Pages

Dari Kacamata Seorang Wanita Official Blog

    • Home
    • Petua
    • Resepi
    • Giveaway
    • Tips
    • shop
    • travel
    • food


    Pejam celik pejam celik sudah setahun lebih usia perkenalan kami.. alhamdulillah.. semakin lama semakin mengenali satu sama lain.. walaupun ada kalanya bercanggah pendapat namun semua itu bukanlah masalah besar yang mampu membuatkan hubungan ini berantakkan.. dan alhamdulilah berkat kesabaran masing-masing semuanya boleh diselesaikan dengan cara yang baik..

    Dan kini, sedar tak sedar juga kami berdua sudah sebulan, tiga hari bertunang.. rasa macam baru semalam kami bertunang.. hehehe.. macam tak percaya je..

    10 november 2013, hari ahad.. kami berdua telah selamat bergelar tunangan orang.. selangkah lagi kehadapan.. next step in shaa Allah coming soon.. next year maybe :)

    Terima kasih kepada mak, abah, adik-adik, sedare mara yang terlibat dalam menjayakan majlis pertunangan dieba dan juga si dia.. tak lupa juga buat keluarga bakal mertua dieba sebab sudi menerima dieba menjadi salah seorang ahli keluarga.. alhamdulillah..
    Continue Reading

    Cepat sungguh waktu berlalu.. kini tinggal 6 hari lagi..

    Makin dekat hari makin berdebar rasa hatiku..

    Sudah bersediakah diriku untuk melangkah kealam baru..

    Betulkah sebenarnya dia yang ditakdirkan untukku?

    Oh terlalu banyak persoalan yang berada difikiranku..

    Namun yang pasti, aku yakin dia pilihan yang terbaik untukku..

    Semoga majlis yang dirancang akan berjalan dengan lancar.. 
    Continue Reading

    Assalammulaikum buat semua pembaca setia blogku.. alhmdulillah, akhirnya setelah lama memPRIVATEkan blog hari ni dieba aktifkan balik blog ni..

    Hari ni dieba nak sharekan kisah tentang majlis PERTUNANGAN.. wah dieba dah ada STATUS TUNANG ORANG la.. hehehe.. betul ke? nak tahu kena baca sampai habis tau..

    First sekali dieba nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua yang mengenali diri dieba yang mengucapkan selamat bertunang dan mendoakan yang baik-baik untuk dieba.. tapi sebenarnya ada kisah disebaliknya.. nak tahu, jom baca lebih lanjut lagi..

    Sebenarnya kisah sebenarnya begini..

    19 oktober 2013, 

    Dieba sekeluarga , bersama nenek dan keluarga makcik dieba telah berangkat ke BATU PAHAT JOHOR , sebab ada majlis pertunangan kakak sedare dieba.. yaitu SITI SUFIA & RAJA NAIM.. hah , da tahu kan kisah sebenarnya.. hihihi.. kalau dieba yang tunang takkan la nak bertunang kat johorkan.. rumah kat sendiri kat BANTING ni pun ada kan.. takyah la merantau jauh-jauh..

    Dieba sesaje je post gambar dieba dan barang-barang hantaran.. nak tengok apa reaksi mereka yang dieba kenali di dalam facebook & twitter.. tak sangka ramai pulak wish tahniah kat dieba.. tak kurang juga ada yang merajuk sebab dieba tak ajak mereka datang majlis pertunangan dieba.. huhuhu.. in shaa Allah andai ada jodoh dieba pasti jemput.. tapi awal-awal dieba nak mintak maaf andai dieba tidak dapat menjemput semua datang majlis pertunangan dieba nanti.. kalau boleh pertunangan dieba nanti dieba hanya nak buat secara sederhana dan tak nak diperhebohkan..

    Macam ni lah, bagi dieba.. kalau boleh memang semahu-mahunya dieba hendak merahsiakan pertunangan dieba.. tapi rasanya agak sukarlah untuk zaman sekarang ni.. sebab macam mana ye nak terangkan.. kalau dieba nak terlalu merahsiakan pun , kalau tak beritahu orang yang rapat dengan kita "Contoh , kawan baik ataupun seseorang yang rapat dengan dieba" waktu tu maybe boleh mencetuskan sedikit masalah, salah faham, touching atau secara tak sengaja maybe kita akan mengecilkan hati orang atau melukakan hati mereka.. hah perkara macam ni yang dieba susah sangat nak elakkan.. tapi dieba berharap sangat andai ia nya takkan jadi seperti itu..

    Papepun terima kasih pada yang mendoakan.. in shaa Allah andai ada jodoh kita bertemu lagi dientry seterusnya.. assalammualaikum.. terima kasih sudi baca entry kali ini..
    Continue Reading

    Alhamdulillah.. aku bersyukur sangat kehadrat ilahi.. hari ini ( 18 ogos 2013 ) genaplah setahun kami berdua menjalani hari-hari bersama.. walaupun masih lagi berjauhan tapi perasaan kasih dan sayang kami tetap utuh bersama.. alhamdulillah..

    In shaa Allah andai masih ada lagi jodoh diantara kami.. selepas ini akan ada lagi satu episod baru didalam hubungan kami berdua..

    Episod apakah itu ?
    Nak tahu ? kena la tunggu :)

    Doakan supaya hubungan kami berkekalan sampai kejinjang pelamin dan seterusnya sehingga akhir hayat ye..

    Continue Reading
    Assalammualaikum..

    Selamat berpuasa dieba ucapkan buat semuanya.. alhamdulillah hari ini 6 ramadhan sudah kita semua berpuasa.. ade yang dah ponteng puasa ke.. hehehe..

    Agak lama dieba menyepikan diri dari dunia blog ini.. mengapakah ? adakah sebab dieba sudah penat menulis.. ohh , sudah tentulah tidak.. sebenarnya dieba menyepikan diri sebab hati dieba sedih.. terlalu sedih dengan apa yang terjadi dalam hidup dieba.. macam-macam dugaan datang melanda perjalanan hidup dieba.. sampai dieba rasa penat sangat menghadapinya..

    Hati ini menangis bersendirian.. rasanya seperti ingin lari jauh-jauh dari semua ini.. tapi bila fikir balik , kalau lari pun tak guna jugak kalau masalah itu tetap ada.. jadi cara terbaik adalah hadapinya.. walaupun rasanya masalah makin bertambah lagi..

    Masalah nya berlainan tapi lebih kurang sama sahaja sebab ini melibatkan orang-orang yang terdekat/terapat dengan dieba.. hurmm.. susah untuk diluahkan apatah lagi untuk selesaikan.. walaupun begitu , hidup tetap perlu diteruskan..

    " Hati dalam kesakitan tapi bibir masih mampu mengukir senyuman.. itulah kemanisan bagi mereka yang mampu bersabar atas dasar KEIMANAN.. "
    Continue Reading


    Selamat hari ulang tahun ke 9 bulan abg.. hampir setahun kita bersama.. berdua menjalani kehidupan percintaan ini.. jarak jauh , itulah cinta kita.. walaupun tiada la jauh sangat tapi bagi akak jauh.. abg akak doakan semoga ada jodoh buat kita berdua.. akak sygkan abg.. terima kasih sebab menerima semua kekurangan akak.. akak tahu banyak kekurangan akak.. selalu buat abg marah.. buat abg sedih.. tapi itulah akak abg kan.. tak sah kalau sehari tak buat abg sedih.. akak pun tahu abg banyak kekurangannya jugak.. walaupun akak nk abg jadi apa akak nak.tapi akak lebih pentingkan perasaan abg.. akak nak abg jadi diri sendiri.. bukannya jadi apa akak nak..

    Abg cepat sembuh daripada demam ye.. hati akak betul2 sedih bila abg sakit.. akak sayangkan abg.. terima kasih sebab menyayangi diri ini yang banyak kerenah.. lebih-lebih lagi yang kuat NANGIS.. terima kasih untuk segalanya.. sebab buat akak tersenyum..
    Continue Reading

    Alhamdullilah dua hari telah berlalu selepas hari ulang tahun kelahiran dieba yang ke 25 tahun.. dah TUA nampaknya diriku ini.. TUA-TUA pun still muda lagi tau.. hehehe..

    Terima kasih dieba ucapkan buat semuanya terutamanya seluruh keluarga yang tersayang.. keluarga bakal mertua.. kawan2.. adik2 dan semua nyalah..  diatas ucapan-ucapan doa buat dieba.. doa-doa korang semua amat dieba hargainya.. terima kasih sebab sudi menghadiahkan ucapan dan doa buat dieba..

    Dan tak lupa juga buat BFF dieba , EYLA sebab buat suprise sangat2 kat dieba.. dieba pun tak sangka akan dapat kejutan yang macam tu.. menghilangkan diri sepanjang hari semasa bufday dieba sabtu lepas.. sampai buat dieba tertanya2 apakah KESALAHAN yang telah dieba lakukan.. sedih memang sedih.. yela sebab kita tak tahu apa salah kita.. dan tiba2 sahaja dia jadi begitu.. siapa yang tak sedih kan.. tapi rupanya itulah rancangan nya sebenarnya.. memang sengaja dia lakukan untuk buat kejutan untuk dieba.. beberapa minit sebelum tamatnya hari lahir dieba eyla call.. memberitahu rancangan sebenarnya dan ucapkan selamat hari lahir buat dieba.. dia nak jadi orang terakhir yang ucapkan HAPPY BUFDAY kat dieba.. ya benar benar dia orang terakhir yang ucapkan buat dieba untuk sepanjang hari itu.. tapi itulah kejutan dari eyla.. seronok jugak rasanya bila terima kejutan dari seorang sahabat.. terima kasih DEAR..

    Tapi rupanya bukan itu sahaja kejutan yang akan dieba terima.. ada lagi esok nya.. dari seseorang yang telah buat dieba rasa seperti DIHARGAI sebagai seorang yang penting dalam hidup seorang lelaki.. dieba terima hadiah hari lahir yang betul2 dieba tak sangka yang dieba akan dapat.. first sekali dieba dapat KEK HARI JADI.. pertama kalinya dalam hidup dieba dapat KEK dari orang yang dieba SAYANGI.. yang kedua pula adalah sesuatu yang dieba paling terkejut sekali.. dan tak mungkin dieba akan lupa apa yang telah dia buat untuk bahagiakan dieba..walaupun pada mulanya dieba telah DITIPU oleh dia.. kata nak bawak pergi jumpa anak buah tapi sebenarnya jumpa apa yang dieba nak sangat2 jumpa.. bila dieba diberikan peluang untuk bertemu dengan keluarga dia.. dia betul2 buat dieba bahagia.. dieba tak jangka akan dapat hadiah hari lahir pada usia ke 25 tahun ni.. jujur dieba memang tak sangka.. apatah lagi hadiah yang betul2 bermakna buat dieba.. sesungguhnya bukan hadiah yang dieba perlukan tapi yang dieba perlukan adalah KASIH SAYANG & DIHARGAI.. dia kenal siapa dieba.. dia tahu apa yang dieba nak.. tapi apa yang dieba nak sebenarnya adalah dia jadi diri sendiri.. itu salah satu hadiah yang dieba nak daripada dia.. jadi diri sendiri dan tak perlu jadi apa yang dieba nak.. sedangkan dieba boleh terima dia seadanya..

