti ais akan membuat teksturnya menjadi lembik dan rasanya menjadi manis.. lebih baik anda simpan dalam bekas diluar peti..

10 : Tomato 


Letak tomato didalam peti ais hanya buat tomato cepat kecut dan hilang rasa segar.. untuk jaga rasanya, anda beli secukup buat masak sahaja.. atau tomato yang anda beli boleh direndam didalam sedikit air tetapi jangan simpan terlalu lama, nanti tetap juga tomato jadi cepat busuk..

Cukup 10.. hehe.. mungkin sebenarnya ada lagi yang tak tersenarai.. yang deeba baca ni 10 je.. jadi 10 juga la yang deeba sharekan dengan uolls.. hehe.. jadi uolls yang dah tahu tu cepat check peti ais.. kot2 ada dalam 10 senarai diatas.. boleh kita keluarkan dari peti ais tu..

Okaylah, jumpa dientry yang seterusnya.. assalammualaikum.. 
Read more>>>

Selasa, 20 September 2016

Follower, Error WHY ???



Assalammualaikum semua selamat petang.. Deeba nak tanya sekarang ni memang kita tidak boleh ke nak follow mana-mana blog sebab bila deeba blogging dari satu blog ke satu blog dan bila deeba tekan button follow nak follow terpampang error.. kenapa ye?? rasanya dah lama deeba perhatikan jadi macamtu.. adakah deeba seorang sahaja yang tidak boleh memfollow ataupun semua orang mengalami masalah yang sama seperti deeba.. please sesiapa yang tahu share dengan deeba.. tq.. 


Read more>>>

Entry Bergambar : nyata vs palsu

















Read more>>>

Selasa, 30 Ogos 2016

Petua Cara Mudah Menghilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian

Petua Cara Mudah Menghilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian

Assalammualaikum semua selamat pagi.. selamat bersarapan pada yang tengah bersarapan itu.. mesti sedapkan menu hujan2 ni.. apatah lagi jika ada kopi panas dan ubi goreng.. sedapnya.. sampai terliur dah ni.. hehe..

Pagi ini deeba nak sharekan 1 tips lagi kat uollss tentang kulat pada pakaian.. uollss mesti xsuka kan jika ada diantara baju2 kesayangan uolls terkena kulat ni.. busuk pulak tu kan.. deeba pun xsuka kalau terkena.. okaylah.. deeba copy paste sahaja ye caranya dibawah.. dan dah dikreditkan juga..

                                                        .......................
  

Apabila baju kesayangan milik kita terdapat tahi lalat atau kulat padanya, pasti kita akan berasa amat kecewa, ianya adalah kerana kesan tersebut pasti tidak akan dapat hilang. 

Tahi lalat pada baju atau pakaian adalah merupakan bintik-bintik kecil berwarna hitam, jika pakaian kita sudah terkena tahi lalat ini maka pakaian kita tetap akan kelihatan kotor walaupun ianya sudah dicuci dengan bersih.

Tahi lalat pada pakaian biasanya adalah disebabkan oleh kulat yang telah tumbuh pada pakaian akibat ianya tidak kering atau lembap. Tahi lalat akan mula muncul jika kita peram baju yang basah, ataupun ianya terjadi ketika kita merendam pakaian dengan air yang sedikit, kemudian kita menangguh-nangguhkannya untuk membilas dan membiarkan sehingga beberapa hari dan  kemungkinan besar pakaian anda akan muncul tahi lalat. 

Jadi mari kami kongsikan Cara Mudah Menghilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian;Cara-caranya:

1. Campurlah sedikit cuka kedalam setengah liter air.
2. Rendamkanlah pakaian anda yang terkena tahi lalat tersebut kedalam air campuran cuka tadi. Rendamkan selama semalaman.
3. Pada keesokan harinya cucilah pakaian anda dengan sabun atau detergen seperti biasa.
4. Siapkan air panas yang telah dicampur dengan perahan limau nipis.
5. Kemudian bilaslah pakaian anda tadi dengan air panas campuran limau nipis tersebut.
6. Biarkanlah pakaian selama beberapa saat di dalam air panas campuran limau nipis tersebut.
7. Kemudian cucilah kembali pakaian anda dengan menggunakan sabun atau detergen.
8. Bilaslah denagan menggunakan air bersih.
9. Jika tahi lalatnya masih ada pada pakaian anda silalah ulangi langkah no 5 hingga 8 berulang-ulang sehingga kesemua tahi lalatnya hilang.
10. Kemudian anda jemurlah pakaian tersebut sehingga kering. Zat asam yang ada pada cuka dan limau nipis dipercayai dapat menghilangkan tahi lalat yang ada pada pakaian anda. Selamat mencuba

Kredit SempoiMedia


Read more>>>

Sabtu, 20 Ogos 2016

Roti Bakar Pun Boleh Jadi Lukisan Tau


Haihhh uollls percaya tak dengan mengunakan ROTI BAKAR kita boleh buat 1 lukisan yang menarik.. tak percaya, tengok gambar dibawah ni.. 


















Deeba kagum tau, uollss pun mesti kagum juga kan.. tu la orang ni kalau dah kreatif dan berseni guna bahan apapun mesti jadi kan.. lainlah macam deeba ni langsung tak berseni.. hehe.. 

Read more>>>

Copyright © Dari Kacamata Seorang Wanita Official Blog Designed by azhafizah.com