Dalam Hatiku Tiada Siapa Yang Tahu

8:45 PG


Entah mengapa hari ini aku rasakan hidup ini susah untuk aku duga.. mengapa ye ? bermacam2 persoalan yang bermain - main disegenap fikiran aku.. aku buntu.. aku.. aku.. aku.. entahlah.. ada sesuatu yang benar2 menganggu fikiran aku.. kadang-kadang aku  rasa dekat sangat dengan semua orang yang berada disekeliling aku.. aku rasa dekat dengan keluarga ku.. aku rasa dekat dengan orang yang aku cintai.. aku rasa dekat dengan sahabat aku tapi kenapa sebenarnya aku rasa ia nya jauh.. jauh dari diriku.. atau hanya perasaan aku sahaja yang terlalu memikirkan yang bukan2.. hurm.. entahlah.. aku sendiri tidak mengerti.. 

Aku  tak tahu ada apa disebalik senyumanku ini.. senyuman yang berpura2.. bila aku menangis , aku ingat akan ada orang akan memujuk aku , ada orang yang akan mengesat airmata aku.. tapi ternyata aku hanya bermimpi disiang hari.. aku mengesat airmata aku sendiri.. kadang-kadang aku rasa ingin menjerit sekuat hati.. agar segala resah dalam hati aku ini hilang.. tapi aku tahu ia nya tidak akan hilang melainkan aku sendiri berusaha untuk membuangnya.. kadang-kadang aku rasa sunyi bila bersendirian.. aku rasa macam aku hidup didunia ini sendiri tanpa sesiapa.. kadang-kadang bila aku dikelilingi orang2 aku tetap sunyi juga.. mungkin sebab selama ini aku telah biasa hidup bersendirian.. aku bersendirian mengharungi hidup.. aku bersendirian melawan kesakitan.. aku bersendirian merawat hati ini.. semuanya bersendirian.. dan sewaktu aku meluahkan  isi hati ini juga aku bersendirian.. bersendirian dengan ditemani airmata dan senyuman yang aku pura2 pamerkan walaupun disisi aku tiada siapa menemani kecuali teddy bear kesayangan aku.. teddy bear yang sentiasa aku peluk dikala aku menangis.. teddy bear yang sentiasa aku lihat tatkala sakit aku datang.. hanya teddy.. jikalau tanpa teddy entah bagaimana aku hendak cuba cekalkan hati menghadapi semua cubaan hidup ini.. 

Kadang-kadang aku rasa tak kuat hadapi hari2 yang mendatang.. aku penat menahan telinga ini daripada kata2 yang tak sedap didengar.. tapi aku tetap cuba juga untuk kuat.. walaupun aku sedar aku tak sekuat mana.. sebab aku lemah.. tapi kelemahan aku itulah yang selalu kuatkan aku untuk bangkit.. aku tidak boleh mengalah.. aku harus bangun dan terus bangun.. walaupun aku kuat untuk buat mereka2 yang aku sayangi dan kasihi bahagia tapi aku tahu adakalanya aku gagal untuk buat mereka bahagia.. kadang-kadang aku banyak sakitkan hati2 mereka semua.. ye aku sedar memang terlalu banyak salah aku pada mereka semua.. tapi aku hanya nak mereka tahu yang aku ini hanya manusia biasa.. aku cuba untuk jadi seorang WANITA dewasa.. tapi aku tetap gagal.. tapi segagal manapun aku , aku tetap akan cuba juga untuk menjadi seorang WANITA dan bukannya seorang KANAK-KANAK.. aku sedar dari dulu lagi aku banyak jalani hari aku dengan jiwa seorang kanak-kanak.. kerana apa.. kerana aku takut untuk menjadi seorang DEWASA.. sebab bila dewasa beginilah jadinya.. banyak hal yang terjadi.. banyak dugaan.. bila umur semakin dewasa semakin banyak dugaan yang akan datang.. itulah perkara yang aku takuti.. aku seolah2 belum bersedia menjadi dewasa.. tapi itu semua dahulu..

Kini aku harus akui tak seharusnya aku bersifat seperti kanak2 lagi.. aku takkan biar orang pandang rendah pada aku lagi.. aku akan buktikan pada semua yang selama ini memandang rendah kepada aku , aku pun boleh berjaya dalam hidup walaupun tidak seperti mereka2 yang lebih terpelajar daripada aku.. aku akan buktikan bahawa ORANG YANG MEREKA GELAR BODOH ini pun boleh berjaya.. walaupun aku tahu aku takkan pernah jadi SETINGGI mereka semua tapi aku tetap akan buktikan bahawa aku mampu hidup tanpa dibayangi oleh kata-kata yang selama ini menghantui aku.. aku akan kuburkan kata-kata itu dari KOTAK INGATAN aku agar aku boleh jalani hidup ini dengan tenang sebelum aku kembali semula ketempat asal aku.. aku harus buang jauh2 bayang2 mereka yang sealma ini menghantuiku.. aku harus.. aku harus lakukannya untuk diriku sendiri..

You Might Also Like

0 ulasan