    Bila dapat bertemu dengan keluarga dia.. dieba rasa bahagia sangat2.. keluarga dia baik sangat.. peramah dan mesra.. terutamanya mak , eya , wan su , angah , si kecik comel tu , poksu , nabila.. dieba dah lama tak rasa gembira dan bahagia macam tu.. bila tengok semua keluarga dia layan dieba dengan baik.. rasa macam keluarga sendiri dah.. walaupun mula2 dieba agak malu sikit.. yela maklumlah itu first time dieba jumpa keluarga dia.. tapi lama2 in shaa allah dieba boleh biasakan diri.. lagipun dorang semua boleh terima dieba jadi sebahagiaan keluarga mereka.. so dieba kena la pandai sesuaikan diri.. papepun dieba rasa bahagia sangat2.. jujur dan ikhlas dari hati dieba bahagia dengan dia.. dan dieba berharap sangat2 bahawa kebahagiaan ini akan berkekalaan sampai bila2.. 

    Hari ulang tahun yang ke 25 tahun ini akan tetap dieba abadikan dalam ingatan dieba sampai akhir hayat.. selain keluarga dieba yang buat dieba bahagia.. dieba dapat jumpa bakal keluarga baru dieba.. kedua2 keluarga dieba sayang sangat2..

    Nota:Sabtu ( 6 april ) itu juga dieba ada ikut keluarga dieba pergi ke shah alam.. ade kenduri kawin.. nak tahu tak masa dieba tengah makan itu dieba dengar MC tu cakap macam mana kedua-dua pasangan pengantin itu bertemu.. serius indah sangat kisah cinta mereka.. bertemu secara tidak sengaja.. lalu jatuh cinta.. banyak halangan yang mereka tempuhi bersama.. susah senang hadapi berdua.. mereka bernikah pada 5 april , pada hari yang sama hari ulang tahun pengantin perempuan itu.. bestnya kawin pada hari ulang tahun kelahiran.. sweetnya.. jujur sewaktu itu juga dieba rasa nak menangis.. kalau lah dapat hadiah hari lahir macam itu kan.. kalaulah kan :)
    Continue Reading

    Selamat hari buat nenek tersayang PUAN SAWIAH BT HAJI SIRAT pada hari ini 5 april 2012.. dieba doakan semoga nenek sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan, bertambah usia dalam keimanan, dan sentiasa bahagia bersama kami semua.. anak-anak dan cucu-cucu nenek.. kami semua sayang nenek sangat2.. 

    Semoga tahun ini semua keluarga dapat berkumpul beramai-ramai untuk menyambut hari lahir nenek.. sebab tahun lepas tak semuanya hadir.. tu yang rasa sedih tu.. dayah , wak ma , wak nor , nadia , cik nani , cik din , farah , hadi , haziq , afiq dll..

    Nota: Mengapakah gambarku tiada disitu ? 
    Continue Reading

    Selamat tinggal MARCH dan selamat datang APRIL..

    Betulkah hari ini dah 1 APRIL 2013 ? hurmm.. rasanya seperti baru semalam
    sahaja march masih bersamaku lagi..

     Ya memang benar , march memang telah berlalu pergi meninggalkan aku..

     Kini apa yang ada sekarang ini adalah april.. sudah bersediakah diriku menghadapi APRIL ini..

    Setiap tahun, bulan april ini adalah hari yang aku nantikan..

    Nak tahu apa ada pada bulan april ini ?

    Tunggu entry yang seterusnya okay :)

    Bye.. assalammualaikum
    Continue Reading
    Ku panjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana telah memberikan ku kebahagiaan yang selalu aku dambakan daripada seseorang yang tulus menyayangiku.. menerima setiap kekuranganku.. menerima setiap kesakitan yang ada padaku.. aku bersuyukur sangat2 kerana telah dipertemukan dengan dirinya yang bernama AHMAD SHARIFFUDDIN.. beberapa bulan yang lalu.. 18 ogos 2012.. tarikh bermulanya episod cinta kita berdua.. satu tarikh yang bermakna buat kita..

    Kini tarikh 18 hari bulan tiba lagi.. setiap bulan pada tanggal 18 hari bulan itu adalah tarikh yang tidak mungkin akan aku lupakan.. aku bersyukur sangat2 sebab dipertemukan dengan seseorang yang telah buat hidup aku makin bahagia.. bertemu dengan seseorang yang tak disangka2kan.. telah buat segalanya berubah.. daripada episod kesedihan bertukar menjadi episod kebahagiaan.. terima kasih YA ALLAH kerana mempertemukan aku dan juga dirinya.. aku percaya takdir ALLAH jua yang mempertemukan aku dan juga dengan dirinya.. aku percaya pada kehendak takdir..

    Selamat hari ulangtahun yang ke 7 bulan buat kita berdua.. terasa macam baru semalam kita berkenalan, berkawan dan seterusnya bercinta.. jikalau diizinkan ALLAH mungkin  sebentar sahaja lagi usia percintaan kita akan menginjak usia setahun pula.. in shaa ALLAH.. sama2 lah kita berdoa semoga ALLAH merestui setiap langkah perjalanan percintaan kita.. in shaa ALLAH jikalau panjang JODOH kita pasti akan bersatu..
    Continue Reading

    Entah mengapa hari ini aku rasakan hidup ini susah untuk aku duga.. mengapa ye ? bermacam2 persoalan yang bermain - main disegenap fikiran aku.. aku buntu.. aku.. aku.. aku.. entahlah.. ada sesuatu yang benar2 menganggu fikiran aku.. kadang-kadang aku  rasa dekat sangat dengan semua orang yang berada disekeliling aku.. aku rasa dekat dengan keluarga ku.. aku rasa dekat dengan orang yang aku cintai.. aku rasa dekat dengan sahabat aku tapi kenapa sebenarnya aku rasa ia nya jauh.. jauh dari diriku.. atau hanya perasaan aku sahaja yang terlalu memikirkan yang bukan2.. hurm.. entahlah.. aku sendiri tidak mengerti.. 

    Aku  tak tahu ada apa disebalik senyumanku ini.. senyuman yang berpura2.. bila aku menangis , aku ingat akan ada orang akan memujuk aku , ada orang yang akan mengesat airmata aku.. tapi ternyata aku hanya bermimpi disiang hari.. aku mengesat airmata aku sendiri.. kadang-kadang aku rasa ingin menjerit sekuat hati.. agar segala resah dalam hati aku ini hilang.. tapi aku tahu ia nya tidak akan hilang melainkan aku sendiri berusaha untuk membuangnya.. kadang-kadang aku rasa sunyi bila bersendirian.. aku rasa macam aku hidup didunia ini sendiri tanpa sesiapa.. kadang-kadang bila aku dikelilingi orang2 aku tetap sunyi juga.. mungkin sebab selama ini aku telah biasa hidup bersendirian.. aku bersendirian mengharungi hidup.. aku bersendirian melawan kesakitan.. aku bersendirian merawat hati ini.. semuanya bersendirian.. dan sewaktu aku meluahkan  isi hati ini juga aku bersendirian.. bersendirian dengan ditemani airmata dan senyuman yang aku pura2 pamerkan walaupun disisi aku tiada siapa menemani kecuali teddy bear kesayangan aku.. teddy bear yang sentiasa aku peluk dikala aku menangis.. teddy bear yang sentiasa aku lihat tatkala sakit aku datang.. hanya teddy.. jikalau tanpa teddy entah bagaimana aku hendak cuba cekalkan hati menghadapi semua cubaan hidup ini.. 

    Kadang-kadang aku rasa tak kuat hadapi hari2 yang mendatang.. aku penat menahan telinga ini daripada kata2 yang tak sedap didengar.. tapi aku tetap cuba juga untuk kuat.. walaupun aku sedar aku tak sekuat mana.. sebab aku lemah.. tapi kelemahan aku itulah yang selalu kuatkan aku untuk bangkit.. aku tidak boleh mengalah.. aku harus bangun dan terus bangun.. walaupun aku kuat untuk buat mereka2 yang aku sayangi dan kasihi bahagia tapi aku tahu adakalanya aku gagal untuk buat mereka bahagia.. kadang-kadang aku banyak sakitkan hati2 mereka semua.. ye aku sedar memang terlalu banyak salah aku pada mereka semua.. tapi aku hanya nak mereka tahu yang aku ini hanya manusia biasa.. aku cuba untuk jadi seorang WANITA dewasa.. tapi aku tetap gagal.. tapi segagal manapun aku , aku tetap akan cuba juga untuk menjadi seorang WANITA dan bukannya seorang KANAK-KANAK.. aku sedar dari dulu lagi aku banyak jalani hari aku dengan jiwa seorang kanak-kanak.. kerana apa.. kerana aku takut untuk menjadi seorang DEWASA.. sebab bila dewasa beginilah jadinya.. banyak hal yang terjadi.. banyak dugaan.. bila umur semakin dewasa semakin banyak dugaan yang akan datang.. itulah perkara yang aku takuti.. aku seolah2 belum bersedia menjadi dewasa.. tapi itu semua dahulu..

    Kini aku harus akui tak seharusnya aku bersifat seperti kanak2 lagi.. aku takkan biar orang pandang rendah pada aku lagi.. aku akan buktikan pada semua yang selama ini memandang rendah kepada aku , aku pun boleh berjaya dalam hidup walaupun tidak seperti mereka2 yang lebih terpelajar daripada aku.. aku akan buktikan bahawa ORANG YANG MEREKA GELAR BODOH ini pun boleh berjaya.. walaupun aku tahu aku takkan pernah jadi SETINGGI mereka semua tapi aku tetap akan buktikan bahawa aku mampu hidup tanpa dibayangi oleh kata-kata yang selama ini menghantui aku.. aku akan kuburkan kata-kata itu dari KOTAK INGATAN aku agar aku boleh jalani hidup ini dengan tenang sebelum aku kembali semula ketempat asal aku.. aku harus buang jauh2 bayang2 mereka yang sealma ini menghantuiku.. aku harus.. aku harus lakukannya untuk diriku sendiri..
    Continue Reading
    Februari melabuhkan tirainya semalam , kini mac pula tiba.. cepat sungguh waktu berlalu..

    Mac yang lalu banyak menyakitkan diriku.. banyak menyeksa diriku.. banyak membuang airmataku.. banyak membuat aku merana memikirkan tentang orang yang tak sepatutnya aku pertahankan.. 

