Pages

Dari Kacamata Seorang Wanita Official Blog

    • Home
    • Petua
    • Resepi
    • Giveaway
    • Tips
    • shop
    • travel
    • food


    Hasil carian imej untuk hiv test wedding



    Assalammualaikum..

    Hai semua.. apa khabar? deeba harap semuanya sihat la hendaknya..

    Sekejap je masa dah berlalu.. tahu tahu dah masuk bulan 12..

    Lama lak tak menulis lagi.. al-maklum lah busy dengan persiapan perkhahwinan..

    Act, minggu lepas deeba dan encik tunang baru sahaja berkesempatan buat ujian hiv..

    Hiv test ni wajib tau untuk dibuat, kalau tak tak boleh nikah..

    So nak tak nak memang wajib kena buat..

    Jadinya kami berdua pun ambik keputusan untuk buat hiv test di klinik kesihatan telok dato, banting..

    Seawal pagi kami pergi, sesampainya disana.. alahai, sekali test kit nya habis daaaa.. laaa pulak.. kata nurse kat sini minggu depan baru ada.. dan nurse kat situ suruh la kami pergi ke hospital dibanting pula..

    Nak dijadikan ceritanya pulak, bila sampai hospital banting.. nurse kat situ bagitahu yang kat situ takde buat hiv test.. hah, terkejut deeba.. yelah, nurse kat telok bagitahu lain.. nurse kat sini bagitahu lain.. lama lama pening kepala den..

    Kata nurse banting lagi, kenapa tak buat kat klinik kat telok?

    Dah pergi kat telok dah tapi test kit habis..

    Dah tu ada lak seorang nurse ni cakap, apa kata kamu pergi ke klinik kesihatan jenjarom.. kat sana pun ada..

    Dengan perasaan yang entah nak gambarkan kami pun bergerak la ke klinik kesihatan jenjarom..

    Dah sampai dan terus g tanya kat kaunter.. nurse tu cakap.. ada.. tapi pukul 2 petang..

    Tanjaaattt gegurl.. hahahaha..

    Aduhai, petang lak.. padahal waktu tu baru pukul 11 pagi..

    Nak tak nak kena datang balik nanti..

    So sementara nak menunggu pukul 2 petang tu kami pun ambik keputusan untuk ke jusco bukit tinggi klang.. nak usha usha@cuci cuci mata.. hahaha..

    Dah jalan pusing pusing 1 jusco tu pun rasa bosan lak.. sampai tak tahu nak pusing mana lagi..

    Sejujurnya, deeba tak suka la tempat tempat shopping ni.. rasa sesak.. rasa rimas.. sebabnya deeba ni bukan kaki shopping..

    Jadi masa jalan jalan tu pun deeba hanya pandang sipi sipi je..

    Encik tunang pun tahu yang tunang dia ni tak suka pergi tempat macam tu.. dia siap kata, selamat abg nanti.. dah kahwin nanti kita tak payah g shopping..

    Eh, eh apa lak.. orang tak suka shopping barang je.. tapi kalau bawak pi makan.. orang lak kaki makannya.. hantu makanan la katakan..

    Pukul 1, kami pun ambik keputusan untuk pergi ke klinik jenjarom kembali..

    Tapi, alahai.. encik tunang dah bawak kereta punya slow pun waktu lambat berjalan.. kami sampai pukul 1 setengah petang.. ada lagi setengah jam.. jadi kami pun pergilah minum minum dulu dekat kedai yang berdekatan dengan klinik..

    Lagi beberapa minit sebelum pukul 2 kami pun bergerak la ke klinik..

    Masuk je klinik takda la ramai sangat orang.. nasib baik.. deeba ni dah la malas nak menunggu lama..

    Encik tunang g kat kaunter dan nurse tu bagi borang untuk isi semua..

    Dah habis isi terus hantar kat kaunter balik.. ambik no giliran..

    Tunggu no dipanggil..

    No dah dipanggil terus g kaunter 6..

    Nurse tanya itu ini semua.. gelak ketawa semua ada.. huhuhu..

    Dah tanya itu ini semua nurse bagi lagi borang suruh isi..

    Alahai lagi banyak nak isi..

    Semuanya encik tunang yang tolong tuliskan.. sebab tunang dia ni malas nak menulis..

    Entahlah mood sekarang ni asyik nak malas je..

    Haihhh.. takmo malas boleh tak deeba? tengok la.. hahaha..

    Habis isi g lagi bagi kat nurse tu balik..

    Tunggu lagi, turn nak ambik darah..

    Nak tunggu tu yang malasnya.. padahal yang ambik test dengan kami hanya ada dua orang je.. mereka pun bakal pasangan pengantin gak seperti kami.. jadinya hanya 4 orang jela..

    Itu pun lambat nak habis..

    Haihh..  sabar deeba.. sabar..

    No dah naik, encik tunang yang masuk dulu.. kemudian deeba..

    Eeee.. seram lak tengok abg kena cucuk.. yela, tak pernah tengok dia kena cucuk..

    Dia dah selesai sampai turn deeba nak cucuk..

    Rasa tak adil lak, yela dia cucuk kat hujung jari.. deeba cucuk kat tempat lain..

    Kata nurse tu nak ambik darah untuk.. untuk.. apa entah nama bende tu.. lupa la.. huhuhu..

    Dah selesai ambik darah, kena hantar darah deeba tu kat bilik darah.. darah encik tunang takda lak tu dihantarnya.. pelik bin ajaib.. lantak la.. janji dah buat..

