Khamis, 27 Februari 2014

BERSYUKUR ITU LEBIH BERAT DARI BERSABAR

ukhty-nur:

BERSYUKUR ITU LEBIH BERAT DARI BERSABARFirman Allah SWT di dalam sebuah Hadis Qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur, iaitu terjemahannya;“Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.”
Kalau kita perhatikan hidup manusia ini dengan teliti, kita akan dapati bahawa manusia ini sedetik pun tidak terlepas dari diuji. Manusia diuji dengan ujian kesusahan ataupun ujian nikmat yang silih berganti datangnya. Kemudian manusia dituntut supaya bersabar dalam menerima kesusahan serta bersyukur dalam menerima nikmat. Jadi, pada hakikatnya, apa sahaja pergolakan dan perubahan yang berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai dua sifat atau dua bentuk. Sama ada ia ujian kesusahan atau ujian nikmat. Atas kedua-dua bentuk ujian ini, hati kita perlu menerimanya dengan betul, iaitu bersabar apabila menerima kesusahan dan bersyukur apabila dikurniakan nikmat.Di antara kedua-dua tuntutan ini, sekali imbas kita lihat, bersabar itu lebih susah dan lebih berat untuk dipraktikkan.Ini kerana dalam bersabar, hati manusia perlu melalui kesusahan, keresahan, tekanan dan penderitaan. Emosi, fikiran dan ketenangan jiwa terganggu. Kebahagiaan hilang. Bersyukur pula, pada sekali imbas, nampak lebih senang dan mudah kerana hati manusia berada dalam keadaan tenang dan gembira; tidak ada tekanan atau penderitaan.Apakah ini benar? Adakah bersyukur itu lebih mudah dari bersabar? Kalau benar kenapa tidak ramai orang yang mampu bersyukur? Kenapakah orang-orang yang benar-benar bersyukur itu sedikit sekali bilangannya. Kenapakah Allah ada berfirman di dalam Al Quran:Maksudnya:“Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13)Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang, apabila mendapat nikmat, lantas mereka memuji Allah. Mereka ucapkan ‘Alhamdulillah’. Ini bersyukur cara biasa. Ramai yang boleh bersyukur dengan cara ini. Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, ia belum lagi dikira bersyukur yang sebenarnya. Kalau setakat ucapan sahaja, tetapi tuntutan tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan, maka ditakuti ucapan ‘Alhamdulillah’ itu hanyalah untuk mempermain- mainkan atau mempersendakan Allah sahaja.Ramai juga orang, apabila menerima nikmat atau diselamatkan dari bala bencana, lantas mereka memuji Allah dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’. Di samping itu hati mereka benar-benar merasakan Allahlah yang telah memberi mereka nikmat itu, atau Allahlah yang telah menjauhkan mereka dari bala bencana tersebut. Mereka diberi pahala kerana merasakan syukur itu di dalam hati mereka. Ini bersyukur peringkat kedua.Adapun syukur yang sebenar itu ialah syukur yang diucapkan oleh lidah, yang dirasakan atau ditasdikkah di dalam hati, dan yang dilaksanakan dalam perbuatan. Di samping mengucapkan ‘Alhamdulillah’ dan di samping merasakan di hati bahawa Allahlah yang mengurniakan nikmat tersebut, nikmat itu mesti digunakan atau dikorbankan ke jalan Allah. Inilah hakikat kesyukuran yang sebenarnya.Kalau kita kaya contohnya, kekayaan itu perlu digunakan ke jalan Allah untuk membantu fakir miskin, untuk jihad fisabilillah dan untuk kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Begitulah juga dengan segala bentuk nikmat Allah yang lain. Semuanya perlu dimanfaatkan ke jalan Allah untuk mendapat keredhaan-Nya.Firman Allah :Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)Syukur seperti inilah yang Allah suka dan yang Allah mahu. Dia akan tambah lagi nikmat-Nya, untuk ‘cover’ balik apayang dikorbankan ke jalan Allah itu.Justeru itu, kita dapati dalam bersyukur itu ada tugas, ada kerja dan ada tanggungjawabnya iaitu kita terpaksa mengguna dan mengorbankan segala nikmat yang Allah kurniakan itu ke jalan Allah. Nikmat Allah itu perlu ditadbir, diurus dan digunakan pada jalan yang betul. Amat mudah bagi manusia lupa diri dan menggunakan nikmat Allah itu kepada jalan yang sia-sia atau lebih berat lagi kepada jalan maksiat. Kalau ini berlaku maka nikmat itu akan bertukar menjadi bala dan mendapat laknat daripada Allah.Dalam bersabar, kita tidak ada kerja atau tanggungjawab tambahan selain dari menahan perasaan. Tidak ada bahaya menyalahgunakan nikmat kurniaan Tuhan. Apa yang perlu hanyalah menjaga dan mendidik hati supaya dapat menerima ketentuan Allah itu dan berbaik sangka dengan-Nya.Barulah kita faham kenapa Allah berfirman bahawa sedikit sekali hamba-hamba-Nya yang bersyukur kerana bersyukur itu sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah.Fahamlah kita sekarang, bersyukur itu rupanya lebih berat dari bersabar.

