Selasa, 30 Ogos 2016

Petua Cara Mudah Menghilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian

Petua Cara Mudah Menghilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian

Assalammualaikum semua selamat pagi.. selamat bersarapan pada yang tengah bersarapan itu.. mesti sedapkan menu hujan2 ni.. apatah lagi jika ada kopi panas dan ubi goreng.. sedapnya.. sampai terliur dah ni.. hehe..

Pagi ini deeba nak sharekan 1 tips lagi kat uollss tentang kulat pada pakaian.. uollss mesti xsuka kan jika ada diantara baju2 kesayangan uolls terkena kulat ni.. busuk pulak tu kan.. deeba pun xsuka kalau terkena.. okaylah.. deeba copy paste sahaja ye caranya dibawah.. dan dah dikreditkan juga..

                                                        .......................
  

Apabila baju kesayangan milik kita terdapat tahi lalat atau kulat padanya, pasti kita akan berasa amat kecewa, ianya adalah kerana kesan tersebut pasti tidak akan dapat hilang. 

Tahi lalat pada baju atau pakaian adalah merupakan bintik-bintik kecil berwarna hitam, jika pakaian kita sudah terkena tahi lalat ini maka pakaian kita tetap akan kelihatan kotor walaupun ianya sudah dicuci dengan bersih.

Tahi lalat pada pakaian biasanya adalah disebabkan oleh kulat yang telah tumbuh pada pakaian akibat ianya tidak kering atau lembap. Tahi lalat akan mula muncul jika kita peram baju yang basah, ataupun ianya terjadi ketika kita merendam pakaian dengan air yang sedikit, kemudian kita menangguh-nangguhkannya untuk membilas dan membiarkan sehingga beberapa hari dan  kemungkinan besar pakaian anda akan muncul tahi lalat. 

Jadi mari kami kongsikan Cara Mudah Menghilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian;Cara-caranya:

1. Campurlah sedikit cuka kedalam setengah liter air.
2. Rendamkanlah pakaian anda yang terkena tahi lalat tersebut kedalam air campuran cuka tadi. Rendamkan selama semalaman.
3. Pada keesokan harinya cucilah pakaian anda dengan sabun atau detergen seperti biasa.
4. Siapkan air panas yang telah dicampur dengan perahan limau nipis.
5. Kemudian bilaslah pakaian anda tadi dengan air panas campuran limau nipis tersebut.
6. Biarkanlah pakaian selama beberapa saat di dalam air panas campuran limau nipis tersebut.
7. Kemudian cucilah kembali pakaian anda dengan menggunakan sabun atau detergen.
8. Bilaslah denagan menggunakan air bersih.
9. Jika tahi lalatnya masih ada pada pakaian anda silalah ulangi langkah no 5 hingga 8 berulang-ulang sehingga kesemua tahi lalatnya hilang.
10. Kemudian anda jemurlah pakaian tersebut sehingga kering. Zat asam yang ada pada cuka dan limau nipis dipercayai dapat menghilangkan tahi lalat yang ada pada pakaian anda. Selamat mencuba

Kredit SempoiMedia


Read more>>>

Sabtu, 20 Ogos 2016

Roti Bakar Pun Boleh Jadi Lukisan Tau


Haihhh uollls percaya tak dengan mengunakan ROTI BAKAR kita boleh buat 1 lukisan yang menarik.. tak percaya, tengok gambar dibawah ni.. 


















Deeba kagum tau, uollss pun mesti kagum juga kan.. tu la orang ni kalau dah kreatif dan berseni guna bahan apapun mesti jadi kan.. lainlah macam deeba ni langsung tak berseni.. hehe.. 

Read more>>>

Mesti Cuba : Wahab's Cendol

Haihhh semua ptang-petang macam ni kalau dapat makan rojak dengan cendol memang THORBAIK kan.. lepas tu dapat pulak makan cendol durian.. pergghhh.. sedapnya kan.. kalau nak try makan cendol yang sedap boleh la try makan cendol dekat sini.. dijamin puas hati.. 









Lokasi : Wahab's Cendol dekat The H Foodcourt, Desa Sri Hartamas

Waktu niaga :  Isnin - khamis 12 tengahari ke 4 petang
Jumaat - sabtu 7 malam dan keatas
Read more>>>

RESEPI PUDING TRIFLE RAMBUTAN



Musim buah kan sekarang ni.. macam-macam buah sekarang ni.. antaranya buah rambutan.. sedapnya rambutan.. kalau kopek pastu masukkan dalam peti ais lepastu bila dah sejuk boleh la makan.. ohhh sedapnya.. kan.. kan..

