Sebab Kehilanganku ( Bhg 1 )

Assalammualaikum.. Jika ditanya mengapa aku membisu untuk sekian lamanya dari dunia blog, ini adalah jawapanku.. Tanggal 24 mei 201...




Assalammualaikum..

Jika ditanya mengapa aku membisu untuk sekian lamanya dari dunia blog, ini adalah jawapanku..

Tanggal 24 mei 2014 yang lalu adalah hari yang benar-benar buat ku terkaku,,

Kehilangan insan yang disayangi benar-benar memeritkan hatiku..

Sungguh perit..

Siapa sangka dalam aku sedang menghitung hari bahagiaku aku telah kehilangan insan itu..

Kehilangan arwah atukku..

Secepat itu arwah atuk pergi..

Memang takdir Allah, tiada siapa mampu menghalangnya..

Sedangkan suatu saat nanti kita juga akan kembali kepadaNya..

Entah esok, entahkan lusa..

Bila bila masa sahaja..

Seminggu sebelum harinya, arwah telah sakit.. tetapi waktu itu kami ingat ia hanya demam biasa.. sekejap baik sekejap tidak.. tetapi pada hari itu..

Hari rabu, 21 mei 2014..

Kami bawa arwah ke hospital banting dan arwah terus dikejarkan ke kecemasan.. waktu itu aku dah seram sejuk.. bagai ada sesuatu yang akan berlaku.. namun aku cuba bertahan..

Arwah dipengsan oleh doktor.. kata doktor jantung arwah tidak boleh pam dengan sendirinya.. airmata mula bercucuran jatuh..

Arwah terkena serangan jantung..

Dari petang hingga ke lewat tengah malam.. aku dan juga ahli keluargaku berada dihospital.. masing-masing berkumpul disana..

Kami bergilir-gilir masuk dibilik kecemasan..

Sayu lihat keadaan arwah..

Rasa macam nak gugur jantung ini..

Airmata langsung tidak dapat diseka lagi..

Biarlah mengalir..

Lewat malam itu, aku pulang kerumah bersama sepupuku..

Sampai kerumah langsung tidak dapat untuk lelapkan mata..

Terfikir, apa akan jadi esoknya..

Makcikku memberitahu bahawa arwah telah dimasukkan ke wad icu.. doktor hendak melihat perkembangan ubat yang telah diberi..

Petang esoknya aku ke hospital..

Maing-masing sedangkan berdoa dan berbincang..

Arwah masih tidak sedarkan diri lagi..

Ya Allah..

Tiba-tiba aku terdengar orang-orang tua berbincang hendak membawa arwah balik.. kata doktor tidak ada harapan lagi.. ubat yang doktor beri tidak memberi apa apa kesan pada arwah..

Arwah masih lagi koma..

Silih berganti ke bilik icu bersama mereka..

Hampir semua yang keluar dari icu menangis..

Sebak melihat arwah yang terlantar tidak sedarkan diri..

Bayangkan bila salah cucu lelaki arwah yang dah tentu-tentu sifat semula jadinya seorang yang garang menangis melihat keadaan arwah..

Samapi turn aku untuk masuk keruangan icu,

Arwah sedar..

Seolah-olah ingin berkata sesuatu..

Namun suaranya tersekat..

Ya Allah..

Menangis aku bila keluar..

Masing-masing keluar masuk ke bilik icu..

Sedang mereka menguruskan urusan untuk membawa pulang arwah, aku bersama 2 orang sepupuku bergegas untuk ke stesen keretaapi batu tiga shah alam untuk menjemput adik perempuanku daripada seremban..

Didalam kereta aku menelefon tunangku.. memberitahunya bahawa aku ingin ke shah alam menjemput adikku..

Dan tunangku pada ketika itu baru sahaja sampai dihospital..

Talian dimatikan..

Sepanjang perjalanan hujan lebat..


Apakah ini..

Ya Allah..

Masing-masing melayan perasaan sendiri..

Terdiam..

Walaupun radio dionkan..

Tunangku sms ku, katanya mereka semua sudah sampai kerumah membawa pulang arwah..

Perasaan pada ketika itu makin susah untuk digambarkan..

Perjalanan terasa lama..

Sesudah adikku sampai kestesen keretaapi kami teruskan perjalanan kerumah arwah..

Masing-masing masih kekal membisu..

Semua kehilangan kata-kata..

Perjalanan memang terasa lama..

Entah mengapa..

Akhirnya sampai juga dirumah arwah..

Aku lihat tunangku dibawah rumah bersama abah dan sedare maraku yang lain..

Aku hanya mampu tersenyum memandangnya..

Sambil dalam hati berkata " Terima kasih sudi menemaniku "

Aku berlalu keatas..

Aku lihat arwah terbaring diruang tamu depan..

Ramai mengerumuninya..

Aku lihat dari jauh..

Ingin sekali mendekati,

Namun takut jika semakin deras airmata mengalir..

Didalam hati berdoa tanpa henti..

Moga disembuhkan dan dipanjangkan umurnya..