Firman Allah SWT di dalam sebuah Hadis Qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur, iaitu terjemahannya;

“Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.”

Kalau kita perhatikan hidup manusia ini dengan teliti, kita akan dapati bahawa manusia ini sedetik pun tidak terlepas dari diuji. Manusia diuji dengan ujian kesusahan ataupun ujian nikmat yang silih berganti datangnya. Kemudian manusia dituntut supaya bersabar dalam menerima kesusahan serta bersyukur dalam menerima nikmat. Jadi, pada hakikatnya, apa sahaja pergolakan dan perubahan yang berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai dua sifat atau dua bentuk. Sama ada ia ujian kesusahan atau ujian nikmat. Atas kedua-dua bentuk ujian ini, hati kita perlu menerimanya dengan betul, iaitu bersabar apabila menerima kesusahan dan bersyukur apabila dikurniakan nikmat.

Di antara kedua-dua tuntutan ini, sekali imbas kita lihat, bersabar itu lebih susah dan lebih berat untuk dipraktikkan.Ini kerana dalam bersabar, hati manusia perlu melalui kesusahan, keresahan, tekanan dan penderitaan. Emosi, fikiran dan ketenangan jiwa terganggu. Kebahagiaan hilang. Bersyukur pula, pada sekali imbas, nampak lebih senang dan mudah kerana hati manusia berada dalam keadaan tenang dan gembira; tidak ada tekanan atau penderitaan.

Apakah ini benar? Adakah bersyukur itu lebih mudah dari bersabar? Kalau benar kenapa tidak ramai orang yang mampu bersyukur? Kenapakah orang-orang yang benar-benar bersyukur itu sedikit sekali bilangannya. Kenapakah Allah ada berfirman di dalam Al Quran:

Maksudnya:

“Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13)

Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang, apabila mendapat nikmat, lantas mereka memuji Allah. Mereka ucapkan ‘Alhamdulillah’. Ini bersyukur cara biasa. Ramai yang boleh bersyukur dengan cara ini. Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, ia belum lagi dikira bersyukur yang sebenarnya. Kalau setakat ucapan sahaja, tetapi tuntutan tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan, maka ditakuti ucapan ‘Alhamdulillah’ itu hanyalah untuk mempermain- mainkan atau mempersendakan Allah sahaja.

Ramai juga orang, apabila menerima nikmat atau diselamatkan dari bala bencana, lantas mereka memuji Allah dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’. Di samping itu hati mereka benar-benar merasakan Allahlah yang telah memberi mereka nikmat itu, atau Allahlah yang telah menjauhkan mereka dari bala bencana tersebut. Mereka diberi pahala kerana merasakan syukur itu di dalam hati mereka. Ini bersyukur peringkat kedua.

Adapun syukur yang sebenar itu ialah syukur yang diucapkan oleh lidah, yang dirasakan atau ditasdikkah di dalam hati, dan yang dilaksanakan dalam perbuatan. Di samping mengucapkan ‘Alhamdulillah’ dan di samping merasakan di hati bahawa Allahlah yang mengurniakan nikmat tersebut, nikmat itu mesti digunakan atau dikorbankan ke jalan Allah. Inilah hakikat kesyukuran yang sebenarnya.