    Mac yang lalu juga banyak merubah aku menjadi seseorang yang lain.. aku menjadi pendendam.. aku menjadi pemarah.. aku menjadi pembenci..

    Kadang2 aku berfikir samada mac yang ini pun begitu jugakah, ataupun lebih menyeksakan daripada mac yang lalu ? aku tak tahu tapi yang aku tahu cukuplah mac yang lalu menjadi pengajaran buat diriku agar tidak terlalu cepat mempercayai.. 

    Mac ini aku bangkit untuk lebih mempercayai kata hati ku sendiri.. aku akan berusaha untuk terus menjadi apa yang aku inginkan dan bukan nya menjadi apa yang orang fikirkan tentang diriku.. kerana aku adalah aku.. diriku adalah hak ku.. hanya aku.. 

    Nota Hati:Semoga mac kali ini lebih membahagiakan bersama mereka yang aku sayangi dan cintai..
    Continue Reading
    Assalammulaikum.. selamat pagi dieba ucapkan buat semua yang berkunjung ke blog peribadi dieba ini.. anda semua sihat ke? buat apa sahaja pagi2 ni? dieba dari semalam busy dengan blog cinta dieba tu.. niat hati nak teruskan menghias blog lagi tetapi tibe2 terpaksa berhenti sebab kepala dah pening.. tak tahu nak pilih design yang mana.. semuanya comel2.. itulah masalahnya bila semuanya dah berkenan.. ingat tadi lagi cikit je dah nak siap edit dan tukar sikit2 tapi bila rasa ada yang tak kena dieba terus berhenti.. nampaknya terpaksa lagi la dieba privatekan blog cinta itu buat seketika sehingga dieba rasa dieba puas hati dengan apa yang dieba buat.. pening2.. tak mengapalah.. untuk hasil yang memuaskan hati dieba dan untuk keselesaan pembaca sekalian dieba terpaksa bersabar.. sesungguhnya bersabar itu pasti akan jadi indah apabila masanya..

    Sebenarnya dari pagi semalam lagi dieba nk tumpukan perhatian untuk menulis diblog ini.. sebab semalam adalah hari istimewa dieba dan juga si dia yang tersayang.. kalau anda semua ni selalu berkunjung ke blog dieba anda semua pasti tahu apa yang istimewa sangat tentang peristiwa semalam tapi pada sesiapa yang tak tahu tu meh dieba bagitahu..

    18 ogos yang lalu , bermulalah episod cinta diantara dieba dan jugak si dia.. dan sejak itu jugalah bermulanya ujian percintaan yang harus kami berdua lalui bersama.. walaupun tanpa bertemu & berjauhan tetapi itu semua tidak pernah menjadi penghalangnya.. bercinta tanpa bertemu adakala nya menimbulkan berbagai2 jenis perasaan.. bermacam2 fikiran yang mulai bersarang dihati masing2.. biasalah adat bercinta.. itu semua tak pernah terlepas.. semua orang pun begitu.. memang menipulah kalau semua tidak pernah mempunyai pengalaman begitu.. dan disebabkan pengalaman itulah baru kita kan tahu sejauh mana kuatnya ikatan cinta itu.. walaupun banyak kali diuji andai kita kuat hadapi segala ujian - ujian itu in shaa allah segalanya akan berjalan lancar seperti apa yang kita ingin..

    Semalam genap 6 bulan sudah.. dieba tak sempat nak menghitung hari , tahu2 sahaja 18 hari bulan kembali lagi.. memang cepat sungguh waktu berlalu.. tak lama lagi genap setahun.. ( in shaa allah ) , semoga panjang jodoh kami untuk melangkah ke peringkat yang seterusnya.. amin.. Walaupun rasanya baru sekejap kami berkenalan dan seterusnya bercinta tapi kami bahagia jalani cinta ini.. cinta dari kejauhan yang penuh memori.. walaupun jauh tapi itu tetap bukan penghalangnya.. walaupun kadang2 dieba terasa ingin bercinta secara dekat seperti orang lain tetapi rasanya bercinta jarak jauh ini lebih mencabar lagi bagi dieba.. sebab bila bercinta jarak jauh ini kami boleh tahu sejauh mana tahap kesetiaan kami berdua.. kami boleh tahu sekuat mana perasaan sayang kami.. kami boleh tahu sebanyak mana rindu dihati kami.. dan bermacam2 lagi lah.. tapi jujurlah , walaupun kadangkala nya perasaan sedih itu pasti ada tatkala berjauhan tetapi bila lama2 terasa dah biasa pula.. rasa macam tiada apa2.. rasa seronok pun ada.. rasa macam masa sewaktu mula2 berkawan dahulu.. saling kenal mengenali diantara satu sama lain sebelum bercinta.. tibe2 teringat kenangan kami dulu.. lucu bila difikirkan balik.. tapi indah untuk dikenang.. seperti lagu indah cintaku.. semoga jodoh ini terus berkekalan sampai bila2.. in shaa allah.. amin..
    Continue Reading
    Assalammulaikum & selamat pagi kepada setiap insan yang berada diatas muka bumi ini.. walau dimana sahaja anda berada dieba doakan semoga anda semua berada didalam keadaan yang sihat sejahtera.. sebenarnya dieba rasa seperti sudah agak lama dieba tidak menulis tentang kisah yang terjadi dalam hidup dieba.. sebab selalu nya dieba rasa dieba tulis pasal contest , giveaway & segmen sahaja.. tapi pagi ini dieba rasa nak menulis tentang kenangan dieba.. kenangan ini tidak mungkin akan dieba lupakan sampai bila2.. nak tahu kenangan apa.. teruskan bersama dieba dari mula sampai akhir kisah kali ini okay.. 

    Semua orang dalam dunia ini pasti ada seseorang ataupun lebih daripada seorang yang kita anggap sebagai sahabat sejati bukan.. sahabat sejati atau lebih dikenali sebagai BFF.. didunia luar dieba ada beberapa orang rakan yang dieba anggap sebagai BFF dieba.. NOR , NIZA & ZAI.. mereka bertiga adalah sahabat baik dieba sewaktu dieba mula2 mengenali apa itu yang digelar sahabat baik.. walaupun persahabatan kami pernah terputus ditengah jalan tetapi bagi dieba mereka tetap sahabat baik dieba sampai akhir hayat dieba.. dan dieba bersyukur walaupun dulu kami pernah terpisah tetapi kini akhirnya kami bertemu semula.. persahabatan kembali terjalin.. dan dieba gembira sangat sebab mereka masing-masing telah punyai kehidupan sendiri.. ada yang bergelar isteri orang dan bakal bergelar ibu , ada yang bergelar tunangan orang dan in shaa allah bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.. dan mungkin yang seorang lagi bakal mengikuti jejak langkah juga.. in shaa allah.. amin.. dieba doakan yang terbaik buat ketiga2 sahabat dieba itu..

    Kata orang bersahabat biar ramai.. barulah kita tahu bagaimana cara nya untuk menilai sahabat2 yang kita kenali.. tapi dalam mengenali sahabat juga adakalanya kita tersilap memilih sahabat.. anda semua pasti pernah alami nya bukan.. tersilap memilih sahabat.. dieba pun pernah.. sahabat yang disangkakan jujur rupanya duri dihati.. dan hati mana yang tidak sakit bila persahabatan dikhianti.. mana pergi janji seorang sahabat bila acap kali hanya berbagai2 pembohongan yang diberikan.. itu bukan persahabatan tetapi itu semua dusta semata2.. tapi itu dulu.. biarlah persahabatan itu terputus ditengah jalan.. daripada terus terusan ditipu hidup2.. 

    Tapi tidak semua sahabat begitu.. dalam kesedihan dieba mengharungi berbagai2 dugaan yang melanda hidup , muncul seseorang yang dieba rasakan hatinya tulus untuk berkawan dengan dieba.. dan dieba tidak sangka , kini dia bergelar sahabat baik dieba.. EYLA.. seseorang yang dieba kenali sebagai seorang DJ radio didalam laman web FACEBOOK.. hari demi hari perkenalan dieba dengan eyla membuatkan kami jadi makin rapat.. dieba senang berkawan dengan nya.. segala kisah suka dan duka kami kongsikan bersama.. dieba rasakan jiwa dia kena dengan jiwa dieba.. sebab itu dieba senang berbicara dengan dia.. dan dia seeolah2 memahami dieba.. walaupun kami berkawan hanya melalui facebook , twitter & whatapps tetapi rasanya dieba rasa macam dieba dah pernah kenali dia didunia luar.. dan baru2 ni dieba rasa seronok sangat2 sebab akhirnya dieba dapat jugak peluang untuk bertemu dengan eyla.. selama ni dieba kami selalu merancang untuk bertemu tetapi belum ada rezeki lagi.. tapi alhamdullilah akhirnya 9 februari yang lalu kami berpeluang untuk habiskan masa bersama-sama..

    Awal pagi sabtu itu dieba bangun awal untuk gerak bersama2 dengan adik untuk bertemu dengan eyla.. tempat pertemuan kami di KL SENTRAL.. berbagai rintangan dieba lalui untuk sampai kedestinasi yang tuju.. contohnya bila berada didalam bas.. dieba dan adik rasakan seperti kami berdua berada dinegara asing.. nak tahu mengapa ? sebab didalam bas itu rasanya semuanya bangsa asing.. bak kata pakcik dieba LITTLE BANGLA.. rasanya warga malaysia yang ada dalam bas tu cuma dieba , adik , drebar bas , makcik india depan kami ini dan anaknya.. yang lain semuanya warga negara asing.. dah lah pejalanan itu memakan masa lebih kurang satu jam.. dari banting ke klang.. itu belum lagi termasuk bas ni berhenti2 mengambil penumpang.. lebih satu jam la jawabnya.. lepas tu pakcik bas ni pun satu , dah tahu abs tu dah penuh dia masih lagi nak berhenti ambik penumpang lagi.. memang membahayakan keselamatan penumpang2 seperti kami ni.. tak patut sungguh.. tak berperikemanusiaan.. fikirkan lah keselamatan kami semua.. ingat kami naik bas ni semua FREE ke.. kami bayarlah.. 