    Dah dapat keputusan darah tu.. okay semuanya.. tunggu turn lak nak jumpa doktor..

    Menunggu lagi..

    Haihh...

    Sabar..

    Dah jumpa doktor dan dah dapatkan borang hiv test tu semua.. dan semua okay dan tiada masalah.. akhirnya selesai juga urusan kami untuk hari ini..

    Bayangkan dari pukul 2 sampai pukul 4 baru habis.. lama tak? padahal memang tak ramai pun.. tapi nak buat macam mana.. dugaan semuanya.. yang penting semuanya dah selesai..  :)

    Alhamdulillah selesai 1 bab lagi..

    Next step, tunggu di entry seterusnya..

    Terima kasih sudi membaca kisah kali ini.. doakan agar semuanya berjalan lancar untuk kami ye..
    Continue Reading

    Senandung cinta dalam hati memahami ketakutanku
    Semakin kini aku merasakan waktuku smakin dekat
    Kidung malam menyaksikan janjiku padamu demi dia
    Petir mencekam menarik jiwa kita berdua merana
    Tiada yang bisa ku beri demi cinta hanya pengorbanan
    Walau tersiksa namun demi cinta bahagia aku rela
    Tak pernah ku bayangkan takdirku mengantarkan pada janji
    Menerima dan mungkin saat nanti aku harus relakan

    Andai takdir bisa berubah
    Kemanakah kita pergi?
    Kau pikir mudah menjadi aku
    Kau kira tak sulit jadi aku
    Mencintai dia lelaki yang sama pedihnya
    Sesungguhnya jiwa berderai tangis
    Membelah langit hitam sampai laut marah
    Antara ikhlas muhasabah cinta yang menjawab
    Cinta dan ibadah
    Cinta dan ibadah
    Tiada yang bisa ku beri demi cinta hanya pengorbanan
    Walau tersiksa namun demi cinta bahagia aku rela
    Tak pernah ku bayangkan takdirku mengantarkan pada janji
    Menerima dan mungkin saat nanti aku harus relakan
    Andai takdir bisa berubah
    Kemanakah kita pergi?
    Kau pikir mudah menjadi aku
    Kau kira tak sulit jadi aku
    Mencintai dia lelaki yang sama pedihnya
    Sesungguhnya jiwa berderai tangis
    Membelah langit hitam sampai laut marah
    Antara ikhlas muhasabah cinta
    Sesungguhnya jiwa berderai tangis
    Membelah langit hitam sampai laut marah
    Antara ikhlas muhasabah cinta yang menjawab
    Cinta dan ibadah
    Cinta dan ibadah

    Continue Reading

    Xperia Z3 smartphone comes in 4 stunning colours

    Assalammualaikum..

    Aku rasa aku jatuh cinta lagi..

    Oh tidak..

    Maafkan aku ye LENOVO S820, tak sengaja la hendak menduakan mu.. hehehe..

    Padahal sebelum ni dah jatuh cinta dengan XPERIA Z1, pastu dengan VIVO XSHOT lak dan yang terbaru ni XPERIA Z3..

    Entah la sejak bila aku minat pada bende bende ni semua.. kalau dulu aku setia sangat pada NOKIA X2 aku tu.. sampai tak nak pandang yang lain..

    Mungkin sebab arus masa kot..

    Ataupun trend sekarang..

    Disebabkan sekarang ni aku minat sangat pada hp sony, so aku pun req la kat Encik Tunang, yang nanti hantaran dia untuk aku.. aku nak dia hadiahkan aku hp sony XPERIA Z1, tapi rasa nya aku nak mintak tukar kepada hp sony XPERIA Z3 la.. rasa-rasanya dapat ke tidak..

    Hope dapat la, kalau tak terpaksa la aku kumpul duit beli sendiri..

    Doakan aku berjaya dapat beli ye..

    Continue Reading



    Assalammualaikum salam jumaat deeba ucapkan buat semuanya.. semoga kita semua beroleh keberkatan dihari yang dimuliakan ini.. aamiin..

    Marilah kita bersama-sama amalkan doa pemanis dan penyeri wajah ini bersama.. 
    Continue Reading

    Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



    Assalamualaikum w.b.t.


    KLIK BANNER UNTUK JOIN!

    CARA JOIN: 

    1. Buat satu entri bertajuk "SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI"
    2. Copy kod HTML yang disediakan di entri segmen. 
    3. Follow blog wawa.  *wajib*
    4. Tinggalkan komen anda di ruang komen bawah ini. 


    ALERT! 
    - Wawa akan update senarai peserta seminggu sekali iaitu hari Isnin. Setiap update dari wawa nanti beserta dengan link follow para peserta. So, nanti korang just klik link tu untuk follow peserta lain. 
    - Wawa akan check satu persatu okay sebab nak elak daripada orang ambil kesempatan lain. 
    - Sebarang pertanyaan, boleh PM wawa dekat sini Facebook . 


    Mohon korang semua dapat support wawa ye. Selamat bersegmen!

    Continue Reading
    Haaa!

    Holiday GiveAway by Sally Samsaiman dah masuk edisi yang keempat..Macam biasa la GA ni dibuat sempena untuk memberi penghargaan utk korang yang still datang blog Sally walaupun tuan blog dia tgh sibuk bercuti...So, siapa nak souvenirs daripada Korea..? Hehehe...Kalau nak, sila la ikuti syarat-syarat dibawah ye...

    http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/11/holiday-giveaway-by-sally-samsaiman.html

    Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 4)


    Syarat-syaratnya:
    1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
    2. Buat satu entry bertajuk Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 4).
    3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML
    4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
    5. Sally akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih 5 orang blogger ye...
    6. Segmen ini akan berlangsung dari 6th November 2014 - 16th November 2014 (11.59 pm waktu Malaysia)
    Continue Reading


    Perasaan paling indah bila anak kita genggam tangan kita.. anak kita sendiri..