Kalau kita kaya contohnya, kekayaan itu perlu digunakan ke jalan Allah untuk membantu fakir miskin, untuk jihad fisabilillah dan untuk kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Begitulah juga dengan segala bentuk nikmat Allah yang lain. Semuanya perlu dimanfaatkan ke jalan Allah untuk mendapat keredhaan-Nya.
Firman Allah :

Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)

Syukur seperti inilah yang Allah suka dan yang Allah mahu. Dia akan tambah lagi nikmat-Nya, untuk ‘cover’ balik apayang dikorbankan ke jalan Allah itu.

Justeru itu, kita dapati dalam bersyukur itu ada tugas, ada kerja dan ada tanggungjawabnya iaitu kita terpaksa mengguna dan mengorbankan segala nikmat yang Allah kurniakan itu ke jalan Allah. Nikmat Allah itu perlu ditadbir, diurus dan digunakan pada jalan yang betul. Amat mudah bagi manusia lupa diri dan menggunakan nikmat Allah itu kepada jalan yang sia-sia atau lebih berat lagi kepada jalan maksiat. Kalau ini berlaku maka nikmat itu akan bertukar menjadi bala dan mendapat laknat daripada Allah.

Dalam bersabar, kita tidak ada kerja atau tanggungjawab tambahan selain dari menahan perasaan. Tidak ada bahaya menyalahgunakan nikmat kurniaan Tuhan. Apa yang perlu hanyalah menjaga dan mendidik hati supaya dapat menerima ketentuan Allah itu dan berbaik sangka dengan-Nya.

Barulah kita faham kenapa Allah berfirman bahawa sedikit sekali hamba-hamba-Nya yang bersyukur kerana bersyukur itu sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah.

Fahamlah kita sekarang, bersyukur itu rupanya lebih berat dari bersabar.
Read more>>>

Rabu, 26 Februari 2014

Seperti Sebuah Buku

Manusia seperti sebuah BUKU.. cover depan adalah tarikh lahir, cover belakang adalah tarikh kematian..

Tiap lembar, adalah tiap hari dalam hidup kita & apa yang kita lakukan..

Sekali tertulis, tidak akan boleh di ‘EDIT’ lagi. Tapi seburuk apapun halaman sebelumnya, selalu tersedia halaman selanjutnya yang putih bersih, baru & tiada cacat..

Sama dengan hidup kita, seburuk apapun dahulu, ALLAH selalu menyediakan hari yang baru untuk kita..

Kita selalu diberi kesempatan baru untuk melakukan sesuatu yang benar dalam hidup kita setiap hari..
Read more>>>

Selasa, 25 Februari 2014

Jangan Ditanya Lagi Bila

Assalamualaikum w.b.t..

Selamat petang dieba ucapkan.. petang ini dieba rasa nak menulis tentang kisah ORANG BUJANG dan Kisah ORANG SELEPAS KAHWIN..

Kenapa tentang itu?

Sebab kisah-kisah ini la yang selalu orang sekeliling seringkali bertanya soalan-soalan yang tak mampu kita jawab melalui mulut dan kita hanya mampu tersenyum simpul.. walaupun hakikatnya kita sedih dengan persoalan begitu.. kan.. :'(

 korang semua pun mesti pernah alami situasi yang sama kan.. haih, dah nasib kan.. takpe takpe.. :)

Situasi 1:Kisah Orang Bujang

Yela, seperti yang kita semua tahu orang sekarang ni muda-muda lagi dah berumah tangga.. sedangkan kita ni ni dah berumur 20an pun still tak berumah tangga lagi..

Apa yang nak diherankan.. dengan umur 26 tahun ni.. awal lagi rasanya.. belum 30 tahun lagi..
(saje sedap kan hati sendiri)

Tapi tu la lain bebenor dengan tanggapan orang lain..

Bila usia menginjak ke 20 tahun, ianya dikira tua.. haih.. gitu ye..

Lebih-lebih lagi pangkat-pangkat makcik-makcik ni.. tatkala bersua muka.. takde ayat lain rasanya..

Contoh,

"Eh, kamu ni tak kahwin lagi ke?"

"Adik beradik kamu, sepupu-sepupu kamu semuanya dah beranak pinak, kamu tu nak tunggu sampai bila? tunggu anak raja masuk meminang ke? kalau macam gitu gayanya sampai jadi ANDARTU la kamu tu jawabnya.. ke kamu ni memilih orangnya?"