    Pukul 9 pagi kami sampai di klang.. dan kami terus menuju ke KTM KLANG.. selepas beli tiket dieba terus sms eyla dan hidayah.. pukul 9:25 minit pagi kereta api pun sampai.. banyak stesen yang harus kami lalui sebelum sampai ke KL SENTRAL.. bila kereta api ini lalu distesen batu tiga , dieba ingat sempatlah kami bertemu dengan hidayah didalam kereta api ini.. tetapi dia tertinggal kereta api.. nak buat macam mana.. dah terlepas.. tidak mengapalah.. kami berjumpa sahajalah di kl sentral.. pukul 10 lebih kami sampai di kl sentral.. sementara menunggu hidayah dn eyla sampat lagi kami berdua kami ice cream kt MCD.. ish ish.. pagi2 lagi dah makan ice cream.. hehehe.. tak lama selepas itu hidayah pun sampai.. hidayah pun join kami makan ice cream sama.. sambil menunggu eyla kami menghabiskan masa berbual2.. dieba tengok dorang , dorang tengok dieba.. tibe2 dieba terima satu sms dari yang tersayang.. seronoknya dapat msg.. rasa macam dah lama tak dapat msg dari si dia.. hehehe.. dieba malas nak balas sms , lalu dieba terus call sahaja.. rindunya.. dapat jugak dengar suara dia pagi2 ni.. tapi sedih cikit.. dia demam.. dieba jadi risau pula.. tapi dia macam biasa lah.. demam cikit je.. bagi dia memang lah demam cikit , bagi dieba.. kerisauan tahu tak.. hurm.. dieba berbual dengan dia tidaklah lama mana sebab dieba kena hentikan panggilan itu.. sebab waktu itu kredit dieba pun tiada banyak sangat.. dieba harus save kredit.. namun seperti biasalah bila panggilan ditamatkan sahaja hati jadi sedih.. rasa belum cukup lama lagi berbual dengan dia.. tapi tidak mengapalah.. nanti2 boleh berbual dengan dia lagi..


    Bersama2 hidayah..


    Yummy , sedapnya.. :)

    Dieba terima balasan sms daripada eyla.. eyla kata perjalanan dari seremban ke kl sentral memang jauh.. memakan masa satu jam.. lama lagi tu.. tidak mengapalah dieba tetap tunggu.. sabar menunggu.. tak lari kemana pun.. habis sahaja makan ice cream hidayah ajak berjalan2 disekitar kl sentral.. rasanya habis satu kl sentral kami berpusing2 ditempat yang sama.. tiba2 hp dieba berbunyi.. tertera nama eyla.. pasti dah sampai ni.. rasa berdebar2 pula.. maklumlah baru first time nak bertemu.. hehehe.. perasaan tu macam first time bertemu dengan encik SHARIIFUDDIN masa dulu2.. huhuhu.. kami melilau kesana sini melihat dimanakah eyla berada.. sungguh ramai orang disana sini.. nasib baik dieba tak pengsan.. bila bersesak2 macam ni.. akhirnya dieba bertemu jugak dengan eyla.. sabahat yang telah lama ingin dieba temui.. dan hari ini bertemu juga dieba dengan eyla.. dan semua takkan terjadi kalau bukan sebab adik dieba iena dan sepupu dieba hidayah.. mereka berdualah yang bawak dieba kesini.. sanggup temankan dieba.. terima kasih banyak2 kat mereka.. tak terbalas segala apa yang mereak berdua lakukan untuk dieba.. sayang korang berdua..

    Bila bertemu mata dengan mata , dieba terasa malu pula.. bukan apa.. dieba ni sebenarnya memang pemalu.. penyegan.. dan macam2 lagi lah yang ada kaitan dengan MALU.. dan paling penting pendiam.. huhuhu.. tapi dieba sedar dieba tidak boleh jadi pendiam.. nanti macam tak seronok pulak pertemuan ini.. lalu dengan lafaz bismillah dieba pun cubalah buang perasaan malu dieba tu.. cuba perlahan2.. in shaa allah boleh.. dieba tengok eyla pun macam ok jumpe dieba.. ni yang dieba jadi tak segan.. sepanjang kami berjalan menuju ke monorel pun kami sempat berbual2 lagi.. macam banyak sangat bende yang kami nak bualkan berdua.. sekarang ni dieba nak berehat menulis sebentar.. penat lak tibe2.. maklumlah tangan ni sakit lagi.. semalam kena cucuk kat hospital.. sampai lebam pulak tu.. sakit tau.. jadi mari kita tengok gambar okay :)


    Pic ni sewaktu kami tengah tunggu monorel sampai..
    yang kat sebelah dieba tu lah eyla.. bff dieba.. comel kan die.. 


    Yang bertudung kuning tu lah buah hati dieba..
    satu2 nya adik perempuan kandung dieba.. comel kan macam dieba..
    - p/s: gambar tak jelas sangat.. 



    Dua gambar diatas di sewaktu dieba dan eyla berada didalam panggung wayang.. masa kami masuk je , kami tengok panggung tu kosong je.. kami ingat kami berdua je yang tengok cerita tu.. tapi rupanya yang lain belum masuk lagi.. dalam sibuk2  fikir tu kami sempat lah tangkap gambar.. ingat nak tangkap gambar banyak lagi.. tapi tak lama lepas tu panggung pun mula dipenuhi dengan orang2.. sebelum mula cerita tu iklan punyalah banyak.. alahai , geramnya rasa.. lebih2 pulak iklan tu.. tunggu punya tunggu habis pun iklan.. lalu cerita pun bermula.. WAWA SEMPUT menjadi pilihan.. cerita yang agak menarik dan best.. tak rugi menontonnya.. ada gelak , ada ketawa.. seronok lah.. 

    Habis tengok wayang , kami pergi makan.. habis makan kami jalan2.. sambil2 tu dieba cari adik dieba dan hidayah..  bila dah bertemu mereka berdua , wah banyak sungguh shoppingnya.. seronoklah tu mereka.. tapi dalam kegembiraan tetapi ada sedihnya.. dan sedar tak sedar dah pukul 4 lebih.. terasa macam sekejap sahaja keluar hari ini.. terasa macam tak nak balik pulak.. belum puas jalan2.. belum puas jumpa eyla lagi.. namun apa kan daya.. terpaksa berpisah.. tidak mengapalah.. andai ada jodoh nanti kami pasti bertemu lagi.. in shaa allah..


    Pic yang ni sewaktu dieba tengah jalan2 nak cari mereka berdua tu.. waktu tu susah nya lah nak mintak tolong kat orang untuk ambikkan gambar.. tapi nasib baiklah ada seorang kakak ni yang sudi tolong ambikkan.. kalu tidak tak dapat lah kami bergambar dengan pokok sakura ni..

    Nota buat EYLA: Terima kasih untuk segalanya.. pertemuan ini dieba takkan lupakan sampai bila2.. terima kasih belanja dieba tengok wayang.. belanja dieba makan.. lepas tu bagi dieba hadiah.. dieba tak tahu nak cakap apa.. dieba rasa terharu sangat2.. hanya allah yang dapat balas semua kebaikan eyla pada dieba.. dieba juga nak mintak maaf pada eyla.. dieba tahu sepanjang kita kenal dieba pernah sakitkan hati eyla.. mungkin dieba tak sedar apa yang dieba buat waktu itu.. tapi dieba betul2 nak mintak maaf kat eyla.. dan berharap apa yang berlaku dulu , tidak akan berlaku lagi.. dieba nak ucapkan banyak2 terima kasih sebab sudi jadi kawan dieba.. eyla terima kasih sebab eyla pernah backup dieba bila ada orang tu mempermainkan hati dieba.. bila orang tu buat dieba nangis dan merana.. tetima kasih sangat2 eyla.. dieba sayang sangat2 kat eyla.. dieba harap persahabatan kita ini akan kekal sampai bila2.. dieba percaya suatu hari nanti eyla pun akan bertemu kebahagiaan eyla.. in shaa allah.. walau apa pun yang terjadi kat eyla.. dieba sentiasa ada dengan eyla.. selalu.. semoga kita bertemu lagi my dear SHEILA EYLA..
    Hadiah ini daripada eyla buat dieba.. novel , tudung , pin , rantai tangan , surat serta ayat2 buat dieba.. isi kandungan surat itu teramat bermakna sekali buat dieba.. sampai dieba rasa dieba mengalirkan airmata sewaktu dieba membacanya.. terima kasih sekali lagi dieba ucapkan buat eyla.. tak terbalas segalanya yang telah eyla lakukan buat dieba.. dieba sayang eyla.. dieba harap eyla pun sayang dieba juga buat selamanya..

    P/s: Eyla pun ada update entry pasal pertemuan kami ni.. korang semua meh lah singgah blog eyla dan bacanya.. sambil2 tu meh lah follow blog eyla juga..

    1: http://nothingabout-saya.blogspot.com/2013/02/wah.html
    2: http://nothingabout-saya.blogspot.com/2013/02/yeahhhh-yeahhhh-akhirnya-dapat-jugak.html


    Lokasi: Banting , Klang , Kl Sentral & Time Square




    Continue Reading



    Assalammulaikum w.b.t , bertemu kita lagi disambungan entry yang lepas.. seperti yang telah anda semua baca di entry yang lalu dieba mengupdate pasal suasana di IJN.. dan malam ini dieba ingin sambung bercerita tentang bagaimana kehidupan dieba selepas pulang ke rumah.. dieba tidak ingin membuang masa lagi..  jadi marilah kita semua ketahui kisahnya..

    Sepanjang perjalanan pulang , hati ini tidak putus2 berdoa agar diri ini lekas sembuh.. agar semuanya akan kembali normal seperti sediakala.. walaupun hakikat sebenarnya ia akan mengambil masa 6 bulan mengikuti perkiraan dokter , tapi bagi dieba 6 bulan mungkin terlalu sekejap.. mungkin akan makan masa setahun mungkin juga bertahun2.. sakit ini bukan sakit biasa.. jikalau luka biasa pasti akan sembuh dengan cepat.. ini luka pembedahan.. pastinya tidak mungkin sembuh dalam masa sehari dua..  tidak mengapalah.. bersabar sahaja la.. sudah suratan takdir.. dalam masa yang sama , fikiran jadi teringat kepada dia yang misteri.. kalau lah JODOH kan.. hurmmm.. biarlah masa yang menentukannya..

    Sesampainya dirumah.. badan terasa letih sekali.. maklumlah berjalan jauh.. lepas tu lama tak naik kereta.. ditambah lagi dengan susah nak baring didalam kereta.. badan semua sakit2.. memang rasa nak tidur sahaja.. malam itu ada tetamu datang kerumah.. adik2 sedare dieba disebelah datang bawak nasi ambang.. alahai sedapnya.. tapi dieba tidak boleh makan.. sedihnya.. rindunya pada fairuz najihah ni.. lama tak jumpa dia.. masa family dia datang dieba tak dapat tengok die.. tu yang rindu tu.. die pun kata die rindu dieba.. lama tak jumpa kak ros.. die tanya kak ros pegi mana.. lama tak nampak.. macam2 lagi die tanya.. sampai dieba penat nak jawabnya.. waktu tu dieba memang letih sangat2.. memang terasa nak tidur je.. tapi susahnya nak tidur.. dengan bantal bersusun2 atas kepala tu.. kena pastikan semuanya selesa dulu.. barulah dapat tidur.. tapi itu pun kejap2 terbangun.. memang sangat2 sakit ni susah sangat untuk tidur tanpa gangguan..