Tadi deeba online fb nampak la 1 resepi ni pasal PUDING TRIFLE RAMBUTAN.. tu yang rasa tekak alaaaaa cairnya.. jadi teringan nak makan.. terus deeba simpan resepi ini.. nanti habis kuarantin boleh la cuba buat.. pada uolls yang rasa teringin jugak nak makan boleh la cuba resepi dibawah ini ye..

Bahagian 1

1) Masak Jeli Kristal jenama Nona dgn 2 cawan air kemudian tuang sedikit dalam loyang & sejukkan
2) Letakkan isi rambutan
3) Curah baki Jeli kedalam loyang

Bahagian 2

1) Diatas api kecil masakkan 3/4 susu segar + 1cwn@lebih air rambutan + 4scoop tpung susu ank + 2sb tpung jagung & kacau sehingga pekat tp xdek la pkat sgt..sbb nnt sejuk dye akan pekat sendiri
 
2) Ratakan atas puding td

Bahagian 3

1) Potong kek gulung & susun
 
2) Sejukkan dlm peti ais3)Terbalikkan & sedia dihidang


kredit : princess sumaiyah
Read more>>>

PETUA UBATI PENYAKIT KENCING TIKUS



Assalammualaikum semua.. selamat pagi.. pagi ini deeba nak share 1 petua bagaimana nak merawat
PENYAKIT KENCING TIKUS.. penyakit ini jika dibiarkan berterusan bahaya sehingga boleh membawa maut tau.. 

Sedangkan bermacam2 kes sekarang ni kan yang meninggal sebab kencing tikus ni.. sampai diri sendiri pun takut jikalau terkena.. apatah lagi kalau ada sesiapa didalam keluarga kita ada yang terkena.. mintak2 la dijauhkan dari penyakit ini.. tapi jikalau ada dikalangan keluarga anda, saudara mara ataupun kawan2 anda semua boleh la cuba petua ini.. 


Caranya: Ambil beberapa batang serai termasuk daunnya, basuh dan kemudian rebuskan ia dan beri minum pada pesakit yang kena virus kencing tikus itu.. in shaa Allah dengan izinNya penyakit boleh sembuh..
Selamat mencuba ye..

Read more>>>

Jumaat, 19 Ogos 2016

Bukan Senang Nak Lawan Rasa Takut



Dalam dunia ini mana ada manusia yang tak pernah rasa takut.. macam aku, perasaan takut itu selalu datang apabila aku keseorangan.. kenapa bila berseorangan sebab bila aku dikelilingi orang aku tak sempat nak merasa takut.. sebab tak sempat nak berfikir tentang takut... tapi bila  sorang-sorang laju pula perasaan takut itu datang..

Entah la takut yang bagaimana.. susah nak luahkan.. kadang takda benda pun yang menakutkan.. mungkin sebab penyakit aku ini.. yang membuatkan aku alami perasaan takut yang teramat..

Lebih 10 tahun aku tanggung sakit dan 10 tahun juga aku cuba untuk hidup normal macam orang lain.. aku cuba  walaupun payah.. macam-macam aku fikirkan.. macam-macam yang aku takutkan.. dan makin hari ia nya semakin membuat aku takut.. takut untuk menghadapinya..

Lagi berapa hari sahaja lagi tempoh kuarantin akan tamat.. entah bagaimana.. berjayakah rawatan itu ( IODIN ) jika berjaya aku bersyukur sangat.. jika tidak cukuplah sekali aku minum.. kerana aku dah xsanggup nak berpisah lagi dengan anak..

8 hari bagi aku bukan macam 8 minggu bukan juga macam 8 bulan tapi macam 80 tahun.. peritnya hati seorang ibu yahng terpaksa berpisah dengan anak tanpa kerelaan hati namun terpaksa untuk penuhi permintaan suami dan keluarga yang ingin melihat diri ini sembuh seperti suatu masa dahulu..

Lagipun siapa yang tak nak sihat kan.. jujur aku akui, aku cemburu lihat orang yang sihat..

Semuanya kalau diizinkan ALLAH..

Read more>>>

Khamis, 18 Ogos 2016

SINOPSIS NOVEL SI KOLOT SUAMIKU




Tengku Nur Edrina seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Angkuh dan bangga dirinya membawa hidupnya jauh dari nilai murni seorang wanita Melayu. Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!

Kudin seorang lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya.

Mereka dipertemukan apabila Tengku Ahmad Ehsan mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dan wasiat dapat diselesaikan tanpa ada hutang piutang yang tidak dilunaskan sebelum dia menutup mata.

Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?

