Selamat Hari Ulang Tahun ( 7 Bulan )

1:00 PTG

Ku panjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana telah memberikan ku kebahagiaan yang selalu aku dambakan daripada seseorang yang tulus menyayangiku.. menerima setiap kekuranganku.. menerima setiap kesakitan yang ada padaku.. aku bersuyukur sangat2 kerana telah dipertemukan dengan dirinya yang bernama AHMAD SHARIFFUDDIN.. beberapa bulan yang lalu.. 18 ogos 2012.. tarikh bermulanya episod cinta kita berdua.. satu tarikh yang bermakna buat kita..

Kini tarikh 18 hari bulan tiba lagi.. setiap bulan pada tanggal 18 hari bulan itu adalah tarikh yang tidak mungkin akan aku lupakan.. aku bersyukur sangat2 sebab dipertemukan dengan seseorang yang telah buat hidup aku makin bahagia.. bertemu dengan seseorang yang tak disangka2kan.. telah buat segalanya berubah.. daripada episod kesedihan bertukar menjadi episod kebahagiaan.. terima kasih YA ALLAH kerana mempertemukan aku dan juga dirinya.. aku percaya takdir ALLAH jua yang mempertemukan aku dan juga dengan dirinya.. aku percaya pada kehendak takdir..

Selamat hari ulangtahun yang ke 7 bulan buat kita berdua.. terasa macam baru semalam kita berkenalan, berkawan dan seterusnya bercinta.. jikalau diizinkan ALLAH mungkin  sebentar sahaja lagi usia percintaan kita akan menginjak usia setahun pula.. in shaa ALLAH.. sama2 lah kita berdoa semoga ALLAH merestui setiap langkah perjalanan percintaan kita.. in shaa ALLAH jikalau panjang JODOH kita pasti akan bersatu..

You Might Also Like

0 ulasan