    Aku selalu berharap agar peluang itu ada.. tapi bila mengenangkan sakit diri, aku takut.. hurmmm..

    Continue Reading

    Dear adibah, 


    Hanya kerana Allah beri dugaan kecil pada kau

     Kau dah nak menangis, tak terdaya, tak terkata, atau tak tertanggung 

    Jangan begitu, tapi buat begini.. jadi kuat.. jangan jadi lemah

    Kau pasti boleh laluinya, ingat pada mereka yang kau miliki 

    Ada mereka tinggalkan kau saat kau sakit

     Ada mereka tinggalkan kau saat kau memerlukan 

    Apa kau tak ingin lihat mereka bahagia adibah

    Ingin bukan 

    Jadi Bangunlah! 

    Bangkitlah! 

    Jangan berputus asa 

    At: Kampung Endah, 8:34 pagi
    Continue Reading


    Photo: Jom belajar bahasa isyarat org bisu :D <3

    Assalammualaikum semua..

    Jom sama sama belajar bahasa isyarat..

    Cer tengok gambar tu,

    Nampak senang kan, tapi susah..

    Dieba pernah belajar bahasa isyarat ini, tapi kemain berbelit belit..

    Dah tu abah dieba yang ajar.. lagi la susah.. kalau salah kena marah..

    Act, abah dieba tu mengajar bahasa isyarat tau..

    Jadi tu yang abah tahu tu.. pakar kot.. huhuhu.. 
    Continue Reading
    Assalamualaikum, Sebagaimana tajuk entry ni, saya nak adakan giveaway memandangkan exam dah habis and ada sedikit masa luang, maka terciptalah Giveaway Super Duper Awesome By Jaja
    Maka, saya rasmikan Giveaway Super Duper Awesome By Jaja ni. *tepuk*
    Moga ramai yang join GA ni yer ^_^


     HADIAH


    Hadiah Misteri 2x by Ruqaiyah
    Bloglist Ever x2 by Izwani
    Top up RM 10x2
    Small pouch bag 2x By Beba Ifa
    PVC Keychain 2x By Beba Ifa
    Review blog x1 By Hazimah
    Header x2 By Hazimah
    Goody Bag 2X by Tracey
    Sophie Nail Buffer 5 in 1 1X By Noyou
    Topup rm5 2X By Wawa
    Tasbih digital 2X By Wawa


    Tarikh 
     
    1/11/2014 - 1/12/2014

    Hantar link di entry ini sahaja
    Para sponsor juga dijemput join, 
    Oh ye, Sponsor paling banyak promote GA ni juga akan mendapat hadiah M.I.S.T.E.R.I
    Sila jujur ye, pastikan ikut semua syarat. Tapi, jika ada peserta yang tiada akaun-akaun seperti dalam syarat tu, sila abaikan. Harap JUJUR ye.
    Continue Reading


    Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 bermula pada jam 4.00 pe 11 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 11 November 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 552.90 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

    Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

    Syarat-syaratnya :

    1. Wajib Follow Blog Sponsor
    Diari Jejaka Hangat | Yun Sing | Ana Solehah | Syaza Raihanah | Iklil Syahmi | Idah Rashid | IanFaizal | Mar Mansor | Kathy R'bain | Shad | Ssurianah Yana | NurAlja | Aika Azizan | Budak Bandung Laici | Hunny Kitty | Si Tracey | Noryussyairah | Ida
    2. Wajib Like Fanpage Sponsor

           

    3. Follow Twitter + Instagram Sponsor
    Twitter : Follow @fandtastic  Follow @aerill_hassan
    Follow @narbana97

    Instagram :  Rexylla_Blogshop  Aerill_Hassan
    4. Tambah Google Plus Sponsor 
    +Mohamad Khairil  +ct fand 
    3. Buat entri bertajuk Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014
    4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
    5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI


    37 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 12 November 2014.

    Good luck!
    Continue Reading

    Assalammualaikum..

    Lama tak check akaun nuffnang sejak lama tak online guna lappy.. sekali pagi ini check masih tetap sama juga.. langsung tiada rezeki nak dapat cpuv dari nuffnang..

    Last hari itu pun adalah pada bulan april yang lalu.. wah lama tu.. agaknya mesti disebabkan aku ni jarang online kot.. sebab tu la tak ramai yang datang menyinggah kesini.. yeke? huhuhuhu..

    Nak buat macam mana, bila tengah ada masa nak menulis ada sahaja masalah yang tak dapat dielakkan.. so terhenti la penulisannya..

    Now sekarang ni bila tengah ada mood nak menulis, haihh.. kena kurangkan lak.. yela, nak kena buat persiapan perkahwinan lak..

    Banyak lak tu nak diuruskan.. dan paling penting borang permohonan nak kahwin tu..

    Haihh pening kepala duk fikir pasal kahwin ni..

    Ingat senang.. rupanya susah juga ye..

    Pening pening..

    P/s: Agaknya bulan ni dapat tak cpuv dari nuffnang? mana tahu rezeki orang nak kahwin ni.. huhuhu..



    Continue Reading

    Untuk mengubati bisul, bolehlah cuba mana-mana petua di bawah:

    1) Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Lakukan sehingga sembuh.