"Tengok tu, kawan-kawan kamu tu dah bersanding pun atas pelamin tu, kamu tak jeles ke? atau sebenarnya kamu ni takde orang nak"

"Tu, anak acik tu, umur 18 tahun lagi dah kahwin, sekarang anak dah 4 tahun, kamu tak teringin ke nak ada laki ni? 

Itu sudah lebih tu, namun bibir hanya mampu tersenyum.. namun hati.. menangis pedih..

"Jodoh itu memang Allah yang tentukan. Allah dah susun cantik-cantik. Cuma hati belum terasa sudah bertemu dengan yang sesuai."

Bukan salah kita pun bila jodoh kita tak sampai lagi.. hurmmm.. sabarlah hati.. mulut manusia kita tak boleh tutup.. yang mampu kita buat adalah tersenyum dan terus berdoa.. semoga ada jodoh yang ditetapkan untuk kita.. in shaa Allah.. amin..

Situasi 2 : Kisah Selepas Kahwin
Setelah Korang bertemu jodoh dan berumah tangga, ingat masalah dulu pun selesai tapi tetap sama..

Kali ini tentang bila nak dapat anak pula.. haih..

Bila terserempak kat mana-mana, contohnya majlis perkahwinan orang lain..

mesti tanya soalan wajib..

 "Eh, ni yang kahwin haritukan? dah ada isi ke belum?"

"Eh, kamu ni anak da berapa?"

"Ni, anak kamu ye? berapa tahun sudah? tambahlah lagi sementara masih muda ni.."

"Wah, dah tambah lagi ye, untunglah tiap tahun satu sorang.."

Haih, itupun nak tahu ke? macam-macam orang sekeliling kita ni kan.. langsung tak leh nampak mula kita agaknya.. asyik nak tanya je.. ingat kita ni apa kaunter tertanyaan ke apa..

Sebenarnya banyak lagi tanggapan manusia sekeliling kita.. kadang kadang tu rasa macam mereka ni takde keje lain je, asyik nak jaga tepi kain orang je.. sikit-sikit nak tanya dan tahu bila kita nak kahwin.. mula-mula rasa macam fedup sangat tapi lama-lama bila dah diajukan dengan soalan yang sama saban hari, jadi dah lali dengan pertanyaan yang macam tu..

Dan mungkin bila jodoh lambat sampai itu, Allah masih beri peluang kita berdoa untuk jumpa jodoh yang terbaik di antara yang baik.. Wallahualam.. teruskan berdoa ya.. 
Dia lebih tahu apa yang baik untuk kita.. Yakini itu..

Akhir kata, terima kasih sudi baca entri ni.. entry ini hanya sekadar luahan hati yang selama ini dipendam apabila soalan yang sama diajukan kepada dieba walaupun kini dieba telah bergelar tunangan orang.. tapi biasa la mulut orang kan.. susah untuk kita tutup.. yang penting kita tak kacau orang.. dan janji kita bahagia dengan hidup kita.. kan.. oklah, sehingga bertemu lagi dientry seterusnya..
Read more>>>

Isnin, 24 Februari 2014

Hanya DIA Yang Mengerti

Kadang-kadang bila datang ujian, kita luahkan pada manusia sekeliling, tetapi adakalanya kita merasakan tak ada seorang pun yang betul-benar memahami sebenar-benarnya masalah kita walaupun dah berbuih mulut bercerita..

Di sini ALLAH ingin mengajar kita bahawa hanya ALLAH lah tempat kita mengadu setiap kali di uji.. bukannya manusia.. yang menurunkan ujian adalah ALLAH, maka pada DIA lah jua solusi pada setiap masalah..
Read more>>>

Doa Setiap Wanita

Ya Allah..
Kurniakanlah kami seorang suami yang soleh,
Yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya,
Yang sentiasa memperbaiki dirinya,
Yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah..

Yang baik akhlaknya,
Yang menerima kami apa seadanya,
Yang membimbing kami dengan lemah lembut,
Yang akan membawa kami menuju JannahMu Ya Rabb.

Kabulkan, Ya Allah.. Aamiin..
Read more>>>

Jalan Kita Tak Pernah Sama

Jalan..