    Pagi itu dieba bangun , makan ubat , sarapan , makan ubat balik.. tengok tv.. baring.. jalan2 ambik angin pagi dekat luar sambil bersenam.. semuanya kena ikut seperti nasihat dokter.. paling penting kena belajar jalan tegakkan badan balik.. waktu tu badan dieba memang agak bongkok.. lepas tu jalan dah la macam robot.. alahai.. jujur dieba akui.. nak belajar jalan lepastu menegak balik memang payah.. berhari2 dieba cuba berlatih.. rutin harian dieba setiap hari sama sahaja.. bangun , mandi , makan , makan ubat , bersenam , tengok tv dari pagi ke petang.. petang ke malam.. sama sahaja.. sampai dieba terasa bosan.. tapi nak buat macam mana.. nak tak nak kena berlatih.. takkan lah orang lain yang nak berlatih untuk dieba pula kan.. tapi kalau sepupu2 dieba datang dieba tak la sunyi lebih2 lagi fairuz.. die jaga dieba.. baring sebelah dieba.. temankan dieba.. ade lah jugak teman untuk dieba bila mak dah mula masuk berkerja balik.. sepupu2 dieba yang besar duk sebelah rumah tu pun selalu jugak datang jaga dieba.. sebab mak suruh tengok2 kan dieba.. yela dieba ni kan bukan sihat sangat nk bergerak.. mana tahu terjatuh ke.. pengsan ke.. tu lah mak risau.. tapi dieba   rasa dieba dah kuat.. cuma tu lah , biasalah mak kan.. mestilah risaukan anak nya.. tapi yang paling dieba tak sangka lah adik laki dieba tu pun sanggup jaga dieba.. dieba panggil je die mesti datang.. rasa macam tuan puteri pulak.. waktu2 macam ni dieba buli die pulak.. huhuhu.. ala bukan selalu pun.. masa sakit ni je.. hehehehe.. dan dieba juga nk ucapkan terima kasih pada seluruh keluarga besar dieba.. sepupu2 dieba , adik2 dieba , makcik2 , pakcik2 , kawan2 dieba , nor dan niza sebab datang melawat dieba.. terharu rasanya..

    Anda semua nak tahu tak ada satu kisah lucu yang terjadi kepada dieba.. ada suatu hari tu fairuz datang sorang.. die tanya dieba sesuatu ni yang buat dieba nak gelak tapi tak boleh sakit jahitan tu.. cucuk2 kat dalam.. soalan tu dieba takkan lupa sampai bila2.. sampai sekarang dieba ingat..  dieba siap cerita kat atuk dengan mak.. atuk siap gelak2 lagi.. hehehe.. lucu barangkali.. huhuhu..

    Fairuz: kak ros , kenapa bawak motor laju2.. kan dah kena jahit.. masuk hospital lagi.. tu lah kak ros sape suruh bawak motor laju2.. kan dah sakit.. darah pulak tu.. tak sakit ke?

    Dieba terus terkedu tanpa kata.. lama dieba diamkan diri.. dieba sedar lepas die cubit lengan dieba.. masa tu  kaku nak jawab.. macam mana lah die boleh terfikir soalan tu.. budak kecik ni.. tanya soalan yang sungguh mendalam sekali.. hebatlah..

    Dieba kata pada fairuz yang , dieba tak bawak motor laju2.. dieba kena jahit sebab jantung dieba sakit.. tu yang kena jahit tu.. bukannya sebab bawak motor laju2.. lagipun mana lah dieba bawak motor laju2.. pastu boleh pulak die menjawab.. " HABIS YANG SELALU TU " ,  aduhai terkena dieba.. si kecik ni.. aduh.. yela2 memang lah dieba mengaku dulu dieba ni selalu suka sangat bawak motor laju2.. tapi tu dulu.. lepas dah tahu sakit mana ade lagi dieba merempit naik motor.. keluar rumah pun jarang.. asyik berkurung je.. biasalah , bila dapat tahu dieba sakit je dieba terus asingkan diri dieba daripada sesiapa termasuklah keluarga.. bagi dieba orang sakit macam dieba ni tak layak berada dengan sesiapa.. waktu itu pun dieba terlalu banyak masalah.. ditambah lagi dengan sakit TIRIOD yang tak STABIL , kemudian dieba dapat sakit JANTUNG BERLUBANG & INJAP BOCOR pula.. dieba tak dapat terima kenyataan langsung.. sebab itulah dieba mengasingkan diri.. dan sejak itulah dieba hidup dengan dunia dieba sendiri..

    Hampir dua minggu berlalu , dieba rasakan kesihatan dieba mulai membaik.. alhamdullilah.. dieba mulai terasa bosan tatkala bersendirian dirumah.. dieba ingin memulakan aktiviti2 yang selalu dieba lakukan sebelum dieba opret.. berFB dan berBLOGGING.. dieba buka fb yang telah lama dieba tinggalkan.. semuanya masih sama.. tidak berubah.. banyak ucapan yang dieba terima oleh mereka2 yang menjadi rakan fb dieba.. dieba juga ADD adik azira.. apa khabar dia ye.. terasa rindu pula.. harap2 die ok.. kesihatan makin baik.. dieba tidak berlama2 di fb sebab dieba ingin sekali buka BLOG kesayangan dieba.. tetapi bila dieba buka.. alangkah sedihnya dieba waktu itu.. blog kesayangan dieba telah di HACK.. hancurnya hati dieba.. bermacam2 persoalan yang bermain difikiran dieba.. apa salah blog dieba pada HACKER tu.. kenapa.. kenapa.. kenapa.. waktu tu dieba rasa macam hilang segalanya.. segala penat lelah dieba bersama blog tu hancur begitu sahaja.. semuanya hancur.. dieba ingin sekali menangis tapi tiada daya.. tiada airmata yang dapat keluar.. yang ada hanyalah kehancuran hati dieba.. apa yang selama ni dieba usahakan orang tergamak menghancurkan nya dalam sekelip mata.. bertahun2 dieba menceburi diri didalam bidang blog.. bertahun2 dieba berusaha untuk berjaya walaupun tak siapa yang menyokong minat dieba terhadap blog ini.. tapi dieba tetap dengan pendirian dieba.. bila kita senang orang sesuka hati jatuhkan kita.. patutkah sesama manusia begitu.. setiap orang ada kelebihannya.. ada kekurangannya.. dieba sedar waktu itu dieba mungkin tidak kenali ramai seperti blogger2 lain tetapi bertahun dieba berusaha untuk mencuba menjadi seorang blogger yang berjaya.. tetapi mungkin bukan rezeki dieba.. dieba pun waktu itu telah berputus asa.. dieba lupakan impian dieba.. dieba lupakan dunia blogger dieba.. hati dieba retak.. retak sangat2.. dieba bawak diri.. dan tutup pintu hati..

    Esoknya , dan hari2 seterusnya dieba mulakan rutin harian dieba.. semuanya harus dilupakan.. kenangan pahit.. semuanya dieba buang jauh2.. biarlah usah diingat.. kelak merana lagi.. tibe2 dieba teringat untuk check fb dieba.. mana tahu adik azira dah app dieba.. tapi die masih tidak app dieba lagi.. mungkin die masih belum sihat lagi.. dieba terus sms die bertanya khabar.. lama dieba menanti jawapan.. akhirnya terjawap jua.. sms diterima daripada azira.. alhamdullilah keadaan die pun makin sihat.. kami selalu berhubung melalui sms.. bertukar2 ubat.. pendapat tentang sakit ni.. macam2 lagi lah.. huhuhu.. setiap hari dalam banyak2 perkara yang dieba lalui sepanjang hari.. fikiran dieba tetap ingat pada insan misteri itu.. setiap hari bila dieba on9 dieba pasti lihat dia.. memang tiada siapa yang nampak.. mula2 hanya curi2 lihat die.. lama2 beranikan diri add die.. tapi sebenarnya dalam masa yang sama dieba takut kalau2 permintaan rakan itu ditolak.. hurmm.. tak mengapalah.. tunggu sahaja jawapannya.. diterima ataupun tidak.. apa2 pun dieba redha..

    Setiap hari habiskan masa di fb , pun bosan jugak kalau tidak berbuat apa2.. tibe2 ada diantara adk angkat dieba masukkan dieba kesebuah group ni.. nama group tu GROUP LUAHAN HATIE.. wah nama group ni terbaiklah.. macam tahu2 je ada yang dieba nak luahkan.. dieba luahkan tentang betapa bencinya dieba pada seseorang yang bergelar HACKER.. waktu itu perasaan dieba tersangat2 benci.. macam2 yang dieba luahkan.. bila sepanjang hari dieba berada didalam group itu macam2 orang yang dieba temui.. bermacam2 ragam orang meluahkan isi hatinya.. ada yang baik , ada yang buruk , ada yang sedih , ada yang gembira.. tetapi sungguh dieba tak sangka , kalau lah dieba tahu ada bencana yang akan memporak perandakan hidup dieba berada didalam group tu.. dieba takkan sesekali berada didalam group tu.. tidak akan.. tidak dan tidak.. memang pada mulanya kebahagiaan bersama dieba tetapi itu semua hanya sebentar.. hanya seminggu sahaja mampu bertahan.. hari2 seterusnya.. kehancuran mula menghantui hidup dieba.. sungguh tak disangka.. kasih yang diharapkan rupanya racun berbisa.. hari demi hari kesakitan demi kesakitan mula beraja dihati.. airmata berlinangan.. setiap hari tanpa henti.. dugaan demi dugaan datang berganti.. tetapi dalam  derita rupanya ada sinar menyinari.. ada dua orang manusia yang dieba tidak sangka akan menjadi dua orang yang terpenting dalam hidup dieba kini.. FYDA & EYLA.. fyda adalah wanita yang senasib dengan dieba.. diwaktu awal perkenalan fyda seperti musuh yang dieba anggap cuba menghancurkan kebahagiaan dieba tetapi ternyata dieba salah.. bukan die tapi dieba yang menghancurkan hidup die.. kalau lah dieba tahu begitu jadinya.. dieba takkan sesekali membuat kesilapan buruk itu dalam hidup dieba.. dieba bukan PERAMPAS HAK ORANG.. dieba bukan.. tidak cukup dengan  kemunculan fyda.. ramai lagi wanita2 yang datang silih berganti didalam kehidupan LELAKI itu.. lelaki yang tidak pantas digelar lelaki oleh kami semua mangsa2 die.. paling penting lelaki itu tidak layak dicintai oleh kami semua.. tapi ALLAH itu maha adil.. setiap kelukaan kami semua akhirnya terbalas jua.. sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh jua lelaki itu.. dieba dan fyda selalu cakap , langit itu tidak selalunya tinggi sampai masa jatuh jua.. sekarang die terjatuh.. bila buku betemu ruas begitulah jadinya.. bila sedang asyik mempermainkan perasaan perempuan  yang cintakan die waktu itu.. perempuan tu sebenarnya pun bermuslihat sama seperti die.. saling mempermainkan perasaan sesama sendiri.. kan dah kena.. nampak kan ALLAH BAYAR CASH.. itulah yang selalu FYDA katakan pada die.. apa yang dieba alami sebab lelaki itu tidak seteruk apa yang lelaki itu buat pada FYDA.. derita fyda lebih teruk lagi daripada dieba dan perempuan2 yang lain.. dieba dapat bayangkan betapa sakitnya hati fyda... dieba tahu dieba tidak mungkin boleh jadi setabah fyda.. tapi dieba tahu apa yang selama ini fyda bagitahu pada dieba tentang deritanya sejak die kenal lelaki itu memang sakit.. kalau dieba ditempat fyda dieba pasti lebih teruk lagi.. tapi itu semua cerita lalu.. fyda dan dieba telah lama buang lelaki itu daripada hidup kami.. fyda bertahun2 dengan lelaki itu.. dieba hanya mampu menahan derita selama 4 bulan.. dan sepanjang 4 bulan itu hidup dieba hanya berendam airmata.. banyak kelukaan yang dieba nampak.. cukuplah derita itu.. sebab itu dieba tamatkan.. dieba tak sanggup lagi terus diperbodohkan oleh lelaki itu.. dan hidup baru perlu diteruskan.. tanpa CINTA.. biarlah cinta itu datang sendiri mengikut kehendak ALLAH.. in shaa allah ada bahagia buat dieba.. cuma entah bila..