Cuaca makin gelap, malam menjelma..

Aku pulang kerumahku sebentar untuk mengambil apa yang patut..

Tunangku menemaniku pulang..

Tapi cuma sebentar.. dia terpaksa pulang dahulu..

Aku mengerti..

Malam itu aku kembali lagi ke sana..

Aku harus tinggal disana..

Ada cerita yang ku dengar, cerita yang kurang menyenangkan..

Ingin sekali aku bercerita namun terhenti.. biarlah hanya kami sekeluarga yang tahu kisah itu..

Kami bergilir-gilir menjaga arwah..

Membaca yassin..

Berdoa.. tanpa henti..

Kami hanya ingin arwah sembuh..

Menangis hati kami melihat arwah terbaring dikatil..

Hari demi hari berlalu.. keadaan arwah masih tetap sama..

Bergantung pada alatan bantuan pernafasan..

Hanya Allah yang tahu perasaan kami sekeluarga waktu itu..

Kami masih tak putus-putus berdoa agar arwah cepat sembuh seperti sediakala..

Namun ternyata Allah lebih menyayangi arwah..

Tepat pukul 5:20 minit petang, bersamaan hari sabtu 21 mei 2014..

Arwah menghembuskan nafas terakhirnya dihadapan ahli keluarganya..

Aku tiada disisinya saat itu, aku berada didapur.. bersama dengan perasaan sedih..

Makcik sulungku yang khabarkan pada aku tentang pemergiaannya..

Aku lantas berlari kehadapan..

Melihat jasadnya yang tidak bernyawa lagi..

Aku melihat semua menangis berpelukkan..

Aku..

Aku..

Aku jua turut menangis..

Aku cuba menenangkan emakku, yaitu anak pada arwah..

Tapi aku jua perlu menenangkan diriku..

Aku lari belakang, aku lantas menelefon tunangku..

Aku waktu itu dia sedang sibuk bekerja..

Tapi aku perlukan seseorang..

Aku khabarkan padanya bahawa arwah telah tiada..

Dia menyuruhku bersabar dan jangan menangis..

Katanya dia akan datang bersama keluarganya malam nanti..

Aku terus mematikan panggilan itu..

Lidahku leku, bagai tiada lagi yang hendak dikatakan..

Aku pergi kehadapan semula.. mereka masih menangis..

Aku cuba untuk tidak terus menangis..

Namun gagal..

Rupanya beginilah perasaan sedih bila kehilangan insan tersayang..

Sedih tidak terkata..

Malam itu tunangku datang bersama keluarganya..

Aku lihat wajahnya sayu..

Aku tahu dia juga bersedih..

Dan dia memahami apa yang aku rasakan..

Aku bersyukur sangat dia amat memahami keadaan aku..

Malam itu tidurku langsung tidak lena..

Sekejap-sekejap terbangun..

Semua ini bagaikan mimpi..

Aku tidak percaya bahawa arwah dah pergi meninggalkan kami semua buat selamanya..

Pagi 25 mei 2014,

Ramai saudara mara, yang dekat yang jauh.. jiran-jiran mula datang menziarahi..

Dan semua telah bersiap sedia untuk menguruskan jenazah arwah..

Cucu-cucu lelaki arwah yang memandikan jenazah arwah..

Setelah memandikan, seterusnya adalah mengkhafankan jenazah..

Setelah hampir siap dikhafankan oleh yang ditugaskan untuk mengkhafankan..

Ahli-ahli keluarga yang diminta untuk melihat jenazah arwah untuk kali yang terakhir..

Selesai semua itu, jenazah arwah dibawa turun kebawah untuk disembayangkan..

Aku lihat ramai orang dibawah,,

Selepas selesai disembayangkan jenazah mula dibawa ketanah perkuburan..

Aku hanya duduk dirumah menemani nenek dan juga mak..

Namun aku duduk dihadapan seorang diri..

Aku menangis..

Semahu-mahunya..

Biarlah..

Aku hanya ingin meluahkan rasa melalui tangisan aku..

Aku terlalu sedih..

Kini, biarkan pun telah hampir 6 bulan berlalu.. aku masih tetap bersedih lagi.. mungkin orang nampak aku cuba untuk tersenyum namun hakikatnya dalam hati.. hanya Allah yang tahu..

Kisah ini, masih ada lagi yang ingin aku tulis.. namun saat ini hati aku dibuai perasaan sedih.. laptopku mulai basah dengan airmataku..

Biarlah aku berhenti dahulu menulis..

Mungkin esok atau lusa, ataupun bila-bila akan aku sambung penulisanku..

Al-Fatihah buat arwah atuk, Kamari B Ramli

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh.. Aminn..

You Might Also Like

4 ulasan

  1. sy dah lalui semua ni. atuk nenek sume dah takde.
    alhamdulillah, diberi peluang menjaga kesemua arwah ketika arwah sakit.

    takziah deeba.
    semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
    Al-fatihah.

    BalasPadam
  2. Takziah cik deeba... sabarlah ye...

    BalasPadam

Flickr Images