Baca sinopsis je pun dah best kan.. sedang hangat tau diperkatakan tentang drama ni.. yang tak sempat nak tengok tv tu boleh tonton online disini tau.. Klik Sini
Read more>>>

TONTON ONLINE: Surah Buat Maisarah Full Episod

Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15

P/s: Nak tengok sila open link in new window ye :)

Read more>>>

Tonton Online: Si kolot Suamiku Full Episod





 Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5
Episod 6 
| Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10
Episod 11 
| Episod 12 | Episod 13 | Episod 14  Episod 15 | Episod 16

...................

P/s: Nak tengok sila open link in new window ye :)
Read more>>>

Yeahhhh Akhirnya Ke Drama Jugak



Happy tak terkata ni.. akhirnya novel ini akan didramakan jugak.. horay horey!!!!

Siapa yang baca novel ini pasti tak sabar menunggu jugak kan macam deeba.. yeahhh, kita geng.. 


JUDUL : 7 HARI MENCINTAIKU

EPISOD : 28 episod

TARIKH TAYANGAN : 7 NOVEMBER 2016
HARI / MASA : Isnin - Khamis,  7.00 mlm
SIARAN : TV3 (Slot Akasia)

PENGARAH : Jamal Khan

TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd & SR One Sdn Bhd.

ADAPTASI NOVEL : Siti Rosmizah (7 Hari Mencintaiku)


LAGU TEMA: Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah


PELAKON: Siti Saleha, Shukri Yahaya, Faye Kusairi, Ungku Hariz, Wan Sharmila, Shaharuddin Thamby, Zila Bakrin, Syazwan Zulkifly, Bil Azali, Liza Abdullah, Zulkipli Ismail, Aman Graseka, Rosnah Johari, Zaryn Min, Lia Natalia


Terus tengok kalender dan hitung hari, cepatlah NOVEMBER..
Read more>>>

Tips : Putihkan Bantal Yang Kekuningan

Assaalamualaikum kawan2 semua.. harini deeba nak sharekan satu tip syang berguna untuk kita semua.. tentang bantal.. kenapa dengan bantal.. 

Apa yang bergunanya tu untuk kita semua.. hah ini dia.. jika anda semua buka sarung bantal untuk dibasuh pasti anda semua akan perasan yang bantal anda akan bertukar warna jika telah terlalu lama gunakan bantal yang sama.. ia bukan.. pasti bertukar bukan.. samalah jika deeba hendak membasuh sarung bantal.. bila buka je sarung, terkejut bukan main.. yela, dah BERPETA.. pengsan tengok.. yela, kena air liur basi kita ke.. tu yang sampai berpeta tu.. huhu.. uollls pun ada kan kadang2 tu tak sedar air liur basi laju je mengalir kena dekat bantal.. baik mengaku cepat.. hehe.. 

Tapi jangan risau, ada cara penyelesaian nya untuk hilangkan kesan peta tu.. caranya mudah sahaja.. Anda hanya perlu ikut cara dibawah ni..

1) Pertama sekali anda perlu semak label pada bantal, sama ada bantal itu boleh dicuci dalam mesin basuh atau tidak. Jika boleh, anda perlulah sediakan 5 jenis bahan ini:
Bahan-bahan yang diperlukan
Air panas
1 cawan cecair sabun pembersih baju/detergen
1 cawan serbuk pembersih baju
1 cawan Cecair peluntur
½ cawan Borax
2) Isikan 1/3 mesin basuh dengan air panas dan masukkan kesemua bahan-bahan yang disenaraikan.
3) Tekan butang Mula dan biarkan semua bahan-bahan yang dimasukan tadi larut dengan air.
4) Selepas beberapa minit, barulah masukkan bantal. Maksimum cuci dua bantal sahaja, jangan lebih. Sebab kalau mesin terlalu penuh nanti bantal tak dapat dicuci dengan bersih.
5) Tambahkan lagi air panas.
6) Tetapkan cucian sebanyak dua kali sahaja pada mesin basuh.
7) Setelah bantal siap dicuci. Anda bolehlah gunakan mesin pengering untuk keringkan bantal. Ataupun keringkan sahaja di laman rumah. Seeloknya keringkan ketika cuaca panas terik agar bantal tersebut dapat kering luar dan dalam.

Dah tahu kan caranya, jadi kalau ada la bantal2 yang kuning dan rupa berpeta tu jangan lah dibuang.. boleh cuba cara seperti yang diatas tu.. jimat dan tak payah beli bantal baru lagi tapi kalau dah teruk sangat rupanya kena la dibuang karang lain pulak lak jadi.. hehe.. 
Sumber: notawanita.com
Read more>>>

Rabu, 17 Ogos 2016

Lupakan Sedih Jom Cucamelons


Assalammualaikum.. selamat tengah hari semua..hari ini hari yang 3 dan deeba still lagi TERKURUNG dalam bilik.. dikuarantin disebabkan RADIOAKTIF IODIN.. 