    Disebalik kisah ini , dieba bertemu dengan seseorang yang dieba gelarkan sahabat baik @ bff.. EYLA.. kawan yang dieba kenali disebuah group radio.. perkenalan demi perkenalan akhirnya menjadikan kami sahabat.. sejak munculnya die , pada die dieba luahkan.. dieba senang berbicara denganya.. die seorang sahabat yang memahami.. sahabat yang ada dikala dieba perlukan.. yang mempertahankan dieba sewaktu dieba dipermainkan.. dieba nampak sendiri bagaimana die mempertahakan dieba.. itu barulah sahabat sejati.. yang layak digelar bff.. yang menangis bersama.. senang bersama.. sahabat yang banyak memberikan dorongan.. kekuatan untuk dieba bangkit kembali menjalani hidup setelah kecewa.. dan tidak seperti LELAKI itu yang selama ini dieba anggap bff , hilang begitu sahaja bila senang.. bila susah baru nampak batang hidung.. begitu ke bff ? ternyata dieba tersilap pilih kawan.. betul cakap adik selama ni.. die tak layak jadi kawan dieba.. die hanya mempergunakan dieba selama ni.. mempergunakan kelemahan dieba.. yang selalu ada bersama die diwaktu die susah.. dibuang.. dicerca.. dipandang rendah tetapi bila senang terus lupa pada dieba.. selama ni banyak yang dieba dengar tentang die.. tetapi satupun dieba tidak pernah ambik kisah.. dieba lebih percaya pada die.. tapi ternyata kebaikan dieba dibalas seperti sampah.. biarlah.. apa yang dieba tahu kini.. biarlah die hidup dengan cara die.. jangan dicari dieba lagi.. cukup sudah segala pembohongan yang dibuatnya.. cukuplah derita juga yang dibalas atas semuanya.. dieba dah tak nak menangis lagi sebab orang yang tak reti menghargai dieba.. sedangkan dieba tidak pernah minta dibalas balik semua kebaikan dieba.. sekali pun tidak pernah minta.. lama sudah dieba halalkan semuanya.. kesakitkan dalam hati pun dieba telah halalkan.. tapi tolong jangan muncul dalam hidup dieba lagi.. pergilah.. dieba tak sanggup terus dibohongi lagi.. lagipun kini sudah terang lagi bersuluh.. siapa die semuanya dieba dah tahu.. jadi usahlah nak teruskan sandirawa lagi.. sebab semuanya sudah terbukti..

    Tibe2 terasa tangan ni terlalu penat untuk meneruskan cerita ini.. jadi dieba ingat dieba nak stop dahulu.. mungkin  ada sambungannya yang ketiga nanti.. in shaa allah.. sama2 lah nantikan ye.. apa2 pun dieba nak ucapkan terima kasih sebab sudi membaca kisah2 dieba.. dan kepada sesiapa yang tidak membaca kisah sebelum ini anda semua boleh membaca entry yang tertera dibawah ini..

    Sebelum mengundur diri , dieba ingin berpesan kepada anda semua.. bila kita bercinta janganlah kita semua mempemainkan perasaan orang yang cintakan kita.. jangan pernah mengkhianati mereka.. paling penting jangan kerana seseorang yang khianati kita , kita sanggup mempermainkan orang lain.. kita buat hal yang sama seperti orang tu buat kat kita , macam tu ke yang sepatutnya kita buat.. orang berfikiran pendek selalu sahaja buat hal yang salah.. macam yang lelaki itu buat pada kami , mangsa2 die.. disebabkan perempuan yang die cintai dulu tinggalkan die sebab lelaki lain , die berdendam dengan perempuan dan bersumpah untuk mempermainkan perasaan perempuan.. die buat kami macam tu.. dieba tak tahu berapa banyak perempuan2 dekat luar sana yang dipermainkan cintanya oleh die , tapi yang dieba tahu cara yang die buat itu salah.. dalam setandan pisang tak semuanya busuk , dalam banyak2 manusia tak semuanya jahat.. kita tak boleh menghukum orang lain diatas kesilapan orang lain.. dan dalam persahabatan pula.. bila kita bersahabat.. kita memang harusnya lebih memilih.. kita harus lihat mana yang layak bergelar sahabat dan mana yang tidak..  kita bersahabat kita mengharapkan keikhlasan dan bukannya penipuan.. tetapi kalau anda semua jumpa ciri2 seperti apa yang dieba lalui , sebaiknya anda semua putuskan lah mana yang patutnya anda harus lakukan.. kerana sahabat seperti itu tidak layak menjadi sahabat..

    jangan menjadi "SAHABAT SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT.. " , nanti terkena batang hidung sendiri.. diri sendiri juga yang merana.. dan segala apa yang dieba dipostkan bukannya niat dieba untuk memburukkan sesiapa tetapi dieba sekadar memberikan peringatan sesama kita semua.. kita hidup dalam dunia ini bukannya sesuka hati kita boleh mempermainkan hidup orang.. sekarang mungkin kita kenakan hidup orang.. esok lusa.. orang kenakan kita balik.. samalah macam mereka2 itu.. selama ni hidup mereka diatas.. tetapi sekarang.. semuanya terbalik.. fikirlah mana baik dan buruk bagi kita semua.. assalammulaikum.. semoga bertemu lagi.. selamat malam..

    p/s: didalam dieba menangung derita.. dieba lihat fb dieba di APP.. tapi waktu itu dieba tidak boleh berbuat apa2.. tetapi perasaan dieba tidak pernah padam.. perasaan itu wujud lagi.. cuma waktu itu mungkin dieba tersilap pilih.. kalaulah dia sampai awal sedikit pastinya dieba tidak perlu melalui derita itu.. tetapi semua yang terjadi ini telah tertulis.. dieba hanya mampu menjalaninya.. redha..
    Continue Reading

                                           

    Assalammulaikum w.b.t , selamat berhujung minggu buat semua.. kemanakah anda semua pada hari minggu ini ? adakah mengabiskan masa bersama keluarga , rakan2 ataupun insan tersayang.. walau dimana sahaja anda berada dieba berharap anda sentiasa didalam keadaan yang baik2 sahaja.. in shaa allah.. kalau ditanya dieba saat ini pastilah dieba sedang berada dihadapan laptop yang saban hari menemani dieba sentiasa serta tidak lupa juga TEDDY yang tersayang.. yang sentiasa berada disisi dieba.. serta tidak lupa juga insan yang tersayang yang sentiasa berada dihati.. mak , abah , adik2 , serta si dia.. dan jikalau laptop dan juga teddy tiada disisi dieba pastinya hidup dieba akan lebih sunyi lagi.. mengapa dieba katakan sunyi ? sebab hidup dieba memang sentiasa sunyi.. setiap hari bermacam2 cara dieba akan lakukan untuk mengurangi kesunyian itu tetapi segala apa yang dieba buat semuanya tetap sunyi.. biarlah kalau begitu suratan nya.. kesunyian ini akan tetap berada bersama dieba.. takdir.. walau apa2 pun terima sahajalah dengan hati yang terbuka.. :)

    Hari ini , adalah hari bahagia buat dieba.. nak tahu kenapa ? sebab hari ni genap setahun selepas dieba membuat penbedahan JANTUNG BERLUBANG & INJAP BOCOR.. 20 januari 2012 , hari itu adalah hari dimana segalanya bermula.. sebuah perjalanan hidup yang baru.. samaada dieba masih layak atau tidak berada diatas muka bumi ini lagi ataupun tidak.. dan sejak jasad dieba diusung masuk kedalam bilik pembedahan itu , banyak bende yang dieba tinggalkan.. keluarga , kenangan pahit & manis serta bermacam2 lagi.. bila berada didalam bilik pembedahan , dieba banyak berfikir andai diberikan peluang sekali lagi , dieba  akan memperbaiki lagi diri dieba , dieba akan buang apa sahaja yang selama ini menyakitkan hati dieba.. semuanya harus diubah.. muktamad.. 

    Permulaan cerita ini.. 

    18 disember 2012

    bermula la detik bermulanya perjalanan baru dalam hidup dieba.. dan hari itu juga la hari yang dieba akan memulakan hidup baru ditempat baru.. nak tahu tak dimanakah tempat baru itu ? INSITITUT JANTUNG NEGARA a.k.a IJN.. tempat yang tidak mungkin dieba lupakan sampai bila2.. tempat kenangan terindah.. tapi sungguh tiada siapa yang sangka kan, dalam sakit ada lagi kesakitkan yang ada dalam diri.. dan dieba pun tak sangka dieba boleh dapat sakit lagi.. JANTUNG BERLUBANG & INJAP BOCOR.. ye itu la sakitnya setelah TIRIOD yang sehingga kini masih tak sembuh2 lagi.. tapi dieba tetap redha dengan sakit ini..  andainya masih tidak sembuh juga dieba tetap redha..

