Dieba Dah Tunang, Betul Ke?

12:50 PG


Assalammulaikum buat semua pembaca setia blogku.. alhmdulillah, akhirnya setelah lama memPRIVATEkan blog hari ni dieba aktifkan balik blog ni..

Hari ni dieba nak sharekan kisah tentang majlis PERTUNANGAN.. wah dieba dah ada STATUS TUNANG ORANG la.. hehehe.. betul ke? nak tahu kena baca sampai habis tau..

First sekali dieba nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua yang mengenali diri dieba yang mengucapkan selamat bertunang dan mendoakan yang baik-baik untuk dieba.. tapi sebenarnya ada kisah disebaliknya.. nak tahu, jom baca lebih lanjut lagi..

Sebenarnya kisah sebenarnya begini..

19 oktober 2013, 

Dieba sekeluarga , bersama nenek dan keluarga makcik dieba telah berangkat ke BATU PAHAT JOHOR , sebab ada majlis pertunangan kakak sedare dieba.. yaitu SITI SUFIA & RAJA NAIM.. hah , da tahu kan kisah sebenarnya.. hihihi.. kalau dieba yang tunang takkan la nak bertunang kat johorkan.. rumah kat sendiri kat BANTING ni pun ada kan.. takyah la merantau jauh-jauh..

Dieba sesaje je post gambar dieba dan barang-barang hantaran.. nak tengok apa reaksi mereka yang dieba kenali di dalam facebook & twitter.. tak sangka ramai pulak wish tahniah kat dieba.. tak kurang juga ada yang merajuk sebab dieba tak ajak mereka datang majlis pertunangan dieba.. huhuhu.. in shaa Allah andai ada jodoh dieba pasti jemput.. tapi awal-awal dieba nak mintak maaf andai dieba tidak dapat menjemput semua datang majlis pertunangan dieba nanti.. kalau boleh pertunangan dieba nanti dieba hanya nak buat secara sederhana dan tak nak diperhebohkan..

Macam ni lah, bagi dieba.. kalau boleh memang semahu-mahunya dieba hendak merahsiakan pertunangan dieba.. tapi rasanya agak sukarlah untuk zaman sekarang ni.. sebab macam mana ye nak terangkan.. kalau dieba nak terlalu merahsiakan pun , kalau tak beritahu orang yang rapat dengan kita "Contoh , kawan baik ataupun seseorang yang rapat dengan dieba" waktu tu maybe boleh mencetuskan sedikit masalah, salah faham, touching atau secara tak sengaja maybe kita akan mengecilkan hati orang atau melukakan hati mereka.. hah perkara macam ni yang dieba susah sangat nak elakkan.. tapi dieba berharap sangat andai ia nya takkan jadi seperti itu..

Papepun terima kasih pada yang mendoakan.. in shaa Allah andai ada jodoh kita bertemu lagi dientry seterusnya.. assalammualaikum.. terima kasih sudi baca entry kali ini..

You Might Also Like

0 ulasan