Ye bahaya untuk orang sekeliling terutamanya anak sendiri.. sebab itulah kenaberjauhan daripada orang sekeliling..

First day dalam bilik tu rasa sedih yang amat..yela, terkurung.. tak berjumpa orang siapa yang tak sedihkan..kalau korang pun pasti sedih kan..

Hurmmm..dah la takmo cerita pasal sedih2.. sebab tengah hari ini deeba nak cerita dengan korang tentang CUCAMELONS.. tahu tak apa itu CUCAMELONS? tak tahu? ok pada yang tahu CUCAMELONS itu adalah kacukan TIMUN & TEMBIKAI.

Sekarang ini  semua benda boleh kacuk tau..termasuklah buah.. tu yang sampai kadang ada nama pelik-pelik tu.. tapi comel.. hehe.. jom tengok gambar-gambar CUCAMELONS ni..

Oh ye, kalau korang nak tahu bagi orang JAWA macam deeba ni dari kecil lagi dah diajar untuk panggil CUCAMELONS ni TIMUN TIKUS.. sebab apa lupa lak nak tanya nenek.. hehe.. bak kata orang-orang tuakan.. kami ye kan jela.. yang penting rasa dia SEDAP.. sebab pernah rasa masa kecil.. ada tertanam dekat kawasan rumah nenek..

Dah-dah jom layan gambar CUCAMELONS.









Nanti lepas KUARANTIN, kalau ada rezeki nak cari la dekat rumah nenek..mana tahu boleh merasa untuk makan lagi..

P/s: Jangan ada yang terliur ye.. 

Read more>>>

Selasa, 16 Ogos 2016

Kuat Demi Yang Tersayang

Hasil carian imej untuk stay strong

Semalam hujan turun mengiringi perjalanan aku ke IKN..

Lebat, teramat lebat.. selebatnya juga hatiku menangis..

Sebab aku dapat rasakan hari ini aku akan berpisah dengan anak kecilku.. Ibu mana yang sanggup berpisah dengan si anak yang masih kecil dan tidak mengerti apa apa.. 

Tapi aku terpaksa, terpaksa jua untuk meninggalkan nya.. walaupun hakikatnya hati menangis..

Ini semua demi untuk dia juga.. 

Mana ada ibu dalam dunia ini yang tak nak jadi seorang ibu yang sempurna untuk anak.. aku juga ingin jadi seorang ibu yang sempurna.. untuk anak.. 

Sebab itulah keputusan ini dibuat walaupun hakikatnya aku tak ingin.. sebab dia masih kecil.. teramat kecil.. 10 bulan umurnya..bagiku memang teramat kecil.. 

Tapi permintaan suami dan keluarga' ingin lihat aku sihat seperti sediakala.. aku akur.. sedangkan dalam hati hanya ALLAH yang mengerti..

Mungkin dengan pengorbanan ini akan memberikan suatu kebahagiaan buat aku dan keluarga.. In shaa Allah..

......................

"Mendung di awan tidak selamanya, mungkin sebentar lagi cerahkan menjelma.. begitu juga kesedihan bukan selamanya"

Read more>>>

Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !

Assalamualaikum
hye semua ^_^ 

*sticky post*

Jom join Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !

Syarat :

1. Follow blog atau google +


2. Follow instagram *jika ada 

3. Follow twitter *jika ada


4. Like sahaja fanpage 
Cara mudah :

1. Follow SEMUA syarat.
2. Buat entry bertajuk "Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !"
3. Letak banner dekat entry. 
4. Backlink kan ke sini.
5. Publish!
6. Tinggalkan link entry giveaway anda di ruangan komen entry ini sahaja.


Special untuk anda?

Wang tunai RM30 x1 
Wang tunai RM20 x1 
Tapak Iklan free selama sebulan x1 
Topup RM5 x1 
[SyiraLokman]


(TOP REFERRAL)
 Wang tunai RM50 x1 
[nurfuzie] 


Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara random oleh Syira sendiri (penganjur) :)

jom ramai2 memeriahkan Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !  ^_^
InsyaAllah lepas ni mungkin ramai akan follow anda juga :)
Bersama merapatkan ukhwah ^_^


Mula : 1 Ogos 2016 
Tamat : 21 Ogos 2016

Read more>>>

Copyright © Dari Kacamata Seorang Wanita Official Blog Designed by azhafizah.com