Ada apa dengan jalan?

Ya, kisah perjalanan kita sesama umat manusia takkan pernah sama.. kerana perjalanan kita berlainan..

Kadangkala hati ini mengeluh bila sepanjang perjalanan ini banyak ranjau yang berduri.. adakalah nya aku terjatuh sendirian..

Kakiku seakan-akan lemah untuk melangkah kembali..

Lama aku terjatuh, sehinggalah aku mulai sedar bahawa jalan ini adalah bahagiaan aku..

Ya, aku harus bangun kembali..

Melangkah untuk berjuang kembali..

Walaupun aku sedar tatkala aku bangun kembali masih ada lagi mata-mata yang memandang serong akan aku.. hanya kerana aku hanya seorang WANITA BIASA.. yang mana pada pandangan mereka hanya seorang wanita yang lemah.. namun mereka lupa, kerana sifat mereka begitu aku kini semakin lama menjadi seorang yang MATANG..

Mungkin belum matang sepenuhnya tapi kini AIRMATA ku seakan malu untuk mengalir lagi seperti dahulu..

Kerana aku sedar tak guna aku bazirkan airmataku hanya kerana mereka memandang serong akan aku.. biarlah apa tanggapan mereka terhadap aku..

Sedangkan aku tahu hidup ini susah untuk puaskan hati semua orang..

Tapi aku tetap bersyukur, dengan kehidupan aku..

Walaupun bukan serba kemewahan macam mereka namun aku tetap bahagia walaupun hidup serdahana bersama sama dengan keluargaku dan insan yang aku cintai.. 

Read more>>>

Sabtu, 22 Februari 2014

Berhenti Mempersoalkan

Kenapa ia berlaku..
Kenapa jadi macam ini..

Kenapa dia buat macam itu..

Kenapa dia pilih keputusan itu..

Berhenti daripada memikirkan perkara yang hanya mendatangkan
kemarahan dan sakit hati..
Berhenti..
Istighfar.. Istighfar.. Istighfar..
Everything happen comes from Allah s.w.t..
Yakin, ujian tarbiyyah dari Allah..
Untuk uji tahap keimanan dan ketaqwaan kita..

~ Post by someone ~
Read more>>>

Jumaat, 21 Februari 2014

Aku Rindu Hujan Itu

Hujan, 
Turunmu hanya sekali itu..
Namun hadirmu selalu ku nantikan..

Sejuk suasana keranamu hujan..
Oh aku rindukan waktu hujan turun..

Dan selepas hujan turun hadirnya pelangi mewarnai keindahan awan..
Oh cantiknya..

Indah sungguh ciptaanmu Tuhan..
Aku benar-benar rindu hujan itu..
Read more>>>

Mengeluh

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali..

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan..

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan..

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya..

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup..

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat..

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul..

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan..

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita..

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa..

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
Read more>>>

Khamis, 20 Februari 2014

Kerana Dirimu Begitu Berharga

Allah ciptakan wanita sangat istimewa.. Dijadikan bahu wanita itu cukup kuat agar mampu menahan seluruh beban dunia serta isinya.. Namun ia juga cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang nyenyak..

Allah jadikan tangan wanita yang lembut untuk menggoncang dunia.. Namun tangan itu juga yang mampu mengayun buaian , membelai anaknya agar terus lena..

Kepada wanita juga Allah berikan kekuatan untuk melahirkan dan mengeluarkan bayi daripada rahimnya walaupun kerap kali dia menerima cercaan daripada si anak.. Keperkasaan itu juga membuatkan wanita tetap bertahan , pantang menyerah di saat lelaki sudah kalah.. Kemudian , Allah berikan kesabaran kepada wanita untuk merawat keluarganya walau letih , sakit dan lelah tanpa berkeluh kesah..

Ingatlah , dalam hati setiap wanita itu Allah telah tetapkan perasaan kasih sayang dan peka untuk mencintai semua anaknya tanpa mengira keadaan atau paras rupa.. Walau acap kali anak-anaknya melukai hatinya .

Diberikan kepada wanita juga kebijaksanaan , ketabahan , kelembutan untuk menangkis segala keburukan suami.. Meski sering kali ia akan menguji kesetiaannya kepada suami agar tetap berdiri sejajar , saling melengkapi dan mencintai..

