Ketakutan Ku

1:30 PTG




Malam ini jauh fikiran ku terbang melayang-layang dengan diikuti oleh alunan lagu biar mimpi sampai ke bintang dendangan asmidar.. lirik lagu itu mendayu-dayu sehingga adakala nya hati kecilku ini ingin menangis.. menangis ? tetapi mengapa ? bukankah aku kini bahagia dengan kehidupan ku..

Ya benar dan sememang nya benar bahawa aku kini bahagia.. bahagia setelah berlalu nya kisah lalu yang penuh dengan mimpi ngeri,. cukuplah mimpi ngeri itu berakhir disitu dan tidak sesekali aku ingin ia nya terjadi lagi..

Cukuplah segala derita yang pernah aku tanggung dahulu.. kerna aku tidak ingin ia nya terjadi lagi.. aku terlalu takut untuk jatuh tersungkur lagi.. walaupun aku tahu aku boleh lalui nya dengan tabah tetapi hakikat sebenarnya aku terlalu takut andai aku tidak dapat lagi untuk terus bertahan..

Kerna aku tahu.. aku hanya manusia biasa.. aku tidak sempurna.. aku ada sesuatu perasaan yang aku terlalu takuti.. yaitu perasaan TAKUT.. ketakutan aku jelas terpancar apabila aku berhadapan dengan sesuatu yang menakutkan aku.. semakin aku cuba untuk menjadi kuat agar aku tidak akan kelihatan lemah dihadapan sesiapa sahaja semakin itulah ketakutan itu semakin menakutkan aku..

Kadangkala aku terlalu takut tatkala aku bersendirian.. aku terlalu takut jikalau aku jadi lemah semangat.. aku terlalu takut kalau aku akan melakukan tindakkan yang bodoh.. apabila fikiran aku telah mematahkan semangat aku fikiran aku mulai dihantui oleh suara-suara yang adakala nya banyak menghantui fikiran aku.. dan aku akui adakala nya aku lemah.. tetapi syukurlah aku cepat tersedar sebelum aku melakukan sesuatu yang mungkin akan membuatkan aku menyesal seumur hidup..

Kalau boleh aku tidak ingin menjadi seorang yang tidak mempunyai akal dan fikiran yang waras.. sebab aku takut aku semakin tidak mengenali diriku langsung.. sedangkan kini pun aku juga seperti tidak kenali diriku juga.. sebelah hati kecil ku  seperti tidak pasti apa yang aku inginkan dan sebelah lagi mengatakan bahawa aku tahu apa yang sebenarnya aku inginkan.. ya , aku pun tahu sebenarnya apa yang aku inginkan..

 Tetapi bila sahaja perasaan takut aku mula menghantui aku.. aku jadi hilang diri aku.. aku kehilangan diri aku sendiri.. aku tidak tahu sampai bila perasaan takut ini akan terus menghantui aku.. tetapi selagi aku masih bernafas aku tetap akan cuba untuk buang perasaan takut ini.. walaupun terpaksa membuang nya secara perlahan-lahan.. dan akan aku pastikan perasaan takut itu tidak akan terus membuat aku kehilangan diriku sehingga aku melukakan hati orang-orang yang aku sayangi dan aku cintai..


You Might Also Like

0 ulasan