    2) Tumbuk beberapa ulas bawang putih hingga hancur. Tepek pada bisul dan balut dengan kain supaya tidak jatuh. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga bisul hilang.

    3) Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

    4) Kunyah daun sirih dan tepekkan pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh


    Continue Reading
    Giveaway Cuti Sekolah by JiwarOsak.Com
    Mari Sertai Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak.Com


    Hadiah Terkumpul
    Cash : RM 390
    Topup : RM 195
    Barangan : Tudung Pashmina x 1, Shawl x 2, Novel Sanctuaria x 1, Tudung Aidijuma x 1, Bantal Handmade x 2

    Terima Kasih kepada Sponser

    AbgferOz | MahaMahu | Yanty Lee | Afzal Sukasuki | Mawar Biru | Cik Pjaz | Ieta Mat Sa’ad | Mohamad Nasir | Yan Saflina | UmmiMama |Mohd Noor Shawal | Dila KazUha | Doktor Pemasaran | Helmi Julia | Nadia Johari | Suzlin Azreena Nordin| Nurul Syarafina II | Khaty Aiman| KyLe Kesha | Cik Yaya | Putery Memory | Edo Hayra | Delima Zamrud | Karen Nisa 

    Untuk menyertai Giveaway Cuti Sekolah anda boleh klik Banner atau SILA LIHAT SINI
    Continue Reading

    Segmen Awesome Blogger Bloglist bakal berlangsung dari 24 Oktober 2014 hingga 30 Oktober 2014. Tujuannya untuk mengumpul para blogger untuk disenaraikan dalam bloglist blog ini sambil berblogwalking ke blog para blogger. Semua yang join akan disenaraikan dalam bloglist 'AWESOME BLOGGER'.

    Syarat-syarat
    • Follow blog Invisible Note
    • Like facebook Invisible Note
    • Buat entri bertajuk Segmen Awesome Blogger Bloglist
    • Copy coding dalam entri INI dan publishkan
    • Copy URL entry dan pastekan di ruangan komen entry INI
    • Siap

    Tambahan (optional)
    • IM baru buat instagram, kepada yang sudi boleh follow instagram invisiblenote

    Semua blogger akan disenaraikan dalam bloglist dari bulan November hingga Disember 2014. Senarai peserta segmen juga akan disenaraikan dalam entry selepas tamat tarikh segmen. Berharap mendapat sambutan. Terima kasih semua :)

    credit to mialiana.com
    Continue Reading



    Assalammualaikum..

    Jika ditanya mengapa aku membisu untuk sekian lamanya dari dunia blog, ini adalah jawapanku..

    Tanggal 24 mei 2014 yang lalu adalah hari yang benar-benar buat ku terkaku,,

    Kehilangan insan yang disayangi benar-benar memeritkan hatiku..

    Sungguh perit..

    Siapa sangka dalam aku sedang menghitung hari bahagiaku aku telah kehilangan insan itu..

    Kehilangan arwah atukku..

    Secepat itu arwah atuk pergi..

    Memang takdir Allah, tiada siapa mampu menghalangnya..

    Sedangkan suatu saat nanti kita juga akan kembali kepadaNya..

    Entah esok, entahkan lusa..

    Bila bila masa sahaja..

    Seminggu sebelum harinya, arwah telah sakit.. tetapi waktu itu kami ingat ia hanya demam biasa.. sekejap baik sekejap tidak.. tetapi pada hari itu..

    Hari rabu, 21 mei 2014..

    Kami bawa arwah ke hospital banting dan arwah terus dikejarkan ke kecemasan.. waktu itu aku dah seram sejuk.. bagai ada sesuatu yang akan berlaku.. namun aku cuba bertahan..

    Arwah dipengsan oleh doktor.. kata doktor jantung arwah tidak boleh pam dengan sendirinya.. airmata mula bercucuran jatuh..

    Arwah terkena serangan jantung..

    Dari petang hingga ke lewat tengah malam.. aku dan juga ahli keluargaku berada dihospital.. masing-masing berkumpul disana..

    Kami bergilir-gilir masuk dibilik kecemasan..

    Sayu lihat keadaan arwah..

    Rasa macam nak gugur jantung ini..

    Airmata langsung tidak dapat diseka lagi..

    Biarlah mengalir..

    Lewat malam itu, aku pulang kerumah bersama sepupuku..

    Sampai kerumah langsung tidak dapat untuk lelapkan mata..

    Terfikir, apa akan jadi esoknya..

    Makcikku memberitahu bahawa arwah telah dimasukkan ke wad icu.. doktor hendak melihat perkembangan ubat yang telah diberi..

    Petang esoknya aku ke hospital..

    Maing-masing sedangkan berdoa dan berbincang..

    Arwah masih tidak sedarkan diri lagi..

    Ya Allah..

    Tiba-tiba aku terdengar orang-orang tua berbincang hendak membawa arwah balik.. kata doktor tidak ada harapan lagi.. ubat yang doktor beri tidak memberi apa apa kesan pada arwah..

    Arwah masih lagi koma..

    Silih berganti ke bilik icu bersama mereka..

    Hampir semua yang keluar dari icu menangis..

    Sebak melihat arwah yang terlantar tidak sedarkan diri..

    Bayangkan bila salah cucu lelaki arwah yang dah tentu-tentu sifat semula jadinya seorang yang garang menangis melihat keadaan arwah..

    Samapi turn aku untuk masuk keruangan icu,

    Arwah sedar..

    Seolah-olah ingin berkata sesuatu..

    Namun suaranya tersekat..

