Mac Tiba Lagi

3:00 PG

Februari melabuhkan tirainya semalam , kini mac pula tiba.. cepat sungguh waktu berlalu..

Mac yang lalu banyak menyakitkan diriku.. banyak menyeksa diriku.. banyak membuang airmataku.. banyak membuat aku merana memikirkan tentang orang yang tak sepatutnya aku pertahankan.. 

Mac yang lalu juga banyak merubah aku menjadi seseorang yang lain.. aku menjadi pendendam.. aku menjadi pemarah.. aku menjadi pembenci..

Kadang2 aku berfikir samada mac yang ini pun begitu jugakah, ataupun lebih menyeksakan daripada mac yang lalu ? aku tak tahu tapi yang aku tahu cukuplah mac yang lalu menjadi pengajaran buat diriku agar tidak terlalu cepat mempercayai.. 

Mac ini aku bangkit untuk lebih mempercayai kata hati ku sendiri.. aku akan berusaha untuk terus menjadi apa yang aku inginkan dan bukan nya menjadi apa yang orang fikirkan tentang diriku.. kerana aku adalah aku.. diriku adalah hak ku.. hanya aku.. 

Nota Hati:Semoga mac kali ini lebih membahagiakan bersama mereka yang aku sayangi dan cintai..

You Might Also Like

0 ulasan