Menanti Sebuah Jawapan

Mereka.. Hadirnya tidak pernah ku bayangkan akan begini jadinya.. Ku harapkan PERSAHABATAN yang dibina akan berkekalan tanpa sebar...




Mereka..

Hadirnya tidak pernah ku bayangkan akan begini jadinya..

Ku harapkan PERSAHABATAN yang dibina akan berkekalan tanpa sebarang dugaan.. namun ternyata salah anggapan ku.. 



Berbulan ku makan hati kerana mereka.. namun mereka? hanya anggap seperti aku tidak pernah wujud lagi diantara mereka..

Adakah kerana kini hidup mereka mulai bahagia bersama insan tersayang, dan mungkin sedang meniti bahagia.. lalu begitu sahaja aku dilupakan.. 

Lalu siapakah KAMI sekarang?

Kawankah? atau lawankah?

Aku juga tidak mengerti apa yang sebenarnya yang telah terjadi diantara aku dan mereka..

Kemanakah menghilangnya hubungan PERSAHABATAN ini?

Adakah kerana aku yang kurang memahaminya? ataupun sebenarnya mereka yang telah berubah?

Aku hanya perlukan satu JAWAPAN, ya, hanya satu JAWAPAN..

Namun mereka masih diam membisu..

Lalu untuk apakah lagi aku berharap?

Ataupun sebenarnya hubungan PERSAHABATAN ini telah lama terhenti..


Oh jawapan..

You Might Also Like

0 ulasan

Flickr Images