    Ya Allah..

    Menangis aku bila keluar..

    Masing-masing keluar masuk ke bilik icu..

    Sedang mereka menguruskan urusan untuk membawa pulang arwah, aku bersama 2 orang sepupuku bergegas untuk ke stesen keretaapi batu tiga shah alam untuk menjemput adik perempuanku daripada seremban..

    Didalam kereta aku menelefon tunangku.. memberitahunya bahawa aku ingin ke shah alam menjemput adikku..

    Dan tunangku pada ketika itu baru sahaja sampai dihospital..

    Talian dimatikan..

    Sepanjang perjalanan hujan lebat..


    Apakah ini..

    Ya Allah..

    Masing-masing melayan perasaan sendiri..

    Terdiam..

    Walaupun radio dionkan..

    Tunangku sms ku, katanya mereka semua sudah sampai kerumah membawa pulang arwah..

    Perasaan pada ketika itu makin susah untuk digambarkan..

    Perjalanan terasa lama..

    Sesudah adikku sampai kestesen keretaapi kami teruskan perjalanan kerumah arwah..

    Masing-masing masih kekal membisu..

    Semua kehilangan kata-kata..

    Perjalanan memang terasa lama..

    Entah mengapa..

    Akhirnya sampai juga dirumah arwah..

    Aku lihat tunangku dibawah rumah bersama abah dan sedare maraku yang lain..

    Aku hanya mampu tersenyum memandangnya..

    Sambil dalam hati berkata " Terima kasih sudi menemaniku "

    Aku berlalu keatas..

    Aku lihat arwah terbaring diruang tamu depan..

    Ramai mengerumuninya..

    Aku lihat dari jauh..

    Ingin sekali mendekati,

    Namun takut jika semakin deras airmata mengalir..

    Didalam hati berdoa tanpa henti..

    Moga disembuhkan dan dipanjangkan umurnya..

    Cuaca makin gelap, malam menjelma..

    Aku pulang kerumahku sebentar untuk mengambil apa yang patut..

    Tunangku menemaniku pulang..

    Tapi cuma sebentar.. dia terpaksa pulang dahulu..

    Aku mengerti..

    Malam itu aku kembali lagi ke sana..

    Aku harus tinggal disana..

    Ada cerita yang ku dengar, cerita yang kurang menyenangkan..

    Ingin sekali aku bercerita namun terhenti.. biarlah hanya kami sekeluarga yang tahu kisah itu..

    Kami bergilir-gilir menjaga arwah..

    Membaca yassin..

    Berdoa.. tanpa henti..

    Kami hanya ingin arwah sembuh..

    Menangis hati kami melihat arwah terbaring dikatil..

    Hari demi hari berlalu.. keadaan arwah masih tetap sama..

    Bergantung pada alatan bantuan pernafasan..

    Hanya Allah yang tahu perasaan kami sekeluarga waktu itu..

    Kami masih tak putus-putus berdoa agar arwah cepat sembuh seperti sediakala..

    Namun ternyata Allah lebih menyayangi arwah..

    Tepat pukul 5:20 minit petang, bersamaan hari sabtu 21 mei 2014..

    Arwah menghembuskan nafas terakhirnya dihadapan ahli keluarganya..

    Aku tiada disisinya saat itu, aku berada didapur.. bersama dengan perasaan sedih..

    Makcik sulungku yang khabarkan pada aku tentang pemergiaannya..

    Aku lantas berlari kehadapan..

    Melihat jasadnya yang tidak bernyawa lagi..

    Aku melihat semua menangis berpelukkan..

    Aku..

    Aku..

    Aku jua turut menangis..

    Aku cuba menenangkan emakku, yaitu anak pada arwah..

    Tapi aku jua perlu menenangkan diriku..

    Aku lari belakang, aku lantas menelefon tunangku..

    Aku waktu itu dia sedang sibuk bekerja..

    Tapi aku perlukan seseorang..

    Aku khabarkan padanya bahawa arwah telah tiada..

    Dia menyuruhku bersabar dan jangan menangis..

    Katanya dia akan datang bersama keluarganya malam nanti..

    Aku terus mematikan panggilan itu..

    Lidahku leku, bagai tiada lagi yang hendak dikatakan..

    Aku pergi kehadapan semula.. mereka masih menangis..

    Aku cuba untuk tidak terus menangis..

    Namun gagal..

    Rupanya beginilah perasaan sedih bila kehilangan insan tersayang..

    Sedih tidak terkata..

    Malam itu tunangku datang bersama keluarganya..

    Aku lihat wajahnya sayu..

    Aku tahu dia juga bersedih..

    Dan dia memahami apa yang aku rasakan..

    Aku bersyukur sangat dia amat memahami keadaan aku..

    Malam itu tidurku langsung tidak lena..

    Sekejap-sekejap terbangun..

    Semua ini bagaikan mimpi..

    Aku tidak percaya bahawa arwah dah pergi meninggalkan kami semua buat selamanya..

    Pagi 25 mei 2014,

    Ramai saudara mara, yang dekat yang jauh.. jiran-jiran mula datang menziarahi..

    Dan semua telah bersiap sedia untuk menguruskan jenazah arwah..

    Cucu-cucu lelaki arwah yang memandikan jenazah arwah..

    Setelah memandikan, seterusnya adalah mengkhafankan jenazah..

    Setelah hampir siap dikhafankan oleh yang ditugaskan untuk mengkhafankan..

    Ahli-ahli keluarga yang diminta untuk melihat jenazah arwah untuk kali yang terakhir..

