Bila Mak Buyong Teringin Nak Masak

4:00 PTG



Bila Mak Buyong Teringin Nak Masak.. Hehe.. tajuk tu tak boleh blah.. lagipun bukan senang mak buyong ni nak masuk dapur dan masak ni.. yela dari awal mengandung lagi memang tak suka nak masuk dapur sebabnya loya bau minyak masak, bau ikan la, bau ayam la dan sebagainya lagi.. pokoknya yang berkaitan dengan dapur.. sungguh meloyakan.. jadinya setiap kali nak makan akan suruh suami beli bungkus je.. dan dah pastilah suami tersayang akan belikan juga makanan.. sebab dia takkan biarkan isteri dengan anak dia ni berlapar.. kan dia sayangkan kami.. 

Walaupun agak sedih la juga, yela.. rasa macam tak patut je buat suami macamtu, macami tapi nak buat macam mana.. dah pael orang mengandung ni lain perangai.. tak boleh itu tak boleh ini.. 

Sampaikan ada satu part tu, tak boleh nak bau badan suami lak, padahal dia baru je lepas mandi.. tapi dah deeba ni bau dia busuk lak.. kecian memang la kecian tapi dah tak boleh nak bau dan berada dekat dengan dia.. nak buat macam mana kan, jadinya dia kena la faham keadaan deeba ni..

Okay, berbalik pada tadi.. sebenarnya suami sekarang ni takde la bagi isteri dia ni memasak disebabkan sekarang ni pun dah makin sarat.. bak kata orang duk tunggu hari nak melahirkan.. tapi disebabkan kami suami isteri ni duduk berjauhan, dan berjumpa pun seminggu sekali je.. jadinya kali ini deeba nak jugak la masakkan untuk suami.. yela, lama xmasak untuk dia.. kalau xselalunya dulu dulu la, setiap hari suami mesti akan suruh isteri dia buat bergedil.. sebabnya itu makanan kegemaran dia.. tapi itu dulu la.. sekarang ni lama tak masak.. rasa macam kekok sikit.. ingat nak masak jugak bergedil untuk dia tadi tapi dah xlarat rasanya nak berdiri lelama kat dapur tu.. kaki lak asyik krem krem je.. baby dalam perut ni dah asyik nak menendang nendang je.. dia nak berehat la tu.. nak suruh ibu dia ni baring..

Baiknya anak ibu ni..

So hari ini deeba hanya sempat masakkan tomyam campur untuk suami dan keluarga.. ingat nak masak telur dadar sekali tapi dah xlarat sangat tu, hanya tomyam je yang termampu.. in shaa Allah, jika lepas pantang nanti boleh la memasak balik.. sebenarnya deeba pun rindu gak nak memasak.. lebih lebih lagi masak bergedil dan telur kacang yang selalu deeba masak tu..

Kepada ibu ibu yang sedang mengandung tu, ada tak mengalami hal yang sama dengan deeba? yela, tak boleh nak bau bauan ini semua.. kalau ada, kita geng.. hehe.. okaylah.. see u in next entry.. in shaa Allah.. doakan agar semuanya berjalan lancar untuk deeba dan baby ye.. assalammualaikum.. 

You Might Also Like

3 ulasan