Happy Bufday To Me

Alhamdullilah dua hari telah berlalu selepas hari ulang tahun kelahiran dieba yang ke 25 tahun.. dah TUA nampaknya diriku ini.. TUA-TUA p...


Alhamdullilah dua hari telah berlalu selepas hari ulang tahun kelahiran dieba yang ke 25 tahun.. dah TUA nampaknya diriku ini.. TUA-TUA pun still muda lagi tau.. hehehe..

Terima kasih dieba ucapkan buat semuanya terutamanya seluruh keluarga yang tersayang.. keluarga bakal mertua.. kawan2.. adik2 dan semua nyalah..  diatas ucapan-ucapan doa buat dieba.. doa-doa korang semua amat dieba hargainya.. terima kasih sebab sudi menghadiahkan ucapan dan doa buat dieba..

Dan tak lupa juga buat BFF dieba , EYLA sebab buat suprise sangat2 kat dieba.. dieba pun tak sangka akan dapat kejutan yang macam tu.. menghilangkan diri sepanjang hari semasa bufday dieba sabtu lepas.. sampai buat dieba tertanya2 apakah KESALAHAN yang telah dieba lakukan.. sedih memang sedih.. yela sebab kita tak tahu apa salah kita.. dan tiba2 sahaja dia jadi begitu.. siapa yang tak sedih kan.. tapi rupanya itulah rancangan nya sebenarnya.. memang sengaja dia lakukan untuk buat kejutan untuk dieba.. beberapa minit sebelum tamatnya hari lahir dieba eyla call.. memberitahu rancangan sebenarnya dan ucapkan selamat hari lahir buat dieba.. dia nak jadi orang terakhir yang ucapkan HAPPY BUFDAY kat dieba.. ya benar benar dia orang terakhir yang ucapkan buat dieba untuk sepanjang hari itu.. tapi itulah kejutan dari eyla.. seronok jugak rasanya bila terima kejutan dari seorang sahabat.. terima kasih DEAR..

Tapi rupanya bukan itu sahaja kejutan yang akan dieba terima.. ada lagi esok nya.. dari seseorang yang telah buat dieba rasa seperti DIHARGAI sebagai seorang yang penting dalam hidup seorang lelaki.. dieba terima hadiah hari lahir yang betul2 dieba tak sangka yang dieba akan dapat.. first sekali dieba dapat KEK HARI JADI.. pertama kalinya dalam hidup dieba dapat KEK dari orang yang dieba SAYANGI.. yang kedua pula adalah sesuatu yang dieba paling terkejut sekali.. dan tak mungkin dieba akan lupa apa yang telah dia buat untuk bahagiakan dieba..walaupun pada mulanya dieba telah DITIPU oleh dia.. kata nak bawak pergi jumpa anak buah tapi sebenarnya jumpa apa yang dieba nak sangat2 jumpa.. bila dieba diberikan peluang untuk bertemu dengan keluarga dia.. dia betul2 buat dieba bahagia.. dieba tak jangka akan dapat hadiah hari lahir pada usia ke 25 tahun ni.. jujur dieba memang tak sangka.. apatah lagi hadiah yang betul2 bermakna buat dieba.. sesungguhnya bukan hadiah yang dieba perlukan tapi yang dieba perlukan adalah KASIH SAYANG & DIHARGAI.. dia kenal siapa dieba.. dia tahu apa yang dieba nak.. tapi apa yang dieba nak sebenarnya adalah dia jadi diri sendiri.. itu salah satu hadiah yang dieba nak daripada dia.. jadi diri sendiri dan tak perlu jadi apa yang dieba nak.. sedangkan dieba boleh terima dia seadanya..

Bila dapat bertemu dengan keluarga dia.. dieba rasa bahagia sangat2.. keluarga dia baik sangat.. peramah dan mesra.. terutamanya mak , eya , wan su , angah , si kecik comel tu , poksu , nabila.. dieba dah lama tak rasa gembira dan bahagia macam tu.. bila tengok semua keluarga dia layan dieba dengan baik.. rasa macam keluarga sendiri dah.. walaupun mula2 dieba agak malu sikit.. yela maklumlah itu first time dieba jumpa keluarga dia.. tapi lama2 in shaa allah dieba boleh biasakan diri.. lagipun dorang semua boleh terima dieba jadi sebahagiaan keluarga mereka.. so dieba kena la pandai sesuaikan diri.. papepun dieba rasa bahagia sangat2.. jujur dan ikhlas dari hati dieba bahagia dengan dia.. dan dieba berharap sangat2 bahawa kebahagiaan ini akan berkekalaan sampai bila2.. 

Hari ulang tahun yang ke 25 tahun ini akan tetap dieba abadikan dalam ingatan dieba sampai akhir hayat.. selain keluarga dieba yang buat dieba bahagia.. dieba dapat jumpa bakal keluarga baru dieba.. kedua2 keluarga dieba sayang sangat2..

Nota:Sabtu ( 6 april ) itu juga dieba ada ikut keluarga dieba pergi ke shah alam.. ade kenduri kawin.. nak tahu tak masa dieba tengah makan itu dieba dengar MC tu cakap macam mana kedua-dua pasangan pengantin itu bertemu.. serius indah sangat kisah cinta mereka.. bertemu secara tidak sengaja.. lalu jatuh cinta.. banyak halangan yang mereka tempuhi bersama.. susah senang hadapi berdua.. mereka bernikah pada 5 april , pada hari yang sama hari ulang tahun pengantin perempuan itu.. bestnya kawin pada hari ulang tahun kelahiran.. sweetnya.. jujur sewaktu itu juga dieba rasa nak menangis.. kalau lah dapat hadiah hari lahir macam itu kan.. kalaulah kan :)

You Might Also Like

0 ulasan

Flickr Images