    Selesai semua itu, jenazah arwah dibawa turun kebawah untuk disembayangkan..

    Aku lihat ramai orang dibawah,,

    Selepas selesai disembayangkan jenazah mula dibawa ketanah perkuburan..

    Aku hanya duduk dirumah menemani nenek dan juga mak..

    Namun aku duduk dihadapan seorang diri..

    Aku menangis..

    Semahu-mahunya..

    Biarlah..

    Aku hanya ingin meluahkan rasa melalui tangisan aku..

    Aku terlalu sedih..

    Kini, biarkan pun telah hampir 6 bulan berlalu.. aku masih tetap bersedih lagi.. mungkin orang nampak aku cuba untuk tersenyum namun hakikatnya dalam hati.. hanya Allah yang tahu..

    Kisah ini, masih ada lagi yang ingin aku tulis.. namun saat ini hati aku dibuai perasaan sedih.. laptopku mulai basah dengan airmataku..

    Biarlah aku berhenti dahulu menulis..

    Mungkin esok atau lusa, ataupun bila-bila akan aku sambung penulisanku..

    Al-Fatihah buat arwah atuk, Kamari B Ramli

    Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh.. Aminn..
    Continue Reading


    Assalammualaikum..

    Lama tidak bersua dilaman blog..

    Rindu, sungguh rindu.. rindu untuk menulis lagi..

    Bukanku tidak ingin menulis lagi tetapi ada hal yang tidak dapat untuk aku elakkan...

    Banyak hal yang terjadi..

    Banyak perkara yang membuatkan aku berhenti menulis untuk seketika..

    Ada kisah sedih yang berlalu..

    Sampai jemariku kaku untuk menulis..

    Aku perlukan waktu untuk menenangkan hatiku..

    Perasaaanku..

    Rasa sedihku..

    Dan lain-lain lagi,.

    Termasuklah hari perkahwinanku..

    Aku tangguhkan buat seketika..

    Tapi itu pada masa itu,

    Kini banyak yang harus aku lakukan..

    Hidup perlu diteruskan..

    Walaupun rasa sedih itu masih terpahat dalam hati..

    Namun aku harus redha..

    Redha melepaskan pemergiaannya..







    Continue Reading


    Aku, engkau, dia, kita dan mereka..

    Sama, cuma berlainan sifatnya..

    Sama sama manusia..

    Sama sama punya akal dan fikiran..

    Namun berbeza..

    Kadang kadang kita sependapat,

    Kadang kadang kita berselisih faham,

    Tapi itu kadang kadang..

    Dan bukannya selalu..


    Continue Reading

    Ada suatu perasaan yang lahir saat mendukungnya.. serta merta airmata mengalir dipipi.. 

    Naluri hati seorang wanita, susah untuk diramal.. 

    Kadang kadang menangis saat melihat sikecik.. 

    Kadang kadang hati gembira saat melihat sikecik tersenyum.. 

    Kau tahu, aku suka ada perasaan begitu.. 

    Tapi bila aku teringat balik kata kata doktor tentang penyakitku, aku berhenti tersenyum..

    Aku takut untuk berharap lebih lebih.. 

    Tapi aku juga manusia.. punyai impian untuk punyai keluarga sendiri.. 

    Tapi aku takut jika impianku takkan jadi kenyataan..

    Aku takut..

    Tapi dia selalu berkata, walau apa pun keadaan aku dia akan terima aku seadanya.. 

    Terima kasih bakal imamku.. 
    Continue Reading

    Assalammualaikum dan selamat pagi dieba ucapkan buat semuanya.. Rasanya masih tidak terlambat lagi untuk dieba ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin.. salam kosong kosong ye kawan-kawan..

    Sebenarnya pagi ini dieba rasa nak sangat menulis tapi tak tahu apa yang hendak ditulisnya.. Dan ketika dieba sedang mencari cari idea untuk menulis, dieba tengah mendengar lagu yang sedang pastinya akan membuatkan dieba menangis.. serius sayu sangat hati dieba tatkala mendengar lagu ini waktu pertama kali..

    Dan pastinya lirik lagu ini benar-benar buat hati dieba sayu sekali.. marilah kita sama-sama mendengar dan menghayati liriknya..




    Saat tiba nafas di ujung hela
    Mata tinggi tak sanggup bicara
    Mulut terkunci tanpa suara

    Bila tiba saat berganti dunia
    Alam yang sangat jauh berbeda
    Siapkah kita menjawab semua
    Pertanyaan
    Bila nafas akhir berhenti sudah
    Jatung hatipun tak berdaya
    Hanya menangis tanpa suara

    Mati tak bisa untuk kau hindari
    Tak mungkin bisa engkau lari
    Ajalmu pasti menghampiri

    Mati tinggal menunggu saat nanti
    Kemana kita bisa lari
    Kita pastikan mengalami
    Mati

    Mati tak bisa untuk kau hindari
    Tak mungkin bisa engkau lari
    Ajalmu pasti menghampiri

    Mati tinggal menunggu saat nanti
    Kemana kita bisa lari
    Kita pastikan mengalami
    Mati


    Continue Reading


    *Entri melekat dengan gam gajah sehingga malam RAYA*


    Hadiah MISTERI menanti TOP REFERRAL!
    Minuman Ephyra untuk yang bertuah!
    Novel pd yang bernasib baik!
    Topup pd yang lucky!
    Dan lain-lain hadiah untuk dimenangi.. 