    Sepanjang dieba di hospital macam2 orang dieba jumpe, dieba kenali.. biasa lah da nama pun hospitalkan.. mestilah ramai orang sakit.. tapi dalam banyak2 orang dieba tak sangka boleh kenali seorang adik ni.. pertama kali die tegur dieba, tak sangka die nak tegur dieba.. dieba selalu tengok die dengar mak die.. die ni manje.. dieba suke tengok die.. nama adik ni AZIRA.. sebenarnya masa sebelum dieba masuk dalam wad lagi kami semua da kenal masa dekat ruangan menunggu.. masa tu dia dgn mak die duduk dekat sebelah dieba.. mak die tegur mak dieba.. mereka berborak2.. biasa la borak2 orang tua.. waktu tu dieba tak rasa  macam dieba ada kt situ.. sebab fikiran dieba tengah melayang2.. sebenarnya dieba takut nak duduk kt hospital.. sebab dieba takut nak jalani pembedahan.. sebab dieba belum bersedia lagi.. dieba takut sangat2, rasa macam nak lari je.. tapi bila tengok muka mak abah dieba batalkan hasrat tu.. sebab mak dgn abah nak sangat tgk dieba sihat.. dieba pun tak nak susahkan mak dgn abah lagi.. da la sanggup ambik cuti semata-mata nak antar dieba jumpe dokter setiap kali ada temujanji.. waktu dieba terasa sangat macam dieba tak berguna langsung.. sebab dari dulu selalu susahkan mak abah.. berapa banyak duit mak abah da habiskan untuk dieba.. dieba tahu banyak sangat.. tapi mak abah tak pernah berkira pun dgn dieba.. tapi dieba betul2 rasa dieba memang tak patut susahkan mak dgn abah.. kadang2 tu dieba nangis dalam hati.. biar takde siapa yang nampak.. kadang2 tu bila dieba tak larat nak nangis dalam hati lagi dieba nangis sahaja.. 

    Pukul 2 setengah petang , nama dieba dipanggil oleh seorang nurse ni.. dieba serta beberapa orang pesakit lain diminta mengikuti mereka untuk membuat pemeriksaan dan selepas itu kami semua akan dibawa ke dalam wad.. dan waktu itu la dieba berpisah dgn azira dan mak nya.. mungkin die masuk wad lain.. kalau la die masuk wad yang sama kan bagus.. yela ada la juga dieba kawan.. dieba ni kt luar tak reti nak berkawan.. biasa la pemalu la katakan.. hehehe.. pemalu la sgt kan.. tapi serius la dieba memang pemalu..

    Wad mawar , katil no 6.. itu la wad dan katil dieba.. tak sangka boleh dapat no 6.. dieba suka no 6 tu sebab tarikh lahir dieba 6 april.. terasa macam kebetulan pulak.. malam pertama di IJN, mata memang terlalu sukar untuk lena.. lebih2 lagi setelah mendengar kisah seram dari orang2 didalam wad.. cerita apa lagi cerita hantu la.. dan tak sangka la pulak, memang betul sebab dieba mak memang kena juga.. dieba ni sebenar daripada kecik2 dulu memang boleh nampak bende2 ni.. cuma bila da semakin dewasa ni makin kurang nampak.. tak tahu la sebab apa.. dan dieba betul2 tak sangka dieba boleh nampak disitu.. perasaan dieba waktu tu takut ada berani pun ada tapi perasaan tu macam da biasa.. tapi tidak la bagi mak.. mak kata masa mak tersedar daripada tidur, mak ingin bangun mencari dieba sebab mak kate mak tak nampak dieba tido kt katil tu.. mak kate pandangan mak seolah2 tertutup oleh sesuatu yang gelap.. tibe2 dieba dgr mak baca yassin.. serta merta bende tu pergi.. dieba tanya mak kenapa? mak kata mak tak nampak dieba tido, tu yang mak cemas tu.. dieba ckp dieba ada je.. mak yang tak nampak.. dieba nampak mak mencari2 dieba.. selepas semua itu berlalu mak suwo dieba sambung tido kembali..

    19 januari 2012

    Awal pagi bangun, mandi, sembayang, bekpes, makan ubat, baring balik, duduk balik, semuanya da.. tapi tetap bosan.. nak on9 pakai hp tapi macam mls pun.. tapi bosan.. bila da bosan, mula la muka sedih, nak g luar tgk tv malas.. lagipun da tentu2 ramai depan tv tu.. pastu mesti ramai orang tua2.. biasa la da nama pun wad orang DEWASA.. kalau semua nak tahu wad yang dieba duduk tu semua nya bercampur tau LELAKI & PEREMPUAN.. mula2 dieba pun tak faham kenapa boleh bercampur ni.. tapi biarlah asalkan dalam bilik dieba duduk ni semuanya perempuan.. nak tahu tak, dieba rasa dalam wad MAWAR ini dieba seorang je pesakit yang muda.. sebab yang lain semuanya tua2.. serius.. dan semua orang yang dalam wad tu macam tak percaya yang dieba ni ada sakit JANTUNG.. kalau semua tak percaya, dieba lagi la tak percaya.. tapi tetap kena percaya.. sebab memang terjadi..

    Setelah dokter datang melawat diwad dan berbincang tentang masa untuk lakukan pembedahan.. dieba diminta untuk mentandatangani borang persetujuan.. samaada dieba setuju ataupun tidak dengan pembedahan ini.. waktu tu lambat2 tangan dieba capai pen.. dalam hati nak ke tak nak.. fikir dieba, fikir.. buat keputusan.. kalau bukan untuk diri sendiri buat untuk mak abah.. mereka telah banyak berkorban untukmu dieba.. fikir masak-masak.. dieba pejam mata seketika.. bila dieba bukak mata ada wajah mak dihadapan.. ye, dieba pasti.. dieba ikut kata hati.. dieba tanda tangan.. sebab memang tanda tangan dieba yang diperlukan.. bukan tanda tangan mak atau abah.. selepas tanda tangan dieba da redha dalam hati, selepas ini apa yang terjadi dieba akan redha.. semua yang dieba buat hanya untuk mak dan abah.. hanya untuk mereka yang ingin lihat dieba sembuh.. selepas selesai sesi bersama dokter dieba serta pesakit2 lain yang akan menjalani pembedahan esok, kami semua dibawa untuk membuat pemeriksaan terakhir sebelum semua nya berlangsung esok.. waktu tu dieba rasa macam keseorangan sahaja.. tapi dieba tetap cuba untuk cekalkan hati.. tabahlah hati.. selesai semuanya kami semua balik wad.. sampai diwad dieba keletihan, niat hati ini nak tido sebentar  tapi dieba dikejutkan untuk mendengar ceramah tentang bagaimana nanti bila selepas pembedahan.. waktu tu mak pun ikut mendengar sekali.. selepas habis semuanya dieba diminta oleh nurse untuk turun kebawah balik untuk membuat ECO pula.. pagi tadi X-RAY.. pas habis buat ECO ingat boleh la naik untuk sambung tido.. tapi rupanya tidak, kena pergi bilik PHYSIOTHERAPY AND REHABILITATION DEPARMENT.. dekat situ dieba serta mereka diajar lagi untuk bagaimana nak bernafas selepas pembedahan itu.. kami masing2 diberi alat untuk bernafas.. memang susah rupanya nak bernafas selepas pembedahan.. macam2 kami belajar dekat situ semakin seronok pulak rasanya.. best sgt2.. sekurang2 nya dieba dapat lupakan rasa takut dieba.. balik ke wad, dieba ceritakan kat mak, dan tunjuk kt mak apa yang dieba dapat.. dieba fikir macam mana la agaknya nak bernafas selepas pembedahan itu.. berangan2 la dieba jawab nya.. macam2 dieba bayangkan.. sampai tergelak sendiri.. hehehe.. malam tu tibe2 dieba terasa nak on9.. dieba nk bagitahu tentang pengalaman dieba sepanjang kt IJN.. tapi dieba batalkan hasrat.. entah la rasa  macam malas tapi nak buat jugak.. hurm.. dieba pun on9 la fb sebentar.. guna hp ni lambat sikit loading die.. len la kalau hp dieba ni ade wifi.. leh la guna line IJN ni.. biasa la beli line tenet kan.. so sabar jela.. dieba hanya buat 1 status sahaja.. dieba buat yang ni malam terakhir dieba sebelum esok bermula la segalanya.. pembedahan akan berlangsung.. tak sampai beberapa minit ramai orang yang komen dan mendoakan yang terbaik buat dieba.. tak sangka rupanya ramai orang yang ingin lihat dieba sembuh.. terima kasih semua diatas doa2 itu.. terima kasih.. tak terbalas rasanya.. terima kasih lagi sekali..

    Selesai buat status tu, dieba off9.. sebab rasanya tak sanggup lagi nak berlama2 didalam fb sebab takut menangis.. biasa la dieba pasti nangis punya.. waktu tu dieba masih guna fb AIRMATA SEORANG ADIEBA lagi.. tapi tu dulu skrg tak lagi.. kul 9 setengah malam tibe2 ada tetamu datang melawat dieba.. cik din dan cik sari.. tak sangka acik2 dieba sanggup datang jauh2 dari shah alam ke sini selepas balik keje.. dan paling terharu nya acik bawakkan KFC untuk dieba.. banyak pulak tu.. acik din kata makan semua.. biar kenyang.. serius macam nk nangis.. pastu dieba on fb balik dan buat status.. pakcik dan makcik datang melawat, bawak KFC banyak sgt2.. pakcik suwo habiskan.. waktu tu hanya allah yang tahu.. betapa dieba tak sangka banyaknya orang yang sayangkan dieba.. terharu sungguh.. masa dieba tengah makan KFC , waktu tu dieba fikir mungkin ini kali terakhir dieba makan KFC.. dan sewaktu dieba tengah makan KFC, dieba teringat ketiga2 adk2 dieba.. apa dorang tengah buat.. da makan ke ? sht ke ? rindu dieba tak ? waktu tu dieba takut sangat kalau2 bila dieba sedar, dieba takkan dapat tengok dorang lagi.. dieba nangis dalam hati.. dieba pendam kesedihan sorang2.. biarlah orang nampak dieba senyum asalkan orang tak nampak dieba nangis.. malam tu dieba langsung tak boleh tido.. mata ni memang susah nak pejam.. dieba lihat mak yang sedang lena tertido dikerusi malas.. lama dieba tengok sampai tertido dengan sendirinya.. sehingga tak sedar ada airmata mengiringi..

    20 januari

    ******

    Sudah bersediakah diriku ? sudahkah ? lama dieba duduk termenung seorang diri, merenung sarapan yang terhidang.. roti kosong dan air milo.. perut terasa lapar tapi hanya mampu merenung sahaja.. lama ditenung makin lama jauh fikiran melayang2.. kata hati berkata ingat dieba, redha.. redha.. redha.. ye memang harus redha.. ikhlaskan hati merelakan segalanya.. air milo pun mulai terasa dibibir.. roti mula dimakan.. makan dan minum sambil tersenyum.. sementara menunggu detik pukul 12, dieba habiskan masa untuk menbaca majalah apo.. gelak2 dieba waktu itu tapi dalam hati menangis tu.. nangis sangat2 tapi tetap pura2 gelak depan mak.. pagi tu cik din datang lagi bawak 2 biji bantal.. dan bantal tu akan dieba gunakan bila dieba sedar nanti, tujuan nya guna bantal tu, bila dieba ingin terbatuk atau terbersin dieba harus peluk bantal tu kuat2.. itu la pesanan dokter.. ok dieba ikut je..

