Lupakan Sedih Jom Cucamelons

12:30 PTG


Assalammualaikum.. selamat tengah hari semua..hari ini hari yang 3 dan deeba still lagi TERKURUNG dalam bilik.. dikuarantin disebabkan RADIOAKTIF IODIN.. 

Ye bahaya untuk orang sekeliling terutamanya anak sendiri.. sebab itulah kenaberjauhan daripada orang sekeliling..

First day dalam bilik tu rasa sedih yang amat..yela, terkurung.. tak berjumpa orang siapa yang tak sedihkan..kalau korang pun pasti sedih kan..

Hurmmm..dah la takmo cerita pasal sedih2.. sebab tengah hari ini deeba nak cerita dengan korang tentang CUCAMELONS.. tahu tak apa itu CUCAMELONS? tak tahu? ok pada yang tahu CUCAMELONS itu adalah kacukan TIMUN & TEMBIKAI.

Sekarang ini  semua benda boleh kacuk tau..termasuklah buah.. tu yang sampai kadang ada nama pelik-pelik tu.. tapi comel.. hehe.. jom tengok gambar-gambar CUCAMELONS ni..

Oh ye, kalau korang nak tahu bagi orang JAWA macam deeba ni dari kecil lagi dah diajar untuk panggil CUCAMELONS ni TIMUN TIKUS.. sebab apa lupa lak nak tanya nenek.. hehe.. bak kata orang-orang tuakan.. kami ye kan jela.. yang penting rasa dia SEDAP.. sebab pernah rasa masa kecil.. ada tertanam dekat kawasan rumah nenek..

Dah-dah jom layan gambar CUCAMELONS.









Nanti lepas KUARANTIN, kalau ada rezeki nak cari la dekat rumah nenek..mana tahu boleh merasa untuk makan lagi..

P/s: Jangan ada yang terliur ye.. 

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Sekali lalu tfok tajuk..Cucumelons...tgok gambar eh..melon kecik2..kira cucu la ni kan

    BalasPadam