    [Klik Banner untuk JOIN]


    GA ini bertepek di ...... dan disponsor oleh Azurah | Afiqah | Emi | Siti Nur Syahirah | AHR On9 Shope 


    Continue Reading

    Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk

    [KLIK BANNER UNTUK JOIN]

    HADIAH-HADIAH AWESOME :-
    TOPUP RM 5 - 6 PEMENANG
    TOPUP RM 10 - 2 PEMENANG
    PASHMINA - 3 PEMENANG
    **Hadiah akan ditambah sekiranya penyertaan melebihi 100 peserta**

    Tarikh Tamat :- 01.08.2014
    Continue Reading

    Assalammualaikum dan selamat pagi buat semua.. selamat bercuti deeba ucapkan buat yang bercuti dan yang bekerja selamat bekerja.. kerja bersungguh-sungguh ye.. dan selamat menyambut hari nuzul al-quran buat kawan-kawan semua.. dibawah ini dieba kongsikan serba sedikit tentang peristiwa berkaitan nuzul al-quran..

    Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
    ‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
    Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
    al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqanbererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
    Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
    ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

    sumber : JAKIM MALAYSIA

    Continue Reading


    Assalammualaikum kawan-kawan semua.. mari ramai-ramai memeriahkan giveaway ramadan syawal ini.. kalau nak join tekan sahaja banner diatas ye.. 


    Continue Reading

    Kita tidak mampu mengangkat senjata.
    Tapi kita mampu menadah doa..


    اللهم انصر دعواتنا وأنشر فكرتنا
    وبارك اخواتنا وألف بين قلوبنا 

    وارفع رأيتنا وحقق غايتنا
    ووفق مرشدنا ومراقبنا وقادتنا
    وأجمع في الجنة اخواتنا واخواننا علي سررمتقابلين .

    ربنا iزدنا علما نافعا وارزقنا فهما
    اللهم ارزقنا فهم النبيين وحفظ المرسلين 
    والهام الملائكة المقربين في عافية يا ارحم الراحمين
    اللهم افتح علينا فتوح العارفين وفقهنا في الدين
    اللهم الهمنا رشدنا وأعذنا من شر نفسنا
    رب اشرح لنا صدرنا ويسرلنا أمرنا 
    وأحلل عقدة من لساننا ويفقهواقولنا

    Berikan masa anda 1minit untuk aminkan doa untuk mesir, syria, palestin, iraq, afganistan dan negara2 Islam..
    Ya Allah! Ya Qahhar ! Ya Jabbar ! Ya Muntaqim ! Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami Di Gaza dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat.
    Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.
    Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.
    Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh-musuhMu.
    Ya Allah! tepatkanlah tembakan Senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.
    Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.
    Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.
    Ya Allah! tolonglah kaum muslimin yang terzhalimi di Mesir , Pelastine, Syria dan semua tempat.
    Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.
    Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yang Bersongkol dengan Zionis Israel+ Syiah dan Mustakbirin Amerika goncangkanlah dan hancurkan mereka.
    Ya Allah! cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.
    Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.
    Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.
    Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka Ya Allah!
    Kasihanilah saudara-saudara kami Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami, Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin..
    Continue Reading
    As-Salam

    [Sila Tekan Banner Diatas If Nak Join]

    GA Cash RAYA RM1000 by Emas Putih dianjurkan oleh Emas Putih dan di sponser oleh Emas Putih , Mahamahu , Mommy Lizz , Monolog , Kitepunye , Mimi , MyFavPerfume , AyuInsyirah , Nasibah , Iday , Liyana , Qasehgold , Boni Kacak , Macam2Produk , Scha , Lisa , BradoKapak , Conf Deb , Zul , Tya Salmid & The Vocket .



    Continue Reading

    Penantian adalah satu ujian,
    tetapkanlah ku selalu dalam harapan,

    kerana keimanan tak hanya diucapkan,
    adalah ketabahan menghadapi cobaan,

    Sabarkanlah ku menanti pasangan hati,
    tulus kan kusambut sepenuh jiwa ini,
    di dalam asa diri menjemput berkahMu,
    tibalah izinMu atas harapan ini,

    Robbi teguhkanlah ku dipenantian ini,
    Berikanlah cahaya terangmu selalu,

    Robbi hanya padamu ya doaku ini,
    Duhai tempat mengadu segala rasa diri.

    Continue Reading

    Click Banner Untuk Join!

    GIVEAWAY DUIT RAYA GEMPAK 2014 | AINAA ROSEBERRY | Giveaway ini dianjurkan oleh Ainaa Roseberry dengan kerjasama Mawar Khayalan dan  Fero Music. Malah juga di sponsor oleh beberapa blogger yang terkemuka seperti:


    Mohd Shakir Razali

    ZonCinta

    Jawatan Kosong Kerajaan Terkini

    Mastura Rara

    BroFami Sam

    Chinta Artie

    Yanty Lee

    Keyme Keymoo

    Ana Ahmad

    Nurul Aqidah Azahar

    Ida Baharum


    Giveaway ini akan berlangsung dari 2 Julai 2014(Rabu) hingga 20 Julai 2014(Ahad). Pemenang akan diumumkan 3 hari selepas GA ini tamat iaitu pada 23 Julai 2014.

    Continue Reading
     http://www.nile.com.my/page.php?cd=76


    Tarikh Tamat 21 july 2014


    Assalammualaikum, hai semua.. alhamdulillah hari ini dah 3 hari kita semua berpuasa.. macam mana puasa? harap-harap okay lah.. dan tiada yang ponteng puasa.. hihihi..