    Tengah hari pun tiba.. nurse datang bagi pakaian untuk masuk ke bilik pembedahan.. warna kuning.. uihhh takde kaler lain ke.. pink ke ? ade ke kuning.. nak tak nak dieba pakai juga.. first time pakai baju pembedahan ni nampak comel pulak.. ingat baru nak ambik gambar buat kenangan.. tapi tak sempat, orang2 dari bilik pembedahan da datang.. hurm.. waktu tu dieba mulai nk nangis.. tapi kawal lagi.. sewaktu baring diatas katil tu sambil katil disorong.. waktu tu memang da terbanyang macam2 da.. airmata tak usah cakap la.. memang nangis la.. tak peduli pun siapa yang nampak.. abg yang tolak tu pun senyum2 je.. biarlah die.. dieba tak kisah pun tentang die.. yang penting dieba nk nangis.. sampai ketingkat bawah dieba rasa nk bangun dan lari sahaja.. tapi mak kata jangan.. macam mak tahu2 pula apa yang ada dalam fikiran.. sesampainya didepan pintu masuk bilik pembedahan.. ada dokter bius datang berkata kepada mak.. dieba buat2 tak dengar.. biarlah.. hanya mak yang dengar.. tiba masa untuk dieba diusung masuk.. berkali2 dieba mintak maaf kt mak.. dieba mintak mak halalkan semuanya.. ckp kt abah adk2 dieba sayang semua.. dan dieba ingat perkataan terakhir dieba kt mak.. in shaa allah kalau dieba bangun kita semua jumpa lagi.. selemat tinggal.. pintu tertutup..

    12 setengah sampai 2 petang, dieba berada didalam bilik pembedahan sambil menunggu dokter2 yang akan menjalani pembedahan ke atas dieba sampai.. sementara menunggu tu, ade beberapa prang dokter yang buat apa pun dieba tak berapa nk faham sangat2.. ada yang pasang wayar dekat seluaruh badan dieba.. ada yang masukkan sejenis ubat lekat leher dieba.. dan masa ubat itu dimasukkan leher dieba sakitnya hanya allah yang tahu.. memang teramat sakit.. tak tahu dokter tu masukkan ubat tu pakai apa.. sebab rasa macam diketuk sahaja.. sampai menangis dieba dibuatnya.. lagi beberapa minit sebelum pembedahan bermula.. dokter bius pula menjalankan tugasnya.. waktu tu dieba terasa macam sesak nafas pun ada.. dieba tengok ramai orang dalam bilik tu.. dan perlahan2 pandangan dieba mulai kabur dan kabur.. lalu terpejam.. selepas terpejam dieba tak tahu apa yang terjadi kepada dieba.. yang dieba tahu sewaktu dieba buka mata dieba dengar suara orang baca yassin.. banyak sangat suara2 yang dieba dengar.. tibe2 dieba nampak mak.. nape mak baca yassin ? sapa yang mati ? selepas tu dieba mulai nampak wajah2 yang dieba kenali.. tibe2 dieab dengar suara mak panggil dieba.. tapi dieba tak larat nak jawab, pandangan pun samar2.. selepas itu dieba seolah2 terpejam semula.. mungkin tertido.. sepanjang tertido macam2 yang dieba alami, kisah itu dieba tidak ingin ingat kembali.. cukuplah derita itu..

    21 januari 
    ******
    pukul 9 pagi dieba di kejut oleh seseorang yang dieba tidak kenali.. siapakah perempaun itu ? dia memperkenalkan dirinya sebagai kak linda, jururawat yang bertugas menjaga dieba.. dieba kata skrg ni pukul 9 adik.. adik bangun ye.. lama da adik tido sejak semalam.. kami ingat adik tak bangun lagi.. masa tu dieba masih mamai2 lagi, pastu tibe2 rase dada ni sakit sangat.. nak gerak pun susah.. kenapa ni ? kak linda cakap semalam adik jalani penbedahan.. adik ingat tak ? perlahan2 dieba mulai ingat apa yang terjadi.. tapi chop chop chop , semalam ? makna nya da semalaman dieba tak sedar ? kak linda kata ye.. lama sangat adik tido, sampai dikejut pun adik tak bangun2.. nasib baik pagi ni adik bangun..

    YA ALLAH, syukur alhamdulillah dieba sedar.. dieba masih diberi kesempatan lagi untuk bernafas diatas muka bumi ini.. dieba ingat dieba da tiada lagi selepas dieba nampak semua orang baca yassin untuk dieba..

    Mata dieba mula tertutup kembali.. tapi dieba dikejutkan lagi oleh kak linda.. beliau nampak nya macam takut bila dieba tido lagi.. entah la rasa macam mengantuk pulak.. rasa macam nak tido sahaja.. mungkin kesan ubat bius ni terlalu kuat kot sampa dieba nak tido je.. kak linda bagi bagi dieba ubat untuk dimakan.. ubat muntah.. tak lama selepas tu kak linda suwo dieba keluarkan kahak sambil2 tu kak linda letak air apa entah dalam mulut dieba.., aduh macam mana ni ? susah nya.. da la tengah sakit, macamana nak buat ni ? fikir dieba fikir.. tiba2 tiba termuntah dekat muka kak linda.. fuh lega je rasenya.. tapi alahai ciannya kak linda.. tapi nasib baik kak linda guna penutup mulut tu.. kalau tidak memang kena la.. dieba pun mintak maaf kat kak linda.. kak linda kata takpe.. da biasa da.. biasa la adik, akak kan jaga orang sakit.. aah ye, tak ye jugak.. nasib baik tak kena marah.. tibe2 dieba macam nak terbatuk.. kak linda suwo peluk bantal tu cepat.. dieba pun peluk la.. lalu batuk, masa batuk tu YA ALLAH, sakitnya.. rupanya beginilah sakitnya.. bila batuk selepas dibedah.. sakitnya.. dieba tahan sahaja.. tahan dan tahan.. itu belum lagi bersin.. lagi sakit.. rase macam nak tertanggal jahitan dekat dada ni.. sakitnya.. kul 10, kak linda bagi dieba makan sarapan pagi dan makan ubat, selepas itu dieba diminta oleh kak linda untuk belajar bernafas mengunakan alat yang dieba dapat masa tu.. alat bantuan pernafasan.. betul tekaan dieba alat ini pun susah juga.. susahnya berlajar bernafas.. dan selagi dieba tak boleh bernafas dengan baik dieba takkan boleh kembali ke WAD..

    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    About Me

    press
    Deeba Adeeba
    Personal Blogger | Malaysian Blogger
    For any inquiry, e-mail me at adiebasukarman@yahoo.com

    Follow Us

    • facebook
    • twitter
    • instagram

    Nuffnang

    Like us on Facebook

    Followers

    ShoutBox

    Blog Archive

    • ►  2018 (2)
      • ►  Februari 2018 (1)
      • ►  Januari 2018 (1)
    • ►  2017 (42)
      • ►  Disember 2017 (7)
      • ►  November 2017 (7)
      • ►  Oktober 2017 (5)
      • ►  September 2017 (19)
      • ►  Ogos 2017 (1)
      • ►  Julai 2017 (1)
      • ►  April 2017 (2)
    • ►  2016 (42)
      • ►  Disember 2016 (1)
      • ►  November 2016 (4)
      • ►  Oktober 2016 (2)
      • ►  September 2016 (3)
      • ►  Ogos 2016 (13)
      • ►  Julai 2016 (3)
      • ►  Jun 2016 (3)
      • ►  Mei 2016 (2)
      • ►  Januari 2016 (11)
    • ►  2015 (55)
      • ►  November 2015 (1)
      • ►  Oktober 2015 (2)
      • ►  September 2015 (3)
      • ►  Ogos 2015 (1)
      • ►  Julai 2015 (4)
      • ►  Jun 2015 (16)
      • ►  Mei 2015 (16)
      • ►  April 2015 (10)
      • ►  Februari 2015 (1)
      • ►  Januari 2015 (1)
    • ►  2014 (110)
      • ►  Disember 2014 (1)
      • ►  November 2014 (12)
      • ►  Oktober 2014 (5)
      • ►  September 2014 (1)
      • ►  Ogos 2014 (1)
      • ►  Julai 2014 (11)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  Mei 2014 (12)
      • ►  April 2014 (24)
      • ►  Mac 2014 (22)
      • ►  Februari 2014 (13)
      • ►  Januari 2014 (3)
    • ▼  2013 (18)
      • ▼  Disember 2013 (1)
        • Alhamdulillah Kami Dah Tunang
      • ►  November 2013 (1)
        • 6 hari lagi
      • ►  Oktober 2013 (1)
        • Dieba Dah Tunang, Betul Ke?
      • ►  Ogos 2013 (1)
        • Alhamdulillah Setahun Sudah Akhirnya
      • ►  Julai 2013 (1)
        • Bersendirian Merawat Hati
      • ►  Mei 2013 (1)
        • Selamat Hari Ulang Tahun ( 9 Bulan )
      • ►  April 2013 (3)
        • Happy Bufday To Me
        • Selamat Hari Lahir Nenek
        • April Kembali Lagi
      • ►  Mac 2013 (3)
        • Selamat Hari Ulang Tahun ( 7 Bulan )
        • Dalam Hatiku Tiada Siapa Yang Tahu
        • Mac Tiba Lagi
      • ►  Februari 2013 (2)
        • Selamat Hari Ulang Tahun ( 6 Bulan )
        • Hari Yang Indah Bersama Mereka
      • ►  Januari 2013 (4)
        • Permulaan Hidup Yang Baru #2
        • Permulaan Hidup Yang Baru #1
    • ►  2012 (16)
      • ►  Disember 2012 (5)
      • ►  November 2012 (3)
      • ►  Oktober 2012 (4)
      • ►  September 2012 (2)
      • ►  Ogos 2012 (2)

    Populor Post

    • Hurts
    • Percuma 1 Scoop Baskin Robbins
    • Spicy Korean Burger Buy 1 free 1
    • Tips Sebelum Memakan Pisang
    • Wordless Wednesday | Pouch Bag Boroi

    Labels

    Giveaway Petua Sinopsis Novel Resepi Wordless Wednesday Tips Viral Diy Mutiara Kata Ulang Tahun Wedding Gold Coast Morib Happy Bufday Nuffnang Salam Jumaat Tonton Online Walimatulurus

    Total pageviews

    Created With By BeautyTemplates & MyBloggerThemes

    Back to top