Dan , air mata adalah permata paling berharga yang Allah kurniakan kepada setiap wanita..  Agar dia dapat mencurahkan seluruh perasaannya.. Jika kamu fikir air mata adalah kelemahan wanita , ternyata kamu silap.. Air mata adalah kekuatan wanita.. Di situlah perasaannya berderai .Duka , gembira , sengsara , bahagia malah cintanya terungkap melalui air mata.. Air mata wanita adalah air mata kehidupan :’)

Keindahan seorang wanita harus dilihat dalam matanya kerana itu pintu hatinya , tempat di mana cinta berada..
Read more>>>

Jumaat, 14 Februari 2014

Rupanya Hujan Ditengah Hari

Ku sangkakan panas hingga kepetang rupanya hujan ditengah hari..

Ku sangkakan kita teman sehati sejiwa, namun sangkaan ku salah lagi..

Apa yang ku harap duka yang dikau balas..

Kenapa TEMAN? kenapa?

Apa sebenarnya yang telah terjadi diantara kita?

Beginikah ianya harus berakhir?

Pertanyaan demi pertanyaan ku masih tiada lagi jawapannya..
Read more>>>

Khamis, 13 Februari 2014

Menanti Sebuah Jawapan

Mereka..

Hadirnya tidak pernah ku bayangkan akan begini jadinya..

Ku harapkan PERSAHABATAN yang dibina akan berkekalan tanpa sebarang dugaan.. namun ternyata salah anggapan ku.. 

Berbulan ku makan hati kerana mereka.. namun mereka? hanya anggap seperti aku tidak pernah wujud lagi diantara mereka..

Adakah kerana kini hidup mereka mulai bahagia bersama insan tersayang, dan mungkin sedang meniti bahagia.. lalu begitu sahaja aku dilupakan.. 

Lalu siapakah KAMI sekarang?

Kawankah? atau lawankah?

Aku juga tidak mengerti apa yang sebenarnya yang telah terjadi diantara aku dan mereka..

Kemanakah menghilangnya hubungan PERSAHABATAN ini?

Adakah kerana aku yang kurang memahaminya? ataupun sebenarnya mereka yang telah berubah?

Aku hanya perlukan satu JAWAPAN, ya, hanya satu JAWAPAN..

Namun mereka masih diam membisu..

Lalu untuk apakah lagi aku berharap?

Ataupun sebenarnya hubungan PERSAHABATAN ini telah lama terhenti..

Oh jawapan..
Read more>>>

Rabu, 5 Februari 2014

KENAPA AKU MESTI BERFIKIR?

Siapa yang tak penat, bila OTAK terlalu banyak berfikir..
Siapa yang tak penat bila selalu jatuh sakit sebab terlalu banyak berfikir..

Ya, aku juga selalu jatuh sakit bila terlalu banyak berfikir.. sampai adakalanya aku tertanya tanya kenapa dan mengapakah aku terlalu banyak berfikir..

Dan, ya sampai sekarang aku masih mencari cari jawapan yang aku harapkan..
Sebuah jawapan kenapa AKU MESTI BERFIKIR?

Walaupun adakalanya aku selalu berfikir tentang apa yang aku takuti.. tentang apa yang aku inginkan.. dan adakalanya aku berfikir tentang apa yang tak wujud..

Gilakah aku?

Rasanya tidak, walaupun ada yang kata fikiran aku tak menentu kerana kesan ubat ubat yang aku makan.. betulkah begitu? hurmmm.. jawapan itu aku sendiri tak pasti..

Biarkan sahaja mereka menilai aku sesuka hati, apa yang mereka fikir biarkan sahaja.. yang aku tahu diri aku siapa.. dan aku bukan gila..

Dan mereka takkan pernah tahu apa yang aku rasa dan alami.. sebab bukan mereka yang sakit seperti aku.. luarannya aku sihat namun dalamannya aku berusaha melawan kesakitan aku..

Biar perit akan aku gagahkan jua..

Kerana aku adalah aku.. bukan sesiapa tapi aku tetap aku..

Read more>>>

Copyright © Dari Kacamata Seorang Wanita Official Blog Designed by azhafizah.com