    Kali ini deeba nak join satu giveaway ini, yang dianjurkan oleh http://www.nile.com.my..  syarat-syaratnya pun simple sangat.. dan untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali pertama deeba joinkan diri dalam giveaway yang dianjurkan oleh nile.com.my ini.. harap-harap adalah rezeki dapat duit raya..

    Kalau ada rezeki untuk deeba menang duit itu nanti deeba nak beli hadiah raya untuk nenek deeba.. kenapa untuk nenek? sebab deeba sayang nenek.. deeba nak tengok nenek tersenyum lagi.. sejak arwah atok meninggal baru-baru ini deeba tengok nenek bersedih, memang nenek tak tunjuk depan orang ramai tapi deeba tahu nenek menangis dalam diam.. so deeba nak gembirakan nenek.. walaupun mungkin hadiah itu takkan boleh kembalikan apa yang telah tiada tapi sekurang-kurangnya deeba nak juga mencuba sampai nenek boleh tersenyum kembali..

    In shaa Allah jika ada rezeki..

    Berminat nak join juga? Klik Sini


    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    About Me

    press
    Deeba Adeeba
    Personal Blogger | Malaysian Blogger
    For any inquiry, e-mail me at adiebasukarman@yahoo.com

    Follow Us

    • facebook
    • twitter
    • instagram

    Nuffnang

    Like us on Facebook

    Followers

    ShoutBox

    Blog Archive

    • ►  2018 (2)
      • ►  Februari 2018 (1)
      • ►  Januari 2018 (1)
    • ►  2017 (42)
      • ►  Disember 2017 (7)
      • ►  November 2017 (7)
      • ►  Oktober 2017 (5)
      • ►  September 2017 (19)
      • ►  Ogos 2017 (1)
      • ►  Julai 2017 (1)
      • ►  April 2017 (2)
    • ►  2016 (42)
      • ►  Disember 2016 (1)
      • ►  November 2016 (4)
      • ►  Oktober 2016 (2)
      • ►  September 2016 (3)
      • ►  Ogos 2016 (13)
      • ►  Julai 2016 (3)
      • ►  Jun 2016 (3)
      • ►  Mei 2016 (2)
      • ►  Januari 2016 (11)
    • ►  2015 (55)
      • ►  November 2015 (1)
      • ►  Oktober 2015 (2)
      • ►  September 2015 (3)
      • ►  Ogos 2015 (1)
      • ►  Julai 2015 (4)
      • ►  Jun 2015 (16)
      • ►  Mei 2015 (16)
      • ►  April 2015 (10)
      • ►  Februari 2015 (1)
      • ►  Januari 2015 (1)
    • ▼  2014 (110)
      • ▼  Disember 2014 (1)
        • Checklist Wedding : Hiv Test
      • ►  November 2014 (12)
        • Lirik Lagu Cinta dan Ibadah
        • Jatuh Cinta Dengan Xperia Z3
        • Salam Jumaat
        • SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
        • Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 4)
        • Ku Impikan Perasaan Indah Itu
        • Kata Kata Buat Diri
        • Wordless Wednesday | Jom Belajar Bahasa Isyarat
        • Giveaway Super Duper Awesome By Jaja
        • Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014
        • Lama Tak Check Akaun Nuffnang
        • Petua Mengubati Bisul
      • ►  Oktober 2014 (5)
        • Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
        • Segmen Awesome Blogger Bloglist
        • Sebab Kehilanganku ( Bhg 1 )
        • Rindu Untuk Menulis Lagi
        • Aku, Engkau, Dia, Kita Dan Mereka
      • ►  September 2014 (1)
        • Aku Dan Sikecik
      • ►  Ogos 2014 (1)
        • Lagu Yang Sangat Menyentuh Hati
      • ►  Julai 2014 (11)
        • Giveaway Raya by Azyan Ramle
        • Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk
        • Salam Nuzul Al-Quran
        • GiveAway Ramadhan Syawal by Jaja Sutera
        • Pray For Gaza
        • Giveaway Cash RM100 by Emas Putih
        • Penantian Adalah Ujian
        • GIVEAWAY DUIT RAYA GEMPAK 2014 BY AINAA ROSEBERRY
        • Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  Mei 2014 (12)
      • ►  April 2014 (24)
      • ►  Mac 2014 (22)
      • ►  Februari 2014 (13)
      • ►  Januari 2014 (3)
    • ►  2013 (18)
      • ►  Disember 2013 (1)
      • ►  November 2013 (1)
      • ►  Oktober 2013 (1)
      • ►  Ogos 2013 (1)
      • ►  Julai 2013 (1)
      • ►  Mei 2013 (1)
      • ►  April 2013 (3)
      • ►  Mac 2013 (3)
      • ►  Februari 2013 (2)
      • ►  Januari 2013 (4)
    • ►  2012 (16)
      • ►  Disember 2012 (5)
      • ►  November 2012 (3)
      • ►  Oktober 2012 (4)
      • ►  September 2012 (2)
      • ►  Ogos 2012 (2)

    Populor Post

    • Hurts
    • Percuma 1 Scoop Baskin Robbins
    • Spicy Korean Burger Buy 1 free 1
    • Tips Sebelum Memakan Pisang
    • Petua Hilangkan Bau Hanyir

    Labels

    Giveaway Petua Sinopsis Novel Resepi Wordless Wednesday Tips Viral Diy Mutiara Kata Ulang Tahun Wedding Gold Coast Morib Happy Bufday Nuffnang Salam Jumaat Tonton Online Walimatulurus

    Total pageviews

    Created With By BeautyTemplates & MyBloggerThemes

    Back to top