RESEPI TAUHU KUKUS SOS TIRAM

4:27 PTG



Assalammualaikum semua.. a
nda sedang mencari menu untuk minum petang? marilah cuba resepi Tauhu Kukus Sos Tiram.. deeba copy paste daripada facebook.. konon2 nanti dah pindah rumah boleh la try buat.. hehe.. konon2 la ye..

Bahan-bahan:

1 keping tofu lembut-di kukus 5-7 min.
2 sudu mkn. sos tiram
2 sudu mkn. sos cili
1 sudu mkn. kicap manis
1 sudu kecil madu(pilihan)
2 ulas bawang putih-cincang
1/4 kiub ayam/ikan bilis
sedikit minyak masak
1 sudu mkn. kacang tanah kisar
sedikit daun bawang
sedikit air
1 batang sosej(saya tambah)
.
Cara membuatnya:

Panaskan minyak tumis bawang putih hingga terbit bau.. kemudian masukkan sos tiram, madu, sos cili,kicap manis, kiub ayam, sosej dan sedikit air kacau sebati.. setelah masak, angkat dan siramkan ke atas tauhu yang sudah di kukus tadi.. taburkan kacang tanah dan daun bawang dan hidangkan.. selamat mencuba ye.. 


Sumber : Facebook

.
.

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Wah..nampak sedap..sesuai utk yg diet ni kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang nampak sedap sangat sis.. cubalah..

      Padam